Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. dah lama rasanya tak dapat menulis yang betul2 menulis kat sini... entahlah...kesian blog nie terbengkalai camni. teringat blog lagi satu yang dah hampir setengah tahun tak update... tu lah, wat belog banyak2 tapi taktau nak isi ape...huhu...
sekadar coretan lagi...dan lagi... coretan seorang hamba yang menyerahkan kehidupan ini kepada Dia untuk ditarbiyyah menjadi hambaNya yang sebenar-benar hamba. entahlah, masih ada lagikah dalam hati ini rasa bertuan? sedangkan hamba tetap adalah seorang hamba. kalau menjadi hamba kepada manusia, kelak kita punya peluang untuk menjadi tuan. tetapi, sebagai seorang makhluk ciptaan Allah, tidak ada istilah tuan dalam hidup ini. semua hambaNya adalah sama, tiada beza pangkat dan harta. yang membezakan setiap daripadanya itu adalah ketaqwaan kepada Allah. tiada yang lain. pernahkah kita terfikir, bahawa hidup kita ini hanya membawa satu matlamat? dan dari satu matlamat inilah terwujudnya cabang-cabang matlamat yang lain dimana semua matlamat itu hanya untuk mencapai matlamat yang satu itu?
Hidup tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan redha Allah. apalah gunanya menjadi seseorang tanpa keredhaan Allah. untuk mengejar syurga? ya, silakan kejar syurga yang kita impikan... tetapi, yakinkah kita akan mendapat syurga jika tiada redha Allah mengiringi hidup ini? hidup untuk mendapatkan bahagia? ya, silakan cari sebanyak mungkin 'elemen' dalam hidup untuk mendapatkan bahagia itu. hakikatnya, setelah kita mencapai segala macam 'kenikmatan' hidup yang kita rasakan itulah bahagia, tetap, rasa bahagia itu tidak muncul tiba didalam sanubari, seandainya hidup dipenuhi kemurkaan Allah. kita boleh mendapatkan kaya jika kayalah tujuan hidup kita. kita boleh mendapatkan pangkat, nama, kemewahan, rangkaian sosial yang sangat luas jika semua itu yang kita kejar didunia ini. tetapi, akhirnya kita akan merasakan bahawa semuanya seperti hampas-hampas yang mencengkam kehidupan, menjadi pemilik hati yang tak tenang, merasakan keindahan yang kita kejar itu hanyalah fatamorgana yang tak pernah puas! semakin dikejar, semakin ia menjadi tak bererti. tak bererti langsung kepada kehidupan ini, kecuali bila kita mendapatkannya dengan cara yang betul dan niat yang betul, yang diiringi dengan keredhaan Allah. yang menjadikan ia bermakna hanyalah kerana ada keberkatan dalam semua yang kita kejar itu, bukan kerana banyaknya pencapaian kita dalam mengejarnya.
Hidup tidak lain hanyalah untuk ditarbiyyah oleh Allah.
A'uzubillahiminassyaitonirrojim...
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji. Sesungguhnya kami telah menguji mereka yg terdahulu dari kamu dan kami mengetahui siapa yg beriman dan siapakah yg berdusta" (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
andai kita mengakui bahawa kita telah beriman, haruslah bersiap-sedia menerima ujian. Sungguh Allah tidak pernah zalim dalam menentukan tahap ujian yang Dia berikan kepada hambaNya. jadi mengapa masih ada keluh dan kesah pada diri kita? kerana ia adalah tabiat manusia. manusia tercipta dengan tabiat selalu berkeluh kesah dan lupa. tetapi ini bukanlah tiket untuk kita selalu merungut dengan ujian. ia adalah untuk mengingatkan manusia untuk selalu bersabar. kerana dengan penciptaan tabiat manusia yang sebeginilah Allah mengajarkan manusia untuk bersabar. bahkan dijanjikan pahala dan ganjaran tak ternilai atas sifat sabar itu. kerana sabar bukanlah sifat yang mudah, apatah lagi untuk dijadikan tabiat. takde lagi dengar orang cakap "memang tabiat dia suka bersabar..." kalau ada pun, bilangan orang yang telah berjaya menjadikan sabar sebagai tabiat diri terlalu minimum. dalam tidak sedar, masih ada keluh kesah yang keluar dari seulas bibir. masih ada tindakan yang menidakkan sifat sabar yang terpupuk didalam jiwa. betapa sukarnya menjadi penyabar. dan kerana begitu sukarlah, orang yang mampu bersabar diangkat darjat keimanannya setiap kali dia menahan diri dari marah.

Dan kerana hidup adalah untuk ditarbiyyah... menjadi solehah, bukanlah semudah mengajar monyet memanjat pokok kelapa. pasti ada yang kata "tentulah tak sama! kita manusia, dia haiwan"
Ya, kerana kita manusia lah, hidup ini selayaknya ditarbiyyah oleh Dia yang menciptakan kita. kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaanNya yang satu ini, manusia. kerana Dia Maha Mengetahui, dengan fitrah yang telah terlukis pada seorang manusia, Dia menguji kita selayaknya sebagai seorang manusia. akhirnya, dengan ujian yang hadir silih berganti, kembalikanlah segala kesukaran dan pengharapan hanya kepadaNya. Dia yang memberikan ujian ini kepada kita, makanya hanya Dia yang Maha Mengetahui bagaimana untuk membantu kita kuat, tabah dan sabar dalam menghadapi dan menjalani ujian ini. dan hanya kepadaNya lah kita kembalikan natijah atas ujian yang Dia berikan kepada kita... Ya Allah, redhakanlah hatiku menerima ketentuanMu. kerana sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
wallahua'lam.
P/s: Amirahfansuri mahu berehat untuk beberapa waktu.
maaf atas segala kekhilafan yang pernah ana lakukan.