assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Friday, May 31, 2013

hanya seketika

Mata dah perlu rehat sekarang. Tapi minda masih nak jalan. Jalan jauh pulak tu. Entahlah, sampai bila mata ni boleh bertahan. Sebelum ni macam nampak kabur je..ni dah sakit mata. Padahal sakit mata je pun kan... Tapi bila xboleh nampak dengan jelas walaupun dah kecikkan mata, tiba2 minda terfikir... Allah, kalau tiba2 dah sampai masa Engkau nak ambik semula penglihatan ni, aku redha je.. dah banyak sangat yang Kau ambil dariku, aku tau aku tak layak dapat lebih dari apa yang aku ada, secukupnya untuk hari ini. Kalau pandangan ni dah tak mampu melihat, aku redha, kalau diri ni akan jadi beban pada orang lain, aku redha je hidup sorang2... Sebelum ni, banyak sangat menangis, dari kecik, semua benda aku nak nangiskan... Kebelakangan ni rasa dah xboleh menangis dah. Bila menitik je airmata, kepala terus berdenyut. Pedih, sehari bengkak mata. Tu la tiba2 je terfikir macam dah xde harapan nak baik dah... Macam mana agaknya hidup tanpa mata zahir? Mampu ke mata hati ni celik? Memandang hikmah, memandang dengan cahayaMu? Layakkah aku? Dengan hati yang hitam dan kelam, kotor dengan dosa, mampu ke aku hidup tanpa nikmat Mu yang satu ni? Aku tak dapat mengangis.. hanya mampu sebut namaMu, hanya mampu redha dengan ketentuanMu... Allah...

Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, May 28, 2013

Rapuh



Saturday, May 25, 2013

cerita saja-saja

Esok...
Entah apa lah yang bermain di fikiran. Rasanya tak ada yg mampu terfikir oleh minda saat ini.saat insan lain nyenyak dibuai mimpi. Terasa lumpuh seluruh badan menanggung rasa ini. Asalnya cuma kerana lenguh dan kehausan, melarat-larat sampai demam melanda. Esok...esok bakal mencipta sejarah buat kembarku, sepupuku seusia denganku, selang beberapa saat kelahirannya denganku. Tahniah abg kembar! Waktu rasa macam sakit sangat kepala ni, memusing xboleh pikir apa...semua dah jadi xbetul je rasa...rasa macam masa berjalan laju sgt...macam dah bertahun2 hari ini melangkah.. demam ni xde kena mengena dengan kembar yang nak kawin esok. Sebab tak rapat sgt pun dengan dia. Dah besar ni baru masing2 pandai bercakap. Kalau tak masa zaman kecik2 dulu, dia sama la dengan aku, sama2 xbercakap dengan orang. Buat hal sendiri. Bila besar ni, dh jadi rapat pulak, tapi rapat mcm biasa2 aku rapat dgn sepupu lain... Tapi terasa jgk la sayu plus happy bila dia nak kawin ni... Sayu sebab orang asyik tanya aku bila turn aku plak... Haritu masa bertunang pun nak brebut gak bertunang bln 12. Tapi abang kan, mesti slalu nak menang maaa.... Aku jgk yg delay tunang bln 2.. xkesah..xkesah... Kali ni nak kawin, aku taknak berebut dah... Kasi laluan... Bila org tanya aku bila plak, penat nak jawab satu2...hjg tahun insyaa Allah... Hrp2 cepat dpt tarikh...istikharah cepat yer encik tunang (kuengkueng...tunang jela kan...aku xpayah..bagus!!)hjg tahun ni rasa xde nk brebut dgn sape2..mmg tnggu kenduri aku je lg utk thn ni... Sebaya aku 2 org je pmpuan (belah mak). Lain smua llaki..adik2 sdara+sendiri yg pmpuan smua jauh2 lg... Mgkn paling2 pn tahun depan..oh, kecuali belah abah ada lg sorang spupu yg nak kawin bln 12 ni..hrp2 tarikh xbertembung..
Ok, melalut2 lagi...
Sambung cerita kembar... Alkisah, nak jadi cerita, anak2 sedara dahla panggil pak andak jugak. Bila angah aku cakap kat anak2 dia esok pak andak nak kawin, anak2 sedara aku mula la kompius..bila jumpa aku, dia tersipu2 tny aku betul ke mak andak nak kawin esok.? Terkejut aku dan nak tergelak besar rasa... Klau aku yg nak kawin esok, xde nye anak2 boleh pegi jalan2 lg harini...kita dah berkampung kat rumah makwan tau...xboleh nak pegi mana2 dah...then terpaksa terangkan satu2 kat diorang supaya tak kompius dah..patutla masa mula2 nak tanya tu, dia sebut pak andak, pastu sebut mak andak pulak..haih, 'kalau pak andak bad dengar ni, marah dia nnt..kuikuikui'
Itu baru cerita bab anak2 sedara... Cerita pasal orang dtg klinik pulak, ditakdirkan Allah, bakal isteri kembar aku tu orang sekampung..rumah sebelah dengan rumah bonda muslimat yg rapat dgn aku.. maka tersebarlah berita bahawa yang bakal kahwin tu ahli keluarga kami...tapi biasa la, bila telefon buruk berbunyi, maka orang yang last2 tu akan dapat maklumat yg paling hujung je.. ada pulak jemaah yg dtg klinik dok tanya kakak2 aku betul ke aku yang nak kawin. Betul ke? Memang la betul, tapi bukan yang bulan 5-6 ni...bln 5 ni kembar, bulan 6 nnt bakal adik ipar...semua ada kena mengena dengan aku, tapi bukanlah aku...dan aku akan sedaya upaya untuk menjemput sendiri ahli2 jemaah sini utk memeriahkan walimah kami nanti insyaa Allah, tidaklah akan berbuat yang kurang sopan dengan mendiamkan diri je sambil membuat persiapan...kan??kan?? Xsopan tau nikah senyap2...insyaa Allah akan dihebahkan..tapi bukan sekarang...sadis sungguh..mana la aku tak terasa sayu..aku happy utk sepupu aku, sebab selama ni mcm ksian tgk dia sorang2 kena jaga tok, bila tension pegi merokok...benci tahu orang merokok...harap2 ada isteri nanti ada org nak suruh dia kurangkan merokok tu...haha...niat ikhlas ni sambil doa supaya perkahwinan dia ni blh ubah dia sikit2 kpd kbaikan...cuma terasa jugak la sebab nak kena betulkan setiap kali sampai kadang2 tu mampi senyum je sambil geleng kepala... Apapun, last skali nak cerita, demam aku ni takde kaitan dengan mat duan nak kawin. Ia adalah dua perkara yang berbeza cuma kebetulan je jadi pada masa yang sama. Ok. Wassalam..

Wednesday, May 15, 2013

janji kita~








terpatri ikatan bererti telah berjanji. bukan hanya untuk mendapatkan kebahagiaan dan kegembiraan semata-mata. ramai orang yang berjaya, bukan kerana mereka tidak pernah gagal, tapi kerana mereka telah berjaya bangkit dari kegagalan.
ramai orang telah mendapat kebahagiaan bukan kerana mereka bertuah, hidup selalu bernasib baik2 sahaja, tetapi kerana mereka mengambil kesusahan sebagai penguat, untuk berusaha mendapatkan kebahagiaan. mereka menghargai kesulitan kerana tahu erti bahagia disebalik semua kepayahan. dengan kepayahan kita memahami, dengan kesusahan kita belajar menyelesaikan. dengan kesulitan kita belajar menerima. dengan penat dan lelah ini kita belajar menghargai. 
hidup memang begitu, tidak pernah memberi ruang untuk kita bersenang. mengaku beriman? nanti dahulu, jgn syok sendiri sebelum Allah uji.
begitu juga, mengaku telah berjaya? pernahkah kita gagal dan berusaha lagi? kita pernah gagal, tapi untuk mengatakn sudah tiada jalan adalah kegagalan selamanya. 
"marilah mendirikan solat, marilah menuju kejayaan"
Allah memberi kita kesulitan, padaNya juga kunci penyelesaian... alhamdulillah ", 

Monday, May 13, 2013

La ilaha illallah



Murid: “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?”

Imam Ghazali: “Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.