Bismillahirrahmanirrahim. Semoga sahaja tulisan yang kali ini memberikan manfaat buat siapa yang sudi singgah ke teratak ini. Sengaja ku biarkan ruang ini sepi tak terisi. Jiwaku kekalutan untuk menulis satu persatu. Apa gunanya ku catatkan andainya membuat ku merasakan masa berjalan, oh mungkin lebih mudah ku katakan, masa merangkak berlalu meninggalkanku...dengan hati yang berat, hati yang selalu termenung. Mahu menangis rasanya mengenangkan diri sendiri. Akukah ini? Akukah yang tidak kuat bila jauh begini? Jauh, benar-benar menguji setianya hati. Bukan kerana tergugat pada keindahan lain dihadapan mata, tapi kerana sepi yang semakin jelas walau ada ramai orang disekeliling.
Jalan ini bukan jalan yang mudah buat kita. Tapi percayalah. Hanya kerana Allah, kita harus kuat. Sekuat mentari yang garang menyinar disiang hari, secerah sang bulan menerangi kelamnya malam.
Teman, bila hatimu disapa rasa, jangan kau sangka semuanya akan indah dari awal kehujungnya. Bahkan, dari manakah datangnya pelangi yang indah jika tidak wujudnya gerimis dan hujan ditengah garangnya mentari? Tentu sahaja tiada. Begitulah kita. Diuji dengan pelbagai cara, yang kadang-kadang tidak sanggup kita ingat kembali. Tapi dengan ujian itulah sebenarnya yang menguatkan kita. Mengukuhkan ikatan hati, yang membuat kita yakin melangkah lebih jauh lagi. Ku pegang janji Ilahi, bahawa setiap kesusahan itu ada jalannya, bahawa pada setiap ujian itu, Allah tetap ada tak pernah meninggalkan kita. Jangan kau goyah pada angin yang lalu, menyapa jiwamu dengan rasa rindu. Jangan kau teruji pada jauhnya jarak, kerana Allah tahu yang terbaik buat kita, Dia tahu kamu mampu memikulnya. Jangan terbeban dengan beratnya tugas yang kau galas, kerana Dia tak pernah zalim padamu yang selalu menjaga agamaNya. Jangan terlalu teruja dengan keindahan, kerana ciptaan Allah yang paling sempurna pun tetap punya kelemahan, untuk menjadikan seimbangnya dunia dan tiada yang lebih sempurna melainkan Dia.
Teman, aku ini penuh kekurangan. Aku bukan agamawan, kelak kamu boleh mempertikai tulisanku yang tempang. Aku cuma suka berfikir, dan mencari hikmah pada tiap kejadian. Mengolah dalam penulisan, mempersembahkan dengan keindahan.
Aku bukan sasterawan, kelak kamu boleh melihat cacatnya kesenian yang ku persembahkan. Aku cuma menulis dengan nurani ini, kerana ku tahu, yang ingin ku sentuh adalah hati, yang ingin ku sapa adalah hati. Hanya tulisan dari hati sahaja, akan jatuh ke hati.
Wallahua'lam
Sunday, September 23, 2012
tulisan ini
Tweet
Monday, July 23, 2012
Perbatasan Waktu
TweetBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk melangkah ke bulan yang mulia ini. Rindu Ramadhan. begitulah rasa girangnya menghadapi ramadhan kali ini. ada bahagian yang gembira, tapi mood untuk menulis tak segembira menyambut ramadhan tahun lepas. mungkin kerana kekangan masa yang sangat2 mencemburui tugasan-tugasan yang sangat banyak. tak terhitung, atau dalam bahasa jepunnya "upside down". semuanya serba serbi tak sempat. mana yang dan tercapai sahajalah... tinggal ana yang paling tua yang kena jadi tangan kanan mak. kakak2 dan abang2 dah punya keluarga masing2, sibuk menguruskan hal2 keluarga mereka. kakak yang disini pulak sedang berpantang anak kedua. entahlah, kalau ikutkan rasa tak sempat ni, nak je berhenti disini. giving up now. sekarang.
tapi, kena ingat untuk orang lain jugak. kuatlah! untuk menguatkan orang lain. senyumlah! walau sedang terluka bersedih. cerialah! walau hakikatnya selalu sahaja menduga. tak mengapa. semua ini jalan-jalan yang perlu ana lalui untuk mengenal hidup ini, belajar sesuatu tentang kehidupan. lambat2 pun, semoga siaplah tugas2 ni. kalau takde kerja nak buat, bosan pulak. masa terbuang sia-sia. MESTI TERUSKAN! untuk diri sendiri, untuk insan-insan sekeliling.
Ya Allah, entah mengapa hati ini bagai hiba menyambut kedatangan Ramadhan kali ini. Terlalu istimewa buatku. Terlalu dinanti dan dirindui olehku. Sehingga hari2 terawalnya, aku bagai kelu tak mampu berkata. Allah, telah tiba yang ku nanti-nanti. Telah sampai yang ku rindu-rindukan. Tak mampu terungkap dengan kata. Menitis airmata. Terima kasih Ya Allah, masih mengizinkan hamba melangkah, meneruskan pembelajaran di madrasah tarbiyyah. Akan ku genggam peluang ini agar tak sia-sia. Agar ia memberi manfaat dan mendidik kami menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ya Allah, terimalah amal ibadah kami, terimalah puasa kami sebagai puasa orang2 mukmin. Terimalah solat fardhu kami sebagai solat hambaMu yang taat...terimalah kami Ya Allah, menjadi hamba yang bersyukur dan meraikan bulan yang mulia ini.
Ramadhan kali ini sangat memberi erti. Walau dalam kesibukan, harapnya perubahan diri ini akan berterusan begini. Kalau puasa tahun lepas, ada aim2 tertentu yang ana catatkan kat sini. Tahun ni tak sempat sangat nak tulis. Kesian ramadhan tahun ni, tak proper sambutannya. Sedih. Dan...sedihnya T_T
Tapi ada 1 aim yang setiap tahun yang ana wajibkan capai untuk diri ana iaitu khatam Qur'an. Tadarrus. Tahun lepas punya Alhamdulillah, dapat la capai hampir 2 kali. Tapi xsampai pun. Khatam skali, dan setengah Qur'an dan hold terus raya. Hold sbb tumpu pada tafsir. Sebab kebetulan masa tu baru lepas dpt usrah psl Qur'an dan terjemahan. Ustzh tanya, pernah x sekali dalam seumur hidup kita ni khatam terjemahan Qur'an. Baru tersedar. Memang xpernah la kan... Lepas tu balik terus bukak tafsir.kuikuikui... Hmm tapi tahun ni Dr. MAZA dh bg pencerahan baru. Gunakan sebulan ramadhan ni utk tadarrus. Tu sunnah nabi. Perbetulkan bacaan dan khatamkan Qur'an. 11 bulan yg lain boleh khatamkan terjemahan...insyaAllah...yg 11 bulan tu cuma perlukan keistiqamahan jelah. Tu yg penting. Take note ye~ hehe...
Seterusnya...hmm...nanti tulis balik boleh x? Sekarang xboleh menulis. Sedih sangat....ape yang disedihkan pun taktau. Baca catatan tahun lepas jelah. I'll write back on day-7 insya Allah.. Wallahua'lam.
Monday, July 16, 2012
Hope
TweetTuesday, May 8, 2012
tulis atas angin saje k (",)
TweetFriday, November 25, 2011
semua ketentuan Allah. kita hanya mampu merancang
TweetWednesday, August 10, 2011
Pencarian bermula
TweetMonday, August 8, 2011
Umpama menghadapi kematian
TweetThursday, July 21, 2011
Khilafku
Tweet








