Ya Allah, binakanlah serpihan-serpihan hati yang rapuh ini dengan mutiara keimanan kepadaMu, agar tenang hati ini mencintaiMu dan perkara-perkara yang mendekatkan kecintaanku kepadaMu...
Bahtera dakwah ini sentiasa sarat dengan insan-insan yang rela menumpahkan darah dan air mata,
Bahtera dakwah ini sentiasa menjadi idaman mereka yang rindukan syahid di jalanNya,
Hakikatnya bahtera dakwah ini akan terus belayar walaupun tanpa kita,
Hakikatnya kitalah yang bertuah sekiranya memilih untuk menaikinya,
Mungkin saja kita terasa penat menghadapi perjuangan yang penuh derita,
Mungkin saja kita terasa seakan ingin 'turun' dan berlabuh di mana-mana,
Namun ketahuilah bahawa bahtera inilah bukti iman kita,
Bahtera ini adalah tanda kepatuhan kepada Pencipta,
Kerana hakikatnya dakwah ini bukan pilihan, bahkan tuntutan.
Wasiat Imam Hassan Al-Banna
Saudaraku, Janganlah engkau berputus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian semalam dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meskipun fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.
.::Quotes of the days::.
(",) Hidup ini adalah persiapan menuju kematian dan akhirat yang abadi. meski Allah itu Maha Pengampun, kesalahan didunia tidak boleh kita lakukan kerana sengaja... -AmirahFansuri- Ambillah waktu untuk berfikir Itu adalah sumber kekuatan Ambillah waktu untuk berdoa Itu adalah sumber ketenangan Ambillah waktu untuk belajar Itu adalah sumber kebijaksanaan Ambillah waktu untuk bersahabat itu adalah jalan menuju kebahagiaan Ambillah waktu untuk memberi Itu membuatkan hidup terasa bererti Ambillah waktu untuk bekerja Itu adalah nilai keberhasilan Ambillah waktu untuk beramal Itu adalah kunci menuju syurga.
Kesusahan Dan Kesulitan Adalah Laksana Musim Dingin, Basah dan Lembap, Tidak Disukai Insan Tetapi Sesudah Musim Sejuk Itulah Tumbuh Bunga-bunga yang Harum Dan Buah-Buahan yang Subur...