Bismillahirrahmanirrahim. Lama tinta ini kekeringan. Dakwatnya hilang dilambung lautan ujian. Duhai mujahidah dijalan Allah, telah dirimu diuji.
"Maka apakah mereka menyangka mereka telah beriman sedangkan mereka belum diuji"
Dan ingatlah wahai mujahidah. Ujian hadir disaat engkau mampu memikulnya. Andai terasa berat Tak tertanggung, Dia sentiasa Ada untuk kau adu kan segala yang terbuku dihatimu. Dia yang sentiasa dekat pabila hamba2Nya datang kepadanya.
Engkau mujahidah, engkaulah srikandi, engkau seorang ibu, engkaulah juga seorang guru. Hiasi peribadimu dengan sifat al-haya'.
Kerna sesungguhnya dibahumu terpikul tanggungjawab yang sangat berat. Tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak2mu bahkan anak2 didikmu.
Mereka hiburanmu, mereka ujianmu. Mereka amanahmu, mereka juga pembelajaran buatmu.
Disaat hatimu diuji,
Disaat jiwamu dilukai lagi.
Ingat tempatmu mula berdiri,
Disitulah tempatmu kembali
Ya Tuhanku, aku Tak kuat. Saat Engkau mengujiku dengan segala kerenah duniawi, siapa lagi yang mahu mendengar keluh kesah aku yang lemah, yang Tak mampu berdiri sendiri Ini. Hanya padaMu Ya Allah, aku serahkan segalanya. Andai yang terbaik untukku itulah ia, sedang aku belum bersedia, sedang aku sangat tak inginkannya, bantulah hatiku untuk redha walau perih Dan pedih terasa. Bantulah aku untuk redha walau hatiku Tak mampu menahannya.
Begitu hati sang wanita, Engkau anugerahkan rasa yang tiada siapa mampu menduganya. Engkau perlihatkanku segalanya, semua yang mengejutkan aku dari fana dunia. Yang membuat hatiku terluka. Hanya untuk membuatkan aku belajar untuk redha. Sesungguhnya segalanya milikMu, Dan akan kembali juga kepadaMu.
Aku mohon Ya Allah, pandanglah aku dengan pandangan belas kasihan dariMu. Benar dunia Ini menyakitkan. Benar kesusahan Dan kepayahan ini seperti tak pernah berbaloi untuk aku perjuangkan. Tidak dihargai, perasaanku Tak dihormati. Namun keranaMu lah aku terus berdiri. Dan dengan rahmatMu aku berharap, kuatkan kakiku untuk terus berlari. Ilahi Robbi ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜



0 timeline:
Post a Comment