Mengenangkan fajar, teringat kata emak bila ida mengadu perkara-perkara yang menyedihkan kepadanya. Kadang-kadang bila mak sedih, dia juga akan ungkapkan perkara sama sambil tersenyum tawar… Ya, esok tak semestinya menjanjikan bahagia. Maka, setiap kali bermulanya hari baru, hari ini, bersyukurlah dan alu-alukanlah kedatangannya dengan senyum gembira. Tanamkan azam baru untuk hari ini, agar ia menjadi lebih baik dari hari semalam. Esok bagaimana pula? Sementara berada di hari ini, lakukanlah yang terbaik dan nikmati serta syukuri apa yang ada pada hari ini agar tak menyesal andai duka bertandang pada hari esok. Supaya bibirmu tetap menguntum senyum bila ujian kesusahan dari Allah menyapamu pada hari esok. Senyuman, walaupun tawar, tiada seri dan pahit, juga adalah senyuman, dan ia melambangkan kesabaran. Allah suka pada orang yang sabar. Semakin diuji, semakin dia tabah, Allah akan tambah tahap kesabarannya…hingga nanti tiada apa yang dapat memisahkan hatinya dengan Allah dan tiada ujian yang dapat menggoyah keimanannya kepada Allah…teringat sahabat ida, N. setiap pagi, bila online di Y!M, dia pasti akan menulis “Alhamdulillah, hari baru”. Cerianya dia menyambut hari baru, walaupun tahu hari itu amat memenatkan. Dengan klinikal yang akan tamat lewat petang, dia tetap menunjukkan wajah ceria dan menghadiahkan senyuman manis setiap kali bertemu sahabat-sahabat. Bagusnya dia… ida pun belum tentu lagi dapat menjadi seperti dia. Tapi harapnya, selagi ada peluang untuk berusaha, ida tetap mahu menjadi seperti dia, dan seperti mak yang begitu tabah mengharungi pahit getir kehidupan. Ida sayang mak! Erm,tersasar pulak..hehe…ok, moralnya, laluilah hari ini sebaik mungkin supaya tak menyesal bila bertemu hari esok yang lebih mencabar. Hargai insan-insan yang anda sayangi kerana esok belum pasti lagi samada sayang itu masih ada dihati anda untuk mereka, atau mereka sudah membenci anda, atau yang lebih pilu jika esok bukan lagi untuk salah seorang dari kita. Mungkin mereka akan pulang kepangkuan Ilahi atau kita yang akan pergi. Wallahua’lam.Thursday, May 27, 2010
Esok Yang Tidak Pasti
Tweet
Mengenangkan fajar, teringat kata emak bila ida mengadu perkara-perkara yang menyedihkan kepadanya. Kadang-kadang bila mak sedih, dia juga akan ungkapkan perkara sama sambil tersenyum tawar… Ya, esok tak semestinya menjanjikan bahagia. Maka, setiap kali bermulanya hari baru, hari ini, bersyukurlah dan alu-alukanlah kedatangannya dengan senyum gembira. Tanamkan azam baru untuk hari ini, agar ia menjadi lebih baik dari hari semalam. Esok bagaimana pula? Sementara berada di hari ini, lakukanlah yang terbaik dan nikmati serta syukuri apa yang ada pada hari ini agar tak menyesal andai duka bertandang pada hari esok. Supaya bibirmu tetap menguntum senyum bila ujian kesusahan dari Allah menyapamu pada hari esok. Senyuman, walaupun tawar, tiada seri dan pahit, juga adalah senyuman, dan ia melambangkan kesabaran. Allah suka pada orang yang sabar. Semakin diuji, semakin dia tabah, Allah akan tambah tahap kesabarannya…hingga nanti tiada apa yang dapat memisahkan hatinya dengan Allah dan tiada ujian yang dapat menggoyah keimanannya kepada Allah…teringat sahabat ida, N. setiap pagi, bila online di Y!M, dia pasti akan menulis “Alhamdulillah, hari baru”. Cerianya dia menyambut hari baru, walaupun tahu hari itu amat memenatkan. Dengan klinikal yang akan tamat lewat petang, dia tetap menunjukkan wajah ceria dan menghadiahkan senyuman manis setiap kali bertemu sahabat-sahabat. Bagusnya dia… ida pun belum tentu lagi dapat menjadi seperti dia. Tapi harapnya, selagi ada peluang untuk berusaha, ida tetap mahu menjadi seperti dia, dan seperti mak yang begitu tabah mengharungi pahit getir kehidupan. Ida sayang mak! Erm,tersasar pulak..hehe…ok, moralnya, laluilah hari ini sebaik mungkin supaya tak menyesal bila bertemu hari esok yang lebih mencabar. Hargai insan-insan yang anda sayangi kerana esok belum pasti lagi samada sayang itu masih ada dihati anda untuk mereka, atau mereka sudah membenci anda, atau yang lebih pilu jika esok bukan lagi untuk salah seorang dari kita. Mungkin mereka akan pulang kepangkuan Ilahi atau kita yang akan pergi. Wallahua’lam.
Wednesday, May 26, 2010
...Rahsia Solat awal waktu...(solat yok...dah asar)
Tweet
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Ilmu yang berguna patut dikongsi bersama walaupun sekadar peringatan.. Jangan lenggahkan solat ya…….banyak yang kita akan kerugian… Sesungguhnya Allah sbw amat mengasihi umatNya dan memberi banyak kelebihan kepada Muslimin Muslimat , hanya kita yang leka & lalai.. Bayangkan kalau khasiat” ini diketahui oleh orang-orang Yahudi atau Nasrani, ataupun Kafir Laknatullah! Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi,. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
sekian dan selamat beramal.
sumber : Blog Kelab Kepimpinan Al-wahida Pahang
Monday, May 24, 2010
++Menjana Ukhwah++
TweetIdea nie tetibe jer terilham masa tengah sibuk2 menyiapkan thesis pada bulan yang lepas-lepas...Saya cuma terfikir,betul ke tak ada masa lapang? Ntahlah, tak pasti pula. Mungkin akan ada kalau kita tangguh-tangguh kerja yang perlu disiapkan segera, atau lambat. Bila bertangguh, mesti ada masa lapang punye la untuk buat perkara-perkara seperti menulis kat blog ke, dok intai2 blog ker…huhu… Ya Allah…
Tentu shj Allah bersumpah atas masa lapang, dimana manusia akan sentiasa dalam kerugian, melainkan mereka yang berpesan2 pada kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan pada kesabaran.
Seisi rumah malam ni sedang sibuk menyiapkan tugasan masing-masing. Adakah tesis ini menghancur dan memecahbelahkan persahabatan yang telah kami bina selama hampir 4 tahun disini? Tengok lah macamana kita hadapinya. Walaupun zahirnya, ida perhatikan semua orang khusyuk mengadap laptop masing-masing, melayan idea dan buah fikiran masing-masing, tak semestinya semua itu akan membuatkan persahabatan ini kucar kacir, hancur, luluh, lusuh, rapuh…
Mungkin bagi orang lain, apa yang kami lakukan ini ‘ntah apa-apa’ tapi bagi kami gurau dan senda yang kami kekalkan dalam rumah ini menjadikan rumah ini seperti ‘rumahku, rumahmu, syurga kita’. Ada masa, bila penat menatap artikel masing-masing, kami akan melawat kawan-kawan. Biarkan mereka berbual bila aku terpaksa menyiapkan kerja. Tapi bila dah ada progression, ida akan join jugak diorang sekejap. Dah tu, sambung buat kerja balik. Macam tu jugak dengan yang lain. Kalau masing-masing terlalu sibuk dan private sgt2, kami akan round melalui Y!M. menarik kan? Ape salahnya ym dengan orang sebelah. Sesekali rasa jugak bercakap melalui ym, walaupun bilik sebelah jer. Sejengkal je pun kalau nak jalan. Tapi variasi dalam berhubung pun boleh membantu dalam mengeratkan silaturrahim. Mungkin ada yang tak biasa menyatakan ‘saya sayang awak’ pada kawan kita. Geli la…aih, ape pulak nak cakap camtu. Dahla sesame pompuan@lelaki. Tapi kan, ape salahnya. Menyatakan betapa pentingnya sahabat kte tu dalam hidup kte akan membuatkan sahabat kte rasa dihargai, membuatkan dia ingat yang dia tu penting dalam hidup kite. But then, cara nak cakap pun kena la bertempat. Mesti kena dengan cara. Jangan sampai menimbulkan apa2 krisis pulak. Haih. Cakap secara terbuka. Cthnye, bila borak ramai2 tu, luahkan kelebihan setiap kawan2 yg kte tengah borak ngan dia tu, yg menyebabkan kte rasa bertuah sgt dia ada dalam hidup kte. Jangan berpura2…cakap secara jujur la tapinye…huhu…
Ida suka cakap tentang persahabatan, sebab bagi ida, persahabatan tu sangat penting dalam hidup. Sorang sahabat sangatlah berharga buat ida. Tapi, ntahlah kalau dah berpunya nanti masih mementingkan sahabat atau suami. Tu tak boleh nak jamin sebab perempuan role dia dalam hidup bujang tak sama dengan hidup berkeluarga. Wallahua’lam.
Friday, May 21, 2010
~Home Sweet Home~ ( ?)
Tweet
Assalamualaikum. erm, tak tahu nak tulis aper... hmm... jap eh, nak tulis ape nie... alaaa...idea dah lari lintang pukang...huhu... erm, sorry la blog...tomorrow ktew tulis k... nak kongsi something masa gi kuliah malam semalam...
status: dah mula kerja...[dengan rumah2 sekali daku kerjakan]
mood: [ok la, seronok, tapi boring siket...]
needs: [ rindu kat kawan2222....!!!!!!!!!!!!huhu... sahabat2ku di ukm... rindu kamu semuaaa...]
worried: [ buku tesis belum hantar lagi yerrr...bila mau siap lim?]
tittle: [home sweet home is takde kena mengena dengan entri kali nie... erm, sweet la sket2...]
erm...erm... bout badminton baru2 nie [badminton piala thomas] [tak puas hati dengan performance BM sebab...kalau kamu tengok sendiri pun memang tak puas ati pown...sume orang pon komen yang sama...kami peminat badminton sangat kecewa dengan performance nyeee... huhu]
[well...well...zaman kerja dah tak best macam zaman belajar...percayalah... sebab masa belajar bley enjoy jer sesuka ati... kalau dah kerja, xde masa sangat nak enjoy macam dlu... nak gi mana2 kena guna kewangan sendiri...xde nye nak mintak wang mak ayah lagi... jadi, sila kerja dengan gigih...huhu..]
ok lah, dah merepek pulakk...k, salam.
Monday, May 10, 2010
Selamat Hari Lahir...
Tweet
Bismillahirrahmanirrahim.
just a short post... nak ucapkan selamat hari lahir buat semua sahabat dan adikku sayang yang menyambut hari lahir pada bulan nie...
1. ina
2. fadh
3. suma
4. afif
5. azah
6. semua la (tak ingat dah...)
dan SELAMAT HARI IBU BUAT MAMAKU SAYANG! Sayang mak selalu...
(sedapnyer kek diatas...just grab anywhere from the web...but kek bufday diorang got something like strawberry...so delicious...)
Wednesday, May 5, 2010
Ibarat lilin
TweetBismillahirrahmanirrahim.
[sekitar perjalanan ujian lisan. untuk renungan bersama, dan dedikasi khas buat adik2 juniorku yang ku sayangi kerana Allah]
Debaran makin terasa. jam ditangan menunjukkan tepat 2.10 petang. Alhamdullah, aku tiba awal daripada waktu yang telah ditetapkan. bukan apa, risau pula aku mendapat informasi yang salah tentang waktu viva atau ujian lisan tesis ku [sebut vaiva]. buku tesis yang telah disusun, ku genggam kuat. mahu baca lagi atau tenangkan hati saja? ku memandang ke hadapan, mengintai bilik mesyuarat, bimbang aku akan membuatkan pensyarah-pensyarahku dan pemeriksa menunggu lama. Alhamdulillah, informasi yang ku perolehi, tepat! debaran ini belum berkesudahan. berpanjangan sejak malam tadi.
'aku bimbang bila aku tidak merasa bimbang bila menghadapi ujian!' Itu yang ku luahkan pada sahabatku. ya, bimbang bila hati ini tidak merasa bimbang menghadapi ujian. seolah-olah aku tidak bersedia langsung untuk diuji, atau aku masih tidak dapat mengagak soalan-soalan yang bakal ku terima, bererti aku tidak memahami apa yang telah aku lakukan selama ini! Perasaan ini sama seperti kita menghadapi saat-saat kehidupan didunia. kita sudah terbiasa, bimbang bila ada yang memandang, bukan manusia, bukan haiwan, tapi Yang Maha Mengetahui. Biasa merasa berhati-hati bila memutuskan untuk melakukan sesuatu. begitu juga bila menghadapi ujian dunia. merasa bimbang bagiku perkara yang perlu, kerana dengan merasa begitu, aku akan lebih tertumpu dan fokus pada apa yang aku pelajari.
Hampir jam 2.30 petang, aku masih tidak memasuki bilik mesyuarat, tempat ujian dijalankan. menunggu diluar, pastilah suatu penyeksaan. semakin berdebar hati ini. mulut terkumat kamit membaca surah al-insyirah untuk menenangkan hati.
'semua sudah kau fahami. semua sudah kau pelajari. insya Allah kau dapat menjawab dengan baik.' bisik hati kecilku menenangkan debaran ini.
"F.A! apa khabar? sihat?" sapa penyeliaku lembut. aku menjawab seadanya sambil berdiri ingin memberi ruang duduk kepadanya. tetapi dia menolak dengan baik, memberiku ruang yang ku punya sejak tadi. ditangannya tergenggam erat tesisku dan sebekas kuih.
sapaan yang lembut itulah yang akhirnya menenangkan hatiku. sapaan itu yang ku tunggu, yang meredakan kebimbanganku. Aku hanya tersenyum bila disapa begitu. Dengan tenang katanya, menenangkan hatiku. dia meminta maaf kerana terpaksa menangguh ujian ke hari isnin, lewat tiga hari dari hari yang dijadualkan atas sebab-sebab tertentu. Surah Al-fatihah yang di baca berulang kali sejak melangkah kaki dari rumah dengan penuh mengharapkan bantuan Allah, akhirnya memberikan aku kepada guruku. Allah memberikan dia untukku, waktu aku benar-benar buntu. Allah memberikan dia untuk menyuluh cahaya kepadaku meneruskan tugasanku. segala yang membuatkan aku buntu, dia fahamkanku. subhanallah...inilah yang selalu diungkap-ungkap. Guru itu ibarat lilin. Allah mengurniakan ilmu kepada mereka, ibarat cahaya yang terang, dan cahaya itulah yang menyuluh jalan insan lain menuju destinasi yang ingin dituju.
Dan disaat-saat akhir ini juga, dia masih mahu membantuku. memberikan aku beberapa tips untuk menjawab, dan mengiyakan kefahamanku pada kajian yang telah ku jalankan. Ya Allah, ingin menitis rasanya airmata ini mengimbau kembali pada apa yang telah aku lalui. dia banyak membantuku. marahnya bukan marah emosi, bukan marah yang dipenuhi nafsu amarah. marahnya dengan harapan, marahnya untuk memberiku kekuatan. marah untuk menyedarkan. marahnya selalu ditahan-tahan agar tidak keterlaluan.
"jangan lari dari kenyataan, jangan lari dari tanggungjawab, jangan lari dari saya. hadapi semuanya dengan kekuatan yang kamu pohon dari Allah." itu ungkapan azimat yang selalu diberikan kepadaku. Di luar bilik mesyuarat, banyak juga yang sempat ku bincang semula dengan penyeliaku. banyak maklumat yang dia berikan, disamping kek lapis dari menantu saudaranya yang dia bawa bersama ke bilik mesyuarat.
Dr. R memanggil penyeliaku masuk ke bilik mesyuarat. aku mengekor dibelakang penyeliaku seperti kebingungan pula bila Dr. R berkata kepadaku 'penyelia sahaja masuk dahulu'.
sampai terpaksa diulang dua kali, baru aku sedar kesilapanku. hehe...nampak sangat sindrom simpatetik:takikardia-tak fokus!
Beberapa minit kemudian, pengerusi majlis tadi mempersilakan aku masuk. aku duduk di tempat yang ditunjukkan oleh beliau, dan sesi pengenalan tesis dimulakan. kemudian diikuti dengan teguran satu persatu dan diselitkan dengan soaljawab untuk menguji kefahamanku. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan pemeriksa berpuas hati dengan penerangan-penerangan yang ku berikan. cuma banyak yang perlu ku perbetulkan dan ditambahbaik.
'Dr. S sengaja tak letak Dr. N sebagai pemeriksa. dia betul-betul nak bantu kamu sebab dia lihat banyak yang perlu dibetulkan dalam tesis kamu ni.' kata penyeliaku.
aku seperti tergamam pula. betapa baiknya guru-guruku. betapa tulusnya hati mereka ingin mendidikku. tak terbalas jasa mereka. hanya Allah dapat membalas jasa mereka. bagaimana aku tidak merasa begitu sayang kepada mereka yang telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepadaku. Allah memberikan mereka ilmu untuk dikongsi dengan insan lain, dan itulah yang mereka lakukan. bagaimana selama ini aku begitu tidak mengendahkan siapa guruku? mereka begitu baik terhadapku, begitu tulus mahu membantuku. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guruku yang telah banyak, begitu banyak memberikan sokongan dan membantu aku dalam memahami apa yang ku lalui. Allah pasti membalas jasa kalian. aku akan pastikan diri ini melakukan yang terbaik untuk mensyukuri pemberian Allah ini. insya Allah.

P/S: diri sedang beradaptasi dengan 'keadaan' yang akan hilang tidak lama lagi. Yang ku fikirkan bukan apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tapi seperti diri ini cuba menyedarkan diri sendiri yang aku akan keluar daripada kelompok 'pelajar'. memang pembelajaran itu takkan pernah berkesudahan selagi kita hidup, tetapi, sesi perkuliahan ini tetap akan berakhir tidak lama lagi. tak dapat dibayangkan, hidupku nanti. tiada lagi gelak tawa fasihah yang selalu ku sakat, malah sekarang sudah pandai pula menyakatku semula. tiada lagi noor yang selalu saja ada masa untukku, sahabatnya. tiada lagi zeha yang selalu saja terkena tempias sakat ku, fadh yang selalu menumpang laptopku, zila teman sepermainanku [eh2, silap...teman selujnahku, se'adikku sayang'ku], kam yang pendiam tapi kuat jugak menyakat, husna, ina, achik, faza, fatum, suma, fathin, zira, yani dan semua lah kawan-kawan se kos, se organisasi, dan adik2 yang ku sayang. begitu pilu hati ini ingin meninggalkan kalian. rumah kita ini bakal kosong, dan penghuninya akan bersilih ganti. aku pasti akan merindui kalian. Ya Allah, peliharalah mereka, sahabatku dalam redhaMu selalu. jauhi mereka dari bencana, dan dari kesusahan yang tiada pertolongan...amiiiin.
Monday, May 3, 2010
12 barisan dihari akhirat
TweetRasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba’ : 18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan airmata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…" Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka."
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih." Wallahua’alam.
(artikel adalah di copypaste daripada email yang penulis dapat. tapi sumbernya sudah samar2 sebab artikel ni sebenarnya dah lama sangat2... sape2 yang tahu sumber hadith ni harap sgt2 dapat kongsikan kat sini...syukran, wallahua'lam)
P/S: nampaknya lepas habis belajar ni, saya jadi penulis... penulis manuskrip jurnal...Alhamdulillah...
Sunday, May 2, 2010
doa iringan al-Fatihah
Tweet
BismillahirRahmanirRahim…
Dah lama nak post penulisan ni. nak kongsi dengan semua tips-tips yang diberikan oleh ustaz masa ceramah menyambut Ramadhan. tapi sibuk dengan kerja-kerja kuliah and so on, dah tak tau letak kat mana, terlupa nak postkan… semoga dapat sama-sama jadikan amalan agar kita terus menjadi hambaNya yang bernafas dalam jiwa seorang hamba kepadaNya yang Maha Kuasa…ameen…
kata ustaz, doa ni elok kita bisikkan dalam hati kita untuk diri kita supaya terus istiqamah dalam tarbiyyah diri kita, moga menjadi pejuang agamaNya yang bersifat dengan sifat mahmudah…
1) dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan penyayang
(Ya Allah, jadikan aku orang-orang yang ikhlas)
2) Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
(Jadikan aku orang yang tawaddhu’)
3) Yang Maha Pengasih dan Penyayang
(Ya Allah, jadikan aku orang yang sentiasa bersangka baik terhadapMu)
4) Pemilik hari pembalasan
(Ya Allah, jadikan aku orang yang membesarkan hari akhirat daripada dunia)
5) kepada Engkaulah kami sembah dan dan kepadaMu lah tempat kami meminta pertolongan
(Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bertawakkal dan mengabdikan diri kepadaMu)
6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus)
7) Jalan orang-orang yang Engkau redhai, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat
(Ya Allah, walau dimanapun kami berada, tempatkanlah aku bersama orang-orang yang soleh)
Makbulkanlah pinta kami Ya Allah…
Saturday, May 1, 2010
sekeping hati wanita
Tweetsekeping hati wanita terlalu peka pada kasih sayang yang diberi, namun terlalu tinggi firasatnya untuk menilai kasih sayang yang murni. sekeping hati wanita terlalu rapuh untuk membuat keputusan, namun ia menjadi terlalu keras pada keputusan yang dipegang. sekeping hati wanita seperti dicipta dari titisan airmata yang luruh dari pipi, berada diantara dua sifat yang berbeza untuk melengkapi dua sikap yang berbeza. ia dicipta dengan airmata untuk menjadi penguat jiwa dan semangatnya untuk meneruskan kehidupan demi insan-insan yang dia sayangi.
begitu mudah menangis?”
“Ketika Aku menciptakan seorang
wanita, ia diharuskan untuk menjadi
seorang yang istimewa. Aku membuat
bahunya cukup kuat untuk menopang
dunia; namun, harus cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan ”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali
datang dari anak-anaknya ”
“Aku memberinya kekerasan untuk
membuatnya tetap tegar ketika orang-
orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan
kelelahan tanpa mengeluh ”
“Aku memberinya kepekaan untuk
mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya ”
“Aku memberinya kekuatan untuk
mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk
suaminya untuk melindungi hatinya ”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui bahwa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti
isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya
untuk berada disisi suaminya tanpa
ragu”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata
untuk dititiskan dan ini adalah khusus
miliknya untuk digunakan bilapun ia
perlukan.”
“Kau tahu;kecantikan seorang wanita
bukanlah dari pakaian yang
dikenakannya, susuk yang ia tampilkan,
atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”
“Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah
pintu hatinya.. Tempat dimana cinta
itu ada.”






