assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Showing posts with label matlamat hidup. Show all posts
Showing posts with label matlamat hidup. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Mukmin kuat bila ada ALLAH


Sesekali rutin harian terganggu juga. biasalah, hidup memang begitu. kalau kita nak semua ikut rule kita, semuanya sama je dari awal hingga akhir, buat peraturan sendiri, buat dunia sendiri. sekian.

ehh?? silap2 letak ending atas skali pulak... apepun, pertama sekali kena ucapkan alhamdulillah, setiap hari, kalau boleh setiap keluhan kita, gantikanlah dengan lafaz alhamdulillah..

alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan untuk diri ini terus melangkah. dan semoga langkah ini membawa kita sama-sama terus istiqamah dalam memegang Islam yang pertama dihati. lama rasanya tak menulis kat sini. [tak lama pun...hari2 singgah tapi banyak buat penulisan santai je. bila kurang bermanfaat, kuranglah motivasi diri yang boleh dikongsi dengan sahabat-sahabat]. setiap hari, ada je perkara-perkara baru yang perlu dihadapi, yang kadang-kadang mencabar iman dan sabar didada, mencakar minda untuk terus mengerah idea menyelesaikan masalah. tetapi, selalu ingatkan dalam diri kita, yang kita ada Allah. yang sentiasa tahu apa yang kita mahu dan perlu. Allah yang sentiasa dekat dengan kita, sentiasa ada memahami segala isi hati kita. kita ada Allah yang sentiasa menjadi tempat kita sandarkan harapan dan memohon bantuan

"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan" (al-Fatihah:5)

setiap hari sekurang-kurangnya kita akan melafaz ayat ini sebanyak 17 kali yang wajib. tapi kita masih lagi terlupa untuk meminta, memohon pertolongan dariNya. Dia lah sebaik-baik tempat menyandarkan pengharapan dalam usaha dan ikhtiar. Dia lah sebaik-baik tempat mengadu bila tidak ada yang sudi mendengar lagi, hatta sebelum didengar oleh insan pun, Dia telah dahulu mengetahui. hanya terpulang kepada kita lah untuk menjadi hamba yang berserah kepadaNya dan bersyukur kepadaNya.

Allah tidak terlepas pandang kepada kita walau hanya sekelipan mata. Dia Maha Mengetahui segala yang berlaku kepada kita. tetapi, kita perlu meminta. kerana Allah kasih dan rindu untuk mendengar rayuan dan pengharapan kita kepadaNya. Allah terlalu sayang kepada kita, maka Dia menghadiahkan kita cara yang paling akrab dengannya untuk meminta iaitu DOA. Dengan Doa sebenarnya, mampu membuka hati kita, melapangkan dan mengembalikan kita kepada Dia. Doa yang sedar, rendah diri dan bersungguh-sungguh akan menguatkan ikatan hati kita kepada Allah, apatah lagi ikatan keimanan kita kepadaNya. kesungguhan yang menimbulkan keyakinan yang tinggi untuk tidak berharap selain kepadaNya.

walau sedih dan kecewa, jangan sampai menjadi hamba yang berputus asa. Pernah mendengar analogi pencari emas? dia menggali lombong dengan sabar sebegitu lama, tetapi pada saat-saat terakhir, dia menyerah dan berhenti menggali. padahal, emas itu hanya sejengkal sahaja lagi dari tanah yang digalinya sekian lama. hanya kerana kecewa dan berputus asa, usahanya hanya sia-sia. begitu juga kita. kita tidak pernah tahu takdir hidup ini membawa kita ke mana. seandainya setelah sekian lama kita berusaha, dan pada saat-saat akhir kita menyerah berputus asa, siapa tahu, pada saat itu, usaha kita tinggal sejengkal sahaja lagi mencapai tujuan yang kita inginkan. kerana itu, selalu letakkan motivasi dalam diri. beginilah menjadi mukmin yang sejati, tak pernah menyerah kalah. walau ujian seperti batu besar menghempas ubun kepala, harus kuatlah melangkah. kaki sentiasa terpasak, ambil semangat yang mula goyah. teruskan melangkah. kita tidak tahu bila kita akan mencapai tujuan, tatapi yakinlah, setiap usaha kita, pasti akan ada hasilnya, dari sekecil-kecil hasil hingga sebesar tujuan utama.

wallahua'lam.

Tuesday, June 19, 2012

Harapan yang tertunai


Siang malam ku berdoa, Allah, jadikan aku bersama-sama mereka dalam perjuangan ini. sejak ku mula mengenali kebergantunganku kepadaMu, sejak ku mula di ajar, Islam ini adalah yang tertinggi, yang wajib diperjuangkan sehingga ia diangkat yang paling tinggi. entahlah, dari mana inspirasi ini tercetus, dari mana ia bermula. seperti kesusahan dan kepayahan berjuang mudahnya mekar dalam hati ini. biar airmata ini terus mengalir, ia jalinan cintaku kepadaMu. biar ketawa ini terus tersembunyi, ia ubat mujarab untukku ingat padaMu.
Allah, tertunai sudahkah harapanku kala ini? menjadi asing seperti mereka? jalan yang dulunya begitu berliku buatku, duri-durinya mencalari langkahku...
Entahlah hari ini masih sama. aku takut untuk menonjolkan diri. bukan kerana takutnya mehnah dan tribulasi, tapi ketakutan musuh dalaman bakal meraja hati. tidak mahu dikenal. cukuplah dakwah ini sampai. jangan mengenal orangnya. aku malu dikenal. dan malu untuk meletak diri sebagai orang yang dikedepankan. biar aku berkata dalam keadaan mereka tidak kenal wajah empunya suara. aku malu bila bisik-bisik pujian menyapa telinga...Allah, bukankah kecantikan dan kesempurnaan adalah milikMu. mengapa mereka tidak pernah mahu melihat Pencipta Yang Maha Hebat menyembunyikan kecelaanku ini. Kekasih hatiku, yang selalu menjaga dan memelihara aku...Harapanku tertunai, untuk sama-sama berjuang dimedan ini. aku mahu beramal keranaMu, bukan untuk mendapat pujian. kerana pujian melemahkanku, maaf-DISINI TIDAK ADA KUPON PAHALA UNTUK PUJIANMU- ku terima seadanya, ku kembalikan kepada Pencipta. tapi, mohon pengertian..tolonglah jangan memujiku... akanku bidas satu persatu. aku bukan lemah untuk menghadapi. selagi ia boleh mengembalikan keyakinan diri, selagi itu akanku cantas pujian-pujian itu.



Nota Kaki:
memikirkan masa depan...
andai ditakdirkan selamanya sendirian...
masih ada yang PERLU ku fikirkan...
masih ada Allah tempat ku sandarkan harapan...
masih ada ibu ayah untuk bakti ku taburkan...
masih ada agama Islam yang perlu ku perjuangkan...
jauh lebih penting sebelum hadirnya seorang insan...
yang hanya untuk mengisi sebahagian iman...
melengkapi ketaqwaan seorang insan...
membina jillul Islam, generasi Al-Qur'an

p/s: banyaknya perancangan yang masih tertunda...
lesen kereta...kakak2 nisa' dah 'warning' cara halus dah bila nak boleh gerak sendiri~ hmm...masa...oh masa... Allahumma yassir wala tu'assir~ permudahkanlah Ya Allah andai ini yang terbaik buatku...

macam mana nak meramaikan ahli nisa' PB yang semakin berkurangan...

kamera, Alhamdulillah, dah dapat, walaupun kena 'paksa' beli...tapi alhamdulillah masalah dapat diselesaikan...bukan apa, kamera ni antara aset asas utk kerja. kalau takde, tak jalan kerja yop... mcmana nak cari rezeki sehari-harian...hmm...tapi skali beli yang puas hati punya...setelah ...erm...3 tahun kot mengidam kamera macam tu, dan alhamdulillah dapat jugak akhirnya...berkat rezeki yang Allah kurniakan... dan yang paling puas hati, belong to me~ jadi boleh angkut ke mana2, kalau dah tak kerja kat sini pun boleh angkut sekali... masa abah tengok ana test kamera yang abah belikan tu, abah kata " hai kakak...macam orang dah nak kawin" (erkk...apa kena mengenanya) sambil gelak2 tengok ana pegang kamera...hmm... harapan tertunai...(?) eh, bukan untuk kawin tu lah! untuk ada kamera sendiri dan dgn kamera sendiri yang boleh rakam gambar2 hari2 istimewa dalam hidup...contoh...HARIRAYA! kuikuikui... macam tahun lepas, camerawoman ni kena ambik gambar raya lagi, tapi kali ni pakai sendiri punya camera! Alhamdulillah....

Saturday, June 25, 2011

Janji ini


Genggaman tangan semakin lemah. Serasa ingin menitis airmata ini. Ya Allah, andai benar ini janjiku padaMu, inilah penyerahanku kepadaMu. Inilah bukti cintaku kepadaMu.

Friday, May 20, 2011

Hidup untuk ditarbiyyah


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. dah lama rasanya tak dapat menulis yang betul2 menulis kat sini... entahlah...kesian blog nie terbengkalai camni. teringat blog lagi satu yang dah hampir setengah tahun tak update... tu lah, wat belog banyak2 tapi taktau nak isi ape...huhu...
sekadar coretan lagi...dan lagi... coretan seorang hamba yang menyerahkan kehidupan ini kepada Dia untuk ditarbiyyah menjadi hambaNya yang sebenar-benar hamba. entahlah, masih ada lagikah dalam hati ini rasa bertuan? sedangkan hamba tetap adalah seorang hamba. kalau menjadi hamba kepada manusia, kelak kita punya peluang untuk menjadi tuan. tetapi, sebagai seorang makhluk ciptaan Allah, tidak ada istilah tuan dalam hidup ini. semua hambaNya adalah sama, tiada beza pangkat dan harta. yang membezakan setiap daripadanya itu adalah ketaqwaan kepada Allah. tiada yang lain. pernahkah kita terfikir, bahawa hidup kita ini hanya membawa satu matlamat? dan dari satu matlamat inilah terwujudnya cabang-cabang matlamat yang lain dimana semua matlamat itu hanya untuk mencapai matlamat yang satu itu?
Hidup tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan redha Allah. apalah gunanya menjadi seseorang tanpa keredhaan Allah. untuk mengejar syurga? ya, silakan kejar syurga yang kita impikan... tetapi, yakinkah kita akan mendapat syurga jika tiada redha Allah mengiringi hidup ini? hidup untuk mendapatkan bahagia? ya, silakan cari sebanyak mungkin 'elemen' dalam hidup untuk mendapatkan bahagia itu. hakikatnya, setelah kita mencapai segala macam 'kenikmatan' hidup yang kita rasakan itulah bahagia, tetap, rasa bahagia itu tidak muncul tiba didalam sanubari, seandainya hidup dipenuhi kemurkaan Allah. kita boleh mendapatkan kaya jika kayalah tujuan hidup kita. kita boleh mendapatkan pangkat, nama, kemewahan, rangkaian sosial yang sangat luas jika semua itu yang kita kejar didunia ini. tetapi, akhirnya kita akan merasakan bahawa semuanya seperti hampas-hampas yang mencengkam kehidupan, menjadi pemilik hati yang tak tenang, merasakan keindahan yang kita kejar itu hanyalah fatamorgana yang tak pernah puas! semakin dikejar, semakin ia menjadi tak bererti. tak bererti langsung kepada kehidupan ini, kecuali bila kita mendapatkannya dengan cara yang betul dan niat yang betul, yang diiringi dengan keredhaan Allah. yang menjadikan ia bermakna hanyalah kerana ada keberkatan dalam semua yang kita kejar itu, bukan kerana banyaknya pencapaian kita dalam mengejarnya.
Hidup tidak lain hanyalah untuk ditarbiyyah oleh Allah.

A'uzubillahiminassyaitonirrojim...

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji. Sesungguhnya kami telah menguji mereka yg terdahulu dari kamu dan kami mengetahui siapa yg beriman dan siapakah yg berdusta" (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

andai kita mengakui bahawa kita telah beriman, haruslah bersiap-sedia menerima ujian. Sungguh Allah tidak pernah zalim dalam menentukan tahap ujian yang Dia berikan kepada hambaNya. jadi mengapa masih ada keluh dan kesah pada diri kita? kerana ia adalah tabiat manusia. manusia tercipta dengan tabiat selalu berkeluh kesah dan lupa. tetapi ini bukanlah tiket untuk kita selalu merungut dengan ujian. ia adalah untuk mengingatkan manusia untuk selalu bersabar. kerana dengan penciptaan tabiat manusia yang sebeginilah Allah mengajarkan manusia untuk bersabar. bahkan dijanjikan pahala dan ganjaran tak ternilai atas sifat sabar itu. kerana sabar bukanlah sifat yang mudah, apatah lagi untuk dijadikan tabiat. takde lagi dengar orang cakap "memang tabiat dia suka bersabar..." kalau ada pun, bilangan orang yang telah berjaya menjadikan sabar sebagai tabiat diri terlalu minimum. dalam tidak sedar, masih ada keluh kesah yang keluar dari seulas bibir. masih ada tindakan yang menidakkan sifat sabar yang terpupuk didalam jiwa. betapa sukarnya menjadi penyabar. dan kerana begitu sukarlah, orang yang mampu bersabar diangkat darjat keimanannya setiap kali dia menahan diri dari marah.


Dan kerana hidup adalah untuk ditarbiyyah... menjadi solehah, bukanlah semudah mengajar monyet memanjat pokok kelapa. pasti ada yang kata "tentulah tak sama! kita manusia, dia haiwan"
Ya, kerana kita manusia lah, hidup ini selayaknya ditarbiyyah oleh Dia yang menciptakan kita. kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaanNya yang satu ini, manusia. kerana Dia Maha Mengetahui, dengan fitrah yang telah terlukis pada seorang manusia, Dia menguji kita selayaknya sebagai seorang manusia. akhirnya, dengan ujian yang hadir silih berganti, kembalikanlah segala kesukaran dan pengharapan hanya kepadaNya. Dia yang memberikan ujian ini kepada kita, makanya hanya Dia yang Maha Mengetahui bagaimana untuk membantu kita kuat, tabah dan sabar dalam menghadapi dan menjalani ujian ini. dan hanya kepadaNya lah kita kembalikan natijah atas ujian yang Dia berikan kepada kita... Ya Allah, redhakanlah hatiku menerima ketentuanMu. kerana sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

wallahua'lam.

P/s: Amirahfansuri mahu berehat untuk beberapa waktu.
maaf atas segala kekhilafan yang pernah ana lakukan. 

Tuesday, April 12, 2011

andai diuji...ighfirli zunuubi...

Bismillahirrahmanirrahim.

wahai dai'e fillah...
Apalah buktinya Allah menyayangi kita...
melainkan Dia memberikan ujian kepada kita...
dan tiada bukti kita mencintai Allah...
melainkan kita redha, sabar dan tawakkal
dengan setiap ketentuan Allah...
Adakah anugerah Allah yang ingin diberikan kepada kita itu begitu tinggi?
jika ujian yang kita bakal hadapi itu tidak sehebat apa yang kita impikan?
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar
dan Allah mencintai orang yang sabar dalam menghadapi ujianNya.

Wahai Muslimah...
Meyakini Allah tidak menjadikan gunung ujian itu mengecil
tetapi membuatkan pendakian kita menjadi semakin mudah.
Janganlah meminta Allah memberikan jalan yang mudah dan ringan
tetapi mintalah daripadaNya sandaran yang kuat.
agar nanti kamu tidak merasa siksanya melalui jalan yang sukar
kerana adanya penguat yang meringankan rasa sukar itu.

Ketahuilah,
sunnah perjuangan itu bukanlah jalan yang merehatkan
ia penuh dengan dugaan yang memeritkan
tetapi dihujung jalan perjuangan
pastinya terdapat sebuah kemanisan
putus asa bukan punca, jemu bukan asbab utama...
hakikatnya, sejauh mana pergantungan kita kepadaNya.
Yakinlah pada ketentuan Dia.

ingatlah,
dirimu bukanlah pangkal rantai perjuangan ini, kerana ia adalah susur dari jalan perjuangan Rasulullah. tetapi janganlah jadikan dirimu mata rantai terhujung dalam perjuangan ini, yang meruntuhkan usaha da'wah dalam menegakkan kalimah Allah diatas muka bumi ini.

Wallahua'lam.

Monday, April 4, 2011

Bila Pantai Berubah...

agaknya apa yang akan jadi? tsunami lah kot... hehe

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Apa khabar iman kita harini? harap2 semakin baik berbanding semalam. mungkin jugak harini ada yang imannya sedang masuk i.c.u... jadi, yang masih diteguhkan hati dan langkah dalam hidayahNya, janganlah angkuh memandang mereka2 yang sedang lalai dengan pandangan hina. bantulah, berikan teguran. jika setelah teguran itu ditolak, maka jauhilah mereka dan bencilah perbuatan mereka kerana iman, bukan kerana dendam.

siapa tahu, entah sebentar lagi, kita pula diuji Allah, merundum iman kita dek kerana tertewas dengan ujian itu. tersasarlah langkah kita menjauh dari landasan yang benar. tika itu, siapa yang mahu membantu kita jika tiada yang Allah izinkan untuk membantu? terkapai-kapai lah iman kerana nafsu, teraba-rabalah kita mencari arah kebenaran. maka, bila berada ditempat yang benar, jangan mudah merasa selesa kerana keselesaan itu juga jalan yang membuka pintu kelalaian dari mengingati Pemberi keselesaan.

bila pantai mampu diubah oleh Penciptanya. bila malam mampu diganti dengan siang oleh Penciptanya. bila awan mampu berarak mendung dan cerah berkala. semuanya atas kekuasaan Allah yang menciptakan alam ini dan seisinya. begitu juga hati manusia. ia mampu dibolak balikkan oleh Allah dalam sekelip mata. kerana yang memiliki kekuasaan memberikan hidayah kepada sesiapa yang kehendaki adalah Allah, bukan manusia. hatta Rasulullah S.A.W tercinta juga tidak diberi keistimewaan membuka pintu hidayah dihati manusia..

Bila pantai berubah...
kita juga mahu berubah...
fitrah manusia sukakan pada yang indah...
iman manusia tertarik pada yang cintakan Allah...

bila melihat yang indah...
kita mudah terpegun dan terarah
menuntun jalan dan langkah
mencari ritma yang sama untuk berubah

agar nanti kita dekat dengan keindahan itu
yang hakikatnya hanya sementara

tanyalah pada diri...
apa tujuanmu berubah?
adakah kerana yang kau mahukan yang indah?
atau semata-mata ingin mencari redha Allah?

ramai yang menjawab agar dekat dengan yang indah
bukan dekat hatinya kepada Allah
atau entah tiada Allah dalam langkah
atau entah tiada rasa untuk dekat dengan Allah

biarlah kita berubah kerana Allah, yang indah itu hanya asbab untuk dekat dengan Allah. letakkan Allah di hati, letakkan keindahan dunia di dalam genggaman. agar bila terlepas keindahan itu dari genggaman, biarlah Allah terus kekal dihati, memberikan kekuatan untuk kita mengubat luka di tangan, dan ketika itu kita terus berubah, untuk mengejar cinta Ilahi...
wallahua'lam.


Thursday, January 27, 2011

'Saya sayang kamu kerana Allah'


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. it's been awhile kan tak menulis something yang ilmiah n panjang lebar kat sini. Alhamdulillah dan terima kasih kepada seseorang yang sangat memahami dan menghargai. cuba jugak kuatkan untuk menulis dan siapkan tajuk ni malam ni jugak. dah beberapa hari tersimpan dalam draf kerana kesihatan dan masa yang tak mengizinkan.

satu petang, ida dapat mesej dari salah sorang adik yang sedang belajar jauh dari rumah.
'...kite nak tanye ape yang dimaksudkan kite sayang seseorang kerana Allah? (ni hal sesama pompuan ye) ape tu tande2nye?'

senyum je baca mesej dia. agaknya terlalu susah silibus 'maza ya'ni' tu untuk betul2 difahami oleh seorang remaja yang baru mengenal dunia usrah. ida masih ingat masa mula2 diajarkan tentang berkasih sayang sesama manusia. ape tu? tak penah dengar pun... hehe... yang ida tau, sayang mak jer. abah? adik beradik? ntah... selalu jer gaduh2... sayang ke tu namanya? kalau cakap tu tak pernah la nak lemah lembut. tambah2 lagi bila dalam susunan adik beradik tu, ida duduk diantara dua lelaki (atas abang, bawah adik lelaki). sorry la diorang nak buat lemah lembut. siap kena sekeh kepala lagi. pastu kalau kena sepak kaki tu dah biasa dah...huhu... ksian kan? masa tu bukan tau pun itu adalah satu keganasan. cuma tau, dorang memain jer tu...
bila dah masuk usrah, akak usrah tu baikkkk sangat. cakap lemah lembut jer. memang dia cakap ngan kitorang adik usrah ni macam cakap dengan adik sendiri, memang tersentuh la. bila sakit ker, demam ker, dia datang melawat n kalau ada masa, dia ajak jalan2. masa tu barula kita kenal macamana rasanya disayangi oleh adik beradik. ops...bukan nak cakap adik beradik ida tu tak baik ke apa... tapi bila dengan adik beradik betul, kdg2 kita suka tak expresskan perasaan yang kita sayang kat dorang. jadi, tak tau nak bezakan yang mana satu gurau, main2 atau kasih sayang. [haha...ntahla betul ker tak klasifikasinya tu].

ape yang dimaksudkan dengan 'saya sayang kamu kerana Allah'? tak kira lah hal sesama perempuan atau sesama lelaki atau sesama berlainan jantina. biasa, umum akan gunakan ayat2 cinta ni kat berlainan jenis la kan? sebab yang umum (kebanyakan orang) tau sayang, kasih, cintan cintun ni dengan berlainan jantina jer. mana ada sayang sesama jantina. buang tebiat ker ape...hehe

jadi, sebelum nak buat konklusi tu, kena tau jugak rule yang Islam dah tetapkan. ida pun tak tau sangat, ilmu didada masih cetek. memang, tak dinafikan bila kita sayang dengan berlainan jantina, kita cenderung terbabas dari mengikut peraturan yang betul dan terbabas meletakkan perasaan dalam lingkup yang betul. ape2pun, dalam bab2 macam ni, tak kisah la sesama jantina atau tak, kita dan ketaqwaan kita yang menentukan hala tuju kita.

Perkataan yang mudah untuk menyimpulkan ayat kat atas tu ialah 'ukhwah'. dan kalau kita faham maksud ukhwah, dengan mudahnya kita akan faham maksud ayat kat atas.

1. bila 'saya sayang kamu kerana Allah', siapa yang 'saya' maksudkan sebagai 'kamu'?
-kamu mestilah orang2 yang Allah menyeru supaya kita menyayanginya. seperti Rasulullah, ibubapa, adik beradik, sanak saudara, guru-guru, sesama islam dan sesama manusia. perasaan sayang itu mestilah tidak lebih dari kita menyayangi Allah.

2. kasih sayang mestilah atas dasar dan tujuan yang baik dan betul mengikut ajaran Islam, bukan mengikut fahaman dan perspektif diri sendiri.

3. dalam usrah, biasanya kita perlu mengenali 'adik-beradik' kita. peringkat ini disebut sebagai peringkat bertaaruf. Ukhwah pula, walaupun bukan dalam bentuk rasmi seperti 'usrah', perlu juga kepada bertaaruf. supaya kita mengenali hamba-hamba Allah diatas muka bumi ini, terutamanya sesama umat islam. ia adalah atas tujuan pengukuhan agama Islam itu sendiri.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujarat, ayat 13:
Maksudnya: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.”

dalam konteks 'usrah' atau lebih luas menggambarkan konteks sesama islam, 'saya sayang kamu kerana Allah' adalah kita mengenal(ta'aruf), mengambil tahu dan memahami (tafahhum), sehingga pada tahap kita mengambil berat tentang saudara sesama Islam kita. kita tersentuh apabila mereka merasa susah dan dilanda musibah, dan kita merasa senang bila mereka mendapat kebaikan dan kebahagiaan. kita mementingkan mereka lebih dari mementingkan diri sendiri dan mengasihi mereka lebih dari mengasihi diri sendiri. kita memberi apabila mereka memerlukan pertolongan dan kita mendoakan apabila mereka memerlukan doa. tidak sedikitpun meminggirkan walau pada saat2 kita merasa sukar. kerana dengan keyakinan bahawa kita menyayangi mereka, kerana Allah yang meminta kita berbuat demikian. Peringkat ini adalah peringkat terakhir dalam usrah iaitu takaful (tolong menolong). walau bagaimanapun, dalam membentuk ukhwah, kita tidak boleh melebihi atau melanggar batas-batas pergaulan seperti yang telah ditetapkan oleh Islam, terutama apabila melibatkan ukhwah yang terbentuk dalam satu harakah yang melibatkan lelaki dan perempuan.
wallahua'lam.

p/s: susah jugak nak hurai tajuk ni dengan penulisan. kalau cakap senang jer kan, keluar macam air je... huhu... kalau tak faham, maaf. kalau salah faham, Ya Allah, jauhkan aku dari menjadi punca fitnah dunia... nauzubillah.

Sunday, September 26, 2010

Selamat pagi ahad!


"Mulakanlah harimu dengan memuji Allah Seiring siulan burung ceria berterbangan Berzikirlah dengan alunan Asma'ul husna Bersyukurlah kita masih dibangkitkan"



Mood pagi nie biasa2 sahaja...
Walaupun begitu, setiap bermulanya hari kita, janganlah lupa untuk mensyukuri nikmat Allah yang saban hari dilimpahkan kepada kita...
dengan mengingati Allah, akan menguatkan hati dan semangat...
dan akan bertambah lagi rezeki kita, dari arah yang tak disangka-sangka...
STOP! MULAKAN HIDUP DENGAN CERIA!
dan, jangan lupa untuk bersyukur



"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah an-Nahl, ayat 18)

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40)

Banyak hikmahnya bila kita bersyukur... beribadah dengan sabar, dan sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah, kadang2 kita tak perasan pun, bahawasanya Allah sedang mengurniakan rezeki yang melimpah ruah dari arah yang tak disangka2, atau Dia sedang mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita pada masa hadapan...
wallahua'lam.


Mulakanlah harimu dengan memuji Allah
Seiring siulan burung ceria berterbangan
Berzikirlah dengan alunan Asma'ul husna
Bersyukurlah kita masih dibangkitkan

Mulakanlah usaha dengan memuji Allah
Pergilah mencari rezeki semaikan bakti dan budi
Carilah nikmat yang banyak berpandukan pada syariat
Agar hidup kita semua selamat

Mulakanlah harimu dengan memuji Allah
Seiring siulan burung ceria berterbangan
Berzikirlah dengan alunan Asma'ul husna
Bersyukurlah kita masih dibangkitkan

Kayuhlah kehidupan ini dengan mensucikan Allah
Hembusan ombak di pantai nelayan
Semua mencari rezeki
Lambaian padi di sawah petani
Bagaikan permata bagai mutiara
Yang terpancar dari keringat mereka
Demi kesejahteraan semua

Labuhkanlah tirai harimu dengan keampunan Allah
Di dalam alpa tertempa dosa
Kita semua insan yang lemah
Tanpa sedar tanpa sengaja
Terkadang kita semua terlupa
Kita adalah insan yang lemah
Kepada-Nya kita berserah

Friday, September 17, 2010

Missing...Loneliness...ape2 saja lah...


Bismillahirrahmanirrahim...
Baru aje 'dia' pergi... tak lama pun, baru sekejap... boleh bilang dengan jari...tapi rindu nie dah membuak2... Ya Allah... rindunya... rindukan suasana bulan ramadhan... kita berpuasa bersama2, bangun sahur beramai2 (tak ramai pun sebenarnya...), tilawah sama2, jemaah bersama2, berbuka puasa sama2, tarawikh sama2... tikar sembahyang yang mak beli khas untuk tarawikh yang katanya best solat atas tu sebab tak sakit kaki tu, masih baru lagi... bila teringat waktu puasa tu, seronok sangat2... rasa terisi kekosongan hati selama nie... kekosongan dan kerinduan yang tak ketahuan, yang aku tahu ia hanya boleh digantikan dengan mengadu kasih kepada Dia, membaca surat-surat cintaNya, mengingat Dia dalam ruku' dan sujudku sehari-harian... Ya Allah, kuatkan aku untuk istiqamah meneruskan amalan-amalan ibadahku... aku rindu ingin membaca ayat-ayat cintaMu ya Allah... dan kerinduan yang bersarang dilubuk hatiku ini hanya dapat digantikan dengan mengingatiMu sahaja Ya Allah... andai aku jauh dariMu, terasa sakitnya di lubuk hatiku menanggung kerinduan yang tak ketahuan, kekosongan tempat aku mengisi ayat2 suci kalamMu Ya Allah... kuatkan aku untuk terus istiqamah... berikan kesempatan dan hidayah kepadaku agar aku kuat ketika sendirian disini ya Allah... aku akan cuba... aku akan cuba... berikan kesempatan kepadaku Ya Allah... sayu hati ini mengingati bulan ramadhan yang telah pergi... tetapi adakah aku punya kesempatan untuk mengerjakan ibadah2 itu hanya di bulan ramadhan sahaja ya Allah? aku mahu terus-terusan menjaga diri dan hati ini dalam redhaMu selalu... biarlah matiku nanti dalam redhaMu, dan syurga itu menjadi tempatku yang kekal abadi, walau ku tahu betapa jauhnya aku dengan syurga itu, dan betapa dekatnya aku dengan azab nerakaMu Ya Allah, tetapi aku sangat takut menghadapi azabMu yang maha pedih itu ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...

" Allahumma inna nas aluka ridha ka wal jannah, wa na'uzubika min sakhatika wan nar..."

Ya Allah, aku memohon keredhaanMu dalam hidupku dan tempat di syurga, dan jauhkanlah aku dari kemurkaanMu dan azab nerakaMu...

Friday, July 9, 2010

Cinta itu memberikan PERLINDUNGAN

aku bukan penulis
apa lagi perwira
[oh, ape kena mengenanya yer?]

Assalamualaikum ku mulakan dengan lafaz yang mulia. Tak tahu ayat apakah yang paling sesuai untuk ku mulakan post kali ini. Cinta itu memberikan perlindungan. seperti biasa, bila ku bawa topik CINTA, jarang-jarang aku mahu kaitkannya dengan cinta yang bererti perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa ikatan yang sah.
aku bukan manusia yang kenal apa itu cinta, bukan insan yang ahli pula dalam hukum percintaan. hati keras, jiwa kebal, itu yang lebih mudah untuk menerangkan tentang diriku. Yang tak mudah dibawa hanyut dalam dunia dan cintanya. aku tak mengerti mengapa diriku tidak seperti insan lain. aku lebih sukakan pada kesederhanaan, paling tidak suka apabila dihadiahkan pujian, jika dikutuk apatah lagi. aku cuma menghargai, bila ada insan yang menghargaiku. bukan menghargai dengan wang ringgit. hargai aku, sekurang-kurangnya sebagai seorang manusia, sebagai insan, dan sebagai hamba yang begitu lemah dan dhaif disisi Allah. hargai aku sebagai teman dan sebagai sahabat. hormati keputusanku dan berlapang dada menerima kekuranganku.

Hati keras, jiwa kebal...Itu dahulu... dahulu, sebelum aku mengenal jalan ini. dahulu yang aku tidak pernah dapat membezakan apa yang tidak boleh aku lakukan atau yang tidak PATUT aku lakukan. tidak boleh, bererti, pada waktu-waktu tertentu aku boleh melakukannya apabila syarat telah dipenuhi. yang tidak patut pula, sama ertinya bagiku dengan 'tegahan dari Allah'.

Sekarang...
aku belajar sesuatu. aku belajar pelajaran CINTA. Tahukah kamu semua? CINTA itu memberikan perlindungan kepadaku. memberikan perlindungan bukan saja kepadaku, malah kepada insan lain, makhluk lain yang memerlukan. Pelajaran CINTA seperti apakah ini? bukankah hanya Allah yang mampu memberikan perlindungan kepada setiap hamba-hambaNYA? itulah cinta Allah. cinta itu memberikan perlindugan kepada hati ini daripada dipengaruhi anasir-anasir liar yang berleluasa di alam nyata mahupun maya. CINTA yang membuatkan airmataku berlinang tiap kali mengingatiNYA. CINTA yang mengajarkan aku erti cinta, erti sabar, erti syukur. CINTA yang menuntut aku untuk setia dan tidak berpaling dariNYA. CINTA itu memberiku perlindungan di waktu tiada siapa dapat melindungiku, CINTA itu memberikan kemuliaan diwaktu tidak ada siapa yang mempedulikanku. CINTA itu yang sentiasa memastikan aku disini sihat dan bahagia, tidak bersarang dengki dan dendam di jiwa, yang membuatkan aku resah bila berantakan dan membuat aku saling menyayangi insan-insan yang menyayangi CINTA itu. mengenaliNYA membuatkan aku terpegun, tak terucap kata dari lidah kerana kelu. kerana ALLAH itu Maha Kaya dengan CINTA yang begitu setia kepada hamba-hambaNYA yang setia meminta dan merintih padaNYA.
~YA ALLAH, HATI INI MILIKMU YANG MAHA MELINDUNGIKU. LINDUNGIKU DARI BISIKAN SYAITAN YANG DIREJAM DENGAN RAHMAT DAN HIDAYAHMU. AMIN~

Friday, June 11, 2010

Indah sunnah: Rasulullah uswah hasanah...


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Masih segarkah iman?
Sengaja lalu disini tadi. dan terfikir untuk berkongsi sedikit ilmu sebagai renungan bersama.

semalam seperti biasa, tugasanku setiap malam khamis adalah untuk memberikan 'talk' dalam slot pemakanan. mengajak manusia kembali kepada sunnah bukan semudah berkata: mari kembali kepada sunnah Rasulullah!!
lebih daripada itu, kita perlu memberi jalan, menunjuk haluan dimana letak dan duduk perkara-perkara yang sepatutnya mengikut sunnah. memang benar bila kita berkata, setiap perkara yang kita lakukan perlulah kembali kepada sunnah. tetapi, kalau sunnah pun kita tak tahu, bagaimana mahu kembali? sepertimana sekumpulan pengembara yang sesat. jika peta pun tiada, bagaimana mahu kembali kepada laluan yang sebenar untuk sampai ke destinasi? atau mungkin, destinasi pun tiada. hanya mengikut langkah dan jalan.

kembali kepada fitrah kejadian manusia. fitrah dan janji ruh kepada Allah Taala. 'aku adalah hamba, dan Engkau adalah Tuhanku'. lupakah kita dengan ungkapan ini? lalu Allah ingatkan kembali dalam kalamNya yang mulia 'dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku'. dan Allah mengangkat darjat manusia lebih tinggi daripada semua makhluk dengan memberikan tugas sebagai khalifah, diwaktu tiada makhluk yang sanggup menggenggam tugas yang berat ini.

ku cuba menjadi insan dalam golongan itu, golongan yang mengajak kepada ma'ruf, dan melarang melakukan yang mungkar. dan semua itu harus bermula dari diriku sendiri. sebagai ahli dalam bidang pemakanan, ku cuba mencari, kaitannya ilmu yang telah aku pelajari dengan sunnah Rasulullah yang ku sayang dan perintah Allah yang menjadi kecintaan. kalau tidak ilmu ini telah 'dibersihkan' oleh yahudi dan konconya daripada kembali kepada Allah, tentulah tidak perlu bersusah payah menapis yang mana benar dan yang manakah yang paling benar. akhirnya, islam itu menjadi dagang semula. kembali kepada Al-Kitab dan sunnah rasul menjadi payah, dan mengamalkannya adalah 'sesat' kerana melawan arus. umat Islam pula menjadi berpecah belah dan bertelingkah sesama sendiri, mahu mengaku dia yang paling hebat. sedangkan musuh sebenar bersuka ria di atas perbalahan kita, mereka sudah mampu tersenyum dan ketawa kerana Islam sudah tidak padu seperti dulu. Kuatkah kita untuk berkata: aku mungkin benar, dan kamu mungkin benar. tetapi yang lebih penting adalah perpaduan kita terhadap ancaman 'mereka' yang suka kita berpecah! kita sibuk dengan ego yang tak berkesudahan, dan terlalu sibuk mencari salahnya ahli2 kitab Al-Qur'an, sedangkan masih ramai yang bukan ahli dikalangan umat islam, jauh sudah terpesong dari agama. Islam menjadi begitu mudah, sehingga tudung bukan lagi kewajipan bagi wanita, dan solat berjemaah di masjid bukan lagi keutamaan lelaki. Imam tidak lagi menjadi tanggungjawab semua lelaki, tetapi telah menjadi suatu pekerjaan pula. mengasuh anak bukan lagi menjadi tanggungjawab wanita, tetapi menjadi tugas seorang pekerja pusat asuhan. hasad dan dengki bermaharajalela dan syaitan dengan mudah masuk ke dalam diri menjadi ideologi dan jati diri. astaghfirullah... mahu tergamam aku dibuatnya. tak mampu berkata apa. Astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...bertaubatlah selagi ada masa, kembalilah kepada Islam selagi ada daya.

aku sudah pandai membebel! itu yang mula kusedari sewaktu slotku sedang berjalan. sempat tersenyum sendiri. tetapi hari ini, aku menjadi kecewa kerana tidak dapat mengaplikasikan apa yang aku sampaikan kepada mereka. kataku, makanan itu bukan semata-mata sesuatu benda yang boleh dimakan dan sedap. tetapi lebih dari itu, makanan yang Allah kurniakan adalah sebagai 'minyak' yang biasa diisi ke dalam kereta bila kereta tidak boleh bergerak. itulah makanan kepada tubuh. ia memberikan tenaga untuk kita beribadah kepada Allah. atau sekurang-kurangnya memberikan kesihatan kepada kita untuk menambahkan iman didada, menyempurnakan tugasan kita zahir dan batin. zahirnya, tugasan kita selesai, dan batinnya, ada ikhlas dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. memang ikhlas tidak dapat dinilai oleh manusia, tetapi kita boleh berusaha dengan berlapang dada pada setiap perkara yang kita lakukan.

rasanya cukuplah dulu sampai sini. mata pun sudah berat menahan mengantuk. wallahua'lam.

Thursday, May 27, 2010

Esok Yang Tidak Pasti



Pagi memang indah bila dapat menyaksikan fajar menyingsing. Fajar terbahagi kepada dua; fajar kazib(tipu) dan fajar sadiq(benar). Biasanya fajar kazib memancar menandakan subuh menjelang dan fajar sadiq akan terlihat seawal jam 6.45 pagi ke pukul 7 pagi waktu Malaysia. Ida suka tunggu matahari terbit seawal jam 7 jika berkelapangan. Ia nampak cantik dan pada waktu ini, langit cerah dengan sangat cepat. Sudah lama ida perhatikan. Subhanallah…Maha Besar kuasa Allah, Maha Hebat ciptaanNya bila menjadikan waktu antara jam 6.45 pagi ke pukul 7 itu berubah dengan sekelip mata. Kadangkala, kalau teralpa sekejap(sesaat pun), ida akan terus terlepas menyaksikan hari yang gelap beransur cerah. Rugi! Tapi nak buat macamana…hehe… lepas ni, cubalah kita saksikan keindahan ciptaan Allah ni. Tak perlu tunggu pergi ke jepun untuk melihat matahari terbit andai tak mengambil kesempatan menghayatinya ditempat sendiri=)


Mengenangkan fajar, teringat kata emak bila ida mengadu perkara-perkara yang menyedihkan kepadanya. Kadang-kadang bila mak sedih, dia juga akan ungkapkan perkara sama sambil tersenyum tawar… Ya, esok tak semestinya menjanjikan bahagia. Maka, setiap kali bermulanya hari baru, hari ini, bersyukurlah dan alu-alukanlah kedatangannya dengan senyum gembira. Tanamkan azam baru untuk hari ini, agar ia menjadi lebih baik dari hari semalam. Esok bagaimana pula? Sementara berada di hari ini, lakukanlah yang terbaik dan nikmati serta syukuri apa yang ada pada hari ini agar tak menyesal andai duka bertandang pada hari esok. Supaya bibirmu tetap menguntum senyum bila ujian kesusahan dari Allah menyapamu pada hari esok. Senyuman, walaupun tawar, tiada seri dan pahit, juga adalah senyuman, dan ia melambangkan kesabaran. Allah suka pada orang yang sabar. Semakin diuji, semakin dia tabah, Allah akan tambah tahap kesabarannya…hingga nanti tiada apa yang dapat memisahkan hatinya dengan Allah dan tiada ujian yang dapat menggoyah keimanannya kepada Allah…teringat sahabat ida, N. setiap pagi, bila online di Y!M, dia pasti akan menulis “Alhamdulillah, hari baru”. Cerianya dia menyambut hari baru, walaupun tahu hari itu amat memenatkan. Dengan klinikal yang akan tamat lewat petang, dia tetap menunjukkan wajah ceria dan menghadiahkan senyuman manis setiap kali bertemu sahabat-sahabat. Bagusnya dia… ida pun belum tentu lagi dapat menjadi seperti dia. Tapi harapnya, selagi ada peluang untuk berusaha, ida tetap mahu menjadi seperti dia, dan seperti mak yang begitu tabah mengharungi pahit getir kehidupan. Ida sayang mak! Erm,tersasar pulak..hehe…ok, moralnya, laluilah hari ini sebaik mungkin supaya tak menyesal bila bertemu hari esok yang lebih mencabar. Hargai insan-insan yang anda sayangi kerana esok belum pasti lagi samada sayang itu masih ada dihati anda untuk mereka, atau mereka sudah membenci anda, atau yang lebih pilu jika esok bukan lagi untuk salah seorang dari kita. Mungkin mereka akan pulang kepangkuan Ilahi atau kita yang akan pergi. Wallahua’lam.

Wednesday, May 26, 2010

...Rahsia Solat awal waktu...(solat yok...dah asar)

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Ilmu yang berguna patut dikongsi bersama walaupun sekadar peringatan.. Jangan lenggahkan solat ya…….banyak yang kita akan kerugian… Sesungguhnya Allah sbw amat mengasihi umatNya dan memberi banyak kelebihan kepada Muslimin Muslimat , hanya kita yang leka & lalai.. Bayangkan kalau khasiat” ini diketahui oleh orang-orang Yahudi atau Nasrani, ataupun Kafir Laknatullah! Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi,. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

sekian dan selamat beramal.

sumber : Blog Kelab Kepimpinan Al-wahida Pahang

Wednesday, April 21, 2010

khalifah, matlamat dan kehidupan


Bismillahirrahmanirrahim. dengan lafaz yang mulia, ku mulakan penulisan. entah kali yang ke berapa, draft-draft yang tak berkesudahan ku padam begitu sahaja. tak menyesali tindakan menekan butang 'delete' pada paparan di skrin, kerana isi yang ingin ku sampaikan dibawa angin begitu saja. ilham dariNYA menjadi tumpul, seperti kosong, dan kelam tak nampak jalan untuk ku bawa dalam penulisan. seperti tiada arah tuju dan matlamat, semenjak mula ku ciptakan laman peribadku ini. Mengapa laman ini ku ciptakan, ku asaskan dengan gelaran 'amirahfansuri', sekadar suka-suka sajakah? atau kerana didorong oleh perasaan yang sementara, disebabkan rakan sekeliling berblog, aku juga mahu mempunyai blogku sendiri? hanya kerana itukah? tidak! ku pasti itu bukan tujuan asal adanya laman ini. ada sesuatu yang mahu ku bawa disini, ada misi dan matlamat yang ingin ku sampaikan disini. yang pasti diakhirnya, untuk membawa diriku sendiri menyusuri hikmah kejadianku diatas muka bumi ini. Sepertimana Allah menjadikan segala sesuatu itu dengan tujuan yang tersendiri, dan sepertimana DIA tidak menyukai perkara yang sia-sia, begitu juga diwaktu DIA menjadikan khalifah dimuka bumi ini, dibekalkan kita dengan matlamat dan panduan, agar kita tidak melakukan perkara dan perbuatan-perbuatan yang sia-sia. ku mahu, apa yang ku lakukan ini tidak menjadi sia-sia agar aku dapat belajar menjadi hambaNya yang taat. DIA menciptakan manusia untuk mentadbir muka bumi ini dengan panduan dariNYA, al-Qur'an dan as-sunnah wasiat nabi kita yang tercinta. lantas, kita sebagai hambaNya juga perlu tahu dan tetap dengan tujuan dan matlamat kita, agar hidup kita terarah dan tertaut pada pegangan yang satu, aqidah yang benar.

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU"
Surah ad-dzariyat: 56.

Penciptaan manusia di muka bumi ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah kepada Allah. jadi, tujuan dan matlamat yang perlu kita capai dalam kehidupan ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. kerana ibadah itu juga asal katanya dari perkataan 'abd' yang bermaksud hamba. ibadah, perkara yang dilakukan untuk menunjukkan pengabdian kita kepada Allah. oleh itu, setiap yang kita lakukan perlulah dengan niat ibadah agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia. mengabdikan diri kepada Allah bukan bermaksud kita hanya perlu duduk didalam masjid, berteleku, berzikir dan berdoa tidak putus-putus, tetapi tidak melakukan pekerjaan lain untuk melengkapi fitrah manusia. kita masih perlu bekerja seperti kita akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadah seperti kita kan mati sebentar lagi. setiap perbuatan dan pekerjaan yang kita lakukan perlu bersungguh-sungguh, tetapi dalam masa yang sama perlu diteliti agar ia menjadi ibadah dan tiada unsur-unsur kemaksiatan seperti kita akan mati sebentar lagi dan tiada ruang lagi untuk menebus kesilapan kita.

'Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)

Begitu juga dalam hal kepimpinan, samada untuk memimpin diri sendiri atau memimpin keluarga, atau sesebuah organisasi, hatta untuk memimpin dunia ini, perlulah punya matlamat yang sama. untuk membawa misi yang sama iaitu misi pengabdian diri kepada Allah. kita diciptakan diatas muka bumi ini bukan semata-mata untuk memperbanyakkan penduduk bumi ini, atau untuk merasa nikmat menjadi manusia, tetapi untuk menjadi khalifah, manusia sebagai khalifah, iaitu pemimpin yang mentadbir muka bumi ini dengan hukum dan ketentuan Allah, bukan hukum buatan sendiri. bila dunia ini ditadbir oleh tangan-tangan yang amanah dan layak, barulah matlamat kejadian manusia ini akan tercapai. manusia tidak akan kekok mengikut perintah Allah, tiada jenayah dan kerosakan alam yang berleluasa. kerosakan akhlak dan moral yang semakin meluas tidak akan berlaku sekiranya tangan yang memimpin itu menggunakan al-Qur'an dan sunnah sebagai panduan, bukan menggumpalkan yang haq dan yang bathil bersama-sama dalam pemerintahan. tak perlu menghukum pemimpin dengan nilaian entah apa-apa, tetapi nilai kejayaan mereka dengan kerosakan budaya dan nilai moral didalam organisasi yang dipimpin. Kerana itu, matlamat kehidupan perlu jelas, agar yang menulis ini juga tak tersasar arah tujuan bila memimpin diri sendiri, dan terutama apabila memimpin insan lain.
semoga matlamat kehidupanku untuk mengabdikan diri kepada Allah dan persediaan menuju akhirat yang abadi ini sentiasa tersemat kukuh dalam hati dan dalam setiap perbuatan yang ku lakukan. wallahua'lam.