assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Tuesday, December 15, 2020

Menulislah!

 Bismillahirrahmanirrahim. 


Alhamdulillah. Adakala lidah Tak mampu menutur bicara. Mulut Tak mampu meluah kata.


Tapi hati....

Hati Tak pernah berhenti berbisik. Berbisik padaNya yang memberi segala rasa.


Allahu... Ilahi Robbi...


UjianMu memang getir. Dikala diri Ini kekalutan diuji dengan rezeki yang Engkau beri. Sedikit Demi sedikit jalan Engkau permudahkan. Namun entah mengapa, is membuat benakku terasa bertambah berat.

Allah, berkatilah setiap rezeki yang Engkau titipkan Hari Ini. 

Permudahkanlah urusanku dengannya. Ringankanlah rasa dalam hatiku ini. Kekalutan ini adakalanya Tak tertanggung.


Mungkin kerana aku Tak menulis.

Menyenarai setiap apa yang perlu aku lakukan.

Hingga sebahagiannya keciciran dek lupa dan leka.

Aku perlu menulis. Juga perlu meminta kepadaMu agar dipermudahkan setiap urusan yang perlu aku selesaikan. 


Terasa semakin berat amanah yang terpikul dibahuku. Dengan tugasan yang baru ku terima sebulan dua Ini, dan ianya bakal berkekalan selama 3 tahun in shaa Allah. Tetapi, amanah dan tanggungjawab hakiki ku sebagai seorang ibu, sebagai seorang isteri, sebagai seorang anak dan menantu tetap perlu selari dalam kehidupan seharianku.

Adakala, tugas2ku tak terbuat dek kesibukan kerja. Ditambah pula dengan tugasan yang baru terpikul dibahuku. Aku masih menyesuaikan diri, juga cuba menyusun jadual sebaik yang mungkin, dan berharap sikecilku mengerti 😭. Aku bukan mama yang tidak sayangkanmu. Tetapi aku hanya insan biasa. Tiada daya upayaku melainkan dengan izinNya. Ya Allah...

Hanya padaMu ku berharap. Dengan sepenuh pengharapan. Kurniakanlah kesihatan kepadaku. Dan berkati setiap rezeki yang Engkau titipkan buatku. 


Agar ia menjadi kesyukuran tak terhingga buatku, bukan kesukaran dan kesusahan yang terpaksa ku pikul dibenakku. Ringankan segala rasa yang membelengguku. Dan jadikan aku dikalangan hamba2Mu yang Engkau redhai kehidupanku didunia dan akhirat. Aamiin...

Friday, October 30, 2020

Bila hatimu resah

Bismillahirrahmanirrahim. Lama tinta ini kekeringan. Dakwatnya hilang dilambung lautan ujian. Duhai mujahidah dijalan Allah, telah dirimu diuji.

"Maka apakah mereka menyangka mereka telah beriman sedangkan mereka belum diuji"


Dan ingatlah wahai mujahidah. Ujian hadir disaat engkau mampu memikulnya. Andai terasa berat Tak tertanggung, Dia sentiasa Ada untuk kau adu kan segala yang terbuku dihatimu. Dia yang sentiasa dekat pabila hamba2Nya datang kepadanya.

Engkau mujahidah, engkaulah srikandi, engkau seorang ibu, engkaulah juga seorang guru. Hiasi peribadimu dengan sifat al-haya'. 

Kerna sesungguhnya dibahumu terpikul tanggungjawab yang sangat berat. Tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak2mu bahkan anak2 didikmu.

Mereka hiburanmu, mereka ujianmu. Mereka amanahmu, mereka juga pembelajaran buatmu.

Disaat hatimu diuji,
Disaat jiwamu dilukai lagi.
Ingat tempatmu mula berdiri,
Disitulah tempatmu kembali

Ya Tuhanku, aku Tak kuat. Saat Engkau mengujiku dengan segala kerenah duniawi, siapa lagi yang mahu mendengar keluh kesah aku yang lemah, yang Tak mampu berdiri sendiri Ini. Hanya padaMu Ya Allah, aku serahkan segalanya. Andai yang terbaik untukku itulah ia, sedang aku belum bersedia, sedang aku sangat tak inginkannya, bantulah hatiku untuk redha walau perih Dan pedih terasa. Bantulah aku untuk redha walau hatiku Tak mampu menahannya. 

Begitu hati sang wanita, Engkau anugerahkan rasa yang tiada siapa mampu menduganya. Engkau perlihatkanku segalanya, semua yang mengejutkan aku dari fana dunia. Yang membuat hatiku terluka. Hanya untuk membuatkan aku belajar untuk redha. Sesungguhnya segalanya milikMu, Dan akan kembali juga kepadaMu.

Aku mohon Ya Allah, pandanglah aku dengan pandangan belas kasihan dariMu. Benar dunia Ini menyakitkan. Benar kesusahan Dan kepayahan ini seperti tak pernah berbaloi untuk aku perjuangkan. Tidak dihargai, perasaanku Tak dihormati. Namun keranaMu lah aku terus berdiri. Dan dengan rahmatMu aku berharap, kuatkan kakiku untuk terus berlari. Ilahi Robbi 😭😭😭