assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Monday, March 29, 2010

Jadilah orang itu, aku mahu jadi orang lain






Bismillahirrahmanirrahim.
Entah angin apa yang menyapa, meminjamkan kekuatan untukku mengepung idea-idea ini menjadi satu. sedang dalam selang masa yang sama, aku perlu menyiapkan penulisan untuk projek tahun akhirku.

kata-katanya masih terngiang2 ditelingaku. dan jangan terkejut, aku adalah orang yang paling terkesan dengan kata-kata walaupun ianya hanyalah gurauan. Emosiku cepat terusik dengan teguran, dan fikiranku cepat juga menyimpan kata-kata terutama dalam sesi pembelajaran. maka, boleh dikatakan keberkesanan ingatanku adalah 70% dari kata-kata yang ku dengar berbanding dari pembacaan semata-mata.

Entah apa mimpiku untuk mengepos entri ini. Mungkin kedewasaan telah memisahkan dua insan yang punya cita yang berbeza. aku mahu menjadi orang lain, sedang dia telah memilih ingin menjadi insan lain. aku dengan cita-citaku dan dia sudah punya impiannya sendiri. hanya satu pesanan buat diri, jika mahu menjadi seseorang, pedulikan kata-kata orang lain, dan jadilah diri sendiri. buatlah apa yang hatimu senangi, tinggalkan jika kau ragu-ragu. tapi, dalam beberapa perkara, pertimbangkanlah...kerana, apa salahnya jika mencuba, dan mencabar kebolehan diri juga salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan dalaman diri, jika ianya untuk tujuan kebaikan...

kerana kita telah punya pilihan sendiri, punya jalan dan hala tuju masing-masing, akhirnya jalan terpisah, walaupun ditempat yang sama. tujuan terbahagi dua walaupun di satu kawasan. dan kerinduan menjengah bila lama tak bersua. rindu pada kenangan-kenangan semalam, ketika kita membesar bersama, dan menimba ilmu yang sama, punya fikiran dan pendapat yang sama, pandangan yang serupa dan hala tuju yang selari. waktu yang takkan mampu digapai semula, yang telah hilang dari pandangan dan takkan dapat ditarik kembali. biarlah ia berlalu pergi, menjadikan kita insan yang berbeza, dan insya Allah, tujuannya masih sama...
Wallahua'lam.

Sunday, March 28, 2010

Sekadar coretan...

Bismillahirrahmanirrahim. dengan lafaz yang mulia, ku mulakan. langit waktu ini sangat suram, dan sebenarnya hujan yang sudah semakin reda ini belum membawa lari awan gelap di horizon senja. waktu yang sangat kurang disukai, kerana nada rasanya tak sekata. entahlah bagi orang lain, tapi bagiku waktu senja tak memberi rasa yang begitu enak buatku meneruskan kerja-kerja yang tertangguh. tidak ada pembacaan, tidak ada irama pemikiran kritis. cuma bersantai sahaja yang sesuai dikerjakan di waktu senja. mungkin juga alunan al-Qur'an lebih sesuai kala senja buat pengubat hati yang tak keruan. kata orang, waktu senja tak elok study...benarkah? yang ku tahu, waktu antara rembang senja dengan malam adalah waktu yang sangat disukai oleh syaitan. dia berkeliaran diatas muka bumi dengan senang dan selesa. waktu pertukaran antara siang dan malam ini memberi kuasa kepada mereka dari magnetik graviti bumi, terutama untuk mengganggu ketenteraman anak cucu adam yang sangat didendami mereka. benarkah?
hingga matahari benar-benar tenggelam di ufuk barat, barulah usai kami solat maghrib. Alhamdulillah, puji-pujian yang hanya layak buat Allah, Tuhanku, Pencipta alam dan seisinya.

Beberapa hari ini kesibukan menjengah lagi. Ya Allah, lupa lagi aku. mengapa sejak kebelakangan ni aku terlalu mudah untuk 'terlupa'? dan aku tidak mahu mendoakan untuk diriku, sejujurnya... hanya kerana bebanan ini begitu menekan di ubun, yang ku fikir hanya kerja kerja kerja, menyiapkan tesis jika aku benar-benar mahu keluar dari sini seperti orang lain. kata-kata guruku jadi terngiang-ngiang di telinga, dengan muka garang tegas mengingatkan aku tentang perkara itu. ah, tak mahu lagi mengeluh! biarlah, yang penting aku mesti belajar mengawal emosi ini, biar ia tidak menjadi satu yang akan membawaku hanyut dalam dunia khayalan...Ya Allah... itu sahaja yang mampu terucap dibibirku. aku tak mahu mengulangi kesilapan semalam. aku mahu berubah hari ini, dan mahu berusaha dari sekarang. aku juga mahu buktikan yang aku mampu mengatasi rintangan ini dan berjaya menyelesaikan masalahku ini. Ya Allah, Engkau saja yang Maha Mengetahui isi hati ini. aku tahu, Kau mendengar doa-doaku, hatta isi hati ini juga Engkau tahu walau tak ku luahkan. Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu...Ya Allah...

“diwajibkan keatas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” surah Al-Baqarah ayat 216


"Aku tahu, inilah kasihMu...
aku tahu inilah CintaMu...
dan ku tahu, tiap yang terbaik untukku tak semuanya yang ku mahu
Ya Allah..."

-Segalanya milikMu, InTeam

Thursday, March 25, 2010

Kepastian


Mencari masa lapang yang bersisa. Aku mencari sinar yang kesamaran. Dimanakah aku sekarang? Kebuntuan diri ini, mencari-cari maksud kerinduan hati ini. Allah, Engkaulah yang aku rindu. Ilmu-ilmu Mu lah yang aku cari dan rindui…benar, semuanya tentang MU yang aku cari dan rindui…bagaimanakah dan dimanakah harus aku mulakan? Kerana cinta kepadaMU mendorong diriku berpaut pada rantaian ini. Namun sering sahaja aku menjadikan semua kesamaran ini sebagai penyepi, hingga aku terpaksa ditinggalkan oleh mereka, aku sedar itu semua salahku, dan aku tidak menyalahkan mereka atas apa yang telah terjadi.

Lewat petang ini baru aku berkesempatan mencoret sesuatu didalam blog. Selepas ‘kitab lama’ kuselak sehelai demi sehelai. Kenanganku terimbau pada sekolah. Betapa sucinya zaman persekolahan. Dibandingkan dengan waktu aku di university, aku seperti kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa, hanya memainkan watak seorang pelajar sekolah. Sekolah tempat aku menimba ilmu yang banyak. Diajarkan padaku ilmu dunia dan akhirat hingga tumbuh kecintaanku pada sebuah agama, pada Tuhan yang satu, Allah…terima kasih buat semua cikgu yang tidak pernah mahu mengeluh dan mengalah dengan pelajar-pelajarnya. Aku akui benar kata dia, menjadi pendidik itu mulia.

Lewat petang ini juga helaian terakhir dari buku catatan halaqah kubaca. Cuma sebuah coretan dari temanku yang kesunyian ditinggalkan kami di asrama. Ah, kenakalan sahabat-sahabat terbayang indah di mata khayal. Aku kekagetan mengingat kenangan alam persekolahan yang penuh warna suka dan duka. Tak lupa juga zaman percintaan monyet. Semuanya hanya tinggal kenangan. Ku akui, aku bukanlah si mawar berduri, yang duduknya dalam taman larangan, suci tak pernah disentuh cinta. Cuma bezanya, aku berusaha untuk setia. Siapa tahu pilihanku bukanlah selamanya pilihanNYA untukku. Dan seperti yang ku takutkan terjadi, akhirnya datang juga bertamu dihujung usia keremajaanku, saat aku telah belajar banyak tentang setia dan bersedia. Namun cepat ku sedar saat kekecewaan itu menyapa lembut sanubariku, aku tidak akan membiarkan diriku seperti santan. Aku tidak akan membiarkan diriku menjadi sang pencinta dunia kerana dunia itu sepi. Aku juga tidak mahu zuhudku teralih arah kepada duniawi yang palsu dan mainan semata. Namun kuatkah aku mematri langkah atas jalan yang ku pilih ini? Aku hanya manusia biasa yang masih belajar menjadi hamba-NYA yang Esa. Dan aku memerlukan kalian ibubapaku, aku memerlukan kamu semua adik beradikku, aku memerlukan kalian sahabat-sahabatku, dan aku juga memerlukan kamu, pembimbing hidupku. Aku memerlukan kamu semua bukan untuk duniaku, ia untuk titianku menuju akhirat yang abadi, seperti kalian memerlukanku untuk kedestinasi yang sama.

Hingga senja hampir berlabuh, saat tirai malam mula tersingkap, aku terkenangkan Ramadhan… mungkinkah kita akan bertemu lagi tahun ini? Aku doakan sempat ku layarkan ibadah pertamaku pada tahun ini dihari mu yang penuh mulia. Kaulah bulan yang mulia diantara bulan-bulan yang Allah ciptakan sepanjang tahun ini. Kaulah penawar hatiku, tempat aku layarkan sepenuh peribadatanku untuk Dia yang Satu. Dan ku harap, ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan pada tahun lalu. Masih ku ingat, ramadhan tahun lalu, aku masih bergelar mahasiswa. Dan kukira, tibanya ramadhan tahun ini, aku harap, aku mohon, aku yakini diri yang aku sudahpun menjadi orang yang berkerjaya, yang sudah punya segulung ijazah hasil usaha selama ini. Ku doakan persahabatan dengan mereka disini tetap kekal abadi, menjadi semaian buat hari akhirat yang pasti.

Masih jari jemari ini menyentuh helaian-helaian kertas yang ada. Kertas dari buku-buku yang berkulit tebal kusam. Masih baru lagi buku itu ku beli, beberapa minggu mungkin. Namun warna kulitnya sudah berubah. Bukan kerana aku rajin membacanya, ya, kerana tiada isi yang menarik didalamnya yang dapat ku baca. Hanya tulisan nombor-nombor, dan hari-hari yang pasti akan aku soroti sebentar saja lagi. buku planner itu aku buka, menyelak satu persatu helaian kertas yang sudah usang dengan contengan dan coretan entah apa dariku. Hatiku rawan, berbelah bagi, gelisah, kerisauan. Bukan kerana buku baru itu sudah bertukar wajah, tetapi hari terus bertukar ganti, silih datang dan pergi membawa waktuku hampir kepada saat-saat yang tidak mahu aku hadapi. Bila saja waktu ini akan berakhir? Aku kerisauan menjejak hari-hari ini sendirian. Teman, bantu aku yang kebuntuan…Allah, bawa aku menyusuri gerimis itu dengan tenang...
Wallahua'lam.

Monday, March 22, 2010

Fenomena yg biasa terjadi...

Bismillahirrahmanirrahim.
tak sempat nak update...cuma nak kongsi nasyid fenomena dr kump U.N.I.C...
liriknya byk bagi pengajaran...






[updated]
bile hayati lirik lagu nie, teringat zaman ‘budak-budak’ G9 dlu…huhu…serius, memang pun, selama berdiam diri, dalam hati membahang, tak boleh terima itu ini, dengan kepelbagaian sikap, hingga jadi salah faham…sebenarnya, setiap daripada kite nie ade sikap dan sifat yang berbeza, itulah indahnya fenomena ciptaan Allah… tapi, kalau keindahan ciptaan Allah nie tak difahami, tak dirai, tak dihalusi, itulah yang jadi salah faham, jadi api dalam sekam, akhirnya membakar kehalusan sebuah ukhwah yang ibarat sutera tu, memecahbelahkan batu bata yang dah tersusun cantik dan rapi… luahkan, biar sengketa sebentar, bukan bermusuhan,tapi untuk meleraikan kekusutan dan kesalahfahaman yang terjadi. agar persahabatan insya Allah akan kekal berpanjangan. kalaulah memilih berdiam diri, pastikan rasa itu kau ubati sendiri, agar ia tak menjadi dendam, bahkan kuburkan ia agar takkan teringat lagi di minda sedarmu juga diminda luar sedar. semuanya demi ukhwah indah yang kita sulam kerana Allah ini…

Wallahua'lam...

Sunday, March 21, 2010

sukarnya istiqamah...

Sukarnya untuk memulakan, namun memastikan ianya istiqamah lebih payah.

Sukarnya untuk berubah, namun memastikan perubahan itu berkekalan lebih payah.

Jika asyik memikirkan kepayahan yang lebih banyak, selama-lamanya kita akan berada di tampuk lama.
Berubahlah kepada kebaikan, sedikit lebih baik dari langsung tidak berubah...



Apepun yang kita lakukan...
Dengan kefahaman, bukan ikut-ikutan...
Agar kte dapat jadi macam pohon yang rendang,
akarnya kuat, dahannya keras, daunnya rimbun... jadi tempat teduhan insan yang memerlukan...

Tuesday, March 16, 2010

harini...

(tak tahu tajuk...buat sendiri...)
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dah siap pun mengukur saiz hidangan sayur. em, tak tahu nak mula dari mana...







Gambar nie, gambar sayur-sayuran yang ida sediakan untuk hari ni. jangan mintak, sebab ni hanyalah sayur ujikaji, tak boleh makan pun. even ida sediakan dengan mengikut sanitasi yang betul, tapi camane nak makan, sayur ni hanya dimasak dengan minyak@ air shj, cam replika la. bukan yg ade bawang semua tu.
Untuk tesis, ida perlu dapatkan berat yang betul2 bagi setiap sayur yang responden laporkan dalam borang soalselidik, then barula kira... panjang kalau nak cerita semua kat sini. jadi kesimpulannye, banyak lagi la yang perlu ida perbetulkan, sebelum minggu depan...minggu depan Jabatan Pemakanan dan Dietetik, 4th year dan semua pensyarah gi Nutrition Society Meeting(NSM), mcm hari berjumpa semuaaaa pegawai pemakanan seluruh malaysia...huhu... best, dan nervous jugak. erm, ok lah. tak boleh tulis banyak. idea taknak keluar. kami student2 tahun 4 nie semua kerisauan... kerisauan yg tak tahu nak cakap ape dan kadang2 hilang tumpuan... [link]

wallahua'lam.

Sunday, March 14, 2010

Allah, Dia sentiasa disisi dan mendengar rintihan hamba2Nya


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg telah menghidupkan hamba2Nya setelah mati yang sementara.
Angin sepoi2 bahasa dalam keadaan tanah kegersangan dek perubahan iklim yang melanda. Namun masih ada tempat dibumi Allah ini basah dengan rintik2 hujan, tanda Ar-Rahman dan Ar-Rahim nya Dia.
selepas minggu2 yang memenatkan, ida masih lagi berusaha, dan kiranya kesibukan ini akan berterusan hingga ke hujung semester. semuanya kerana tuntutan sebuah ijazah universiti dunia. Namun dalam kekalutan ini, ada yang Allah mahu hamba2Nya tahu. dalam setiap duka itu ada bahagia, dalam setiap ujian itu pasti ada hikmahNya. mungkin masa yang singkat ini tak memberi banyak ruang untuk ida menulis lagi, tapi sekadar coretan ringkas di selang masa melepaskan penat menyiapkan kerja2, insya Allah jika ada ilham dariNya, dan sedikit masa yang lapang... apepun yang terjadi, ingat Dia sentiasa disisi, dan sentiasa mendengar setiap rintihan Hamba2Nya... usaha, dan dalamnya kuatkan pergantungan kepada Allah. jangan berputus asa kerana ianya bukanlah sifat seorang muslim. pensyarah ida juga ada berpesan, doa, tanpa usaha juga tak mampu merubah apa2... jadi, sekarang masa untuk kita berusaha!
wallahua'lam.

Wednesday, March 10, 2010

1 more day...


Bismillahirrahmanirrahim. almost zohor...
sambil menunggu waktu zohor, dan selepas menghantar draft kepada pensyarah, just nak ambk masa sikit untuk bukak blog yang dah bersawang nie...alot to share, tapi masa ni belum sesuai...
insya Allah, esok ida akn bentangkn hasil data (act, collect data belum abes...huhu...) for my thesis. insya Allah....harap2 semuanya okay2 jer...dan harap semua ok...(harapan yg sgt tinggi...).
doakan ida...**seha cakap, tym nak present nie memang pening kepala...bagai melayang2 fikiran memikirkan kemungkinan2 yg bakal dihadapi... cuma kuatkan semangat jer...huhu...insya Allah...doakan, doakan, doakan...after my hardworking worksss...always in tawakkal to Allah...**

Wednesday, March 3, 2010

...maaf...




.....busy.....