Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Adakala lidah Tak mampu menutur bicara. Mulut Tak mampu meluah kata.
Tapi hati....
Hati Tak pernah berhenti berbisik. Berbisik padaNya yang memberi segala rasa.
Allahu... Ilahi Robbi...
UjianMu memang getir. Dikala diri Ini kekalutan diuji dengan rezeki yang Engkau beri. Sedikit Demi sedikit jalan Engkau permudahkan. Namun entah mengapa, is membuat benakku terasa bertambah berat.
Allah, berkatilah setiap rezeki yang Engkau titipkan Hari Ini.
Permudahkanlah urusanku dengannya. Ringankanlah rasa dalam hatiku ini. Kekalutan ini adakalanya Tak tertanggung.
Mungkin kerana aku Tak menulis.
Menyenarai setiap apa yang perlu aku lakukan.
Hingga sebahagiannya keciciran dek lupa dan leka.
Aku perlu menulis. Juga perlu meminta kepadaMu agar dipermudahkan setiap urusan yang perlu aku selesaikan.
Terasa semakin berat amanah yang terpikul dibahuku. Dengan tugasan yang baru ku terima sebulan dua Ini, dan ianya bakal berkekalan selama 3 tahun in shaa Allah. Tetapi, amanah dan tanggungjawab hakiki ku sebagai seorang ibu, sebagai seorang isteri, sebagai seorang anak dan menantu tetap perlu selari dalam kehidupan seharianku.
Adakala, tugas2ku tak terbuat dek kesibukan kerja. Ditambah pula dengan tugasan yang baru terpikul dibahuku. Aku masih menyesuaikan diri, juga cuba menyusun jadual sebaik yang mungkin, dan berharap sikecilku mengerti ðŸ˜. Aku bukan mama yang tidak sayangkanmu. Tetapi aku hanya insan biasa. Tiada daya upayaku melainkan dengan izinNya. Ya Allah...
Hanya padaMu ku berharap. Dengan sepenuh pengharapan. Kurniakanlah kesihatan kepadaku. Dan berkati setiap rezeki yang Engkau titipkan buatku.
Agar ia menjadi kesyukuran tak terhingga buatku, bukan kesukaran dan kesusahan yang terpaksa ku pikul dibenakku. Ringankan segala rasa yang membelengguku. Dan jadikan aku dikalangan hamba2Mu yang Engkau redhai kehidupanku didunia dan akhirat. Aamiin...




