assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Monday, February 28, 2011

Andai waktu mencemburui...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
entahlah kenapa hari ni begitu agak emosi. bukan harini je kot, hari2... bukan2...

entahlah... kenapa senang benar memberi jawapan dengan menyebut 'entah'? adakah itu ayat yang paling mudah dan selamat? bagi saya, ia bukan ayat yang paling selamat untuk diberi sebagai jawapan. tetapi ia adalah suatu rasa menggambarkan betapa panjang dan lebar dan beratnya apa yang terbuku dihati. mengeluh? mengeluh lagi... jadilah manusia yang yakin wahai diri! yakin bahawa segala ini telah ditentukan Allah, terimalah dengan hati dan jiwa yang tenang. terimalah dengan tabah, hadapi dengan senyuman, hadapi dengan sedikit kekuatan yang dipinjam dari Allah.

coretan ini saya lakarkan untuk ke berapa kalinya. sekadar bermuhasabah diri. andai kematian itu menghampiri, bersedialah... sucikan hati dan jiwa, tambah lah amal selagi mampu.

kerana saat melakukan dosa, kita lupa untuk menghitungnya.
saat kita melukai orang lain dengan kata dan tindakan, kita lupa untuk memohon kemaafan sehingga kita mengambil jalan mudah untuk melupakan sahaja silap dan salah kita.
saat kita melanggar muamalat perhubungan, melanggar muamalat perniagaan, melanggar muamalat perubatan, kita mengambil langkah mudah untuk men'halal' kan apa yang jelas terang dan nyata nya haram.
saat kita mengutamakan sakit dan penat tubuh daripada berdiri dihadapan Allah menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba sehingga hujung waktu solat pun tiba dan kita masih di perbaringan melepaskan lelah diri.
saat kita mengutamakan tidur di subuh hari dari bangun menghadap Ilahi.
saat kita berpaling dari wajah suci ibu bapa, saat kita mengingkari permintaan orang tua.
saat kita lupa melabuhkan jilbab, saat kita merias wajah untuk tontonan ajnabi, saat kita melakukan maksiat dan kemungkaran...
saat-saat itu tak terhitung kerana kita lupa untuk menghitungnya.
kita malu untuk mengingatnya dan mengambil langkah mudah dengan melupakan tanpa memohon maaf kepada diri, tanpa memohon maaf kepada Ilahi.
saat-saat inilah yang menambah saham timbangan amalan kiri kita.
dan kerana itu, andai kematian itu menghampiri, tahanlah diri. tahanlah jiwa dari terus-terusan berada dalam keadaan ini. bertaubatlah dengan airmata taubat yang sebenar.
di saat insan lain lupa akan kehadiran kita, biarkan kita sendirian menghadap Ilahi, menyembah dan mengadu, memohon maaf atas kesilapan diri. moga ada diantara titisan airmata itu diterima Allah sebagai pengubat dosa-dosa yang lalu...
Ya Allah, segalanya milikMu. diri ini juga milikMu. andainya ia telah menghampiri, redhakanlah hatiku untuk menerima ketentuanMu itu. daku tak berputus harap Ya Allah, malah usaha juga cuba ku tingkatkan. tetapi andai kaca telah retak, ditampal juga tidak sama keadaannya seperti saat ia cantik tercipta. usahaku ini ya Allah, terimalah ia. tetapi andai takdirMu mengatasi tadbirku, sampaikanlah kepada yang masih diberi izin hidup didunia ini, bahawa tak terhitung kemaafan ku pohon agar dimaafkan. dan mereka juga telah ku maafkan, malah aku begitu kasih kepada mereka kerana mereka hamba2Mu yang begitu berusaha menjadi hamba yang Kau redhai. Ya Allah...

Sunday, February 27, 2011

Seri dihati- nasyid sumber inspirasi ^_^

Pepohon kelayuan ranting yang kekeringan
Dedaun berguguran tandus tiada harapan
Umpama hidup kita tiada semarak kasih dan sayang
Tertanam kebencian , kesunyian

Kasih yang sejati anugerah Ilahi
Hadirnya dijiwa bukannya kerna dipaksa
Cinta yang terjalin didalam diri manusia
Kesuciannya bagai sutera putih

Tautan cinta yang bersemi di sulami kasih Ilahi
Yang melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan Tuhan
Temuilah seri di hati itulah cinta hakiki
Andai kau selami rahsia keimanan…

Telah bermula episod cinta yang suci
Dua insan berkasih pun berikrar janji
Dengan tersarung sebentuk cincin di jari
Kedua orang tua pun merestui

Terikat janji bakal membina mahligai impian
Kini hanyalah ujian sabar menekan di jiwa
Namun syariat dari Ilahi itu syarat paling utama
Demi kesucian cinta restu Yang Esa
Demi cinta suci yang tiada ternoda...

Tajuk Nasyid : Seri Di Hati
Artis : Zulfan
Album : Pelayaran

p/s: hanyalah seperti kisah cinta impian, tidak lebih dari itu... hehe...biiznillah, insyaAllah... (",)

Saturday, February 26, 2011

Kolesterol

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua (",)
Alhamdulillah, malam nie dah pun siap membentangkan tajuk kolesterol, tapi briefing jer untuk tajuk lipid yang saya akan bentangkan dua minggu ke depan. menarik juga perbincangan malam ni. tapi sebab slot saya akhir sekali, tak dapat nak menghurai panjang topik kolesterol ni. cuma mencerahkan di sudut yang baik tentang kolesterol. jadi kena ingat, bermusuh2 pun dengan kolesterol, jangan sampai tak cukup kolesterol dalam badan... sebab ia memainkan peranan
penting dalam tindakbalas hormon steroid tubuh. antara hormon steroid penting dalam tubuh
adalah hormon keperempuanan dan kelelakian. yang tu akan ditulis dalam buku nanti, insya Allah... [hehe...tapi entah bila lah kan nak jadi buku... tak janji lah nie...]

selain daripada fungsi hormon steroid, kolesterol jugak antara komponen penting otak dan sel saraf. kalau baca dalam buku2 kesihatan, sel saraf memang sangat memerlukan kolesterol untuk berfungsi dengan baik, sebab kolesterol ni antara komponen penting dinding sel tu sendiri. ni kolesterol yang terikat dengan lemak la, bukan kolesterol serum. tak faham? hmmm takpelah... buat2 la faham yek... hehe

jap nak google bentuk kolesterol kot2 ade ke kan, boleh la saya tampal kat sini...

ok, ni

atas ni bentuk yang real. bentuk strukturnya kat bawah nie


jadi, kesimpulan kat sini, kolesterol bukanlah jahat. cuma, kita yang salah memilih kolesterol dan cara hidup yang menyebabkan kita mengumpul 'kolesterol jahat' dalam badan kita. kena pandai2 pilih makanan dan banyakkan aktiviti fizikal, kalau boleh kena latih diri exercise (bukan buat kerja, tapi riadhah khas) sekurang2nya 3-4 kali seminggu dan setiap kali tu kena exercise dalam 30 minit. tak kira la jogging ker, main badminton ker, n kalau lelaki yang suka football tu, elok la luangkan masa pagi or petang gi main bola... main bola sensorang pun takpe, yang penting berpeluh!hehe...camne la tu yek... kalau saya, pilih sukan yang paling senang, n nak buat indoor pun boleh. contoh macam window shopping kat jalan T.A.R masjid India [hahaha...] ataupun skipping, n kadang2 kalau diberi peluang n ruang, pegi swimming... berenang ni sebenarnya bagus sebab sunnah Rasulullah n dituntut untuk kita belajar. tapi kalau yang perempuan tu, better cari la tempat yang tertutup dan khas untuk perempuan jer... kalau campur lelaki perempuan kang nampak aurat, hilang la nak dapat pahala ikut sunnah, dapat dosa lagi ader la...

eh, dah jauh menyimpang... ok, tu je lah dulu. insya Allah dua minggu depan sambung pulak dengan lipid secara keseluruhan... dan rasanya nak lebih tekankan tajuk nie, nak tunjuk macamana kolesterol-LDL-HDL berubah2 dan faktor2 yang menentukan perubahannye. wallahua'lam.

p/s: tadi present depan bakal doktor... huhu... mula2 tu nervous jugak, ye la kita ni bukan terer pun... dah la masa announce nama tu, die panggil nama saya Dr. F****** A********.... ade ke patut... saya nutritionist jer, bukan doctor... masa mula present tu macam tak confident, tapi bila saya cakap tengok doktor tu angguk2 [bukan angguk mengantuk!] maksudnya dia faham la dan betul la apa yang saya cakap tu kan... walaupun he is quite small as compared to me, tapi tetap ilmu dia besar kan? haha... jadi bila dia angguk2 tu, rasa cam konfiden la sket nak cakap merapu pun... kuang3...


Thursday, February 24, 2011

step forward

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

it's been awhile tak cerita pasal buku kan? hehe... niat dan cita2 nak menghasilkan sebuah buku tu masih ada walaupun dah lama tersenyap dan tersunyi begitu sahaja. dalam tempoh sebulan yang lepas, rasanya tak tercukup kakitangan nak mengendalikan perusahaan. Alhamdulillah, sekarang dah makin stabil dan insya Allah masuk bulan yang baru nie timetable akan makin stabil. walaupun begitu, diri sendiri masih lagi dalam proses memperbaiki diri... ada masa bila iman merundum, hasil kerja pun jatuh merundum lah jugak... tambah lagi, takde teman sebelah katil yang slalu membebel tu, tolong tegur kan sikap 'rajin' kakak die nie... hehehe... bila la korang nak balik kan... buhsannya lah duk sorang...kalau down, bagi semangat kat diri sendiri. nasib baik hakimi si jantung hati ada. Boleh main ngan dia (",).

sebenarnya taktau nak mula dari mana. kadang2 rasa macam tak yakin yang saya ni boleh menulis. tengok blog ni pun dah tau. penulisan yang hambar dan tak menarik untuk dibaca. panjang berjela2, pastu taktau ape hujung pangkalnya. ayat bersepah2, point merata-rata dan tak tersusun. ade yang cakap terlalu metafora, terlalu hyperbola [siap nak main bole plak dah kat blog ni]... meleret2...entah lah...

nak memulakan langkah insya Allah, nak cuba la masuk pertandingan menulis cerpen Islami kat iluvislam.com tu... hehe... kalu tak menang pun takpe... cuma nak menguji kebolehan diri dan mengasah bakat yang takde :P

jom pakat2 hantar penyertaan... insya Allah ni first step saya sebelum betul2 serius dengan penulisan ilmiah... lepas tu boleh la belajar menulis sikit2 'buku' tu...
wallahua'lam.


p/s: *nak jadi cam abah... suka sikap dia yang berjiwa besar, berwawasan jauh... kalu boleh semua yang orang nak buat dia nak buat jugak... cari kelemahan diri, cari kekuatan orang lain untuk belajar, cari ruang dan peluang untuk berjaya...memang usahawan sejati...dia penulis, dia penceramah, dia doktor, dia herbalis, pengarah, semua boleh jadi... kadang2 boleh jugak buat kerja2 orang bawahan, tapi yang ni jarang la sebab dia selalu boleh jadi pengarah jer...hehehe*


Tuesday, February 22, 2011

Jealous


bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
saje je nak menulis yang merepek2 sikit harini... boleh je kan? hehe...
boleh tak, nak buat kenyataan...
'jelousnye tengok orang bercinta lepas kawin...' sweet couple... sejuk hati dan Allah meredhai... walaupun ade gaduh2 jugak kan, sebenarnya kalau orang macam saye tengok nampak bahagia jer... its like a part of kebahagiaan hati mereka... walaupun sometimes nak ikut kepala masing2, bawak haluan masing2, tapi last2 they get the point utk berdamai...

pejam celik, pejam celik, rupanya dah setahun masa berlalu... mereka meninggalkan saya seorang diri... waktu yang paling rase macam taktau nak rasa ape ialah hari bahagia kakak atas saya [kak ana]. memang rasa gembira sangat2 sebab last2, hubungan dorang berakhir dengan baik, sampai juga ke jinjang pelamin [walaupun takde pelamin punn...] dan insya Allah membawa ke syurga. tapi masa tu rasa macam kehilangan... kawan bermain dan bergelak ketawa dah jadi milik orang, dah jadi isteri orang... gembira sebab dia bahagia, tapi sedih sebab i'm alone... saya memang rapat dengan kakak-kakak daripada adik2 [nampak sangat manja dan mengada kan? kuang2]. sebelum dia kawin dan dia mengambil alih banyak tugas seorang kakak dalam rumah kami, dia memang kakak yang baik.

entahlah nak cakap macamana, tapi saya tahu, dia berperanan baik sebagai kakak... tak macam saya, lebih banyak harapkan adik2 dari diri sendiri as kakak... entah part mana dalam diri saya yang layak dipanggil 'kakak' oleh semua orang dalam rumah ni... rasanya kalau jadi yang paling adik kot baru layak... bila kakak saya dah kawin, memang dia tak hilang, dia masih ada depan mata. tak lari ke mana pun... tapi semua dah berubah. takkan la nak sama macam sebelum kawin kan? sebelum berpunya, kita yang jadi orang kanan dia, penasihat ker, nak tanya pendapat semua tanya kita. tapi bila dah kawin, role seorang teman hidup tu dah ada pada suami dia la. takkan nak tanya kita lagi. taat dia pada suami. kalau suami dia kata tak boleh takkan dia nak ikut cakap orang lain yang kata boleh...kan??? itulah rasa kehilangan yang saya maksudkan. masih, dalam tempoh beberapa bulan, kaki bertahan. 'aku yang akan jadi kakak dalam rumah lepas ni... macamana aku nak jadi seorang kakak? macamana aku nak jadi role yang adik2 boleh kata aku ni kakak?' masa tu selalu fikir camni. saya bertahan kerana masih ada sorang abang. tapi sorang abang ni jugak menunggu masa sahaja untuk bergelar suami kepada tunang dia [masa tu].

Januari 2010, abang saya selamat diijabkabulkan. lagi lah bertambah2 rasa kehilangan. abang ni role dia lain pulak. kalau kakak, saya rasa kehilangan dia sebab banyaknya berkongsi cerita, kongsi bilik, kongsi masalah, kongsi suka duka... role abang tak sepenting kakak, tapi masih penting kerana banyaknya kerja2 luar yang menjadi mudah bila dia ada. nak ke mana2, cakap je, insya Allah dia akan segera bawak. nak buat urusan luar, membeli belah, beli barang keperluan, dia mesti bawak punya. senang mintak tolong itu ini. tapi bila dia takde... seolah2 kalau masa ada kakak dengan abang, saya ada sayap dan kaki. bila hilang seorang, taktau nak terbang, hanya boleh berjalan. tapi bila dah takde dua2, macamana? terkaku lah disini. tak boleh terbang, jalan pun tak berdaya... menjadi kakak bukan mudah. menjadi kakak dan abang apatah lagi.

mesti orang akan cakap yang saya ni suka mengeluh kan? tidak, ini bukan keluhan...ini hanyalah luahan hati seorang saya, yang pernah berada ditengah2 dalam kelompok adik beradik yang begitu ramai. boleh la nak kata saya ni cam takde role la dalam family...selalu rase camtu... macam diri tak penting dalam keluarga ni. saya takde kepandaian yang spesifik macam orang lain yang boleh buat satu kerja sndiri, takyah orang tolong pun. saya ibarat menjadi perencah tambahan untuk menyedapkan lauk, ibarat duit sepuluh sen untuk mencukupkan nilai seringgit. saya takde kebolehan macam duit 50 sen yang begitu besar sumbangannya untuk menjadi seringgit, tak punya kebolehan seperti ikan atau ayam yang menjadi bahan utama dalam masakan.

Namun bila menjadi kakak, saya kuatkan juga diri. tapi masih tak sama hasilnya sepertimana ketika yang lain memegang 'jawatan' ini. ia tetap menjadi seperti cacat sebelah, masih tak sempurna sentuhannya. hanya berbekalkan sekeping hati, saya usahakan juga menjadi yang terbaik. tetapi ia tak semudah merancang dan berkata. bukan sekali airmata ini gugur. kalau setiap saat boleh menangis, agaknya selama itulah airmata mengalir. kenapa lah murah sangat dengan airmata? sedangkan orang lain boleh hidup tanpa perasaan yang serupa yang saya rasakan.

entahlah... sebab bila menangis, i know that He know every moment yang saya lalui, setiap kesukaran menjadi mudah dan tiap beban menjadi ringan. saya mahu mengadu kepada Dia kerana saya tahu Dia mendengar, walau tanpa saya katakan kepadaNya. saya tahu Dia mengetahui isi hati ini, apa yang saya sembunyikan dan saya nyatakan. saya tahu walau sekejap lagi saya akan bersedih lagi, sekurang2nya saat ini Dia membuatkan hati saya gembira. mungkin dalam hidup ni hanya ada saya dan Dia. walaupun saya cemburu dengan kebahagiaan mereka yang diredhai Dia, tapi saya tahu saya ada Dia, dan hingga saat itu, saya yakin Dia akan menjaga yang terbaik saya dan melindungi serta meredhai hidupnya, meletakkan dia diantara orang2 yang soleh yang diredhai hidupnya didunia dan akhirat. kerana saya ada Dia untuk saya berharap, saya ada Dia untuk saya meminta dan menyembah, memohon pertolongan dan kesejahteraan.
Ya Allah, titipkan dalam hati ini rasa cinta kepadaMu melebihi cintanya daku kepada dia. titipkanlah rasa rindu untuk beradu kasih denganMu melebihi rasa rinduku untuk bertemu dia yang entah dimana. sehingga Kau mentakdirkan waktu yang terbaik untukku dan dia, peliharalah dia dalam agamaMu selalu, bantulah dia andai dia lemah, permudahkan kesukarannya dan kurniakan ketabahan kepada kami dalam menghadapi ujian2 dalam hidup ini.

p/s: bukan mood nak cari teman hidup yer... cuma cemburu, moga diizikan bercinta macam dorang (",) v [peace]

Saturday, February 19, 2011

termenung berfikir...

Kubiar kalam berbicara

menghurai maksudnya dijiwa
agar dapatku mengerti
segala yang terjadi
sudah suratan Ilahi

kubiarkan pena menulis
meluahkan hasrat dihati
moga terubat segala keresahan dijiwa
tak pernah ku ingini

aku telahpun sedaya
tak melukai hatimu
mungkin sudah suratan hidupku
kasih yang lama terjalin
berderai bagaikan kaca
oh teman maafkanlah diriku

oh Tuhan,
tunjukkan ku jalan
untuk menempuhi dugaan ini
teman maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan ukhuwah yang dibina
keakhirnya

aku tidakkan berdaya
menahan hibanya rasa
kau pergi meninggalkan diriku
redhalah apa terjadi
usahlah dikau kesali
mungkin ada rahmat yang tersembunyi


***
seperti berubahnya pantai, seperti beraraknya awan, begitulah ketetapan Ilahi
andai aku ditakdirkan untuk kehilangan, adakah pilihan untukku tidak redha dengan ketentuan ini?
Ya Allah, kuatkan hatiku, yakinkan padaku bahawa tiap ketentuanMu adalah yang terbaik buatku... setiap bahagia yang hadir dalam hidupku adalah milikMu, dan setiap yang datang itu pasti akan pergi. andai ia barang yang boleh luput, ia pasti musnah dan hilang juga suatu hari nanti. andai ia jasad yang dipinjam dariMu, ia pasti akan kembali semula kepadaMu bila tiba waktunya nanti. segalanya adalah milikMu. biarkan aku mencintaiMu lebih dari segala yang Kau pinjamkan buatku...

Penulis

Seorang penulis, tidak boleh tumpul fikirannya, kerana itu melambangkan tumpulnya mata pena

Seorang penulis, tidak boleh lalai hatinya, kerana itu melambangkan longgarnya pemikirannya.
seorang penulis, tidak boleh leka hidupnya, kerana itu membuat ideanya hilang melayang tanpa sedarnya
seorang penulis, tidak boleh lupa pada Tuhannya, kerana itu timbangan saham akhiratnya
seorang penulis, tidak boleh dicuri hatinya, kerana itu membuat dia lupa bagaimana perasaannya pada penulisan.

Friday, February 18, 2011

Titipan buat wanita

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu.
Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Thursday, February 17, 2011

Hakikat Seorang wanita-akal senipis rambut

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka
akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata.! ..
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

P/s: koleksi artikel dari mana ntah tak ingat dah ^_^

Pesanan buat diri: jangan terlalu mengharapkan lelaki setabah dan sehebat Ali karamallahuwajhah
andai diri tak mampu menjadi semulia Fatimah Az-Zahra'

Wednesday, February 16, 2011

Jadi, mengapa perlunya istikharah?

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.


Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.


Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.


Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)


Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.


Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)


Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.


Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.


Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat.

Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)

p/s: entah...

Tuesday, February 15, 2011

Hadith 18 ^_^

bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Apa khabar iman? Salam maulidurrasul kepada semua. actually, kalau kita nak mengingati junjungan mulia Rasulullah S.A.W, tak semestinya pada hari2 tertentu sahaja... betul tak? bukan nak kata salah bila kita memperbanyakkan selawat pada hari maulidurrasul, tapi kenapa hanya pada hari kelahiran Baginda S.A.W sahaja kita terrlalu mengambil berat, sedangkan pada hari2 biasa, dalam hal2 tertentu, kita sanggup menolak ke tepi sunnah Rasulullah... masa tu, kat mana Rasulullah yang 'kita cintai' tu berada di hati kita? adakah betul2 didalam hati, ataupun kat belakang hati jer? huhu... fikir2kan lah...

eh, banyaknya cuti bulan nie... huhu... kurang la pendapatan bulan nie nampaknya... kena cari kije tambahan ni... huhu.... kalu tak camana..... [alahai, banyaknya tuntutan kewangan... nak buat lesen lagi... huhu]

bila ada masalah kewangan, cepat jer kita alert kan? sebab, ia tuntutan keduniaan, yang memang nampak, dan kalau tak ditunaikan, rasa2nya susah jugak nak menjalani kehidupan cam orang biasa kat atas muka bumi Allah ni... tapi kan, pernah tak kita terfikir, bila tak cukup pahala kat dunia ni, macamana nak topup segala dosa yang memberatkan timbangan kita ke jalan 'orang kiri' di akhirat nanti? Saja nak share tentang hadith nie, yang rasanya perlu kita ambil pengajaran dari penghayatannya.

Maksud petikan hadith 18, dari hadith 40 susunan imam Nawawi:
Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdullah Rahman Mu'adz bin Jabal r.a dari Rasulullah S.A.W sabdanya: Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya. dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus. (riwayat At-Tirmizi)

Syarahan hadith: * Hadith 40 (terjemahan dan syarahannya) oleh Mustafa 'Abdul Rahman.

Petunjuk hadith:
di antara petunjuknya ialah:
1. Bahawa hadith tersebut pada keseluruhannya mengandungi 3 hukum yang amat penting. Pertama: Hak Allah.
kedua: Hak mukallaf
ketiga: Hak hamba

Hak Allah ialah taqwa kepadaNya. Hak mukallaf adalah menghapuskan kejahatan yang telah dikerjakannya. Hak hamba ialah elok pergaulan di antara sesama manusia dalam masyarakat.
ketiga-tiga hak ini masuk ke dalam tuntutan dan pengertian taqwa. Yang demikian bererti pula taqwa itu tidak terhad kepada Allah, tetapi meliputi juga sesama manusia. Dan orang yang taqwa adalah orang yang dapat menunaikan pengertian tersebut secara keseluruhannya.

2. Bahawa kebaikan yang dikerjakan seorang dapat menghapuskan kejahatannya, yang demikian lenyaplah dosanya. Para 'ulama' telah banyak memperkatakan masalah penghapusan dosa dengan ketiadaan taubat. mereka telah membahaskan, adakah amal kebaikan (amal soleh) dapat menghapuskan dosa kecil dan dosa besar atau dosa-dosa kecil sahaja? Di antara mereka banyak yang berpendapat bahawa amal kebaikan hanya dapat menghapuskan dosa kecil saja tidak dosa besar. Inilah yang diriwayatkan dari A'tha' dan Ulama' salaf pada hadith wudu' yang menyatakan penghapusan dosa kecil.

Adapun dosa besar, maka penghapusannya menghendaki kepada taubat sesuai dengan perintah Allah kepada hambaNya untuk melakukannya jika telah berdosa dan orang yang tidak menurut perintah ini, dipandang sebagai orang yang zalim. Sementara itu, telah diijma'kan pula bahawa taubat adalah fardhu. menunaikan fardhu menghendaki kepada niat dan qasad. Andaikata segala dosa besar dapat dihapuskan dengan wudu', sembahyang dan dengan rukun-rukun Islam yang lain maka tidaklah diperlukan lagi kepada taubat. ini terang-terangan tidak dapat diterima. sebagai alasannya untuk menetapkan yang dosa besar tidak dapat dihapuskan oleh segala amal yang fardhu itu di antaranya ialah hadith Abu Hurayrah yang menyatakan bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya):
"Sembahyang yang lima waktu dan sembahyang Juma'at kepada Juma'at (dari seminggu ke seminggu) dan puasa Ramadhan kepada puasa Ramadhan adalah menghapuskan dosa diantara sekaliannya selama dijauhi segala dosa besar"

Dalam penjelasan hadith ini, terdapat dua pendapat; pertama: pendapat jumhur ahli as-sunnah mengatakan bahawa menjauhi segala dosa besar adalah syarat untuk menghapuskan segala dosa kecil. sebaliknya kalau masih juga melakukannya dosa besar maka tetaplah tidak berlaku penghapusan itu.
Kedua: Pendapat yang mengatakan dosa kecil terhapus secara mutlak sekalipun didapati dosa besar. Namun demikian disyaratkan pula taubat dari dosa kecil itu dan jangan dikekalkan melakukannya.
sekian, wallahua'lam.


Monday, February 14, 2011

Kisah Rasulullah... salam maulidurrasul ^_^

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.


Sayidatina 'Aisyah menceritakan
"Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanyasetelah selesai bersembahyang,


"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadat hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda
dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba?

Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang
bersyukur."

dipinjam dari Ayatul Husna

Sunday, February 13, 2011

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Saturday, February 12, 2011

mengenal erti cinta

Assalamualaikum semua. ape khabar iman? semoga kita sentiasa alert dengan perubahan iman yang hakikatnya hanya boleh dirasa oleh orang yang slalu ambil tahu keadaan iman dia.
entahlah kenapa, harini rasa macam nak tulis tentang seseorang. seseorang yang selalu ada dalam hidup kita, yang tanpa dia, kita takkan wujud didunia. dia yang mengajarkan kita erti cinta, erti sayang. dia yang sabar dan sangat kuat hati mengajar dan mendidik kita satu persatu, daripada tidak tahu apa2, hingga kita mengenal selok belok tipudaya dunia. dia seorang ibu yang tak pernah gentar menghadapi apa juga cabaran, yang meminjamkan sedikit kekuatan anugerah Allah kepada kita. dia yang sanggup mengorbankan seluruh hidupnya hanya untuk kita, untuk melihat kita membesar sihat, soleh, solehah, cergas dan cerdas. dia yang tak pernah jemu untuk menyayangi kita. yang begitu halus perasaan dan begitu kental jiwa, sifat yang hanya dimiliki oleh seorang yang bergelar ibu, dan sifat itulah yang menggetarkan jiwa bila memandang ke wajahnya. kerana hati ini begitu menyayangi dia yang telah memberikan yang terbaik buat kita. tidak mahu kehilangannya, kerana tanpanya hidup terasa sunyi dan kosong. tiada teman tempat mengadu, tiada kawan pemberi semangat. dia yang tak pernah peduli, walau diri yang kesakitan, tetap anak yang diutamakan. adunan jiwa yang halus dan kental, khas diciptakan buat seorang insan bernama ibu.

p/s: bila tengok, sabarnya lah mak melayan kerenah sorang demi sorang anak2nya, aku terfikir, berjayakah aku menjadi seperti dia bila aku diizinkan Allah menjadi seorang ibu?

Wednesday, February 9, 2011

Kuatkan hatiku Ya Allah

belajar erti kesabaran, memahami erti ketabahan. yakin pada janji Rabbi, yakin pada perintah Ilahi. Ya Allah...pada kejadian langit dan bumi ada pelbagai hikmah yang tersembunyi, belum di eksplorasi oleh diri yang kerdil dan hina ini... subhanallah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. rasanya lama benar tak menulis disini. apalah arah tuju blog ni akhirnya. kasihan dia, tuannya dah tak menentu masa menjaga dan merawat dia. begitu juga kesayangan2ku yang lain. entah apa akan jadi. kekangan masa yang bertindih2 dengan kekangan idea dan peralatan membuatkan aku pun jadi tak menentu hala tujunya.
entahlah kenapa, hatiku tak tenang lagi. ada perompakkah yang sedang merompak segala keimanan dan benteng tarbiyyah yang aku bina dalam diri ini? yang pasti, perompak ini mestilah bukan manusia. ia sejenis virus yang bila merebak dalam hati, pasti akan memusnahkan segala kewarasan dan keteguhan iman. hanya Allah sahaja tempat yang terbaik yang akan membuatkan ia menjadi tenang kembali. aku tak tahu. aku tak mengenal apa rasa ini. aku tak mengenal apa erti semua ini. buntu, permasalahan yang ku kira tiada jalan penyelesaiannya. menjauhkah kebahagiaan hatiku? menjadi papa kah aku dari mendapatkan rezeki dan kebahagiaanku?
mengapa cinta membuat manusia buta untuk melihat, dan pekak untuk mendengar? serta tumpul fikiran untuk berfikir? membisukan mulut untuk berbicara? dan membodohkan diri untuk bertindak? menolak realiti untuk mengejar mimpi. menggugat kewarasan dari terus bertahan. meletakkan jiwa dalam ruang yang berbeza. menjadikan manusia berfantasi, kerana baginya fantasi lebih indah dari segala macam perkara didunia.
cinta itu membebankan, dan merugikan, serta menggusarkan, dan tak tercapai dengan akal waras.
cinta itu anugerah, namun kerana tak kuat iman didada, ia menjadikan manusia asyik dan terpesona. membuat manusia lalai dan leka, memalingkan seluruh hidup hanya kepada yang tercinta.
aku tak mahu merasa seperti ini, kerana ia merugikan. perompak ditengah jalan dakwah yang telah ku bina dengan tarbiyyah dalam diriku.

Ya Allah,
andai yang terbaik buatku adalah sebuah kehidupan, maka hidupkanlah aku dalam rahmatMu dan hidayahMu
andai yang terbaik buatku adalah kematian, maka matikanlah aku dengan kesudahan yang baik
andai yang terbaik buatku adalah kekayaan, maka jadikanlah harta itu manfaat kehidupan akhiratku
andai yang terbaik buatku adalah kemiskinan, maka janganlah kemiskinan itu hingga membuat aku kufur kepadaMu
andai yang terbaik buatku adalah kebahagiaan, maka janganlah bahagia itu menjauhkan aku dari rasa syukur kepadaMu
andai yang terbaik buatku adalah penderitaan, maka jadikanlah ujian itu pengikat untuk aku dekat kepadaMu
kuatkan iman dan keyakinanku kepadaMu, kuatkan kebergantunganku kepadaMu, moga kesakitan ini menjadi kafarah terhadap dosa-dosaku. ampunkanlah aku atas keterlekaaanku selama ini Ya Allah...

p/s: dunia itu mempesonakan, kerana ia adalah pagar-pagar yang menghalang dari memasuki syurgaMu

Monday, February 7, 2011

Doa dhuha (",)

Ya Allah,

sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
kecantikannya kecantikanMu
keindahannya keindahanMu
kekuatannya kekuatanMu
kekuasaannya kekuasaanMu
perlindungannya perlindunganMu

Ya Allah,
jika rezeki masih dilangit, turunkanlah
jika dibumi, keluarkanlah
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah

berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu
limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba2Mu yang soleh...
amiinn...

Allah berfirman dalam surah at-Talaq, ayat 2-3 bermaksud: "Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. "

semoga Allah mengadakan jalan keluar dan memberikan rezeki yang baik dari arah yang tidak disangka-sangka... ^_^