Aku bukan orang yang suka mengalah pada satu perkara yang aku yakini tentangnya. ada masa depan, ada arah dan tujuan. perkara seperti ini biasanya ku pegang dan ku genggam, hingga ia sebati dalam diri aku, menjadi sebahagian dari hidupku. tapi, pada perkara yang sia-sia, biasanya ku lepaskan lebih awal kerana aku tidak meyakini tentangnya. sudah terang lagi bersuluh, tiada masa depan dan sia-sia. mengapa lagi harus berdiri menunggu 'pintu' itu terbuka, sedangkan aku tahu, kuncinya telah hilang disorok orang. betul tak? oh, ataupun kuncinya telah tenggelam didasar lautan hingga tidak mampu ditemui oleh manusia normal sepertiku. aku punya hati yang lebih cekal dari sangkaanku, bukan aku memuji diri sendiri. tetapi itu adalah hakikat seorang 'aku'. entah bila hati itu tumbuh cekal dan tetap. aku pun tak pasti. tapi aku tahu, tiap apa yang ku pasrahkan, dan tiap apa yang aku lepaskan, bukan bererti aku mengalah untuk mendapatkannya atau meneruskannya, tetapi kerana aku tahu, Allah telah menetapkan yang terbaik untukku bukan perkara itu, dan bukan juga perkara2 yang sia-sia itu.
tapi, adakah ini dinamakan ego? semakin tinggi keyakinanku, semakin tinggi lah keegoanku. dalam menetapkan perkara-perkara yang aku tak pasti, biasanya aku lebih menggunakan 'ego' ku untuk terus menahan kaki ini melangkah kepadanya. tetapi, pada perkara yang aku pasti, biasanya ku kerahkan seluruh kekuatan yang aku ada untuk bertahan padanya dan meneruskan langkah di jalannya. ku luahkan segala kelebihan yang aku ada untuk mencapai matlamat padanya dan menarik perkara-perkara yang membawa ia kepada kejayaan. aku selalu mahu usahakan agar ianya tetap berjaya, walaupun pada akhirnya, aku tahu aku tetap akan berhadapan dengan dua pilihan yang telah Allah tetapkan, samada berjaya, atau tidak. dan andai keputusannya tidak, mengapa harus merasa sedih sedangkan padanya telah ku curahkan segala usaha [yang diredhai] sehingga ke tahap itu.
p/s: betul ke? hehe... wallahua'lam.




