assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Showing posts with label ...repekan.... Show all posts
Showing posts with label ...repekan.... Show all posts

Monday, July 30, 2012

contengan

Today, im sick. Its ok not being the one been loved. And wont be the important one. Its ok not being someone, or anyone in others life. That i wont have responsibility to others. I just dont want to share my life with others. Its my privacy. Please respect. Future, stay as future, and now, still being now. I live for present, not for future. Live for future in present make me tired. Can we keep this barier? Can you let me be myself? Let me alone for some days. Dont force yourself to take responsibility on the one who not belong to you, or who you dont deserve been part of you. Its ok. Just be yourself, do ur job and let time ruin our relationship. Or make it better...i just cant stand apart from you, yet still need to think about you. 

Harini borak2 pasal baju raya..cuma meluahkan rasa kat mak, kalau boleh tahun ni nak buat jubah or bli jubah je..atau maxi yg mcm jubah. Mak cakap, ok. Mak pun nak cari kain buat jubah, barulah zuhud sikit. Hehe... Mak, dari dulu slalu ingatkan ana, tentang nama ana. Azzahidah, yang zuhud. Mak slalu cakap, perangai pun dah jadi macam tu. Ntahla... Dari kecik memamg xsuka mintak2. Apa ada, tu jelah yang ana guna. Xde, kalau tak mampu, biar jelah... Ana jenis xkesah sangat. Kalau dapat hidup yang paling sekadarnya pun cukup. Ana lebih rela berumah pondok asalkan iman dan agama terjaga. Semuanya nak sederhana je. Secukupnya. Agaknya sebab nama tu dah train diri ni jadi macam tu. Apa saja, tak mengapalah. Biarlah hidup didunia ni sekadarnya, asal agama dan akhirat x tergadai. Mungkin ada beberapa perkara yang ana demand. Contoh kalau nak buat sesuatu, ana akan buat sungguh2. Tak suka hanya lepas batuk ditangga. Memang akan buat betul2. Tapi tahap demanding ni bukanlah bermakna menolak kezuhudan. Sedang zuhud tu sendiri adalah 'hidup didunia sekadarnya, seperlunya' bukan memiskinkan diri sampai terpaksa meminta2. Dan takde kaitan dengan kesungguhan dalam buat kerja. Entahlah.taktahu..hee...kalau salah harap ditunjukkan pencerahan.

Baru belajar pakai niqab. Tapi masa keluar je. Sebab kerja kat rumah, jadi masa kerja x pakai pun. Berharap, mak boleh terima. Harapan yang dah sangat lama-berharap bakal zauj nanti menyokong penuh atau dalam kata lain menyuruh pakai niqab. kuikuikui...sebabnya, suruhan suami wajib diikut n xboleh lawan dengan arahan org lain selagi xlanggar perintah Allah. insyaAllah, biiznillah. dan kalau nikah nanti pun nak pakai jugak. xnak make-up, taknak pakai baju cantik2. nak pakai jubah putih je, boleh tak? *sesukahatijenaktentukan...kan? huhu...harap2 boleh la, untuk diri sendiri nak as simple as i can. betul. dah cakap kat mak. [haha-->tetibe je, ntahla, taktau....jika Allah izinkan bertemu didunia ni, insyaAllah... kalau tak, biar jelah harapan tersimpan..hehe]

p/s: kesian kat orang yang terpaksa terima saya yang banyak kekurangan ni. tiada kelebihan, semuanya hanyalah kekurangan. kalau mampu bersabar.......

Friday, July 22, 2011

Buatku tersenyum


cari gambar smiley, tak jumpa...
semalam buat entry mintak maaf... Alhamdulillah... harini Dia bagi hadiah istimewa... tak tahu nak cakap macamana... sekadar mampu berkata, Dia buatku tersenyum. semoga senyuman ni tak tawar dan kelat lagi. semoga senyuman ni kekal hingga ke waktu itu, dan semoga senyuman ni memberikan seribu satu kebahagiaan dalam hati...insyaAllah...

Thursday, May 19, 2011

Syair Yassir dan Madah Sumayyah




Syair Yassir

Daerah kita bukan daerah alpa
bukan masanya merajuk kasih memujuk
tiada senda gurau memanjang
kerana kita sedang berjuang!

Disini Uda dan Dara telah berkubur
kita bina atasnya jihad yang subur
Bumi kita bumi mujahadah
Selaut derita, segunung payah

Bila aku menjejak tapak-tapak Yassir
ikutlah seiringku sebagai sumayyah
bila ku katakan kepadamu:
PERJUANGAN ITU PAHIT
Kau sahutlah kembali:
KERANA SYURGA ITU MANIS!


Madah Sumayyah

Suamiku,
Bunga semalam telah layu
gugur dari jambangannya
Mujur...
cinta kita 
Bukan itu lambangnya

Mulutku telah kaku merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu...
Kerna kini kau seorang mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar dimatamu
Padaku yang baru belajar
.....Menjadi seorang mujahidah



Menanti di Hujung Syurga

Aku kini hanya mendoakan
agar kau menjadi yassir
walau kiranya...
aku bukan sebagai sumayyahmu!

Dalam tangis ku cuba senyum
Tika kau keluar bermusafir
seperti redhanya Siti Hajar
waktu ditinggalkan Ibrahim

Biarlah kita berpisah
Selalu derita
Kerana syurga menagih ujian berat
sedang neraka itu...
dipagar ribuan nikmat!



~Duhai Yang Tersayang~
Pahrol Md. Juoi
April 2007


p/s: entri semalam baru cakap nak rehat jap... tapi harini terjumpa buku nie n bila baca... ok, tak sesuai utk pembacaan org yg belum kawin... huhu... tapi, something to share... mampukah ana menjadi 'sumayyah' saat lafaz termeterai dari seorang 'yassir'...


P/s/s: SILA JANGAN BACA  :-P

Wednesday, March 16, 2011

Rehat...

Bismillahirrahmanirrahim. sekadar melepaskan penat sekejap... bila tengah2 buat kerja, tiba2 winamp mainkan lagu 'kasihmu amanahku' by inteam.
hehe... tak tau, nak feeling ke ape dengar lagu nie... jangan salah faham ye, takde apa2 maksud pun. sejak sekian lama dulu dah, saya memang suka sangat dengar lirik lagu nie. liriknya menggambarkan penerimaan kedua hamba Allah yang belajar menjadi 'simbiosis' dalam hidup. belajar menerima segala kekurangan dan kelebihan, dan belajar menerima kehidupan yang serba sederhana, yang tak mengharapkan kesempurnaan total kerana hakikat bahawa kita adalah hamba Allah yang serba kekurangan. kelebihan dikongsi bersama, kekurangan dilengkapi bersama.

untuk menjadi saling 'memahami' antara dua makhluk yang sangat berbeza karakter dan pemikirannya, bukanlah semudah kita membina persefahaman dengan kawan2... hingga sesetengah orang mengatakan, jangan bermimpi untuk mengharapkan pasangan yang akan memahami anda. hehe...susah tu... memang tak wujud pun dalam dunia ni sifat 'memahami' yang kita nak sangat tu... melainkan dengan cara saling memberi, bukan saling meminta dan menuntut. jangan mengharap orang akan memberi kepada kita atau mengharap pemberian kita akan mendapat balasan dari pasangan, tapi belajar memberi tanpa mengharap balasan. n tak boleh harapkan sebelah pihak jer... dua2 kena macam tu. kalau sebelah pihak je yang asyik kena memberi, dia pun manusia jugak, ade limitnya... then, kena bersederhana dalam melengkapi keperluan, yang paling penting sekali, selalu kembalikan segalanya kepada Allah, tempat dimana hubungan bermula. kalau ianya terbina kerana Allah, insya Allah segalanya akan mudah kembali kepada asalnya.

*rumusan dari pembacaan, dan pengalaman orang lain, bukan pengalaman diri sendiri sebab sendiri pun takde pengalaman lagi :P *

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia, suami langit penaungnya
isteri ladang tanaman, suami lah pemagarnya
isteri bagai kejora, suami menjadi purnama
tika isteri beri hempedu, suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
-sedikit petikan lirik nasyid tersebut-
-kasihmu amanahku, inteam-

Tuesday, February 22, 2011

Jealous


bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
saje je nak menulis yang merepek2 sikit harini... boleh je kan? hehe...
boleh tak, nak buat kenyataan...
'jelousnye tengok orang bercinta lepas kawin...' sweet couple... sejuk hati dan Allah meredhai... walaupun ade gaduh2 jugak kan, sebenarnya kalau orang macam saye tengok nampak bahagia jer... its like a part of kebahagiaan hati mereka... walaupun sometimes nak ikut kepala masing2, bawak haluan masing2, tapi last2 they get the point utk berdamai...

pejam celik, pejam celik, rupanya dah setahun masa berlalu... mereka meninggalkan saya seorang diri... waktu yang paling rase macam taktau nak rasa ape ialah hari bahagia kakak atas saya [kak ana]. memang rasa gembira sangat2 sebab last2, hubungan dorang berakhir dengan baik, sampai juga ke jinjang pelamin [walaupun takde pelamin punn...] dan insya Allah membawa ke syurga. tapi masa tu rasa macam kehilangan... kawan bermain dan bergelak ketawa dah jadi milik orang, dah jadi isteri orang... gembira sebab dia bahagia, tapi sedih sebab i'm alone... saya memang rapat dengan kakak-kakak daripada adik2 [nampak sangat manja dan mengada kan? kuang2]. sebelum dia kawin dan dia mengambil alih banyak tugas seorang kakak dalam rumah kami, dia memang kakak yang baik.

entahlah nak cakap macamana, tapi saya tahu, dia berperanan baik sebagai kakak... tak macam saya, lebih banyak harapkan adik2 dari diri sendiri as kakak... entah part mana dalam diri saya yang layak dipanggil 'kakak' oleh semua orang dalam rumah ni... rasanya kalau jadi yang paling adik kot baru layak... bila kakak saya dah kawin, memang dia tak hilang, dia masih ada depan mata. tak lari ke mana pun... tapi semua dah berubah. takkan la nak sama macam sebelum kawin kan? sebelum berpunya, kita yang jadi orang kanan dia, penasihat ker, nak tanya pendapat semua tanya kita. tapi bila dah kawin, role seorang teman hidup tu dah ada pada suami dia la. takkan nak tanya kita lagi. taat dia pada suami. kalau suami dia kata tak boleh takkan dia nak ikut cakap orang lain yang kata boleh...kan??? itulah rasa kehilangan yang saya maksudkan. masih, dalam tempoh beberapa bulan, kaki bertahan. 'aku yang akan jadi kakak dalam rumah lepas ni... macamana aku nak jadi seorang kakak? macamana aku nak jadi role yang adik2 boleh kata aku ni kakak?' masa tu selalu fikir camni. saya bertahan kerana masih ada sorang abang. tapi sorang abang ni jugak menunggu masa sahaja untuk bergelar suami kepada tunang dia [masa tu].

Januari 2010, abang saya selamat diijabkabulkan. lagi lah bertambah2 rasa kehilangan. abang ni role dia lain pulak. kalau kakak, saya rasa kehilangan dia sebab banyaknya berkongsi cerita, kongsi bilik, kongsi masalah, kongsi suka duka... role abang tak sepenting kakak, tapi masih penting kerana banyaknya kerja2 luar yang menjadi mudah bila dia ada. nak ke mana2, cakap je, insya Allah dia akan segera bawak. nak buat urusan luar, membeli belah, beli barang keperluan, dia mesti bawak punya. senang mintak tolong itu ini. tapi bila dia takde... seolah2 kalau masa ada kakak dengan abang, saya ada sayap dan kaki. bila hilang seorang, taktau nak terbang, hanya boleh berjalan. tapi bila dah takde dua2, macamana? terkaku lah disini. tak boleh terbang, jalan pun tak berdaya... menjadi kakak bukan mudah. menjadi kakak dan abang apatah lagi.

mesti orang akan cakap yang saya ni suka mengeluh kan? tidak, ini bukan keluhan...ini hanyalah luahan hati seorang saya, yang pernah berada ditengah2 dalam kelompok adik beradik yang begitu ramai. boleh la nak kata saya ni cam takde role la dalam family...selalu rase camtu... macam diri tak penting dalam keluarga ni. saya takde kepandaian yang spesifik macam orang lain yang boleh buat satu kerja sndiri, takyah orang tolong pun. saya ibarat menjadi perencah tambahan untuk menyedapkan lauk, ibarat duit sepuluh sen untuk mencukupkan nilai seringgit. saya takde kebolehan macam duit 50 sen yang begitu besar sumbangannya untuk menjadi seringgit, tak punya kebolehan seperti ikan atau ayam yang menjadi bahan utama dalam masakan.

Namun bila menjadi kakak, saya kuatkan juga diri. tapi masih tak sama hasilnya sepertimana ketika yang lain memegang 'jawatan' ini. ia tetap menjadi seperti cacat sebelah, masih tak sempurna sentuhannya. hanya berbekalkan sekeping hati, saya usahakan juga menjadi yang terbaik. tetapi ia tak semudah merancang dan berkata. bukan sekali airmata ini gugur. kalau setiap saat boleh menangis, agaknya selama itulah airmata mengalir. kenapa lah murah sangat dengan airmata? sedangkan orang lain boleh hidup tanpa perasaan yang serupa yang saya rasakan.

entahlah... sebab bila menangis, i know that He know every moment yang saya lalui, setiap kesukaran menjadi mudah dan tiap beban menjadi ringan. saya mahu mengadu kepada Dia kerana saya tahu Dia mendengar, walau tanpa saya katakan kepadaNya. saya tahu Dia mengetahui isi hati ini, apa yang saya sembunyikan dan saya nyatakan. saya tahu walau sekejap lagi saya akan bersedih lagi, sekurang2nya saat ini Dia membuatkan hati saya gembira. mungkin dalam hidup ni hanya ada saya dan Dia. walaupun saya cemburu dengan kebahagiaan mereka yang diredhai Dia, tapi saya tahu saya ada Dia, dan hingga saat itu, saya yakin Dia akan menjaga yang terbaik saya dan melindungi serta meredhai hidupnya, meletakkan dia diantara orang2 yang soleh yang diredhai hidupnya didunia dan akhirat. kerana saya ada Dia untuk saya berharap, saya ada Dia untuk saya meminta dan menyembah, memohon pertolongan dan kesejahteraan.
Ya Allah, titipkan dalam hati ini rasa cinta kepadaMu melebihi cintanya daku kepada dia. titipkanlah rasa rindu untuk beradu kasih denganMu melebihi rasa rinduku untuk bertemu dia yang entah dimana. sehingga Kau mentakdirkan waktu yang terbaik untukku dan dia, peliharalah dia dalam agamaMu selalu, bantulah dia andai dia lemah, permudahkan kesukarannya dan kurniakan ketabahan kepada kami dalam menghadapi ujian2 dalam hidup ini.

p/s: bukan mood nak cari teman hidup yer... cuma cemburu, moga diizikan bercinta macam dorang (",) v [peace]

Monday, January 17, 2011

Hidup tanpa garam



entah kenapa, harini semua makanan dilarang letak garam. agaknya hari tanpa garam sedunia kot... haha... aku dahlah dah pening2 fikir pasal problema diri yang tak berkesudahan> urusan dengan kerja aku la, ape lagi... ditambah pulak dengan ragam orang yang aku rasa cam nak bagi flying kick jer...huhu... garang kan? [sebenarnya tak berani pun... cakap jer lebih][err...bukan nak flying kick kamu yang sedang membaca...ada orang2 bekeng yang dtg klinik :P]
tiba2 aku rasa cam nak termuntah dan nausea.(penyakit menyerang kembali).. pastu, balik rumah, tak boleh makan GARAM??? aku rasa cam nak mogok sepuluh hari sebab lepas nie nak masak pun dah tak best la... ape lah rasa makanan tanpa garam? ok, aku tau kalau ikutkan yang aku belajar, memang lah kurangkan garam dalam masakan...[erk, kurangkan minyak, gula dan garam]. tapi kalau sampai tak boleh letak garam secubit pun, best ker makan camtu? kalau untuk orang yang ada darah tinggi ngan sakit jantung, memang sesuai lah masakan macam tu... mesti cik dietition suka patient dia tak masukkan garam dalam masakan... hehe

tapi aku rasa cam tak boleh gi lah, tak kena dengan tekak... lain la kalau masak kek atau desert, memang lah takleh masukkan garam. kang orang kata hantu garam pulak...
sape punya kerja yek yang letak garis panduan camni? huaaa.... aku taknak masak dah lepas nie. ataupun buat dapur sendiri jer. mintak maaf lah yer mak, really can't bear with this nonsense idea... yang pasti, ni bukan kerja mak lah kan... mak kan expert chef, takkan lah boleh buat camtu...

ape lah maksud tersirat dengan sebuah kehidupan tanpa garam? orang kata, garam is something yang antagonis dalam hidup. macam perkara2 yang tak best la... gula kan manis jer, jadi maksudnya perkara yang best2 jer dalam hidup. tapi, kalau masak ade gula jer, takde garam, kan tak lengkap masakan... should be, masukkan gula dan garam secukup rasa, barulah bila makan tu sedaaappp jer...kan? camtu la hidup. kalau ada manis jer, takde masin, tawar, kelat, jadi tak lengkap lah sebab kita tak tau apa rasanya bila menjalani hidup yang pahit. dan kita kurang menghargai saat2 manis dalam hidup...hehe...
wallahua'lam.

Sunday, December 12, 2010

Sticky note =)


Just to make sure blog ter 'update'...hehe...
boleh ker camni?
let see bila dah ada idea nanti will be writing back ok... :)

* oh, sebenarnya gambar kat atas tu di ambil dari belog orang lain suatu ketika dahulu...
tapi camana nak kredit ke blog dia yerk?
da tak ingat la sape punye blog n nama tuan tu pun tak ingat...huhu
apepun, kalau tuan dia nie jumpa kan, izinkan yerk
dikongsi ilmu nie...
hehe...
wallahua'lam...*



Sunday, November 21, 2010

Hadirnya untuk menguji kesabaran

kalaupun ada yang lain, dia pasti adalah sebahagian dari diri kamu, atau sebahagian dari keluarga mu, atau orang-orang yang terdekat dengan kamu, atau yang serupa nasibnya dengan kamu, kehadiran yang semacam inilah yang membuatkan insan sepertiku belajar mengenal realiti kehidupan, dan belajar erti kesabaran dan ketabahan.

Aku disini hanya untuk menunggu kehadiran insan sepertimu. banyak ragamnya, banyak persoalannya. hingga membuat aku turut berfikir dan memanipulasi semua ilmu yang ada dalam fikiranku. membentuk satu perkaitan yang mudah difahami, dan mudah diertikan kepada reality yang tertanam dalam raga mu. Waktu aku menunggu kehadiranmu, aku bersiap sedia mengenal erti seorang ‘kamu’ dalam duniaku, kerjayaku dan keimananku. aku persiapkan perisai yang paling handal, walau ku tahu ketajaman fikiranmu akan lebih menjangkau sangkaanku. Aku sediakan jiwa yang paling kental untuk memaniskan wajah, walau kedatanganmu membawa seribu masalah.

Namun, saat kamu tiba dan mendekati, mimik muka mu sahaja telah membuat aku berfikir sejauh mungkin, penasaran inginkan kepastian. segala perisai kesabaran mula runtuh bila pandanganmu tajam menikam, tutur katamu begitu menyinggung perasaan dan kehendakmu melebihi kemampuan. aku jadi lemah dalam kekalutan, tetapi ku biarkan emosi ini berjalan pada landasannya. biarkan ia mengalir menjadi positif, menjangkau tanggapan burukmu padaku dan membiarkan aku menyelesaikan masalah ini satu per satu. akhirnya kau pulang dengan senyuman ceria. atau wajahmu mencerut, masam mencuka, atau emosimu terganggu dan memandang serong padaku. biarlah. aku tahu, hadirnya dirimu hanya untuk menguji kesabaranku, dan memberikan aku ilmu. menguatkan benteng emosi dan kedukaan. mencerahkan fikiranku yang tak terjangkau pada reality. aku tahu, hadirmu hanya sementara, justeru kehadiran yang sementara itulah yang membuatkan aku belajar banyak perkara yang terlindung di sebalik kejadian ciptaan Allah ini. semoga aku terus tabah dalam kerjaya ini, membantu kamu yang memerlukan bantuan, agar kamu dapat mengharungi kesakitan ini dalam merawat dirimu. amiin…

p/s: tak tahu lah ni bahasa apa sebenarnya.... bahasa sastera? daku orang sains, tetiba jadi sasterawan pulak...

Thursday, November 18, 2010

amboi... seronoknya dia...



"hahaha.... baru terjumpa blog tulisan my simple sis... hehehe.... nasib dia takde FB... sblm ni nak berahsia ngan aku... pandei jugak beliau ini menulis yer.. dah terbongkar lah rahasia dia... huuhuhhu..."



Seronok kan bunyi ayat di atas??? haha... kakak saya telah terjumpa blog saya maa... adui... dia ingat saya tak baca kot via adek beradek yang laen... hehe... memula tu rasa macam malu amat... sampai nak private blog ni!
tapi bila pikir2 balik, hurmm... takpe lah... nak bukak, bukak la... kalau nak komen, komen la ape2 yang patut jer... yang tak patut tak payah la komen yer... huhu... kang abes keluar semua rahsia kerajaan kang... hehe...

anyway... selamat datang... dan selamat membaca... kalau rasa macam nak termuntah bila baca, tekan jer butang pangkah warna merah kat hujung atas belah kanan tu yer... haha...
kalau rasa ok, dan bermanfaat, boleh la kongsi... tu jer lah pesanan penaja... hehe...
ok, salam.

Tuesday, October 19, 2010

Amirah Fansuri



Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum
Dua tiga hari ni mood tak berapa ok... banyak perkara yang mengganggu, dan jugak bersamaan dengan pereksa akhir tahun adekku yang bongsu... saya tak tahu lah nak memahami si bongsu... lelaki pulak tu... ada-ada saja... dan yang paling susah, rasa dan pemikiran dia tak terjangkau di fikiran saya. meminta perhatian lebih dari apa yang termampu diberi... sepanjang masa perlu memerhatikan dia dan segala-galanya tentang dia...anak bongsu lelaki ni memang macam tu ye? ke kalau anak bongsu perempuan pun memang macam tu? huhu...

Saya baru lepas pulang dari menjenguk blog [
Apis] hencik misteri a.k.a saudara seislam saya... [tiba2 anda jadi femes kat sini :p] adui.. tak berhenti lagi gelak ni... gelak banyak2 pun tak baik jugak kan? tapi gelak tu penting untuk menghilangkan stress. jadi, kalau anda rasa nak menghiburkan hati jap, pergi la blog dia. tapi pergi sekejap je la... kalau pergi lama2 nanti takut pengsan pulak sebab gelak banyak sangat, tak cukup nafas nak bernafas...ok, stop...!
eh? ni bukan entri untuk tajuk diatas...

abaikan yang kat atas, entri untuk tajuk ni ada di bawah. tapi ia hanya bebelan kosong dan agak panjang dan bosan. tak payah baca pun takpe...


Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni. macam ramai insan diluar sana yang tahu, nama saya bukan amirah mahupun amirahfansuri, dan ayah saya bukan fansuri. hehe jadi, sape amirah fansuri tu? dan kenapa guna nama tu?

ntah...

senang kan jawapan?


ape la, patutnya citer pasal asal usul blog dan yang seangkatan dengannya tu masa first atau second entry la kan... tapi nak buat camana... blog nie, sejarah kelahirannya sangat tragis... huhu... masa first entry tu orang laen t
engah kalut siapkan projek tahun akhir kowt~ dan ada manusia yang relaks macam saya, yang boleh menyiapkan blog nie, dengan editing HTML template dalam masa 1 hari jer! gile kan? eh...backspace backspace... dahsyat kan? tak tahu la sindrome ape ntah yang telah menyerang masa tu... hehe...

tapi, akhirnya blog nie selamat jugak...
nasib baik saya tak tutup jer masa tu sebab 'frust' sangat...
huish...kalau cerita pasal detik2 sengsara tu, memang tak terkata... tapi, saya la orang yang paling selamba sekali... boleh lagi pergi UM jumpa adek n kawan, boleh lagi gi dengar ceramah sana sini, boleh lagi join aktiviti2 tak terancang dengan kawan2.... sempoi betulla...

tapi, dengan semua tu, saya bayar kejayaan ni dengan airmata... airmata yang tak berhenti2 sebab sangat takut persiapan yang saya buat masa tu tak menjadi persiapan yang sempurna!
masa final present untuk projek akhir pun, masih banyak compang-campingnyer... tapi Alhamdulillah, semua tu berakhir dengan cemerlang... huhu... [jangan tiru budaya tak sihat yang satu nie...fokusla mase study... tapi kalau dah tension sangat, perlu jugak masa untuk diri sendiri... asalkan pandai bahagi masa, insya ALlah berjaya]

saya masih ingat, masa tu lah saya belajar banyak sangat2 perkara... dan jumpa banyak perkara yang tak terjumpa sebelum nie... dan akhirnya, wujud la belog nie, menggantikan blog saya yang lama [my simple space versi frenster]

kenapa buat blog?
saya suka menulis. saya seorang yang tak pandai meluahkan rasa dengan kata-kata... perahsia sangat2... mungkin pada reaksi, memang boleh baca keadaan saya, tapi saya takkan katakan dengan perkataan. sebab: saya memang tak pandai menyatakan dalam perkataan. bimbang tersalah kata, atau bimbang ia akan memalukan diri sendiri.

kata orang, orang yang perahsia, biasanya gemar menulis diari... bagi saya, ada jugak betulnya...
sebab? saya memang suka menulis. tapi kurang bercakap... apa2 yang melibatkan percakapan, saya selalu elakkan diri. tapi kalau menulis, insya Allah saya boleh. sebab tu jugak la saya dengan belog
macam isi dengan kuku... tapi jauh siket la... sebab tengah2 antara isi dengan kuku kan ada kulit... hehe... blog tempat untuk bercerita, dan meluahkan pelbagai rasa yang tak mampu terluah dengan perbuatan, atau kata2 [bercakap]... sebab ayat yang keluar dari mulut saya, kalau panjang2, mesti skema... melainkan kalau mengarut, memang la tak skema kan... kalau berhujah, berdebat, bercakap, mesti rasa mcm tanak cakap... sebab macam pensyarah bercakap kat depan, ayat mesti macam skema giler jer.... huhu...

eh? apa kena mengena pulak dah dengan tajuk...
takde, alang2 dah nak cerita tentang nama pilihan tu, cerita je la sekali kan... mari berkenalan... berkenalan boleh mengeratkan silaturrahim... tapi berkenalan untuk merapatkan silaturrahim je yer, bukan untuk tujuan selain itu... :)

ok, berbalik kepada tajuk. amirah fansuri.
korang kenal tak Hamzah Fansuri? kalau tak kenal, boleh tengok kat [sini]... secara amnya, hamzah fansuri ni adalah seorang tokoh, dalam buku sejarah form 5 memang ada cerita tentang hamzah fansuri ni... tapi kat bahagian info2 kat tepi2 tu je la... dia ni seorang ahli sufi, dan jugak pelopor sastera melayu moden... haaa, pelopor sastera tu, dalam masa yang sama adalah ahli sufi... haa, sapa kata seorang yang alim, tak boleh berbahasa indah? errr, sekadar persoalan...

Hamzah fansuri ni adalah antara tokoh yang saya kagumi... erm, saya tak kenal sangat dia, jadi saya tak tahu setakat mana saya mengagumi hamzah fansuri. cuma, nama tu memang antara destinasi2 yang telah tertulis untuk saya dalam hidup ni...

nak dijadikan cerita. masa form 5 tu, sorang sahabat ni diarahkan untuk edarkan borang maklumat diri semua pelajar form 5... kami kena isi, wajib hantar. saya pun isi la... dalam borang tu, ada bahagian e-mail untuk diisi...yang saya tahu, waktu tu, saya seorang yang buta IT. saya fikir, e-mail tu boleh ditulis2 dan direka2 jer tanpa masuk internet, bukak yahoo! d
an sign up...serius, memang tak tahu pun... tak pernah tengok pun rupa yahoo! tu... rupa e-mail yahoo! apatah lagi... bila tym nak serahkan borang, saya tanya sorang kawan ni, nak isi apa kat e-mail ni? dia kata, isi jela apa2... hentam jer... saya pun apa lagi... kebetulan waktu tu memang rajin giler la study sejarah [sebab baru je lepas kena marah dengan cikgu sejarah] dan dalam buku sejarah ni, saya tahu banyak nama dan perkataan yang pelik2... kemudian, tetiba terbukak bahagian ahlis ufi, tokoh2 sejarah... sedap la nama dia... hamzah fansuri... saya fikir2, kalau letak hamzah fansuri ni karang, diorang ingat ape pulak... lelaki mana lah punya nama ni... [sebab tokoh tu kan tak berapa terkenal...duduk kat bahagian tepi2 jer dalam buku tu... kitorang pulak, bukan suka sangat baca sejarah... melainkan kalau cikgu dah marah, barulah baca... huhu]
ape lagi, sesi meng 'alter' nama laaa~
'puteri kepada fansuri' takkan nak letak puteri fansuri...
sape pula fansuri tu yang saya nak declair saya ni puteri fansuri...
banyak pulak dah fikir kan...
so, sekarang sesi membukak kamus bahasa arab... puteri dalam bahasa arab- amirah!

tapi amirah tu lebih tepat dengan maksud ratu atau pemimpin perempuan, atau ketua perempuan... takpe lah... maksudnya sama dalam kes saya ni...

maka, terjadilah 'amirah fansuri'...
untuk mengelakkan saya lupa 'e-mail' nie, saya tulis dalam buku ma'thurat, sebab buku tu jelah satu2 buku yang saya akan bawak ke hulu ke hilir dan takkan letak tempat laen... maka bersemadi la nama 'amirah fansuri' tu dalam ma'thurat tu... lamaa.... lamaaa sangat... sampai saya berada dalam tahun 3, UKM. saya tergerak hati nak bukak halaman depan sekali... biasa la kan... buku ma'thurat ni biasanya kalau bukak, terus terjah isi... tetiba je masa tu rasa nak sangat belek2 buku lama tu...
bila ternampak 'amirah fansuri' kat halaman mula2 tu, terus teringat pasal peristiwa yang saya ceritakan kat atas tadi... senyum sorang2 je... kebetulan masa tu, teringin sangat nak buat blogdrive, taknak guna blog friendster lagi dah... bila daftar kat blogdrive tu, terus la letak nama 'amirahfansuri..........'
dan sampai sekarang la nama tu kekal saya gunakan... 'puteri fansuri = amirah fansuri'... nama ni saya masih guna, tapi ma'thurat tu dah hilang pada tangan orang lain... huhu... itu jelah ceritanya... sekian terima kasih.

-TAMAT-

abes cerita.... hmm... camtu la ceritanya... dan saya membuat blogspot ni, dalam keadaan masih tercari2, siapa gerangan tokoh yang telah saya ambil nama bapak dia... nasib baik pakcik google ada... akhirnya jumpa juga tokoh yang saya kagumi selama ni [dan yang telah saya pinjam nama ayah dia...] lepas nie kena khatam sejarah hidup hamzah fansuri... eh, takde la sampai khatam... at least tahu kan~

aik? dah la... dah tamat... berhenti kat sini...

wassalam (",)

~FatimahAzzahidah~

Monday, October 18, 2010

Patah hati

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA
TAJUK: PATAH HATI
kUMP: SAUJANA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG




its almost 3 weeks... dan rindu yang amat sangat~
Ya Allah, kuatkan aku... jangan biar aku patah hati...
aku mahu bertahan disini...
aku mohon padaMu ya Allah...
aku memohon...
p/s: aku tak berubah, bukan juga dia...
mungkin keadaan yang telah berubah, tapi bukan rasa...