assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Thursday, May 10, 2012

Debaran terasa~

Mengapa hati ini begitu resah... Disaat2 yang genting ini... Terlontar dalam curam fitnah, bagaimana lagi ingin kami selamatkan diri kami dan saudara-saudara kami Ya Allah... Terasa suram malam ini. Dimana harus ku adukan penyesalan ini... Dimana harus ku tuliskan semua salahku ini... Semakin hampir,tetapi semakin terhimpit. Jalan yang kami lihat dahulu cerah diterangi bulan kini suram meniti kabus malam. Ku akur dengan takdirMu Ya Allah... Dan ku serahkan musuh-musuhMu kepadaMu Ya Allah. Seandainya aku bersalah untuk dihukum,hukumlah aku seorang sahaja Ya Allah. Janganlah Kau hukum jemaah ini kerana kelalaianku seorang...ampunkanlah dosa2ku... Ampunkanlah Ya Allah...

~PRU menghampiri... dan ku sangat gerun dengan fitnah yang sedang berleluasa sekarang ni. demi menutup kepincangan dari pihaknya, mereka sanggup menabur fitnah yang tidak kenal hormat kepada insan2 pilihan Allah. Ya Allah, memang benar, jika suatu jalan itu didukung atas nama perjuangan, jalannya takkan semudahnya dilalui dengan taburan mawar merah dn haruman bunga. tetapi inilah yang terhampar buat siapa yang mengaku berjuang. dan dengan musibah ini kuatkanlah hati kami menahan cemuhan dan hinaan manusia yang tidak kenal kekuasaanMu Ya Allah...~

p/s: seiringan melangkah menuju PRU membersihkan 'ideologi' masyarakat yang sedang diracuni dengan fitnah2 ini. bukan semua mendapat maklumat yang seimbang tentang kita. itu tanggungjawab kita yang paling penting. turun kepada insan2 yang tak punya kemudahan IT untuk menyebarkan maklumat yang betul! bukan FITNAH! kerana itu bezanya kita dengan mereka. ana tak suka bermain FB. jujur ana katakan, FB bukan pilihan lantaran itu lama ana tinggalkan tak berupdate dan kadang-kadang deactivate. tapi setelah disedarkan oleh mereka, bahawa ini adalah tanggungjawab kita. kita baca maklumat yang betul, kita tahu. tapi kalau kita tak share, adakah kita jamin kawan2 kita yang bukan dari 'kalangan' kita akan tahu semua itu? itulah tanggungjawab kita, gunakan media baru ini untuk menyampaikan maklumat. kepada makcik2 di kampung yang tak punya kemudahan internet, kewajipan kita turun kepada mereka untuk memberitahu. bukan mencanang keburukan 'mereka' tetapi membetulkan fahaman mereka tentang kita. kalau benar kita mengaku membawa perjuangan berlandaskan al-Qur'an dan Sunnah, mengapa takut untuk mengizzahkan diri dan perjuangan kita? insya Allah Allah pasti membantu. Biiznillah...

Tuesday, May 8, 2012

tulis atas angin saje k (",)

"Antara cerita yang terindah adalah menahan cinta dari jatuh tempat yang salah.

sahabatku, jika tidak ingin menularnya cinta dihati
usah catat dimata kelak sedikit demi sedikit hatimu berubah rasa.
usah berkongsi sesuatu yang sukar untuk ditolak
usah memberi sesuatu yang tidak mudah untuk diterima






cinta itu berbisa, ia buta sebab tu jatuh tidak kena tempatnya.
yang perlu disembunyi..sembunyikanlah.
ada waktu sesuai berbicara tentangnya,
ada waktu membuat diri sendiri gundah gulana.

peringatkan akan kematian,
moga hati yang kering, ada redupnya..

hanya sedetik lebih~~ belum tentu saat seterusnya milik kita
..... hasbunallah wani'mal wakil....

Sunday, May 6, 2012

Segenggam tabah

Sudah terasa sangat jauh. Mungkin orang berfikir itu yang ana mahukan. Dalam segenap ruang dalam hati ni sebenarnya memang itu yang ana perlukan. Mahu merasa jauh sejauhnya. Supaya tiada harapan bersimpul dan bersimpang siur menyimpul tugasan sebagai daie fillah. Tapi ketahuilah, bukan bererti ana suka begini. Atau bererti ana mahu kekal selamanya begini. Tiap kali terfikirkannya, serasa mahu pecah jantung ini. Mahu kiranya boleh ana capai tangan itu sekarang atau sekurang-kurangnya berlari untuk mendapatkan. Bukan semata-mata kerana seorang dia, atau lebih tepat kerana seorang adam. Ketahuilah bahawa pernikahan adalah simpulan kesempurnaan sebuah taqwa, yang sebahagian besarnya memenuhi tanggungjawab sebagai seorang hambaNya. Tidak sempurna tanggungjawab yang terlaksana bila yang satu ini tidak selesai. Apatah lagi bila langsung tidak terfikir tentangnya, bererti tidak mengendahkan sunnah yang utama. Bagaimana mahu mencipta jambatan ini. Atau menyempurnakan agar selesai sampai ke hujungnya. Itu lah satu-satunya soalan yang tak mampu ana jawab. Malu. Berat kaki untuk melangkah walau hati ini memaksa kuat agak berlari. Pada Allah segalanya diserahkan. Entah dimanalah dia. Entah siapapun tak mampu terhurai. Allah, tiap kali ku terlihat seorang adam begitu mesra menyapa hawa yang hanya sahabatnya, hati ini kerap berdetik: Allah, adamku begitukah? Tiap kali ana berkata dengan seorang lelaki pula tanpa kemudharatan pasti hati ini berdetik: Ya Allah, bagaimana jika adamku berbual mesra dengan wanita lain, tidak cemburukah aku?
Tiap persoalan yang berlalu dan akhirnya membawa kepada doaku yang tak putus, agar peliharalah adamku sebagai insan yang soleh. Biar dia tidak menjadi ulama' cukuplah dia belajar menjadi seorang yang soleh. Kerana ku tahu aku tidak solehah. Aku sedang belajar hakikat seorang hamba, apatah lagi untuk mencapai taraf seorang yang solehah, terasa masih jauh. Hanya harapanku biarlah aku belajar mencintaiMu kerana ku tahu, benih cinta kepadaMu itu akan membawa aku menyusur jalan seorang hamba. Diuji dan terjatuh, itu adalah hakikat hidup seorang hamba yang Engkau ingin selalu ingat kepadaMu. Cukuplah hati ini sahaja yang tahu betapa 'kasar'nya laluan perjalanan ini demi mencapai cintaMu yang begitu halus meresap dalam sanubariku. Satu pintaku Ya Allah, jadikan kami dari kalangan hamba-hambaMu yang sabar. Dan temukan kami bila telah tiba masa yang sesuai buat kami, dalam keadaan yang benar-benar sesuai buat kami dan ditempat yang sesuai buat kami. Allahumma aamiin...

buku baru lagi~

Assalamualaikum. Alhamdulillah...masih diberi kesempatan menghirup udara segar seharian ini.. hmm..ujian lagi~sudah menangis baru terasa lapang dan nak menulis. Tak ada apa pun nak dikongsikan cik belog. Hanyelah nak tunjukkan buku baru nie~ heee...

InsyaAllah akan menyahut seruan sebagai orang islam..إقرأ
Bacalah supaya terbuka minda. Dan bacalah supaya ada input berfaedah yang perlu difikirkan buat bekalan untuk ke sana. Bekalan untuk bertemu Ilahi Rabbi... Allah...terasa macam terhanyut entah ke mana kebelakangan ini... Izinkan daku berpaut kembali padaMu Ya Allah...jangan biarkan langkahku ini mati tanpaMu, walau hanya sedetik. Kerana sedetik itulah yang akan menghancur dan membinasakanku...

Ya Allah... Hindarkanlah kami dari berkata apa yang tidak kami laksanakan dan menyuruh apa yang tidak kami kerjakan...hindarkan kami dari perbalahan yang tidak menguntungkan dan ilmu yang akan merugikan. Ya Allah, hindarkan kami dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk mentaatiMu, nafsu yang tidak pernah puas dan doa yang tidak diterima olehMu...Ya Allah, terimalah amal ibadah kami, solat fardhu kami, jadikanlah tiap langkah perbuatan kami sebagai ibadah dan terimalah ia sebagai bekal untuk kami bertemu denganMu...


Friday, May 4, 2012

جمعه سعيده



Jumaat yang cuti. Macam alone je kat rumah. Parents n kakak ke K.L menyiapkan urusan kerja a.k.a stok akhir HPA. Sempat buat lauk nie utk makan tengahari ana dan adik. Ade orang tapi macam takde. Macam tu la kalau mak takde kat rumah. Mak dah macam jiwa dalam rumah nie...takde mak, sunyinye la rasa. Takde orang nak tegur itu, tegur ini... Kadang2 saje je buat nakal nak dengar mak marah...hehehe..teruk la anak dara mu ni mak.. ^_^

Jumaat cuti. Macam tu la jadual kerja ana. Sabtu orang lain kerja separuh hari, tapi kami kerja d whole day. Sehari. Ahad halfday. Macam takde life~ orang la kate, kitorang pun rase camtu jugak. Tapi.. macam mane nak buat. Itulah alam kerja. Kadang2 sangat2 sibuk sampai tak berkesempatan nak turun bersosial dengan sahabat2... Takpe la..dah tanggungjawab kepada masyarakat dan sesama manusia. Semoga Allah pandang usaha kami ni sebagai ibadah disisiNya...

Wednesday, May 2, 2012

Tanpa Kata


entahlah...now, i know. saya faham dan saya mengerti. tapi, maafkan saya untuk memberitahu. bahawa blog ini bukan dibuat atas dasar untuk memberi, membenarkan, mengajak atau meminta sesiapa membacanya. cukuplah sekadar coretan hati ini, ketika tiada siapa yang mahu mendengar kecuali Allah, ketika tiada siapa yang akan mengerti perasaan ini kecuali Allah, dan ketika tidak ada seorangpun yang saya harapkan untuk memberi simpati atau hatinya, tangannya mahupun bahunya untuk menumpang rundum ini. tidak untuk memberitahu kamu, dia atau sesiapa sahaja yang mahu mengetahuinya, apatah lagi yang tidak mahu mengetahui. kerana saya tahu, setiap penulisan ini, dipenuhi dengan airmata, rungutan dan sesalan yang tidak seorang manusiapun akan bertahan mendengarnya terus menerus. kerana itu, tempat ini bukan tempat untuk menumpang teduh, bukan juga tempat untuk melepaskan penat seharian bekerja. kerana tiada hiburan disini. tiada kata-kata manis atau berita gembira untuk dikongsi.

Tuesday, May 1, 2012

Hari yang indah


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah, baru pulang dari satu lagi tugasan. hari ni berjumpa dengan ramai insan-insan yang baru dan yang lama. sedar tak sedar, rupanya wajah-wajah ini pernah menjamah tubir mata waktu kecil dahulu. mereka sudah seperti ibu-ibuku yang tak pernah putus dengan kasih sayang. semuanya pengalaman baru yang indah. aturan Allah itu indah. begitulah yang terdetik dihati ini. bertemu dengan seorang adik - dan seorang kakak- dan seorang sahabat. ok, jumpa ramai orang tadi. kenal. tapi mungkin mereka yang tak kenal ana~atau buat2 tak kenal sebab tak pernah nampak a.k.a ana memang xbanyak cakap...jadi tak ramai yang kenal. Alhamdulillah. itu je yang mampu terluah dari hati ini. taktahu kenapa~ tapi kesyukuran terasa seperti berbisik-bisik dihati, mengundang rasa bahagia. banyak yang ana belajar harini dan alhamdulillah diberi peluang berada bersama-sama perjuangan ini. 

terima kasih Ya Allah~
mood: mahu cepat-cepat selesai...tapi tugasan masih banyak perlu dilaksanakan. 
p/s/s: Thank you Allah for giving me Your Best Bless~semoga bertemu dalam istikharah kepadaMu