assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Tuesday, August 23, 2011

rindu ramadhan...


Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayangmu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganmu
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir dirimu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bilakah kita nak berlari
Namun yakin ku takkan ku temui
Ku takkan pernah cuba berhenti

Friday, August 19, 2011

Kemuliaan Al-Qur'an


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas dan mengecapi nikmat berpuasa dibulan Ramadhan ni. Alhamdulillah, walau berhadapan seribu ujian, tiap dari kita tetap berusaha untuk mendampingi Al-Qur'an... menghabisi satu per satu juzuk dalam nya, mengambil pengajaran dan menghayati ayat2 Ilahi yang mulia. semoga amalan bertilawah ini dapat kita bawa terus terusan sepanjang tahun sehingga bertemu lagi ramadhan akan datang...insyaAllah, semoga Allah izinkan...

Wednesday, August 10, 2011

Pencarian bermula





Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. ape khabar iman kita harini? sempat bersahur? solat subuh berjemaah? tilawah? ma'thurat? dhuha? harap2nya sempat kita meluangkan sedikit masa untuk menambah saham akhirat kita dengan amalan2 sunat, topup kepada amalan2 fardhu kita.

Pencarian bermula...bukan pencarian imam muda ke, ustazah pilihan ke... tidak sama sekali. apetah lagi pencarian calon2 yang lainnya.

Tuesday, August 9, 2011

Jika Baginda ada bersama kita

Assalamualaikum. pernah tak kita terfikir... seandainya Rasulullah masih ada bersama-sama kita, kita diberi peluang untuk bertemu dengan baginda, bagaimanakah perasaan Baginda melihat perubahan 'Islam' nya kita berbanding apa yang pernah Baginda sampaikan suatu ketika dahulu? sekadar berkongsi...dan muhasabah buat diri sendiri...

Monday, August 8, 2011

Umpama menghadapi kematian

~ Bukankah jodoh itu rahsia Allah? Tidak perlu gusar mencari atau mengejarnya. Jodoh itu ibarat kematian yang akan datang kepada semua orang dan semua orang tidak dapat mengelak daripada jodoh sepertimana mereka tidak dapat mengelak daripada maut. Pada saat dan waktunya yang tepat tiba, Dia pasti akan menemukan hamba-hambaNya itu dengan jodoh masing-masing seperti yang ditetapkan.

Thursday, August 4, 2011

Setiap hari adalah hari yang baik jika...


" Kalau AKU uji kamu dgn kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau AKU uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah dan pergilah cari Tuhan yang lain" [Hadis Qudsi]

Monday, August 1, 2011

Mengenal Sabar


TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Allah berfirman yang bermaksud: " Maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya rasul-rasul ulul azmi (yang mempunyai keazamandan ketabahan hati) daripada kalangan rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu). Dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal ( di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasiq." (Surah al-ahqaf 46: 35)

DEFINISI SABAR
Sabar bererti tabah dalam menempuh sesuatu musibah atau kesukaran. Ia merupakan satu sifat terpuji sehinggakan sifat ini dianggap sebagai salah satu maqam yang tinggi dalam disiplin ilmu tasawwuf dalam mencapai makrifatullah.
bagi mendefinisikan takrif sabar, beberapa ulama sufi memberi pandangan seperti berikut: