assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Thursday, March 14, 2013

kembali


susah tak, nak mengembalikan diri sendiri ke pangkal jalan...? Terasa jauh...usrah, keluarga...Ya Allah... Seakan tangan2 jemu untuk mencapai tanganku. Seakan jalan2 semakin menyempit membiar diriku. Terasa hati... Terasa semua menjauh dariku. Terasa seperti mereka bosan, berang dan memandang sinis kepadaku. Adakah Engkau juga sedang memandang hina padaku?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, March 9, 2013

hari-hari bersejarah~

Bismillahirrahmanirrahim..
Sakit kepala dah. Dah tua2 ni, xlarat nk tdo lewat. Zaman muda2 dulu xyah tdo pun xpe..steady je..hehe...steady la sgt. Pas abis assignment tunggang terbalik. Bagus! Tahniah utk diri sendiri.
Eh, salah parking plak..
Alhamdulillah... Rasanya mood nak menulis +++
Tapi erm...xtau nk tulis ape.. kalau boleh instead of storytelling pasal kehidupan harian ana, nak jugak tulis sesuatu yg berilmu sikit..
Dan teringatlah tentang sejarah hari2 cuti yg Allah dah tetapkan kalau ikut sejarah/nas dari Qur'an...org islam, waktu cuti kerja yg wajib cuti adalah pd waktu solat jumaat. Org yahudi pd hari sabtu dan nasrani pd hari ahad. Asbab nuzul, surah n ayat mmg xingat. Tp psl cerita bani israel yg Allah tukarkn jd kera sbb langgar larangan bekerja hr sabtu, dlm surah al-baqarah. Tentang hentikan perniagaan pd wktu solat jumaat dlm surah al-jumuah. Nnt insya Allah kalau jumpa detail penerangannya, akan dikongsikan disini...sebab dengar xbuat catatan....inilah hasilnye... Wallahua'lam.
Pengajaran hari ini: adab menuntut ilmu, bawak pen dan kertas or buku. Catat isi2 penting n kalau boleh stiap patah perkataan tu kne tulis..hehe
P/s/s: sebulan sudah~ Alhamdulillah...

Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, March 6, 2013

wordless wednesday~

Seketika



Bismillahirrahmanirrahim.
dan masa terus berlalu. meniti hari-hari yang baru.
saat yang terpendam. simpan rasa sendiri.
simpan kalimah sakti. untuk dilafaz saat hari bahagia nanti.
belajar untuk terus berdiri dan berdiri bila cubaan selalu gagal lagi.

tidak. dai'e bukan sifatnya senang kalah.
pada pukulan, herdikan dan sindiran.
kata-kata kesat yang membisik ke telinga.
jadilah muslimah yang baik.
yang taat perintah Allah
jadilah muslimah yang kuat
menangkis kata-kata 'gurauan' yang menyakitkan.

suatu ketika dahulu, aku selalu berharap,
putera hati hadir membawaku pergi
jauh dari persimpangan yang selalu menjatuhkanku ini.
tetapi lama kelamaan, aku sendiri lali dengan semua ini.
saat putera hati tak pernah muncul dalam hidup ini.
dan ku serahkan takdir ini berjalan mengikut kehendak Ilahi.
melepaskan harapan.



namun, saat tak terduga
akhirnya Dia berikanku insan yang terbaik untukku.
bukan lagi kerana ku berharap dia membawaku pergi
bukan lagi kerana berharap sesuatu dari dirinya.
tanpa sebarang 'kerana'
dia hadir disisiku.


dan aku terus berubah dengan masa.
seperti tiada lagi 'aku' yang dahulu
berharap agar diri berubah menjadi 'aku' yang sekarang.

tanpa siapa tahu.
tanpa siapa pinta.
perubahan ini kerana Allah
dan, ikhlas kerana Allah.