Bismillahirrahmanirrahim. suka buat tajuk saspen ala2 cerita dongeng kan...hehe... hmm...dipagi jumaat yang mulia ini, just teringat kembali zaman muda2 dulu...dulu suka sangat dengar lagu kumpulan nasyid zulfan. mula2 terjatuh cinta dengan lagu "bahtera hamba" sampai sanggup tu search kat internet...tapi masa tu susah sangat nak jumpa. sampai la terjumpa 4shared.com, baru ada jumpa lagu Bahtera Hamba tersebut. itupun lama jugak cari. then, bila lama2 dengar, teringin nak dengar lagu lain dari kumpulan zulfan, ade best cam lagu tu tak... fortunately, tak la mengecewakan....sampaila saya terjumpa lagu ni http://kum-abid.blogspot.com/2011/02/seri-dihati-nasyid-sumber-inspirasi.html
dengar banyak2 kali, ter feeling plak...hikhik :P padahal lagu orang bertunang kottt.... dan masa tu dahla xreti bercintan cintun lg :P
macam lah jugak masa tu suka dengar lagu Kasihmu Amanahku inteam tu... klaka pun ada... ms tu berangan xyah ckp la, konon2 nnt dh jumpa insan terpilih tu, terus tunang n nikah, xde couple2 ke, bercinta ke... hmm...tapi takdir Allah tu kte tak boleh nak kata... kadang2 Allah bagi apa yang kita suka, tapi dalam hal ni, terasa sangat Allah bagi apa yang kita perlu...Apa yang kita perlu untuk menjadi matang dengan masa dan keadaan, menjadi dewasa dengan masalah dan kejauhan... Allah Maha Tahu apa yang kita perlu ;)
sebenarnya lagu ni dah lama tak ingat...err..maksudnya dah lama sangat2 xlayan lagu, bukan lagu ni je..tp rasanya music player dlm hp tu pun dah lama sangat menganggur... kalau rasa xbest pun bukak mengaji je...
Alkisah encik tunang (yg insyaa Allah akan disayangi bila dh jd zauj :P) try application baru, dia dedicate lagu bidadari-hijjaz n tanya "takde ke lagu orang bertunang"... saya ni bukan boleh ditanya...kepala terus ligat berfikir... im thinking...oh, zaman dulu2 xde tunang, serius suka dengar lagu2 tahpape....skrg dh ada tunang xnak pulak dengar...
indeed, bila dah bertunang, banyak perkara nak kena jaga. yang paling penting sekali, hati banyak nak kena jaga. hati sendiri lebih2 lagi... xmau layu2, feeling2...bergerak sentiasa maju ke depan... fikir masa depan sokmo...gigih berusaha (walaupun kadang2 fail sokmo terutama dalam bab2 all out punye kerja) perbaiki n improve diri...sebab bertunang bukan tiket untuk menghalalkan yang haram, atau bercouple tak berkesudahan. kami cuba sedaya upaya supaya tahap perhubungan masih dalam taaruf dan persediaan...
eh...err, tiba2 berharap takde orang baca...hewhew :P
ok la, last but not least, ini lirik lagu seri di hati - zulfan... music memang slow sikit la...tapi lirik dia ok la tak over sangat cam lagu kasih kekasih...hehehe...
Friday, August 2, 2013
Suatu ketika dahulu
TweetMonday, April 8, 2013
Darah manis?
TweetMonday, July 16, 2012
Hope
TweetTuesday, April 17, 2012
amalan tidak diterima
Tweet“Wah.. hang memang terbaiklah ! Suka menderma, suka bersedekah, suka bantu kawan yang susah, suka tolong anak yatim dan orang-orang miskin.. mesti pahala hang berlipat ganda sekarang ni..” Alhamdulillah.. Tahniah ! Tahniah kepada sesiapa yang gembira dan suka melakukan kebaikan terutamanya sedekah. Ketahuilah bahawa melalui amalan seumpama itu, Allah pasti akan memberikan ganjaran yang berlipat ganda buat diri kita walaupun kita sudah tidak ada di dunia ini. Sabda Rasulullah s.a.w ; "Apabila mati seorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta doa anak-anak yang soleh." [Riwayat Muslim] Allah sendiri memberi jaminan pahala yang banyak buat golongan yang suka bersedekah. ٌميِلَع ٌعِساَوُهّللاَو ُءاَشَينَمِل ُفِعاَضُيُهّللاَوٍةَّبَحُةَئِّم ٍةَلُبنُس ِّلُك يِفَلِباَنَس َعْبَسْتَتَبنَأ ٍةَّبَحِلَثَمَك ِهّللاِليِبَس يِفْمُهَلاَوْمَأَنوُقِفنُي َنيِذَّلاُلَثَّم "Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."[2:261] Bayangkanlah.. besar sungguh ganjarannya! Bukan 2 kali ganda, bukan 3 kali ganda atau 4 kali ganda tetapi 700 kali ganda. bahkan boleh jadi lebih hebat daripada itu! Terpulang pada Allah.. Tahniah sekali lagi ! Teruskan amalan yang baik itu.. Namun, saya ada sedikit pesanan untuk direnung-renungkan dan diambil peduli oleh diri saya dan diri anda. “Kadang-kadang kita suka bersedekah.. Tapi Allah tidak suka akan sedekah kita. Lalu amalan sedekah kita ditolak,habis musnah begitu sahaja. Kita jadi rugi..” Kenapa sampai begitu sekali ? Kenapa Allah tidak terima amalan kita walaupun kita bersedekah dalam keadaan suka dan senang hati ? Jawapannya hanya satu, kita tidak betul-betul ikhlas ! Kita tidak beramal semata-mata kerana berkehendak akan redha Allah. Tahu apa buktinya ? ada empat bukti .. sekiranya kita memiliki walaupun hanya salah satu daripadanya, maka amalan kita akan ditolak bulat-bulat oleh Allah SWT !! 1. Mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebut pemberian yang diberikan. 2. Memberi namun dalam masa yang sama turut menyakiti hati si penerima. 3. Riya’.. iaitu menunjuk-nunjuk atau mempamerkan amalan itu bukan untuk tujuan mendidik tetapi untuk berbangga. 4. Tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat.(Bukan Islam) ……………………………………......................................... Anda pernah melihat sebiji batu yang diselaputi banyak pasir atau tanah ? Apa akan jadi sekiranya batu itu disimbah dengan air atau terkena air hujan? Ya.. sudah pasti batu itu akan menjadi licin bersih ! Begitulah perumpamaan yang Allah gambarkan untuk menjelaskan bahawa ganjaran pahala yang telah dikumpul oleh si pemberi sedekah akan hilang kesemuanya sekiranya dia memiliki sifat-sifat seperti di atas. َنيِرِفاَكْلاَمْوَقْلا يِدْهَيَال ُهّللاَوْاوُبَسَكاَّمِّمٍءْيَش ىَلَعَنوُرِدْقَيَّالًادْلَصُهَكَرَتَفٌلِباَوُهَباَصَأَفٌباَرُت ِهْيَلَعٍناَوْفَصِلَثَمَكُهُلَثَمَفِرِخآلاِمْوَيْلاَو ِهّللاِب ُنِمْؤُيَالَوِساَّنلا ءاَئِرُهَلاَمُقِفنُي يِذَّلاَكىَذألاَو ِّنَمْلاِبمُكِتاَقَدَصْاوُلِطْبُتَالْاوُنَمآَنيِذَّلااَهُّيَأ اَي "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah batu itu bersih (tidak bertanah). Mereka tidak mendapat sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir ."[2:264] Saya yakin diri kita faham apa yang Allah maksudkan.. Maka periksalah diri kita sekarang.. adakah kita mempunyai ciri-ciri seperti yang disebutkan di atas ? Jika YA.. segeralah berubah ! Tidak susah ! Sekiranya ciri-ciri itu muncul lagi ketika kita bersedekah, cepat-cepat buang ! Selepas bersedekah, senyumlah dengan mengharapkan agar Allah redha dan menerima amalan kita. Kemudian terus lupakan pemberian yang kita hulurkan. Saya ulang, terus lupakan kebaikan kita itu!! Kita tidak mahu amalan sedekah kita menjadi sia-sia dan rosak begitu sahaja ! Rugi besar kita nanti !! Sahabat-sahabatku.. Mari kita jadikan amalan sedekah sebagai HOBI !! Semoga ada balasan yang besar buat kita di negeri akhirat sana nanti ! Ameen.. http://mati-pasti.blogspot.com
Saturday, April 7, 2012
tenangkan Ya Allah
Tweetana tak tahu kenapa dengan hati ni... Ya Allah, tenangkanlah hati ni... terangkanlah kepadaNya tentang hakikat ini...bisikkan kata yang mampu membuat dia diam, duduk menunggu dengan tenang, pasrah dan redha.
entah kenapa harini. mungkin terlalu banyak perkara yang menggembirakan yang membuat dia berdegup begitu laju. tetapi, Alhamdulillah, ada kakak yang Engkau kurniakan padaku, buat mengingatkan aku erti syukur kepadaMu, erti pasrah kepadaMu. gembira ini bukan untuk selamanya. ingatlah. jangan terlalu gembira untuk perkara yang belum pasti, kerana sesungguhnya semua itu milik Allah. kegembiraan mampu menjauh dan memutuskan ikatan cintamu kepadaNya, memutuskan riak rindumu kepada Dia Pemilik segala rasa.
kembalikan kepadaNya. kau lupa untuk tersenyum. kau lupa untuk merebahkan dirimu sujud mensyukuri nikmat sakit dan sihat yang Dia beri. kau lupa untuk kekal memegang diri tidak lalai dan lupa dari mengingati Dia. mengapa ingatkan dia lebih dariNya? mengapa ingatkan dia hingga lupa? tak kira lah dia itu manusia atau harta benda, tak kiralah sedekat mana dirimu dengan dia itu. tak kiralah seperlu mana dia itu kepadamu.
BEHAVE YOURSELF AMIRAH! NEVER! NEVER! AND NEVER!
tundukkan hatimu disaat dia sedang bercelaru. jinakkan hatimu di saat dia bergelora. ingatkan kepadanya, esok masih ada. dan janji Allah pasti akan terlaksana. ingatkan dirimu, esok tidak pernah terlambat bahkan tidak tercepat pun bila Allah telah menulis tentangnya. segalanya pasti berubah mengikut masa. dan masa itu hanya terpulang kepada dirimu untuk mencantikkannya atau merosakkannya. segalanya pasti akan kembali semula kepada Allah. dan Dia tidak pernah memungkiri janji.
ps: menulis macam ni pun telah menenangkan hati ana. Allah, pelihara diri ini dekat denganMu selalu. dan mak abah first after Allah n rasulullah.
Wednesday, November 9, 2011
Don't expect too much
TweetFriday, September 16, 2011
merenung ke dalam diri
TweetThursday, August 4, 2011
Setiap hari adalah hari yang baik jika...
TweetSaturday, July 9, 2011
Jauh
TweetTuesday, July 5, 2011
maaf ku tak sempurna...
Tweetmaafkanku...
tak mampu menjadi yang terbaik buatmu...
aku cemburu bila kamu berbicara dengan wanita lain, tetapi adakah kamu akan cemburu bila mengetahui aku pernah berbicara dengan lelaki lain?
aku selalu mahu kamu menjaga hati untukku. tetapi adakah kamu akan kecewa bila hatiku pernah terbagi kepada insan lain?
aku selalu mahu kamu menjadi lelaki soleh yang sentiasa sujud kepada Allah. tetapi adakah kamu akan berpuas hati bila aku tidak sesolehah yang kamu harapkan?
aku selalu mahu kamu menjadi pemimpinku. tetapi adakah kamu akan kecewa bahawa aku tidak pandai menjadi pembantumu?
aku selalu berharap kamu menjadi pelindungku. tetapi adakah hatimu bakal remuk bila aku tak mampu merawatmu dengan baik?
Saturday, July 2, 2011
sometimes...
Tweetsometimes...
just can't stand being so lonely
even just for a second... just for a second! astaghfirullah...
my dear heart...please being nice to me...pleaseee..... jangan la macam nie...
jom kita mentelaah sirah nabi... isikan masa dengan ilmu ukhrawi...
jangan termenung jauh2 sangat...masuk habuk dlm mata nanti...hehe
sabar itu kan indah... suatu keindahan yang tersisip rapi dalam sanubari anugerah Ilahi...
alunan zikrullah pada lisan dan dalam fikiran...
memikirkan alangkah indahnya ciptaan Allah, dan mencari hikmah dalam tiap penciptaan Ilahi
adalah zikir hakiki pada hati yang layu sepi
kucing comel dlm gambar...jgn sedih2 yer
moga kita dalam lindungan Allah hendaknya
moga hati kita tenang dalam menongkah cabaran dunia
moga Allah sentiasa menjaga dan memelihara kita dalam redhaNya
dalam rahmah dan rahim Nya Yang Maha Berkuasa.
tenanglah hati sehingga tiba masanya
tenanglah jiwa dalam dakapan kudratNya Ilahi Robbi...
jangan termenung2 lagi (",)
Thursday, June 30, 2011
Debar Hatiku
TweetTuesday, June 21, 2011
Mencari Kebahagiaan Hati
Tweetsetelah ada dua perkara ini, ada dua perkara lagi yang diperlukan bagi mencapai tujuan itu (kebahagiaan hati).
setelah direnungkan, setiap makhluk memerlukan Allah dalam hidupnya ini. Hanya Allah sahaja yang layak diperlukan dan dicari oleh mereka yang hidup didunia ini. Tanpa Allah, setiap makhluk tidak mendapat tidak mendapat apa yang dihajati. menghambakan diri kepada yang lain selain kepada Allah, hanyalah perbuatan yang sia-sia. Hanya Allah sahaja yang ada keempat-empat perkara diatas.
Thursday, June 16, 2011
unggas berbisik...
Tweet
Sunday, June 5, 2011
P/s: Dear Self, Take Note :D
Tweettakyah tulih la...dah ada dah dalam gambo tu...hehe
err...xnampak ker? hmm....meh nak tolong tuliskan...
khas untuk diriku, dan sahabat2ku
terutama sahabat segenerasiku ^_^
Wahai Puteriku Sayang,
Janganlah risau akan jodohmu
kerana putera yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada
bicara manja yang menggoda
pada pujuk rayu seorang puteri
yang meruntuhkan imannya
sesungguhnya lelaki itu
pemimpin kepada wanita
Andai belum sampai jodohmu
anggaplah bahawa putera yang kau nantikan itu
sedang membina sahsiah kepimpinannya
bagi memimpin dirimu
kerana pada puteri itu
pasti ada kekurangannya
dan putera yang benar-benar layak
pasti akan hadir
untuk melengkapkan dirimu...
Saturday, June 4, 2011
Sabar itu Indah
TweetTuesday, May 31, 2011
Kias cinta
TweetSunday, May 29, 2011
selalu je...
TweetKenape selalu nak dengar lirik nie
bila...
rasa cam teringat kat 'dia'
yang entah sape ntah, taktau lah kat mana entah...
selalu...
adakah istikharah ini sudah terjawab?
saat-saat yang selalu sahaja dipermudahkan...
padahal, kenyataannya selalu sahaja disusah dan dipayahkan...
yang nyata didepan selalu sahaja kabur dan gelap
tapi hati sering sahaja berbisik
Allah Yang Maha Membangkitkan
membuatku merasa bersemangat walau menderita
betapa Dia membangkitkan semangat hambaNya
walau dalam kepayahan diri ini

















