Monday, December 17, 2012
Perjalanan
TweetKalau berjalan itu terlalu cepat, mungkin agaknya saat ini aku sedang merangkak..mencari secebis kekuatan, pada perkara yang tidak dapat diluah, tidak terlihat oleh orang lain bahkan tidak mampu diselesai oleh diri sendiri. kenapa setiap kali, dan setiap saat memikirkannya, terasa tidak bergunanya diri ini. tak mampu serba serbi. apa yang sebenarnya tangan ini mampu lakukan? apa yang sebenarnya diri ini ada untuk membuktikan, yang aku juga mampu seperti insan lain? Ya Allah, hanya Engkau yang tahu... saat aku runsing dan bercelaru..kuatkan diri ini pada jalanMu. janganlah Engkau palingkan hati ini setelah Kau beri hidayah kepada hati ini...
Sunday, December 2, 2012
TABUNG KAWiN
Tweetsebenarnya, kalau nak cakap pasal belanja kawin ni, ikut kemampuan saya insyaa Allah cukup je. cumanya, dah nama pun simpanan kan... nak keluarkan pun bersyarat...sobsobsob...okla okla... sebenarnya, tabung ni saya nak wujudkan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab diri sendiri dan bakal incik untuk bertanggungjawab dan sama2 rasa susah senang untuk persiapan yang akan datang. blablabla (membebel...........) apa2pun, dah kena fikir untuk stage seterusnya...dan semoga Allah berkati...
Thursday, November 22, 2012
Wednesday, November 14, 2012
Bagaimana
TweetBagaimana untukku berpura tidak ada apa yang mengguris rasa.tiap dia berkata 'baik-baik saja'.aku yang perih mendengarnya.bagaimana untuk tidak menjadi beban padanya.bagaimana untuk menebus luka duka lama.sedangkan setiap langkah kehadapan,aku ini adalah lukisan hitam buatnya. Bagaimana membuat dia bahagia.sedang langkah-langkahku baru sahaja mengecewakan hatinya. Ya Allah, dia terlalu baik untukku.
Sunday, November 11, 2012
Persiapan
TweetBismillahirrahmanirrahim. Rasa macam nak pencen dari dunia penulisan ni. Bukan apa, orang yang menulis, selalunya akan menulis sesuatu yang terbaik. Tapi tak bermakna penulis tu orang yang baik2. Kadang2 rasa macam penipu pulak, tulis baik2 tapi hakikatnya diri ni tak sebaik penulisan. Daripada seorang yang sangat teruk, aku mula berubah dengan penulisan. Tapi tulisan ni hanya untuk rujukan diri sendiri. Aku tak mahu perkara2 yang buruk yang aku pernah tulis dulu, memberi saham untuk malaikat atib terus mencatat disebelah kiri, walaupun ketika sedang terbaring kaku dihimpit tanah dan dimamah binatang berbisa. Aku tahu terlalu banyak kisah silam ku yang Allah tutupkan dari pandangan dan pengetahuan insan lain. Cukuplah, aku penat merintih untuk mati saat ini. Biarlah apapun yang Allah uji, aku hanya mahu terus berusaha jika ada hayatku untuk hari ini dan esok. Sebesar apapun ujian yang datang, aku tak mahu menjadi kanak-kanak dahulu yang menyembunyi dari masalah. Datanglah, akanku hadapi. Andainya ini bukan kali pertama aku merasa pahitnya hidup ini. Aku pernah berputus harap, mengharapkan hidup akan sendirian selamanya, berharap mati menjengah sekejap sahaja lagi. Tapi ajal tetap belum tiba. Lalu untuk apa ku persiakan hidup sedangkan aku tahu ianya untukku isi bekalan menuju tempat abadi. Kaki, teruskanlah langkah. Masih ada sisa perjuangan yang memerlukanmu dihadapan. Diri, senyumlah walau pahit. Jangan didera dirimu atas ujian yang Allah tetapkan. Siapa kamu untuk menentukan ujian yang bagaimana untukmu. Bukan kau tak berusaha untuk perbaiki. Kau dah cuba berbincang. Silapmu hanya tinggal sedikit untuk diperbaiki. Cukuplah kalau kesilapan ini tidak mampu diterima. Belum lagi kekurangan yang belum nampak padaku. Terima kasih kerana sekurang2nya pernah memberi ruang untuk aku merasa 'hidup' Ya Allah. Terima kasih kerana sekurang2nya Engkau cerminkanku siapa diriku.
Wednesday, November 7, 2012
gastritis
Tweetbismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. harini balik kerja agak lewat. dikunjungi seorang 'sahabat' yang ada masalah kesihatan.
masa mula2 masuk tu, muka nampak cemas je. nada suara pun mcm kalut je.
"mana fatimah..?" tanya akak tu pd pkerja.
mujur takde orang. bila nampak muka saya, nada suara pun diperlahankan.
"ni, makcik nak tanya psl result lab anak makcik." "ada masalah sikit"
saya buat isyarat minta dia tunggu sebentar. yelah, masa tu tgh nak ke pantry hantar cawan yang diminum.
saya kembali dan menyambut 2 file biru dari tgn dia. file dari makmal darah yang menunjukkan keputusan ujian darah keseluruhan masalah dia.
"ada masalah apa ni akak?" sy mulakan. biasa panggil sahabat ni akak je, walaulun kdg2 dia bahasakan diri sbg makcik. ya lah, anak sulungnya pun dah umur 27. lebih tua dari saya! tapi saya lebih suka panggil mcmtu, lebih mesra.
katanya, dia ada masalah sakit lutut. bila saya teliti keputusan darah, tiada masalah sangat. hanya masalah biasa. dan ada potensi mengalami artritis/sakit sendi.
"tak teruk sangat masalah akak ni...kita sediakan ubat2 dan buat rawatan, insya Allah ok la tu." ujar saya ringkas.
"masalah akak memang xteruk, tapi anak akak ada masalah. risau pulak akak. perut dia ada masalah."
rekod anaknya saya teliti satu persatu.
"eh? tumor marker..." saya pandang wajah akak tersebut sambil tersenyum cemas. kemudian mata memerhati satu persatu bacaan yang tertera. akhirnya saya mwnghembuskan nafas lega.
"kak, kalau macam ni, potensinya kemungkinan besar ulcer perut. bacaan ni menunjuk memang berkemungkinan akan berlaku kanser. cuma belum jadi lagi. sebab akarnya (alpha foetor) belum tinggi. tapi memang sangat perlukan rawatan dan pencegahan."
dengan nada serius dan muka yang buat2 serius, saya terangkan padanya. muka memang kena buat serius. sebab saya memang susah nak serius bila bertemu dengan sahabat.tapi dalam keadaan kritikal macam tu, kalau saya masih senyum, kadang2 wajah lebih memberi kesan pada penerangan berbanding kata-kata. Boleh jadi dia kuang mengambil endah proses perawatan.
"insyaAllah..." kata saya, sekadar memberi harapan.
gastritis sebenarnya penyakit yang sangat biasa dikalangan masyarakat masa kini. dengan kekangan masa dalam dunia yang semakin maju ini, ramai dikalangan kita yang lebih gemar mengabaikan pemakanan. kita lebih rela berlapar semata-mata mahu menyiapkan kerja. (kalau puasa tu lainlah). Anak-anak remaja sekarang lebih banyak menghabiskan masa dihadapan komputer dari mengisi masa makan dengan menjamu selera. kemudian makanan segera menjadi pilihan. tidak menjaga waktu makan satu hal, mengambil makanan yang banyak bahan perasa dan kimia satu hal yang lain. tiada khasiat langsung! pemilihan makanan oleh pekerja sektor awam dan swasta pula lebih mudah memilih makan di gerai dari memasak sendiri.
Saturday, November 3, 2012
Kesibukan tak membeli ana
TweetBismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. cuba mendedikasikan tulisan ini kepada sahabat sahabiah yang pernah mengenali ana.
sudah beberapa kali ana didengarkan dengan soalan "sibuk ke?"... sesungguhnya ana tak sibuk pun. betul ni. ana sangat hairan kenapa soalan ni kerap ditanyakan kepada ana. hari ini baru diberikan peluang untuk mengetahui beberapa sebab mengapa sahabat melihat ana sibuk.
.....
ana: Nape nmpk mcm bz? Pelik jgk..rmai org ckp cmtu...nape ye?
sahabat: ntah mgkn sbb nk PRU n hehe
ana:Hehe..xdela...x jugak... Kalau bz pn hal2 kje je..
sahabat: n nampak garang haha
ana: Hehe..nampak mcmana? Dop pehe
sahabat: strict hee
......
Friday, November 2, 2012
Memaknakan Hari, memaknakan diri
TweetBismillahirrahmanirrahim.
menjelang beberapa detik, walaupun hari itu nanti bukanlah penyatuan sebenar, tetapi tetap memberikan makna. bukan hari pemilikan, tetapi untuk menyimpul ikatan.
pening jugak memikirkan apa yang perlu dipersiapkan. mujurlah ada kakak2 tempat rujukan. sekurang-kurangnya, ada pendapat dan pandangan.
Beberapa hari ini kerap memikirkan hal2 keluarga yang tersangkut dan tak berkesudahan. menjadikan minda yang kecil ini tidak mampu menampung tekanan. demam. penyelesaian tubuh yang lemah.
kata orang, doktor tidak tahu sakit. betul...betul...
kami ini malaikat kah?
tentunya tidak.
sakit, pening, masalah, runsing...semua menjadi asam garam hidup manusia. kalau bukan manusia, bolehlah ana dihentam sedemikian. tapi Allah jadikn ana sebagai manusia, makanya ana raikan sahaja ribut badai yang melanda.
Wednesday, October 31, 2012
Bila rasa teruji...
TweetMeminjam kata-kata orang lain tidaklah memuaskan hati sendiri. tetapi sekurang-kurangnya ada pengajaran untuk dikongsi. bila jatuh, harus bangun semula. jangan biarkan emosimu menguasai diri. walau bila saat kau ingin membuka mulut mengatakan kebenaran airmatamu akan menitis, ingat satu perkara. taubatmu belum tentu ditolak, kebaikanmu belum tentu merugikan. ia bukan jambatan untuk kamu mendabik dada mengatakan kamu yang terbaik, tetapi sekurang-kurangnya kamu sedang berusaha untuk keluar dari lingkungan kejahilan dan dosa. ingat!
Tuesday, October 30, 2012
Sahsiah tidak datang bergolek
Tweetmungkin aku sudah terlupa apa yang terjadi saat itu. tetapi, penulisan ini yang ku perlukan untuk melukis kembali kekuatan ketika ini, saat semuanya serba kacau dan teruji... Ya Allah, aku ingin menulis lagi, biar ku sedar... ada sesuatu yang ku perlukan dariMu, ada sesuatu yang harus ku adukan kepadaMu... ada sesuatu untuk ku tunaikan kepadaMu...Ilahi Robbi, dengan linangan airmata, aku sendiri buntu, insafkah aku, atau aku sedang meratapi ujian2Mu yang semakin hari semakin berat buat insan2 yang ku kasihi ini... tiap kali berteleku di sejadah usang, ku hitung-hitung amalanku...apalah yang telah ku perbuat untuk meminta kepadaMu Ya Allah...aku hambaMu yang paling lemah, yang selalu lalai dan menekan diri sendiri...
Sahsiah tidak datang bergolek
Allah S.W.T telah berfirman dlm surah an-Naml ayat 44 bermaksud:Dikatakan kepada (Balqis), "masuklah ke dalam istana". Tatkala dia melihat lantai istana itu, dia mengagak itu ialah kolam air yang besar maka disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman, "Sesungguhnya ia adalah istana licin diperbuat dari kaca". Berkatalah Balqis, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama sulaiman kepada Allah, Tuhan Semesta Alam."
Imej positif membantu perjalanan individu bagi mencapai kecemerlangan. walau bagaimanapun, imej yang baik tidak terbina dalam masa 24 jam. ia terbina melalui pembudayaan sifat-sifat murni berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah secara konsisten.
Biarkanlah lembaran ini kosong untuk seketika. sedang mencari-cari kekuatan untuk meneruskan semua ini. benarlah, perubahan dan tarbiyyah dalam diri tidak akan berlaku dalam tempoh 24 jam. inikan pula diriku yang baru setahun jagung mengenal dunia tarbiyyah ini. aku bukan insan yang sempurna, apatah lagi yang terbaik. aku tidak cukup solehah untuk digelar mukminah. muslimah yang hanya tahu kurang dari setitis ilmu Allah yang Maha luas di muka bumi ini. aku bukan malaikat yang tidak punya salah dan silap. kadang-kadang iman ini turun, ada masanya ia meningkat. dan ketika itu, aku merasa malu dengan kesilapan demi kesilapan yang aku lakukan. yang kadang-kadang telah ku ingatkan pada diri berkali-kali untuk menghindarinya, tapi mengapa diri ini masih mahu mengulanginya. Ya Allah, Engkau mengurniakan dalam diri manusia iman dan nafsu. jadikanlah imanku pemimpin pada nafsuku agar ia menjadi nafsu yang mutmai'nnah. janganlah Engkau biarkan aku terus bergelumang dengan dosa dan kesilapan. bimbing dan pimpinlah langkahku ini Ya Allah. kerana azab neraka itu sungguh pedih, tak tertanggung olehku Ya Allah. ampunkanlah dosa hambaMu ini. andai rasa yang hadir dalam jiwa ketika ini adalah kafarah terhadap dosa-dosaku, ampunkanlah dosaku Ya Allah. jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, maka termasuklah aku orang-orang yang menzalimi diri sendiri...
Saturday, October 13, 2012
please...
TweetDear, anyone who read this. Please eat, not becoz u look skinny-i like d way u are- but to live a healthy life. Eat, to make sure u have enough energy for ur ibadah and for ur daily works... So choose wisely what to eat and what time to eat. Thank you dear for keeping ur borrowed body healthy (dont we borrow our body from Allah?) . And dont forget to keep smiling, its sunnah remember? Thank you dear. Uhibbuka fillah ",)

Tuesday, October 2, 2012
Tuesday, September 25, 2012
Menjadi Muslim
Tweetada pulak tu yang jawab "muslim tu apa? Islam aku tau la, sbab kt IC aku ni ada tulis agama:Islam"
Sunday, September 23, 2012
tulisan ini
TweetBismillahirrahmanirrahim. Semoga sahaja tulisan yang kali ini memberikan manfaat buat siapa yang sudi singgah ke teratak ini. Sengaja ku biarkan ruang ini sepi tak terisi. Jiwaku kekalutan untuk menulis satu persatu. Apa gunanya ku catatkan andainya membuat ku merasakan masa berjalan, oh mungkin lebih mudah ku katakan, masa merangkak berlalu meninggalkanku...dengan hati yang berat, hati yang selalu termenung. Mahu menangis rasanya mengenangkan diri sendiri. Akukah ini? Akukah yang tidak kuat bila jauh begini? Jauh, benar-benar menguji setianya hati. Bukan kerana tergugat pada keindahan lain dihadapan mata, tapi kerana sepi yang semakin jelas walau ada ramai orang disekeliling.
Jalan ini bukan jalan yang mudah buat kita. Tapi percayalah. Hanya kerana Allah, kita harus kuat. Sekuat mentari yang garang menyinar disiang hari, secerah sang bulan menerangi kelamnya malam.
Teman, bila hatimu disapa rasa, jangan kau sangka semuanya akan indah dari awal kehujungnya. Bahkan, dari manakah datangnya pelangi yang indah jika tidak wujudnya gerimis dan hujan ditengah garangnya mentari? Tentu sahaja tiada. Begitulah kita. Diuji dengan pelbagai cara, yang kadang-kadang tidak sanggup kita ingat kembali. Tapi dengan ujian itulah sebenarnya yang menguatkan kita. Mengukuhkan ikatan hati, yang membuat kita yakin melangkah lebih jauh lagi. Ku pegang janji Ilahi, bahawa setiap kesusahan itu ada jalannya, bahawa pada setiap ujian itu, Allah tetap ada tak pernah meninggalkan kita. Jangan kau goyah pada angin yang lalu, menyapa jiwamu dengan rasa rindu. Jangan kau teruji pada jauhnya jarak, kerana Allah tahu yang terbaik buat kita, Dia tahu kamu mampu memikulnya. Jangan terbeban dengan beratnya tugas yang kau galas, kerana Dia tak pernah zalim padamu yang selalu menjaga agamaNya. Jangan terlalu teruja dengan keindahan, kerana ciptaan Allah yang paling sempurna pun tetap punya kelemahan, untuk menjadikan seimbangnya dunia dan tiada yang lebih sempurna melainkan Dia.
Teman, aku ini penuh kekurangan. Aku bukan agamawan, kelak kamu boleh mempertikai tulisanku yang tempang. Aku cuma suka berfikir, dan mencari hikmah pada tiap kejadian. Mengolah dalam penulisan, mempersembahkan dengan keindahan.
Aku bukan sasterawan, kelak kamu boleh melihat cacatnya kesenian yang ku persembahkan. Aku cuma menulis dengan nurani ini, kerana ku tahu, yang ingin ku sentuh adalah hati, yang ingin ku sapa adalah hati. Hanya tulisan dari hati sahaja, akan jatuh ke hati.
Wallahua'lam
Wednesday, September 5, 2012
waktu yang berlalu
TweetSaturday, August 25, 2012
Alhamdulillah. ta'aruf usrati
TweetJangan mengukir bahagia atas deritanya orang lain. Jangan pula merasa hampa pada bahagianya insan lain. Doakan kebaikan keatas saudara kita, semoga Allah membalas kebahagiaan yang lebih besar dari itu buat kita.
Hati ini, pernah merasa sakitnya kecewa. Hati ini, pernah merasa pahitnya hampa. Waktu itu, hanya Allah sahaja tempat ku curahkan segalanya. Tempat ku aturkan cinta semesta. Namun, saat bahagia menjengah, kehadiran tak pernah ku pinta, hadirnya tak pernah ku paksa. Tak pernah pula terdetik untuk ku ukir atas deritanya insan lain. Allah, bila cintaMu ku cari, masih ada lagikah cinta yang akan mengguris hati ini? Ku mohon...saat jatuhnya, saat bangunnya hati ini, kukuhkanlah sandarannya hanya kepadaMu. Sandaran yang sebenar, tidak hanya diatas pena, tidak hanya diatas kanvas. Ia dari hatiku. Ilahi Robbi...ku mohon... Aturkan cinta kami dalam rancanganMu, letakkan padanya sebaik-baik waktu. Sebaik-baik keadaan dan sebaik-baik tempat. Ku tak pernah kuat untuk terus bertahan, merasa senang sedangkan ujian itu kesukaran. Tak pernah mampu merasa ringan saat semuanya menguji kesabaran. Aku, dia dan Engkau Ya Allah... Permudahkan urusan kami setelah ini. Lembutkan hati-hati kami semua untuk menerima, segala kebaikan dikekalkan, segala kekurangan jadikan ia lengkap. dan semoga kami terus berusaha memperbaiki kekurangan ini.. aamiin Ya Allah...
p/s: kekurangan diri, ku sedang berusaha untuk perbaiki...harapanku semoga dia juga berusaha...
Sunday, August 5, 2012
KeredhaanMu
TweetTuesday, July 31, 2012
Nukilan Ramadhan 1433 H
Tweettarawikh...tak dapat la nak ke masjid... sebab sekarang ni ada 'anak' nak kena jaga...haha :P ...anak angkat a.k.a anak sedara. terpaksa bagi laluan pada abu hakimi untuk ke masjid, jadi ana gilir2 jaga kakak dan anak2nya.
Nota kaki: (nak jugak ada nota kaki...heheheee)
conteng masa terasa lapar dan penat. pujuk hati :)
Mujahadah Berpuasa Besar Ganjarannya.
menahan lapar dan dahaga, menanggung penat bekerja,
semakin penat semakin banyak pahalanya.
Senyum walau tak bertenaga,
senyum pahala sedekah ganjarannya,
sabar dan menunjukkan wajah manis juga dikurnia pahala
Menolong orang, membuat kebaikan dan bersedekah
dilipatgandakan pahala setiapnya.
setiap kebaikan 70 kali ganda pahala.
setiap langkah, setiap luka, setiap titis peluh keringat bekerja dan beramal soleh juga sama.
Bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, menyenangkan hati orang lain,
penat bertadarus, setiap huruf yang dibaca ada pahalanya.
yang penting elak dari melakukan dosa dan kerja sia-sia.
subhanallah...banyaknya pahala~ kalau pahala tu diletak dalam bentuk wang ringgit, pasti ramai manusia yang akan merebutnya.
pasti ramai manusia yang akan menghindar perkara2 yang 'menerbangkan' 'wang' tersebut.
kalau pada waktu lain, ganjaran pahala diberikan diakhirat sana, tapi dalam bulan ramadhan ni, dengan Rahmah dan Rahim Nya Allah, Dia berhak memberikan kepada kita sekarang, atau pada waktu yang Dia kehendaki. kebaikan yang kita lakukan, mudah terasa dengan tenangnya hati.
Jom rebut pahala!!! Ramadhan Sales, Pahala Berganda! ^__^
Monday, July 30, 2012
contengan
TweetMonday, July 23, 2012
Perbatasan Waktu
TweetBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk melangkah ke bulan yang mulia ini. Rindu Ramadhan. begitulah rasa girangnya menghadapi ramadhan kali ini. ada bahagian yang gembira, tapi mood untuk menulis tak segembira menyambut ramadhan tahun lepas. mungkin kerana kekangan masa yang sangat2 mencemburui tugasan-tugasan yang sangat banyak. tak terhitung, atau dalam bahasa jepunnya "upside down". semuanya serba serbi tak sempat. mana yang dan tercapai sahajalah... tinggal ana yang paling tua yang kena jadi tangan kanan mak. kakak2 dan abang2 dah punya keluarga masing2, sibuk menguruskan hal2 keluarga mereka. kakak yang disini pulak sedang berpantang anak kedua. entahlah, kalau ikutkan rasa tak sempat ni, nak je berhenti disini. giving up now. sekarang.
tapi, kena ingat untuk orang lain jugak. kuatlah! untuk menguatkan orang lain. senyumlah! walau sedang terluka bersedih. cerialah! walau hakikatnya selalu sahaja menduga. tak mengapa. semua ini jalan-jalan yang perlu ana lalui untuk mengenal hidup ini, belajar sesuatu tentang kehidupan. lambat2 pun, semoga siaplah tugas2 ni. kalau takde kerja nak buat, bosan pulak. masa terbuang sia-sia. MESTI TERUSKAN! untuk diri sendiri, untuk insan-insan sekeliling.
Ya Allah, entah mengapa hati ini bagai hiba menyambut kedatangan Ramadhan kali ini. Terlalu istimewa buatku. Terlalu dinanti dan dirindui olehku. Sehingga hari2 terawalnya, aku bagai kelu tak mampu berkata. Allah, telah tiba yang ku nanti-nanti. Telah sampai yang ku rindu-rindukan. Tak mampu terungkap dengan kata. Menitis airmata. Terima kasih Ya Allah, masih mengizinkan hamba melangkah, meneruskan pembelajaran di madrasah tarbiyyah. Akan ku genggam peluang ini agar tak sia-sia. Agar ia memberi manfaat dan mendidik kami menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ya Allah, terimalah amal ibadah kami, terimalah puasa kami sebagai puasa orang2 mukmin. Terimalah solat fardhu kami sebagai solat hambaMu yang taat...terimalah kami Ya Allah, menjadi hamba yang bersyukur dan meraikan bulan yang mulia ini.
Ramadhan kali ini sangat memberi erti. Walau dalam kesibukan, harapnya perubahan diri ini akan berterusan begini. Kalau puasa tahun lepas, ada aim2 tertentu yang ana catatkan kat sini. Tahun ni tak sempat sangat nak tulis. Kesian ramadhan tahun ni, tak proper sambutannya. Sedih. Dan...sedihnya T_T
Tapi ada 1 aim yang setiap tahun yang ana wajibkan capai untuk diri ana iaitu khatam Qur'an. Tadarrus. Tahun lepas punya Alhamdulillah, dapat la capai hampir 2 kali. Tapi xsampai pun. Khatam skali, dan setengah Qur'an dan hold terus raya. Hold sbb tumpu pada tafsir. Sebab kebetulan masa tu baru lepas dpt usrah psl Qur'an dan terjemahan. Ustzh tanya, pernah x sekali dalam seumur hidup kita ni khatam terjemahan Qur'an. Baru tersedar. Memang xpernah la kan... Lepas tu balik terus bukak tafsir.kuikuikui... Hmm tapi tahun ni Dr. MAZA dh bg pencerahan baru. Gunakan sebulan ramadhan ni utk tadarrus. Tu sunnah nabi. Perbetulkan bacaan dan khatamkan Qur'an. 11 bulan yg lain boleh khatamkan terjemahan...insyaAllah...yg 11 bulan tu cuma perlukan keistiqamahan jelah. Tu yg penting. Take note ye~ hehe...
Seterusnya...hmm...nanti tulis balik boleh x? Sekarang xboleh menulis. Sedih sangat....ape yang disedihkan pun taktau. Baca catatan tahun lepas jelah. I'll write back on day-7 insya Allah.. Wallahua'lam.
Monday, July 16, 2012
Hope
TweetFriday, July 13, 2012
Mukmin kuat bila ada ALLAH
TweetWednesday, July 11, 2012
Tidak.
TweetMengapa airmata ini telah kering? sekeringnya hatiku mengatur langkah.
Mengapa senyumanku kian merekah? seperti tiada lagi luka dan gundah.
Aku tak mampu menangis dalam bahagia, dan tak mampu menunduk dalam gembira.
aku sangat takut Ya Allah... aku dan Kamu, semakin menjauh.
aku sangat bimbang Ya Allah... aku tidak Kau hiraukan lagi...
bawalah dia jauh dariku, asal dia dekat denganMu.
bawalah dia sebagai pejuang dimedan dakwah Ya Allah, asal hanya Engkau dihatinya...
Bukan niatku untuk cemburu, apatah lagi berfikir yang tidak-tidak.
aku tenang menerimamu, tanpa sedikitpun curiga.
misteri, tetapi sungguh ku tak tahu mengapa.
sayang? mungkin..tapi ku tidak cemburu.
rindu? sesekali, tetapi ia peringatan untukku kembali kepada DIA.
entahlah kenapa...tetapi janganlah berduka kerana hati ini belum untukmu.
cuma ia takkan pergi kepada insan lain, hanya menanti dirimu.
mungkin belum masanya untukku mencintaimu dengan luar biasa
cukuplah sekadarnya, seperlunya, tidak lebih
biar ia kurang, tetapi bahagian yang kurang itu hanya kembali kepada Pemilik Cinta yang Mutlak
aku tidak mahu meletak hak milik pada dirimu.
kamu adalah hak masyarakat, hak agama, hak mutlak Allah. bukan hakku, bukan hak siapa-siapa..
kerana itu, kamu bebas untuk berukhwah...cuma, jagalah dirimu dari fitnah, dari pandangan keburukan dan kejahatan...
dan entah...aku tidak layak menasihatimu
kerana ku tahu kamu lebih baik dari itu, dipasakkan yang baik-baik, dikelilingi orang baik-baik, dan dimodelkan untuk menunjukkan kebaikan.
kerana itu ku tak curiga denganmu. cemburuku hanya pada suatu keadaan, bukan pada wanita-wanita yang merebut kamu.
cemburuku hanya pada kesolehanmu, dan kesolehan wanita-wanita yang baik disekelilingmu. tidak lebih dari itu...
aku tidak mahu mengongkong. aku tidak mahu memunya. kerana aku mahu hubungan ini menuju titik bahagia, bukan titik sengsara dan nestapa. kehidupan ini, semuanya akan meletihkan dan memenatkan. semoga jalinan hati inilah penawarnya, dan ikatan inilah penguat perjalanan panjang yang akan kita tempuh nanti. bukan soal aku menuntut sesuatu darimu, tetapi soalnya apa yang akan ku berikan untukmu, seandainya setia pun tiada dalam hati ini. setia kepada satu cinta, cinta Allah yang kita idam-idamkan. Redha Allah yang kita harap-harapkan. semoga ikatan yang bakal terbina menjadi penguat jalan perjuangan, mendorong kita bertambah-tambah memberi kepada agama ini.
Wednesday, June 27, 2012
Rindu Pada yang tiada
TweetFriday, June 22, 2012
sejak bila la pulak
TweetSerius have no idea sejak bila aku terpaksa pertimbangkan perasaan orang lain bila terpaksa sampaikan kebenaran. Kebenaran memang tak boleh disembunykan...ibarat bangkai gajah, nak tutup dengan daun pisang, kompem la tak boleh kan..tapinye...oh kenapalah tiba2 aku terasa serabut menjadi front line ni...memang la taktahu la nak cakap ape...kalau kena sembur tu memang biasa lah. Tapi sebab jarang2 je turun kat orang n jarang2 je nak act kind (huhu yang sebenarnya si pemalu yang tak peramah langsung ni..) menyebabkan sekali sekala turun terus disembur tu membara juga jantungku walaupun hanya mampu...senyum je~ oh Allah, sesungguhnya kalau bukan keranaMu, memang ku dah off dah fb ni. Dan akan tinggalkan dunia maya yang palsu ni selama-lamanya *errkk...yeke tinggalkan selama-lamanya* huhu...esok....hari yang sangat sibuk...dan harini memang tak sempat langsung nak prepare...kenapalah dengan diriku ini Ya Allah.... Aku rasa macam nak menyorok bawah tanah. Serius dan sebenar-benarnya rasa macam ni... Selamat tinggal dunia~ huhuhu...
Thursday, June 21, 2012
terpulanglah...
TweetKalau aku yang bersalah, terima kasih kerana menegurku. Kalau kamu yang salah, awal2 sudah ku maafkan salahmu. Manusia memang tak sempurna...tiada yang sempurna hingga tak pernah melakukan salah. Tetapi kalau kesalahan yang sama diulang-ulang, seperti tak pernah mengambil ibrah atas kesilapan lalu, itu lebih tidak patut berbanding perlu memaafkan salah. Maafkanku kerana selalu bersalah.
Sudah ku lapangkan hati. Terima kasih kerana pernah hadir. Seandainya takdir tak menyebelahi perancangan kita, sekurang-kurangnya aku akan lega. Bukan kerana tak memiliki kamu, sedang kamulah yang ku damba kerana iman dan taqwa. Tetapi kerana sekurang-kurangnya aku tahu yang aku telah bersungguh-sungguh mempertahankan anugerah Allah ini, telah ku sandarkan hati dan pengharapan ini kepada Allah dan telah ku bersihkan cinta yang terungkai dariNya dengan airmata. Aku tak kuat sendirian. Tapi ku takut menghadiahkan hati ini kepada sembarangan orang. Bukan kerana kamu tidak layak, tetapi kerana kamu juga memerlukan Allah untuk terus kuat dan bertahan. Hati kita, jiwa kita, diri kita, biarlah menjadi milik Allah selamanya. Kerana cinta seperti itu lebih abadi tidak melukai jika sudah tiada harapan untuk meneruskan. Tanyalah pada hati, benarkah ini pilihan yang paling tepat? Tanyalah pada iman, mengapa diri ini yang terpilih. Jika jawapannya masih samar, ambillah masa untuk benar-benar yakin. Sama ada jawapannya ya atau tidak, kamu bebas menentukan. Tidak ada paksaan untuk kamu memilih siapapun. Bukan hanya terus berada diatas ikatan yang tak pasti...
Jika Allah mengizinkan aku berteman didunia ini, aku juga berharap ia adalah kamu. Tetapi Allah lebih tahu apa yang kita perlu berbanding apa yang kita mahu. Jika pada Pengetahuan Allah, kamulah yang perlu hadir dalam hidupku, Allah akan aturkan perancangan terbaik buat kita. Jauh, terpisah, berbeza...semuanya akan jadi mudah...hati yang tak pernah kenal pun akan terikat. Semuanya atas kehendak Allah... Tetapi jika kamu hanyalah kemahuanku, bukan yang diperlukan olehku, mungkin jarak yang dekat pun akan terpisah tak bertemu, walau sering ada pertemuan pun, hati takkan pernah terbuka untukmu. Terpulanglah...aku telah merelakan.. ya, tidak, tak pasti... Semuanya akan menyakitkan dan membahagiakan. Tidak ada antara pilihan yang diatas ini sentiasanya membahagiakan atau mengecewakan. Kerana kedua-duanya warna warni yang indah dalam hidup.
Aku pernah lebih sakit tersiksa sebelum ini. Dan aku pernah membuang kamu dari hati ini. Tapi kerana Allah, ku tak tahu sejak bila Dia mendekatkan aku denganmu. Membuat ku pasrah dalam menunggu. Melepaskanmu tanpa kamu menyedari kehadiranku. Membuat aku menyesal mengapa kamu yang terpilih, bukan dia atau dia atau dia.
Tapi Allah tunjukkan aku bahagian dirimu yang membuat aku gembira. Entahlah... Apa2 yang membahagiakan dan menggembirakan, takkan ku tulis disini. Tunggulah jika Allah izinkan jalan ini sampai ke hujungnya pertemuan, semua cerita indah akan tercatat sendiri. Tak perlu diukir dan dilukis dimana-mana. Kerana...sekiranya Allah tidak mengizinkan kamu memilihku, semua cerita gembira ini akan menjadi luka yang tak mampu terpadam untuk menghadapi masa depan.
Aku tahu aku belum cukup kuat. Saban hari hati tertanya-tanya ke mana takdir ini akan membawa diriku, membawa dirimu. Janji telah terpateri. Tetapi jalannya masih tak mampu ku duga. Tiap kali jiwa terluka dan sedih, ku cuba kuatkan hati dengan memasrahkan diri kepada Allah. Ku mengadu kepada Dia, mengenang kembali jalan-jalan yang Allah telah aturkan buat kita. Waktu aku tak dikenali olehmu, betapa hati ini tenang berkata "ah, dia siapa. Mengapa harus mengejar dan beria-ia kalau hanyalah siapa-siapa. Tak perlu risau. Jodoh takkan pernah tercepat atau terlambat. Jodoh takkan pernah lari dan pergi. Berharap yang tak pasti hanya menyakitkan hati. Jadi tak perlu risau."
Tak pernah hati ini tenang menunggu seperti ini. Maaf, tapi kamu bukanlah yang pertama ku minati. Cuma, aku tak berkawan dengan sembarangan orang. Dan hati ini paling keras untuk meminati seorang lelaki, apatah lagi berkenal-kenalan. Aku akan segera tamatkan jika ada yang berusaha mendekat. Aku memang tidak berkawan dengan lelaki walaupun ukhwah fillah. Hanya atas dasar kerja dan perniagaan, itupun seboleh-bolehnya ku elakkan. Entahlah... Aku malu. Itu yang sebetulnya. Malu kepada Allah, malu kepada diri sendiri, dan malu kepada seorang lelaki.
Inilah diriku yang belum kamu kenali. Inilah diriku yang tak pernah sempurna untukmu. Aku tidak solehah, tidak pandai, tidak tekun dan tidak ada apa-apa kelebihan yang mampu ku persembahkan untukmu. Aku hanyalah diriku yang lemah dan hina, banyak kekurangan yang akan kamu temui sepanjang perkenalan ini. Dan terpulanglah kepadamu untuk memilih. Wallahua'lam.
Tuesday, June 19, 2012
Harapan yang tertunai
Tweet
Siang malam ku berdoa, Allah, jadikan aku bersama-sama mereka dalam perjuangan ini. sejak ku mula mengenali kebergantunganku kepadaMu, sejak ku mula di ajar, Islam ini adalah yang tertinggi, yang wajib diperjuangkan sehingga ia diangkat yang paling tinggi. entahlah, dari mana inspirasi ini tercetus, dari mana ia bermula. seperti kesusahan dan kepayahan berjuang mudahnya mekar dalam hati ini. biar airmata ini terus mengalir, ia jalinan cintaku kepadaMu. biar ketawa ini terus tersembunyi, ia ubat mujarab untukku ingat padaMu.
Allah, tertunai sudahkah harapanku kala ini? menjadi asing seperti mereka? jalan yang dulunya begitu berliku buatku, duri-durinya mencalari langkahku...
Entahlah hari ini masih sama. aku takut untuk menonjolkan diri. bukan kerana takutnya mehnah dan tribulasi, tapi ketakutan musuh dalaman bakal meraja hati. tidak mahu dikenal. cukuplah dakwah ini sampai. jangan mengenal orangnya. aku malu dikenal. dan malu untuk meletak diri sebagai orang yang dikedepankan. biar aku berkata dalam keadaan mereka tidak kenal wajah empunya suara. aku malu bila bisik-bisik pujian menyapa telinga...Allah, bukankah kecantikan dan kesempurnaan adalah milikMu. mengapa mereka tidak pernah mahu melihat Pencipta Yang Maha Hebat menyembunyikan kecelaanku ini. Kekasih hatiku, yang selalu menjaga dan memelihara aku...Harapanku tertunai, untuk sama-sama berjuang dimedan ini. aku mahu beramal keranaMu, bukan untuk mendapat pujian. kerana pujian melemahkanku, maaf-DISINI TIDAK ADA KUPON PAHALA UNTUK PUJIANMU- ku terima seadanya, ku kembalikan kepada Pencipta. tapi, mohon pengertian..tolonglah jangan memujiku... akanku bidas satu persatu. aku bukan lemah untuk menghadapi. selagi ia boleh mengembalikan keyakinan diri, selagi itu akanku cantas pujian-pujian itu.
Nota Kaki:
memikirkan masa depan...
andai ditakdirkan selamanya sendirian...
masih ada yang PERLU ku fikirkan...
masih ada Allah tempat ku sandarkan harapan...
masih ada ibu ayah untuk bakti ku taburkan...
masih ada agama Islam yang perlu ku perjuangkan...
jauh lebih penting sebelum hadirnya seorang insan...
yang hanya untuk mengisi sebahagian iman...
melengkapi ketaqwaan seorang insan...
membina jillul Islam, generasi Al-Qur'an
p/s: banyaknya perancangan yang masih tertunda...
lesen kereta...kakak2 nisa' dah 'warning' cara halus dah bila nak boleh gerak sendiri~ hmm...masa...oh masa... Allahumma yassir wala tu'assir~ permudahkanlah Ya Allah andai ini yang terbaik buatku...
macam mana nak meramaikan ahli nisa' PB yang semakin berkurangan...
kamera, Alhamdulillah, dah dapat, walaupun kena 'paksa' beli...tapi alhamdulillah masalah dapat diselesaikan...bukan apa, kamera ni antara aset asas utk kerja. kalau takde, tak jalan kerja yop... mcmana nak cari rezeki sehari-harian...hmm...tapi skali beli yang puas hati punya...setelah ...erm...3 tahun kot mengidam kamera macam tu, dan alhamdulillah dapat jugak akhirnya...berkat rezeki yang Allah kurniakan... dan yang paling puas hati, belong to me~ jadi boleh angkut ke mana2, kalau dah tak kerja kat sini pun boleh angkut sekali... masa abah tengok ana test kamera yang abah belikan tu, abah kata " hai kakak...macam orang dah nak kawin" (erkk...apa kena mengenanya) sambil gelak2 tengok ana pegang kamera...hmm... harapan tertunai...(?) eh, bukan untuk kawin tu lah! untuk ada kamera sendiri dan dgn kamera sendiri yang boleh rakam gambar2 hari2 istimewa dalam hidup...contoh...HARIRAYA! kuikuikui... macam tahun lepas, camerawoman ni kena ambik gambar raya lagi, tapi kali ni pakai sendiri punya camera! Alhamdulillah....
Monday, June 18, 2012
Kerja Harian
Tweet
Friday, June 15, 2012
kepastian
TweetKita tak pernah pasti dengan kehidupan ni. Kehidupan yang selalu sahaja ada kejutan. Dan kejutan yang terakhir adalah sebuah kematian. Sesungguhnya kematian itu adalah pasti, dan kehidupan tanpa meyakini Yaumul Qiamah adalah kehidupan yang sia-sia yang tiada gunanya diakhirat nanti.
Entah kenapa, kebelakangan ini terasa seperti saat itu datang memanggil-manggil... Alangkah baiknya jika waktuku akan berakhir tidak lama lagi..akan terubatkah rinduku ini Ya Allah? Akan terleraikah kerisauanku pada dunia yang sia-sia ini Ya Allah? Aku tahu, tidak ada satu pun amalanku di dunia ini yang menjamin aku untuk selamat di alam kubur nanti, selamat melalui timbangan mizanMu nanti. Banyaknya dosaku hingga tak mampu untukku rungkaikan satu persatu. TerhadapMu, terhadap kedua orang tuaku, terhadap adik beradikku, terhadap sahabat handaiku, guru-guruku, lebih-lebih lagi terhadap agamaku. Ya Allah...banyaknya dosaku. Tak layak langsung aku ini memakai topeng kehambaan ini. Tetapi Ya Allah, rasa rindu ini telah menikam jiwaku...bilakah masanya untuk aku kembali kepadaMu? Hidup ini terlalu menguji rasaku kepadaMu. Lalai, leka, jatuh, gembira, sakit, semuanya sangat-sangat membuatkan aku rindu kepadaMu. Sesaat Kau menguji aku. Hari ini masih aku terleka tanggungjawabku kepadaMu. Rasa sakit ini, tangan yang tak mampu memegang ini, tubuh yang begitu lemah kebelakangan ini, sakit disana sini...adakah manusia akan memahami diriku? Cukuplah, aku tak minta difahami. Mahu ku gagahkan kaki ini untuk berdiri. Aku bukan manja. Aku tidak suka orang memberi perhatian kepadaku. Takut-takut, rasa cinta dan pengharapanku kepadaMu berkurang. Ah, berlakon lagikah aku? Saat ini, masih mahu mengakui kecintaanku kepadaMu. Tapi Ya Allah, sungguh Engkau Maha Mengetahui apa yang ada didalam hatiku. Andainya rasa memiliki dan dimiliki itu tercabut dari diriku selamanya pun, itu lebih baik pada pandanganku dari aku terpaksa menjaga semua rasa hingga hubunganku denganMu menjauh. Jika aku harus sendirian selamanya pun, aku tetap akan redha. Aku tidak mahu menjadi beban kepada orang lain. Aku tidak mahu menjadi orang yang terpaksa dijaga. Biarlah aku yang memikul semuanya. Biarlah aku yang berlakon kuat untuk menguatkan orang lain. Biarlah aku seorang sahaja yang menanggung apa yang Engkau uji padaku. Biarlah sakitku ini hanya aku yang tahu. Biarlah saat-saat terakhirku hanya untuk aku sendiri. Aku tidak mahu membebankan orang lain bila terpaksa kehilanganku. Aku tidak mahu memaksa orang lain memahami kesakitanku dan merelakan pemergianku. Aku benar-benar tidak mahu ada yang bersedih. Biarlah pemergianku suatu kelegaan buat insan-insan di sekelilingku. Aku telah redha saat ini Ya Allah...
Sunday, June 10, 2012
Panas
TweetFuh...fuh....fuh.... Terasa macam panas je muka ni... Malu!!!! Huhuhu....malunye sebab rahsia dah terbongkar. Huhuhu... Hikmah betul semua yang jadi ni. Memang rasa macam taknak pk dah. Dan taknak hadapi dah sesiapa yang terlibat dalam kes ni... Takyah cakap la.rahsia kerajaan terbongkar.rahsia apa? Biarlah rahsia. Tapi yang pastinye memang malu la...tahap dah tak tahu nak cakap ape dah. Nak menghadapi orang2 yang terlibat tu pun dah macam~err...boleh tak nak tukar rumah, nama, rupa, alamat, no telefon, fb, blog...huaaa...nak tukar semua supaya boleh menyorok...malunya...nak menyorok macam arnab menyorok dalam tanah. Aduhai... Adik cakap kalau kita dah rasa malu tahap taktahu nak buat ape dah, malu yang amat sangat taktau nak sorok muka kat mana, baik buat taktahu je...biase la tu...manusia mana ada perfect...fikir yang semua manusia buat salah. Ntah2 ade orang yang terbuat perkara yg lebih memalukan lagi.saya malu, sebab cerit@ hati telah terbongkar. Haih...sepatutnya selamat lah dah simpan dalam peti besi, siap mangga lagi, letak dalam sangkar besi, campak dalam laut. Tapi takdir Allah tu Maha Perancang. Antara hidup dan mati [erkk..] kena jugak la pi ambik kat dasar laut. Haih...sekarang dah tak jadi rahsia dahla...tak best la camni. Tak adventure la hidup semua nak cerita. Kalau ada rahsia kan, boleh la cakap camni 'biarlah rahsia' hehehe...ape2lah...ok, dah kena lampu merah, suruh stop.pegi tidur. Ok. Wassalam.
Friday, June 8, 2012
Jumaat yang berkat
TweetBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Jumaat lagi. Dan jumaat yang cuti. Panas juga hari ni ya. Mujur lah...kain dijemuran tu harapnye keringlah...insyaAllah.
Boleh ke nak cari diri sendiri yang dulu? Hehe...yang selalu senyum dan sengih je bila jumpa orang. Sampai orang cakap ana ni budak-budak lepasan spm.hehe...sukenyeee~ awet muda gitu...kehkehkeh... Ala, semua tu bergantung pada diri sendiri je. Cuba, senyum dan ketawa. Lupakan semua sengketa. Dan yang paling penting sekali, saya tak suka berdendam. Tak suka nak marah2 orang. Kalau salah pun, diri sendiri jugak yang kena. Hai amirah, kesianlah kat diri sendiri tu. Cubalah empati sikit kat diri sendiri. Jangan kurung dia dalam sangkar hati. Bebaskan. Bebaskanlah dengan senyuman. Ingat pesan seorang teman...hadapi dengan senyuman! Orang lain lebih-lebih susah lagi. Kita ni, alhamdulillah... ALLAH berikan rezeki yang tak putus. Dia menarik satu, tapi diberinya seribu. Kalau kerana satu kita mengabaikan nikmat yang seribu, tak malu kah menjadi hamba yang tak bersyukur?
Harini dah ucap Alhamdulillah ke belum? Jom perbanyakkan ucapan mensyukuri nikmatNya dan berselawat keatas Nabi Muhammad. Allahumma solli 'ala muhammad.
Thursday, May 10, 2012
Debaran terasa~
TweetTuesday, May 8, 2012
tulis atas angin saje k (",)
TweetSunday, May 6, 2012
Segenggam tabah
Tweetbuku baru lagi~
TweetFriday, May 4, 2012
جمعه سعيده
TweetWednesday, May 2, 2012
Tanpa Kata
TweetTuesday, May 1, 2012
Hari yang indah
TweetWednesday, April 25, 2012
pengalaman pertama
TweetOk..selepas ni kena kumpul duit untuk belajar kereta semula pulak (actually boleh je belajar bila2 pun...tapi banyaknye sebab masa yang tak mengizinkan) dalam hati duk berdoa...supaya Allah matangkan ana segeralah siap belajar kereta....dulu bimbang 'perkara' lain...sekarang insya Allah itu takkan terjadi :-D. Ana kuat! Dan boleh hadapi dengan senyuman ;-)
Biiznillah...mula mengumpul duit dari sekarang...bukan ana sahaja, tapi jugak anda smua...untuk kemaslahatan Islam.please jangan salah niat pulak yer.hehe..Allah first n always, moga2 Dia dorong permudahkan pekerjaan yg diniatkan untuk agamaNya, insya Allah...
Tuesday, April 17, 2012
amalan tidak diterima
Tweet“Wah.. hang memang terbaiklah ! Suka menderma, suka bersedekah, suka bantu kawan yang susah, suka tolong anak yatim dan orang-orang miskin.. mesti pahala hang berlipat ganda sekarang ni..” Alhamdulillah.. Tahniah ! Tahniah kepada sesiapa yang gembira dan suka melakukan kebaikan terutamanya sedekah. Ketahuilah bahawa melalui amalan seumpama itu, Allah pasti akan memberikan ganjaran yang berlipat ganda buat diri kita walaupun kita sudah tidak ada di dunia ini. Sabda Rasulullah s.a.w ; "Apabila mati seorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta doa anak-anak yang soleh." [Riwayat Muslim] Allah sendiri memberi jaminan pahala yang banyak buat golongan yang suka bersedekah. ٌميِلَع ٌعِساَوُهّللاَو ُءاَشَينَمِل ُفِعاَضُيُهّللاَوٍةَّبَحُةَئِّم ٍةَلُبنُس ِّلُك يِفَلِباَنَس َعْبَسْتَتَبنَأ ٍةَّبَحِلَثَمَك ِهّللاِليِبَس يِفْمُهَلاَوْمَأَنوُقِفنُي َنيِذَّلاُلَثَّم "Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."[2:261] Bayangkanlah.. besar sungguh ganjarannya! Bukan 2 kali ganda, bukan 3 kali ganda atau 4 kali ganda tetapi 700 kali ganda. bahkan boleh jadi lebih hebat daripada itu! Terpulang pada Allah.. Tahniah sekali lagi ! Teruskan amalan yang baik itu.. Namun, saya ada sedikit pesanan untuk direnung-renungkan dan diambil peduli oleh diri saya dan diri anda. “Kadang-kadang kita suka bersedekah.. Tapi Allah tidak suka akan sedekah kita. Lalu amalan sedekah kita ditolak,habis musnah begitu sahaja. Kita jadi rugi..” Kenapa sampai begitu sekali ? Kenapa Allah tidak terima amalan kita walaupun kita bersedekah dalam keadaan suka dan senang hati ? Jawapannya hanya satu, kita tidak betul-betul ikhlas ! Kita tidak beramal semata-mata kerana berkehendak akan redha Allah. Tahu apa buktinya ? ada empat bukti .. sekiranya kita memiliki walaupun hanya salah satu daripadanya, maka amalan kita akan ditolak bulat-bulat oleh Allah SWT !! 1. Mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebut pemberian yang diberikan. 2. Memberi namun dalam masa yang sama turut menyakiti hati si penerima. 3. Riya’.. iaitu menunjuk-nunjuk atau mempamerkan amalan itu bukan untuk tujuan mendidik tetapi untuk berbangga. 4. Tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat.(Bukan Islam) ……………………………………......................................... Anda pernah melihat sebiji batu yang diselaputi banyak pasir atau tanah ? Apa akan jadi sekiranya batu itu disimbah dengan air atau terkena air hujan? Ya.. sudah pasti batu itu akan menjadi licin bersih ! Begitulah perumpamaan yang Allah gambarkan untuk menjelaskan bahawa ganjaran pahala yang telah dikumpul oleh si pemberi sedekah akan hilang kesemuanya sekiranya dia memiliki sifat-sifat seperti di atas. َنيِرِفاَكْلاَمْوَقْلا يِدْهَيَال ُهّللاَوْاوُبَسَكاَّمِّمٍءْيَش ىَلَعَنوُرِدْقَيَّالًادْلَصُهَكَرَتَفٌلِباَوُهَباَصَأَفٌباَرُت ِهْيَلَعٍناَوْفَصِلَثَمَكُهُلَثَمَفِرِخآلاِمْوَيْلاَو ِهّللاِب ُنِمْؤُيَالَوِساَّنلا ءاَئِرُهَلاَمُقِفنُي يِذَّلاَكىَذألاَو ِّنَمْلاِبمُكِتاَقَدَصْاوُلِطْبُتَالْاوُنَمآَنيِذَّلااَهُّيَأ اَي "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah batu itu bersih (tidak bertanah). Mereka tidak mendapat sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir ."[2:264] Saya yakin diri kita faham apa yang Allah maksudkan.. Maka periksalah diri kita sekarang.. adakah kita mempunyai ciri-ciri seperti yang disebutkan di atas ? Jika YA.. segeralah berubah ! Tidak susah ! Sekiranya ciri-ciri itu muncul lagi ketika kita bersedekah, cepat-cepat buang ! Selepas bersedekah, senyumlah dengan mengharapkan agar Allah redha dan menerima amalan kita. Kemudian terus lupakan pemberian yang kita hulurkan. Saya ulang, terus lupakan kebaikan kita itu!! Kita tidak mahu amalan sedekah kita menjadi sia-sia dan rosak begitu sahaja ! Rugi besar kita nanti !! Sahabat-sahabatku.. Mari kita jadikan amalan sedekah sebagai HOBI !! Semoga ada balasan yang besar buat kita di negeri akhirat sana nanti ! Ameen.. http://mati-pasti.blogspot.com



















