assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Friday, December 31, 2010

Opick Rapuh



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Aku masih ada Allah...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. entah angin dari mana menguatkan jari jemari ni untuk terus menulis. semakin lama, permasalahan ini semakin terbeban di benak, menekan ubun2 dari terus berfikir dengan waras. entah mengapa, semuanya serba tak kena. mahu rasanya aku menjerit sekuat hati, biar semua bebanan itu terlontar jauh bersama gelombang bunyi yang menjauh sayup2 dibawa angin. kalaupun aku lari dari semua ini, persoalan ini masih tidak terungkai dan masalah takkan dapat diselesaikan. apapun yang terjadi, yang lepas itu aku mahu biarkan ia pergi bersama angin yang lalu, dan apa yang dihadapan kini, akan ku hadapi walau dengan apa cara sekalipun... inilah masa untuk aku menguji kekuatan kendiri... aku tahu, aku ada Allah... aku tahu, aku mahu selalu dekat dengan Allah... aku tahu, aku lebih memerlukan Allah dari yang lain... aku mahu mencintai Allah lebih, lebih dari yang lain...hatta dari diri sendiri... kerana tanpa kasih dan rahmat Allah, siapalah aku yang lemah dan hina ini... mungkin pada suatu hari, aku akan mencintai seorang lelaki, seorang kekasih yang halal untukku cintai, tetapi, aku tetap mahu berusaha agar cinta ini kekal mengagumi kekuasaan dan kebesaran Allah. seperti cintanya Rasulullah kepada Allah, kasihnya rabi'atul adawiyyah kepada Allah, dan sayangnya sahabat2 terdahulu kepada Allah dan agama Islam. aku mahu seperti itu. biar ku bantu dia membawa bahtera ke jalan keredhaan Allah... aku tahu, berkata sahaja memang mudah. berangan dan mencipta-cipta madah. tetapi untuk melaksanakannya, hanya iman dan taqwa sahaja yang mampu menentukan. aku cemburu pada bidadari yang menjadi rebutan para syuhada'. aku cemburu pada wanita solehah yang mendampingi lelaki soleh. aku mahu jadi seperti mereka, yang mengejar cinta dan syurga Allah. betapa indahnya jika aku tergolong dalam kalangan insan-insan seperti mereka. Namun yang lebih penting adalah menjadi diri sendiri. hanya dengan mengasah akhlak dan pekerti sahaja dapat membentuk diri yang ori berakhlak seperti mereka. kalau jalan penyelesaiannya adalah akad, itu lebih baik dari terus membiarkan diri terumbang ambing dengan perkara yang tidak pasti.

Ya Allah, aku serahkan segala urusan ini kepadaMu. Sekiranya dia telah Kau tetapkan untukku, dan aku telah ditetapkan untukNya, maka peliharalah kami dalam batas-batas syari'at. permudahkan urusan kami yang mendekatkan kami kepadaMu, dan redhailah perhubungan ini dengan ikatan yang halal bagi kami. sekiranya aku ini tidak dalam takdirMu menjadi milik dia, dan dia tidak ditakdirkan untukku, maka jauhilah diriku dari memikirkan tentang dia, dan jauhilah dia dari memikirkan tentangku. kerana sesungguhnya perkara yang tidak dalam ketentuanMu pasti tak akan terjadi.

wallahua'lam.

Wednesday, December 29, 2010

Semalam...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. entri ni hanya la untuk mengcover entri semalam yang ada tajuk jer tapi takde isi... huhu... pening agaknya~ ada ker ter tekan enter instead of tab! huhu...

maaf sangat2... memang nak share pasal hadith 18, [sebenarnya da tanak tulis, tapi Ruqaiyah HMY si adek tu telah memaksa ida untuk membuat jugak entri tu. sebab dia nak copy paste...] banyak cantik kan? suh kakak taip penat2 pastu dia copy paste jer...haha :p

yang nie pulak antara status dia kat FB... ingat orang tak baca agaknye...

sedar tak sedar, esok tetap kne berangkat ke nilai smula..
wpun rumah masih memerlukan khidmat aku, tapi aku tetap kne pergi berjihad menuntut ilmu..
mak, abah, izinkan anakmu pergi berjihad, huhuhu...
dan buat kakakku, fatimah azzahidah, siapkan bku nutrisi tu ye..kte tunggu bku yg best tu..nnt kte nak jd 1st reader...(msti bku free, kan..hehe..)

what??? buku free??? erk... nasib baik tak tulis lagi... jadi, takyah tulis la lepas nie... sbab ada orang nak buku free sebelum ida dapat untung jual buku... haha... *ok la, akan dipertimbangkan*

ok, just nak kongsi sedikit kata2 hikmah yang dipetik dari testi iluvislam.com. wallahua'lam.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, December 27, 2010

Rindu la nak dengar tazkirah...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. apa khabar imanku? ada la rasa macam dah layu sikit... lama dah tak mendengar tazkirah dari usrah dan sahabat2 semua... baru2 nie chat dengan zila, ina dan noor, rasa terubat sikit rindu pada sahabiah2 usrah... bila duduk jauh jer dari 'kemudahan' makanan rohani, graf iman pun dah menurun...kan?kan?
kalau turun sikit2 takper la kan, ni turun merundum... lemah jer semangat... rasa tak best jer... something missing la kata orang... ada jer yang tak kena... tak istiqamah dalam bab membina iman, keyakinan(aqidah) dan sahsiah (akhlak)... tapi bila dah berada dalam masyarakat camni, tuntutan lain lebih penting. pembinaan masyarakat, bi'ah solehah, dan keluarga muslim lebih praktikal berbanding konsep2 yang kita belajar secara teori tu..
haritu bukak belog Dr. Cinta, baca entri nie [klik]. betul kan apa yang dia cakap tu? jadi, jom la sama2 kita renovate balik hati kita... jangan biarkan dia beku, pastu lama2 layu... pastu lama2 mati camtu jer... ustaz pernah cakap dulu... kalau dah sampai kita tanak terima kebenaran, tu maksudnya hati kita dah mati, dan kalau hati dah mati, susah lah kita nak kembali ke pangkal jalan. Walaupun hidayah tu milik Allah, kalau hati dah mati, dia akan menolak hidayah yang datang mengetuk pintu hati dia... ruginya bila kita sentiasa dalam kegelapan dan kezaliman... subhanallah...

Sunday, December 26, 2010

Blog, buku dan saya ^_^

Assalamualaikum. lama jugak dah rasanya tak menulis kat blog... mencari sesuatu yang dapat dikongsi bersama. takde lah sekadar cakap2 kosong yang takde isi jer kan...
bila nak berblog, baru la nak bukak buku... kalau tak, koleksi buku2 yang ada kat atas rak tu, terbiar dan hanya di selak di hujung waktu bernyawa, mata hampir terlelap... Buku 'bahagiakan hatimu' karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, kadangkala terbaca lah dua tiga helai... kemudian kepala akan terasa berat dan mata pun tertutup sendiri... hehe...
bukan tak mahu menulis di blog, dan bukan tak mencari masa untuk mentelaah buku2 tu, tapi saya tak boleh jadi macam orang takde perasaan, duduk menghadap laptop 24 jam dan tak mempedulikan kehidupan seharian, rumah, pakaian... pendek kata, hal-hal berkaitan pengurusan diri dan keluarga tu lebih utama daripada apa yang ada di alam maya. gejala mengutamakan alam maya ini sangat mempengaruhi masyarakat zaman sekarang, menyebabkan pengamalan cara hidup yang tak sihat, 'sedentary lifestyle'... Kalau badan tak sihat, akal fikiran apatah lagi, dan yang paling penting, rohani...
bila dah bekerja, lapangan masa pun tak lah sebanyak ketika belajar. jujurnya, masih ada waktu yang berbaki untuk saya menulis, kalau saya mahu. tapi ia bukan pilihan memandangkan otak sudah penat bekerja seharian. biarlah dia berehat sekejap, esok nak kena guna lagi...
Hari Jumaat adalah hari pelepasan buat saya. jadi, biasanya blog akan ter update pada hari jumaat, jika diizinkan Allah (",) ... kalau takde idea nak menulis, maka tak terupdate lah belog.
Buat masa ni, saya cuba nak mengelak dari menulis tentang entri yang berunsur 'what happening?' yang mana lebih banyak berkisar tentang kehidupan seharian. ia lebih klise dari yang saya sangkakan selama nie... hehe... dan tak bermanfaat bagi orang yang tak suka berfikir tentang hikmah yang Allah nak bagi disebalik apa yang yang telah berlaku... tapi, mungkin akan ada jugak entri sebegitu kalau empunya belog merasakan ianya menarik untuk di kongsi... Insya Allah... segalanya dengan izin Allah... saya akan berusaha untuk menulis lagi lepas nie... [walaupun dah banyak kali tulis camni kat entri2 sebelum ni... hehe... maaf, atas kekhilafan diri sendiri...]
wallahua'lam.

Saturday, December 25, 2010

New nephew

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup atas muka bumi ini.
Jumaat yang lepas, genap lah seminggu saya dapat anak saudara baru. lelaki, yang comel dan sihat. maaf gambarnya tak dapat lah di kongsi kat sini. mungkin bila dia dah berusia setahun, kita sambut hari jadinya disini, dengan gambar2 gelagat si kecil.
rasa bersyukur sangat sebab bayi lahir dengan selamat, dan umi dia jugak selamat. saya sempat menunggu bersama-sama ketika kakak dimasukkan ke dewan bersalin. tepat pukul 12, abang ipar memaklumkan kepada emak yang kakak sudah dibawa ke wad bersalin. kata kakak, dia sendiri tak sangka ke wad bersalin pada jam 12. lemah, tak bertenaga kerana terpaksa menahan sakit hampir seharian. harapnya dia akan bersalin pada pagi esoknya, dapat lah menjamah sedikit makanan.
saya, emak dan abang ipar menunggu di luar dewan bersalin sehingga hampir pukul 2.30. jam 3 pagi, muhammad hakimi selamat lahir.
hari jumaat, 17 disember 2010.
kakak dan anak sulungnya selamat sampai di rumah. kami sekeluarga sibuk membuat persiapan menyambut kepulangan kakak dan kehadiran 'orang baru' ini. seronok bukan main. si kecil daniel yang sebelum ni manja sangat dengan kakakku, juga tak kurang seronoknya bila dapat memegang dan mencium bayi. hilang lah rajuknya, walaupun hampir2 demam jugak keesokan harinya.
-tamat-
****
waaa..... dah tak reti nak blogging... macam karangan budak darjah satu jer kat atas nie... huhu...
dahla, takde mood nak berblog. kelakar... baku... hmm... ok lah, nanti update semula.
baby tu, insya Allah nama dia muhammad hakimi bin muhamad musaddeq.
nama tu, wan dia yang pilih, dan dia sangat2 suka dengan nama tu sampai boleh senyum sepanjang hari. daripada takde respon, tanak kencing berak sepanjang hari, bila bagi nama, elok pulak dia berespon dan normal semua... hehe... gambar takde la... maaf yer.
k, wassalam.

Sunday, December 12, 2010

Sticky note =)


Just to make sure blog ter 'update'...hehe...
boleh ker camni?
let see bila dah ada idea nanti will be writing back ok... :)

* oh, sebenarnya gambar kat atas tu di ambil dari belog orang lain suatu ketika dahulu...
tapi camana nak kredit ke blog dia yerk?
da tak ingat la sape punye blog n nama tuan tu pun tak ingat...huhu
apepun, kalau tuan dia nie jumpa kan, izinkan yerk
dikongsi ilmu nie...
hehe...
wallahua'lam...*



Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hjirah 1432






Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
hurm~
semua orang pun post entry pasal maal hijrah harini...
tapi...
sejauh mana kita menghayati penghijrahan kita ke tahun baru nie?
semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari kisah penghijrahan kekasih tercinta Rasulullah S.A.W dalam menyelamatkan maruah agama Islam yang mulia.
Dan seperti biasa, bila bermula tahun baru, kitab amalan kita yang lama ditutup, simpan kemas tunggu untuk dihisab jer, dan kitab amalan yang baru pulak dibuka...
kita berharap tahun ini amalan dan attitude kita akan menjadi lebih baik daripada tahun lepas, dan berazam itu dan ini agar kita dapat menjadi seorang yang 'baru' sesuai dengan tahun yang baru bermula. harap-harap azam kita kali ini terlaksana dan mendapat keberkatan dari Allah sentiasa...
Wallahua'lam~

Sunday, December 5, 2010

'Ajibtu...



Hairan...
manusia zaman sekarang...
Agama dah menjadi sangat ter asing dari kehidupan...
adakah kita fikir dosa yang sengaja kita lakukan dan kemudian kita meminta ampun dari Allah akan menjamin jalan kita ke syurga?
tak pernah takut dengan neraka Allah?
tak rasa gerun dengan balasan azab Allah yang maha pedih?
adakah kita merasakan dosa2 yang sengaja kita lakukan akan diazab beberapa hari sahaja di neraka Allah dan kemudian kita layak untuk ke syurga?
adakah kita merasakan kita pasti dan confirm akan masuk syurga akhirnya walau banyak mana pun dosa kita?
adakah kita boleh melakukan dosa SESUKA HATI dan kemudian berniat untuk meminta ampun kepada Allah dengan harapan Allah akan mengampunkan segala dosa yang kita lakukan dengan sengaja dan dalam keadaan sedar itu?
peringatan buat diriku yang sering alpa dengan kehidupan dunia ini... astaghfirullah...
dan kita mempermainkan lagi kalimah astaghfirullah, mengucapkannya sambil tergelak ketawa dan dengan nada mengajuk...
bilakah diri ini akan insaf? bilakah kita akan insaf terhadap segala perbuatan kita?

kita tahu Allah itu Maha Pengampun, lantas kita mempermainkan belas kasihan Allah ini...
kita tahu Allah itu Maha Pengasih, dan kita memandang remeh terhadap setiap peluang yang Allah berikan kepada kita untuk kembali kepada-Nya...
Allah bukan wujud dalam solat dan ibadah sahaja, Allah Maha Melihat segala yang kita lakukan dalam kehidupan kita. yang dihisab di akhirat sana bukan amalan kita semata-mata, tetapi setiap perbuatan yang kita lakukan. kerana tidak Allah menciptakan makhluk melainkan semata-mata untuk beribadah. dan ibadah itu bukan semata-mata di tikar sembahyang, berpakaian kopiah dan serban. ibadah itu setiap perbuatan kita, perbuatan yang kita lakukan dengan niat kerana Allah semata-mata. hatta jika hendak makan sekalipun, jika diniatkan kerana Allah, untuk menjadikan tubuh sihat untuk terus beribadah kepada Allah, juga dikira sebagai ibadah. Maha Pemurah nya Allah... tetapi kita sering mempermainkannya. jika lidah ini seringkali menyebut-nyebut nama Allah, dikatakan kita jumud. ketinggalan zaman. berpakaian menutup aurat, kuno, tidak up to date. mengingati Allah hatta untuk memulakan suatu pekerjaan, itu leceh. zaman sekarang dah maju, semua nak laju. apa perlu mulakan kerja dengan niat? tak perlu timbang baik dan buruk dari segi islam. islam, islam, islam. semua tu dah lapuk. zaman sekarang zaman moden. kenapa kita perlu utamakan islam?
Astaghfirullah al-a'zim... kenapakah islam itu sudah terpisah jauh dari kehidupan kita? salahkan seorang yang ingin islam itu subur dalam kehidupan manusia sekarang? adakah menjadi islam itu suatu kesalahan? adakah menyebarkan agama islam itu suatu jenayah? atau ianya suatu kesalahan? terpesongkah? sesatkah memuliakan agama islam? sesatkah mendahului Allah dalam segala hal? atau ia sudah menjadi suatu perkara yang janggal? kekok jika dilakukan di khalayak ramai? Masya Allah...

benarlah...
Islam itu asal dagang, dan akan kembali menjadi dagang. asing dari kehidupan manusia kini... menjadi terlalu asing, seperti seorang pedagang yang singgah di negeri asing, ia akan menghadapi segala kesulitan dan kepayahan untuk terus hidup dalam jiwa manusia...
Allahu rabbi, Allah ya Ilahi...

Saturday, December 4, 2010

Segalanya Milik Mu

Bismillahirrahmanirrahim.
dah banyak kali lagu nie diulang-ulang.
sekadar menjadi halwa telinga. tapi akhirnya, ia dah jadi macam penawar hati ini.
entahlah kenapa rasa senang dan tenang jer dengar...
memang dari alunan muziknya, lagu nie termasuk dalam jenis2 lagu yang aku suka dengar sebab slow. tapi yang paling penting bagi aku, liriknya...
lirik ungkapan yang mengandungi pelbagai maksud. lirik yang banyak mengingatkan aku tentang pemilik segala cinta, Allah. Dialah yang berkuasa mengatur segala-galanya.




walaupun kerana cinta, pada suatu masa kita mempersoalkan kepadaNya tentang kekecewaan yang kita alami. kita merintih pada sebuah pemergian dan kehilangan, tapi di akhir nanti, kita pasti akan mengucapkan sejuta syukur atas apa yang dah terjadi. sebab yang mengatur semua ini adalah Allah, yang Maha Mengetahui segala-galanya.

segala yang ghaib dan nyata. Dia yang Maha Mengetahui apa yang kita mahu dan apa yang kita perlu, apa yang lebih baik dan yang terbaik untuk kita. takde sikit pun daripada semua ini di luar pengetahuan Allah. memang sesuai sangat2 tajuk lagu ni, bahawa sesungguhnya segalanya yang terbentang didunia dan akhirat dan seluruh isinya melingkungi langit dan bumi ni adalah milik Allah. dan pengharapan juga layak hanya disandarkan kepada Allah...
Wallahua'lam.

Friday, December 3, 2010

entah


Allah
pimpinlah diriku tuk bangkit semula
meneruskan langkah perjuangan ini
cekalkan hati dan semangatku
kurniakan ketabahan
agar impian jadi nyata...
padaMu ku meminta...

Thursday, December 2, 2010

For The Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO

And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever
I`ll be there for you
I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO

And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Wednesday, December 1, 2010

Disember bermula

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua :)
Akhirnya disember pun bermula. dan harini aku terfikir tentang satu perkara. disebabkan keinginan aku yang sangat nak belajar bawak kereta, sampai sejuk kaki dan tangan aku, fikiran aku tiba-tiba terlontar jauh..... waktu aku masih belum berada pada tahap nie.

Aku rasa, dulu aku sorang yang pengecut dan terlalu dependence... rasa macam baru semalam aku baru masuk 20 tahun, baru sangat2 lagi... baru semalam aku praktikal kat pekan, mean 'latihan kerjaya' aku yang pertama. sekarang, dah nak masuk 24 tahun pun. sepanjang setahun nie, banyak sangat perkara yang aku explore... antara yang latest ialah belajar memandu. something challenge! dan menakjubkan sebab selama nie aku pun macam orang lain jugak, takut! tak cuba lagi dah fobia pegang stering...haha...
Bila first time aku bawak kereta dengan tunjuk ajar cikgu, aku jadi yakin, yang aku pun boleh drive jugak! dan Alhamdulillah, sekarang dah lancar sedikit walaupun ade la sikit2 macam gerun dan panik. biasa lah tu. aku cuba disiplinkan diri untuk drive jugak sekali sehari. moga-moga sampai waktu test jpj nanti, lancar lah kan... dan tak banyak masa lagi yang tinggal untuk aku! tu yang menyebabkan aku kuatkan hati jugak untuk drive. tak kisah la, kereta manual ker, kereta auto ker... yang penting, aku belajar. dengan kereta auto, aku boleh belajar kawal stering. dengan kereta manual pulak, aku boleh belajar kawal clash, gear dan break. semuanya penting.



Ada lagi perkara yang aku belajar tahun nie. aku belajar swimming! dan Alhamdulillah, aku sempat pandai sebelum dah tak boleh swimming lagi! hehe... kalau dulu, tengok kolam ker, laut, sungai, semuanya rasa gerun amat sebab takut kalau lemas, serius aku tak reti berenang! tapi sekarang, tengok laut kat dalam tv pun aku geram! sebab teringin sangat2 nak berenang... dah lama tak swimming. lama sangat2... ye lah, walaupun masa aku belajar berenang tu masa final year, masa due date dah dekat sangat2 untuk projek akhir aku, dan masa kitorang sume tengah bertungkus lumus dengan projek itu ini dan exam akhir, tapi kitorang ambik masa seminggu sekali untuk berenang. aku belajar berenang tu 2 hari jer, pasti alhamdulillah dah pandai la sikit2... tak la expert... dan aku berenang tak bukak mata ok! pejam mata...haha... even kawan aku ada jugak gelakkan aku sebab tutup mata, aku lebih selesa camtu kottt...huhu...tak la merah pedih mata aku... terlanggar dinding> lantak saje...huhu...



hmm... seterusnya aku belajar menganyam ketupat. baru lagi. lepas raya haji haritu. aku dah cerita kat entri bawah nie... cuma nak sambung tentang perkaitan menganyam ketupat dengan life... bagi aku, menganyam ketupat nie complex sangat2... kalau orang tua-tua zaman dulu kan suka mengambil iktibar dari ape2 yang dorang buat. kalau kita pandai menganyam ketupat, kita akan tahu, menganyam ketupat tu satu kerja yang perlukan kesabaran dan ketekunan. dan tak boleh give up pada pertengahannya. kalau tak, terburai la semula anyaman tu... kalau tikar atau bakul di anyam, masih boleh buat separuh-separuh. tapi kalau ketupat, buat separuh jalan, alamatnya kena buat semula dari awal sebab confirm akan terburai semula! camtu la kehidupan... kalau kita dah mula pilih haluan kita, kena sabar dan teliti, n yang penting tak boleh tinggal masalah sendiri terbengkalai camtu jer. kena hadapi sampai selesai! kalau tak, sampai bila-bila kita kena mula dari awal.


Aku jugak belajar buat origami 3D. origami nie pun aku dah buat entri tentang nya. kat [sini]. Actually, origami 3D nie senang jer nak buat. cuma aku yang lewat belajar. kalau budak darjah satu tahu nie, mesti aku kena gelak jer... hehe... takpe lah... its ok, yang penting aku belajar something dalam hidup nie. Tahun nie aku belajar jadi independent, belajar menerima hakikat hidup, dan yang paling penting, belajar menjadi diri sendiri dan yakin diri! is it learning to be adult? mungkin! belajar menjadi dewasa...



banyak lagi perkara yang aku belajar, tapi bagi aku kebanyakannya membawa aku untuk menjadi dewasa dan menjadi yang diperlukan, bukan semata-mata yang memerlukan. manusia kan dicipta untuk saling diperlukan dan memerlukan. jadi, belajar-belajar la menjadi yang diperlukan daripada hanya menjadi yang memerlukan tanpa dapat memberi kepada yang memerlukan... :)
Wallahua'lam.

Monday, November 22, 2010

Mari belajar menganyam ketupat!

"buat ape tu kak?"
"ambik daun nak buat ketupat!"
"ape susah-susah kak... ketupat faeza kan ada!"

haha... macam tu la sedikit sebanyak dialog iklan dalam tv tu... mak pun dah hafal dah, siap dengan nama orang yang tolong panjat pokok kelapa nak ambik daun tu sekali, dengan seluruh dialog khiriah tu...

buat ape lah kan susah-susah belajar menganyam ketupat. Abah kata, kalau orang zaman dulu-dulu, kena pandai anyam ketupat dulu baru boleh kawin. bila tanya mak, mak kata, mak tak pandai pun menganyam ketupat masa kawin dengan abah dulu... haha...abes tu nak pecaya yang mana satu ni?

apepun, saya belajar menganyam ketupat bukan atas sebab-sebab yang tercatat di atas. alkisahnya, adik beradik yang lain, termasuk adik-adik saya semuanya pandai menganyam ketupat! dan abah pulak tak bagi kitorang masak ketupat yang dalam plastik tu... keluarga 'kesihatan' la katakan.... hari2 kena bebel bab kesihatan jer... dapat ceramah free dari abah... hehe... tak kisah la, sebab apa yang dia tegur tu memang betul pun. cuma, bila dah semakin maju dunia ni, semakin la malas nak mengamalkan amalan2 tradisional lagi. internet pun dah 4G, ada masa lagi ke nak 'merenyah' buat itu ini traditionally... betul tak?

bila raya, makin bertambah tahun, makin berkurang orang 'standby' untuk buat persiapan raya. jadi, nak taknak, setiap orang dari kami kena prepare diri masing-masing. ketupat rendang ni kena jadi kemahiran supaya kami boleh jadi 'powerpuff girl' yang serba boleh... terutamanya bila tak cukup tangan nak menyediakan juadah raya.

seronok menganyam ketupat ni. sehari je, saya dah lulus anyam ketupat, dan siapkan 15 sarung ketupat sepetang. rasa macam taknak berhenti pulak once dah pandai tu. tengah2 menganyam, kitorang bincangkan perkaitan menganyam ketupat dengan kehidupan.

ok lah. nanti saya sambung dan upload gambar sarung ketupat yang telah di anyam sekali.
wallahua'lam.


Sunday, November 21, 2010

Hadirnya untuk menguji kesabaran

kalaupun ada yang lain, dia pasti adalah sebahagian dari diri kamu, atau sebahagian dari keluarga mu, atau orang-orang yang terdekat dengan kamu, atau yang serupa nasibnya dengan kamu, kehadiran yang semacam inilah yang membuatkan insan sepertiku belajar mengenal realiti kehidupan, dan belajar erti kesabaran dan ketabahan.

Aku disini hanya untuk menunggu kehadiran insan sepertimu. banyak ragamnya, banyak persoalannya. hingga membuat aku turut berfikir dan memanipulasi semua ilmu yang ada dalam fikiranku. membentuk satu perkaitan yang mudah difahami, dan mudah diertikan kepada reality yang tertanam dalam raga mu. Waktu aku menunggu kehadiranmu, aku bersiap sedia mengenal erti seorang ‘kamu’ dalam duniaku, kerjayaku dan keimananku. aku persiapkan perisai yang paling handal, walau ku tahu ketajaman fikiranmu akan lebih menjangkau sangkaanku. Aku sediakan jiwa yang paling kental untuk memaniskan wajah, walau kedatanganmu membawa seribu masalah.

Namun, saat kamu tiba dan mendekati, mimik muka mu sahaja telah membuat aku berfikir sejauh mungkin, penasaran inginkan kepastian. segala perisai kesabaran mula runtuh bila pandanganmu tajam menikam, tutur katamu begitu menyinggung perasaan dan kehendakmu melebihi kemampuan. aku jadi lemah dalam kekalutan, tetapi ku biarkan emosi ini berjalan pada landasannya. biarkan ia mengalir menjadi positif, menjangkau tanggapan burukmu padaku dan membiarkan aku menyelesaikan masalah ini satu per satu. akhirnya kau pulang dengan senyuman ceria. atau wajahmu mencerut, masam mencuka, atau emosimu terganggu dan memandang serong padaku. biarlah. aku tahu, hadirnya dirimu hanya untuk menguji kesabaranku, dan memberikan aku ilmu. menguatkan benteng emosi dan kedukaan. mencerahkan fikiranku yang tak terjangkau pada reality. aku tahu, hadirmu hanya sementara, justeru kehadiran yang sementara itulah yang membuatkan aku belajar banyak perkara yang terlindung di sebalik kejadian ciptaan Allah ini. semoga aku terus tabah dalam kerjaya ini, membantu kamu yang memerlukan bantuan, agar kamu dapat mengharungi kesakitan ini dalam merawat dirimu. amiin…

p/s: tak tahu lah ni bahasa apa sebenarnya.... bahasa sastera? daku orang sains, tetiba jadi sasterawan pulak...

Thursday, November 18, 2010

amboi... seronoknya dia...



"hahaha.... baru terjumpa blog tulisan my simple sis... hehehe.... nasib dia takde FB... sblm ni nak berahsia ngan aku... pandei jugak beliau ini menulis yer.. dah terbongkar lah rahasia dia... huuhuhhu..."



Seronok kan bunyi ayat di atas??? haha... kakak saya telah terjumpa blog saya maa... adui... dia ingat saya tak baca kot via adek beradek yang laen... hehe... memula tu rasa macam malu amat... sampai nak private blog ni!
tapi bila pikir2 balik, hurmm... takpe lah... nak bukak, bukak la... kalau nak komen, komen la ape2 yang patut jer... yang tak patut tak payah la komen yer... huhu... kang abes keluar semua rahsia kerajaan kang... hehe...

anyway... selamat datang... dan selamat membaca... kalau rasa macam nak termuntah bila baca, tekan jer butang pangkah warna merah kat hujung atas belah kanan tu yer... haha...
kalau rasa ok, dan bermanfaat, boleh la kongsi... tu jer lah pesanan penaja... hehe...
ok, salam.

Tuesday, November 16, 2010

Its a while...

Assalamualaikum...
apa khabar pembaca blog semua? moga2 semuanya sihat dan diberkati Allah selalu...
Maafkan kehilangan saya beberapa waktu ini. biasa lah... kehidupan kita bukan disini sahaja. bukan ada di alam maya sahaja. tanggungjawab di alam nyata ini lebih luas dan mencabar. untuk berhubung di dunia maya ini pula memerlukan kemudahan dan kelengkapan internet. jika tiada, maka menyepi lah diri ini. jika ada, dan masa juga mengizinkan, maka akan muncullah saya disini. semuanya atas izin Allah, setelah kita berusaha. perkembangan diri sekarang, tidak banyak yang berubah. cuma, dalam bidang kerjaya, saya sudah mula lebih serius. menguruskan perusahaan sendiri sebenarnya tidaklah semudah yang disangka. bila orang bertanya, kerja apa? mendengar jawapan 'kerja sendiri, dengan ayah' kadang-kadang membuat orang berpandangan 'belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya kerja dengan ayah. kerja dengan family. baik tak payah belajar tinggi-tinggi. habis spm, duduk rumah, kerja dengan ayah. takyah bazir masa, bazir wang ringgit.' itulah mentaliti orang-orang kita. tapi saya tahu apa pilihan saya. apa yang saya mahukan dan impikan. semuanya ada disini. cukup pakej, ya!
tapi tidak dengan hanya berbekalkan title 'anak ayah dia'!
jangan pandang remeh dengan bidang yang saya ceburi ini. Apa yang saya ingin ketengahkan disini, yang ingin saya bawa disini adalah perjuangan, kepercayaan, keilmuan. tanpa ilmu, tak kemana perjuangan ini. tanpa ilmu, tiada kualitinya perjuangan ini. perjuangan dengan hanya ikut-ikutan, bukan perjuangan dengan ilmu. tanpa ilmu, selama-lamanya kita akan berada dibawah. tanpa ilmu, selama-lamanya kita menjadi bahan tipuan orang lain. dan ilmu yang sedikit, ilmu yang cetek, takkan menjamin ketenangan, kesenangan dan kebahagiaan didunia dan akhirat.
dengan ilmu dalam bidang sains kesihatan, banyak yang boleh membantu. buat masa ini, saya sedang menjalani praktikal doktor pelatih homeopathy. Insya Allah, dalam kerjaya ini juga saya dapat melaksanakan tugas sebagai seorang dai'e. membantu mereka, memberi keyakinan bahawa kesembuhan itu datangnya dari Allah. kadang-kadang sayu mendengar rintihan hati mereka. tetapi, kita sebagai perawat, berjiwa hamba (kepada-NYA) perlu memberi kekuatan spiritual kepada mereka. sebahagian besar dari proses kesembuhan datangnya dari kekuatan spiritual yang tinggi, pendekatan dan keyakinan diri kepada Allah. semuanya membuat saya berfikir setiap hari tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. dengan ilmu pemakanan yang saya ada, saya juga ditugaskan membantu dalam memberi nasihat pemakanan kepada mereka. Alhamdulillah, dapatlah saya menyebarkan sunnah Rasulullah kepada mereka. sesungguhnya kewajipan agama dan sunnah Rasulullah itu sangat bertepatan dengan kajian dan penemuan sains masakini. tak sia-sia juga saya memilih tajuk ini ketika menjalankan seminar di universiti dahulu. semuanya atas izin Allah. Dia Maha Mengetehui apa yang terbaik buat hamba-Nya. tambah lagi, dalam bidang perubatan homeopathy ini, pemakanan sangat ditekankan. ia berjalan seiring dengan perawatan. rasa saya, besar jugak peranan saya disini.
nah, saya tidak memilih berada disini untuk menumpang kesenangan ayah, bahkan ayah lah yang 'memaksa' saya berada disini. untuk menabur ilmu dan bakti disini. kata ayah, anggaplah klinik ini kepunyaan kami bersama. saya faham maksud itu. bukan bererti ketika senang, kami boleh mengaut keuntungan seberapa yang kami mahu, dan bila rugi, kami boleh pergi mencari pekerjaan lain pula. saya faham, tanggungjawab saya disini adalah untuk menjadi penggerak. jatuh bangunnya perlu kami pertahankan. buruk baiknya perlu kami cernakan. agar ia dapat menjadi contoh yang baik buat masyarakat, buat semua. agar terbentuk 'bi'ah solehah' dalam masyarakat dan orang-orang yang meletakkan kepercayaan kepada kami. mungkin apa yang ada dalam fikiran orang kebanyakan, jawapan saya untuk bekerja dengan ayah adalah keputusan yang singkat, keputusan yang terburu-buru, atau batu loncatan agar saya tidak digelar 'graduan penganggur'. tetapi ini adalah cita-cita saya. sebelum menyambungkan pelajaran di universiti lagi, saya sudah bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan homeopathy. seorang perawat. sudah tersemat didalam hati ini. sehingga dalam tahun akhir pun, jalan saya dirasakan semakin cerah. bukan kerana perusahaan itu milik keluarga, tetapi ia sangat banyak berkait dengan pemakanan, bidang yang saya ambil ketika di universiti. Alhamdulillah, semuanya semakin hampir. walaupun saya sebagai wanita, akhirnya setelah bersuami nanti perlu mengikut kata suami, tetapi Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNya. doa dipanjatkan kepada Allah agar mengurniakan seorang lelaki yang terbaik untuk saya, pada agama, dunia dan kesudahan urusan saya pada masa ini dan juga pada masa akan datang. Allah lebih mengetahui yang terbaik buat saya, dan Dia juga Maha Mengetahui situasi dan keadaan saya. hanya untuk menggembirakan dan membahagiakan hati mereka, terutama ayah, yang sangat berharap dengan keputusan saya. Wallahua'lam.

Friday, October 22, 2010

"Wah, banyak nya ciri-ciri bakal isteri enta?"

artikel ni saya copy dari blog 'baytul muslim' untuk dikongsi bersama semua yang tak pernah baca lagi...


http://baytulmuslim.blogspot.com/2010/06/wah-banyak-nya-ciri-ciri-bakal-isteri.html


Tahniah kepada sahabat-sahabiyah seperjuangan yg melangsungkan perkahwinan. Tahniah juga kepada pasangan-pasangan yang bertemu jodoh melalui unit baytul muslim. Baytul Muslim berdoa agar semua pasangan berjaya membina sebuah keluarga Muslim yang akan melahirkan kader-kader yang membantu agama Allah.

Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Teringat kata-kata seorang sahabat, senior ana yang memberi tips memilih pasangan sewaktu muda-muda dahulu.

"enta mahu ciri-ciri bagaimana pasangan enta nanti?"

"tentulah yang beriman, dan taat"

"itu ideal sangat akhi"

"emm... ana mahukan bakal isteri yang bla-bla-bla..." ana menyebut ciri-cirinya. ana tak boleh senaraikan di sini. Nanti terbongkar rahsia.

"Enta yakin dapat isteri begitu, enta akan bahagia?"

"kebahagian itu milik Allah, Dia akan bagi kepada sesiapa yg dikehendakiNya" ana menjawab dengan nada bergurau.

"Enta ni..." senior ana itu menepuk bahu ana.

"ciri-ciri yang enta sebutkan tu bagus... tapi enta tamak, mahukan semua ciri itu ada pada bakal isteri enta..."

kata-kata senior itu membuatkan ana ingin tahu penjelasan seterusnya.

"enta sendiri pun tak mampu miliki kesemua ciri yang enta senaraikan itu sekaligus, betul?"

ana angguk sahaja.

"ini pesan ana, pilih satu dua ciri sudah cukup. lain-lain kelemahan, entalah yg lengkapkan... kalau tunggu semua, jd anak teruna tua lah enta... haha" senior ana ketawa kecil apabila melihat ana blur-blur.

Pesanan senior itu ana sematkan dalam benak hati ana. Dan hari ini, alhamdulillah... senior ana memang benar. Tak semestinya isteri kita itu mempunyai ciri-ciri yang kita mahukan. Jika demikian, tentu kita akan bosan kerana kita sudah dapat predict tindakan-tindakannya. Variasi dalam pergaulan akan menjadi perencah kebahagiaan. Asalkan segalanya tidak melanggar syariat.

Kali ini ana mahu juga berpesan kepada adik-adik yang sedang mencari-cari, usahlah idamkan sesuatu yang ideal. Samada lelaki atau perempuan, janganlah terlalu memilih pasangan. Pesan Nabi S.A.W, pilihlah yang beragama. Sebagai pejuang Islam, pilihlah yang berfikrah Islam, harakiyyah. Itulah yang terbaik. Kecantikan akan pudar, kekayaan akan susut, keturunan bukanlah suatu tiket kemuliaan, tetapi agama lah yang akan kekal dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah ciptakan lelaki dan perempuan untuk saling kenal mengenali, dan lengkap melengkapi.

Wednesday, October 20, 2010

Kenapa tak menangis?

Bila tengok2 balik gambar konvo, aku teringat waktu tu... memang exausted sangat2 lepas sesi konvo petang tu... bayangkan, aku tak makan tengahari, dan sarapan aku adalah pukul 8 pagi!
dari pukul 8 pagi tu, sampai 5 petang, memang tak sempat nak makan apa satu pun... makanan kudap2 pulak tak sempat nak beli... dan bersiap pun memang macam agak kalut jugak...

aku ingat lagi, aku pernah tanya akak aku. kenapa masa konvo, orang kena menangis? huhu... kakak aku kata, mesti la... pertama, sebab orang lain semua menangis. bila tengok orang menangis, dia pun jadi sebak. dan mak pulak, confirm la menangis. sebab terharu tengok anak dia dah berjaya... dan diri sendiri pun, memang masa tu, akan rasa terharu sangat2... sebab, setelah berpenat lelah, akhirnya dapat jugak menggenggam segulung ijazah...
aku terfikir sendiri... adakah aku akan menangis jugak nanti? macam kakak2 aku? macam abang aku? kakak aku kata, kalau ade yang tak menangis tu, memang takde perasaan laa....

huhu... aku tak menangis pun! aku takde perasaan ke? huhu....
dah, macamana nak menangis? lapar giler.... keluar tu, ketar2 sebab lapar... takda tenaga nak menangis... aku hanya mampu tersenyum kambing je la... muka masa tu, senyum... tapi dalam masa yang sama macam nak menangis... macam tak tahu nak cakap camana perasaan waktu tu... tapi, yang pasti, perkara ni tak sampai membuat aku menangis! aku tak terharu la tu bila dah berjaya genggam ijazah... aku cuma rasa lega. lega sebab aku dah keluar dari tempat tu. lega sebab dah tak perlu risaukan itu dan ini. dah tak perlu risaukan requirement yang dah digariskan oleh manusia yang tak se agama denganku. yang tak menepati naluri aku sebagai seorang hamba Allah... huhu...
betul... aku memang tak menangis pun!
dan aku tak menangis sebab ada insan yang membuat aku tersenyum dan tersenyum-senyum sendiri pada hari tu! aku rindu insan tu... thanks for the wish... huhu... korang sahabat2 ku, korang memang best! hanya gambar nie jela yang menjadi kenangan antara kita... sekarang aku boleh menangis sebab aku rindu korang!!! huhu~
masing2 da ada kehidupan sendiri... dan mintak maaf sangat2 sebab 30 oktober tu, memang tak dapat jumpe korang sebab akhir bulan dan hari sabtu ahad adalah hari yang aku kena 'ikat' kat tempat kerja... maaf sangat2 korang.

Jodoh pertemuan tak terancang

bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum... apa khabar semua?
kenapa entah, sejak kebelakangan ni terfikir tentang ni... orang kata, jodoh itu adalah pertemuan yang tak terancang, dan tak dirancang, juga tak diduga...
maksudnya, contoh kan...
satu hari nanti, anda akan mendirikan rumahtangga dengan seorang insan yang baru anda kenali beberapa bulan...
kemudian, bila dah berumah tangga, mesti la berkenalan dengan dia kan... bercerita itu dan ini... korang akan perasan, insan yang telah memateri janji hidup dengan anda ni, pernah beberapa kali berada di tempat yang sama dengan anda, dalam occasion n so on la kan... tapi, korang tak pernah kenal. bertegur sapa pun tak pernah kot... tapi korang berada kat tempat yang sama...
same goes to my kakak ipar dan abang ipar... tapi, mostly cerita camni aku dengar dari kakak aku, maksudnya bout abang ipar la kan... ye la, sebab kakak ipar aku dua orang je kowt... coz aku ada 2 orang jer abang...
selalu sangat dorang cerita2... pastu, one part, eh? rupanya dorang dua2 ada dalam occasion tu, cuma tak jumpa jer... orang ni jumpa geng2 dia, orang tu buat hal dia... sebab tu la kita selalu disarankan supaya berdoa ditemukan jodoh kita pada MASA yang sesuai, kat TEMPAT yang sesuai dan dalam KEADAAN yang sesuai... sebab Allah Maha mengetahui apa yang TERBAIK untuk kita. kalau masanya tak sesuai, dan kita bertemu dengan dia, Allah mencampakkan perasaan cinta tu dalam hati kita, maka kita akan merana... sebab keadaan kita waktu tu memang tak sesuai untuk mencintai orang tu... cinta tu akan membuatkan kita tak bahagia pun, malah sengsara dan silap2 kecewa...
eh2... cakap macam ada pengalaman jer kan... hehe... tak lah... pengalaman mendengar cerita kakak2...
jadi, kalau anda yang kat luar sana tu, rasa cam dah tak sabar sangat nak kawin kan, sampai kena kapel2 tu, lebih baik la korang siapkan diri dulu... tak guna jugak kapel lama2, pastu putus camtu jer... sebab: sebab tak sedia la, sebab takde duit nak kawin la, sebab belum habis belajar la... daripada kapel bukan pada masanya, lebih baik kukuhkan ikatan kita sebagai hamba ni dengan Allah, pencipta kita, Penemu jodoh yang tepat buat kita... :) Dan insan yang kat luar sana, kalau merasakan telah sampai waktunya, dan mampu, carilah si 'dia' segera. sebab, hidup anda adalah kebahagiaan orang lain. hidup kita kat dunia ni saling memerlukan. jangan kerana anda kecewa, anda mencabut kebahagiaan yang patut dimiliki oleh insan lain tersebut...
kasih sayang tu fitrah manusia, tapi bercinta sebelum kahwin tu mencemarkan. jadi jalan terbaik? letakkan segala2 kepada Allah... dan berusaha dengan cara yang betul...
wallahua'lam.


Tuesday, October 19, 2010

Amirah Fansuri



Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum
Dua tiga hari ni mood tak berapa ok... banyak perkara yang mengganggu, dan jugak bersamaan dengan pereksa akhir tahun adekku yang bongsu... saya tak tahu lah nak memahami si bongsu... lelaki pulak tu... ada-ada saja... dan yang paling susah, rasa dan pemikiran dia tak terjangkau di fikiran saya. meminta perhatian lebih dari apa yang termampu diberi... sepanjang masa perlu memerhatikan dia dan segala-galanya tentang dia...anak bongsu lelaki ni memang macam tu ye? ke kalau anak bongsu perempuan pun memang macam tu? huhu...

Saya baru lepas pulang dari menjenguk blog [
Apis] hencik misteri a.k.a saudara seislam saya... [tiba2 anda jadi femes kat sini :p] adui.. tak berhenti lagi gelak ni... gelak banyak2 pun tak baik jugak kan? tapi gelak tu penting untuk menghilangkan stress. jadi, kalau anda rasa nak menghiburkan hati jap, pergi la blog dia. tapi pergi sekejap je la... kalau pergi lama2 nanti takut pengsan pulak sebab gelak banyak sangat, tak cukup nafas nak bernafas...ok, stop...!
eh? ni bukan entri untuk tajuk diatas...

abaikan yang kat atas, entri untuk tajuk ni ada di bawah. tapi ia hanya bebelan kosong dan agak panjang dan bosan. tak payah baca pun takpe...


Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni. macam ramai insan diluar sana yang tahu, nama saya bukan amirah mahupun amirahfansuri, dan ayah saya bukan fansuri. hehe jadi, sape amirah fansuri tu? dan kenapa guna nama tu?

ntah...

senang kan jawapan?


ape la, patutnya citer pasal asal usul blog dan yang seangkatan dengannya tu masa first atau second entry la kan... tapi nak buat camana... blog nie, sejarah kelahirannya sangat tragis... huhu... masa first entry tu orang laen t
engah kalut siapkan projek tahun akhir kowt~ dan ada manusia yang relaks macam saya, yang boleh menyiapkan blog nie, dengan editing HTML template dalam masa 1 hari jer! gile kan? eh...backspace backspace... dahsyat kan? tak tahu la sindrome ape ntah yang telah menyerang masa tu... hehe...

tapi, akhirnya blog nie selamat jugak...
nasib baik saya tak tutup jer masa tu sebab 'frust' sangat...
huish...kalau cerita pasal detik2 sengsara tu, memang tak terkata... tapi, saya la orang yang paling selamba sekali... boleh lagi pergi UM jumpa adek n kawan, boleh lagi gi dengar ceramah sana sini, boleh lagi join aktiviti2 tak terancang dengan kawan2.... sempoi betulla...

tapi, dengan semua tu, saya bayar kejayaan ni dengan airmata... airmata yang tak berhenti2 sebab sangat takut persiapan yang saya buat masa tu tak menjadi persiapan yang sempurna!
masa final present untuk projek akhir pun, masih banyak compang-campingnyer... tapi Alhamdulillah, semua tu berakhir dengan cemerlang... huhu... [jangan tiru budaya tak sihat yang satu nie...fokusla mase study... tapi kalau dah tension sangat, perlu jugak masa untuk diri sendiri... asalkan pandai bahagi masa, insya ALlah berjaya]

saya masih ingat, masa tu lah saya belajar banyak sangat2 perkara... dan jumpa banyak perkara yang tak terjumpa sebelum nie... dan akhirnya, wujud la belog nie, menggantikan blog saya yang lama [my simple space versi frenster]

kenapa buat blog?
saya suka menulis. saya seorang yang tak pandai meluahkan rasa dengan kata-kata... perahsia sangat2... mungkin pada reaksi, memang boleh baca keadaan saya, tapi saya takkan katakan dengan perkataan. sebab: saya memang tak pandai menyatakan dalam perkataan. bimbang tersalah kata, atau bimbang ia akan memalukan diri sendiri.

kata orang, orang yang perahsia, biasanya gemar menulis diari... bagi saya, ada jugak betulnya...
sebab? saya memang suka menulis. tapi kurang bercakap... apa2 yang melibatkan percakapan, saya selalu elakkan diri. tapi kalau menulis, insya Allah saya boleh. sebab tu jugak la saya dengan belog
macam isi dengan kuku... tapi jauh siket la... sebab tengah2 antara isi dengan kuku kan ada kulit... hehe... blog tempat untuk bercerita, dan meluahkan pelbagai rasa yang tak mampu terluah dengan perbuatan, atau kata2 [bercakap]... sebab ayat yang keluar dari mulut saya, kalau panjang2, mesti skema... melainkan kalau mengarut, memang la tak skema kan... kalau berhujah, berdebat, bercakap, mesti rasa mcm tanak cakap... sebab macam pensyarah bercakap kat depan, ayat mesti macam skema giler jer.... huhu...

eh? apa kena mengena pulak dah dengan tajuk...
takde, alang2 dah nak cerita tentang nama pilihan tu, cerita je la sekali kan... mari berkenalan... berkenalan boleh mengeratkan silaturrahim... tapi berkenalan untuk merapatkan silaturrahim je yer, bukan untuk tujuan selain itu... :)

ok, berbalik kepada tajuk. amirah fansuri.
korang kenal tak Hamzah Fansuri? kalau tak kenal, boleh tengok kat [sini]... secara amnya, hamzah fansuri ni adalah seorang tokoh, dalam buku sejarah form 5 memang ada cerita tentang hamzah fansuri ni... tapi kat bahagian info2 kat tepi2 tu je la... dia ni seorang ahli sufi, dan jugak pelopor sastera melayu moden... haaa, pelopor sastera tu, dalam masa yang sama adalah ahli sufi... haa, sapa kata seorang yang alim, tak boleh berbahasa indah? errr, sekadar persoalan...

Hamzah fansuri ni adalah antara tokoh yang saya kagumi... erm, saya tak kenal sangat dia, jadi saya tak tahu setakat mana saya mengagumi hamzah fansuri. cuma, nama tu memang antara destinasi2 yang telah tertulis untuk saya dalam hidup ni...

nak dijadikan cerita. masa form 5 tu, sorang sahabat ni diarahkan untuk edarkan borang maklumat diri semua pelajar form 5... kami kena isi, wajib hantar. saya pun isi la... dalam borang tu, ada bahagian e-mail untuk diisi...yang saya tahu, waktu tu, saya seorang yang buta IT. saya fikir, e-mail tu boleh ditulis2 dan direka2 jer tanpa masuk internet, bukak yahoo! d
an sign up...serius, memang tak tahu pun... tak pernah tengok pun rupa yahoo! tu... rupa e-mail yahoo! apatah lagi... bila tym nak serahkan borang, saya tanya sorang kawan ni, nak isi apa kat e-mail ni? dia kata, isi jela apa2... hentam jer... saya pun apa lagi... kebetulan waktu tu memang rajin giler la study sejarah [sebab baru je lepas kena marah dengan cikgu sejarah] dan dalam buku sejarah ni, saya tahu banyak nama dan perkataan yang pelik2... kemudian, tetiba terbukak bahagian ahlis ufi, tokoh2 sejarah... sedap la nama dia... hamzah fansuri... saya fikir2, kalau letak hamzah fansuri ni karang, diorang ingat ape pulak... lelaki mana lah punya nama ni... [sebab tokoh tu kan tak berapa terkenal...duduk kat bahagian tepi2 jer dalam buku tu... kitorang pulak, bukan suka sangat baca sejarah... melainkan kalau cikgu dah marah, barulah baca... huhu]
ape lagi, sesi meng 'alter' nama laaa~
'puteri kepada fansuri' takkan nak letak puteri fansuri...
sape pula fansuri tu yang saya nak declair saya ni puteri fansuri...
banyak pulak dah fikir kan...
so, sekarang sesi membukak kamus bahasa arab... puteri dalam bahasa arab- amirah!

tapi amirah tu lebih tepat dengan maksud ratu atau pemimpin perempuan, atau ketua perempuan... takpe lah... maksudnya sama dalam kes saya ni...

maka, terjadilah 'amirah fansuri'...
untuk mengelakkan saya lupa 'e-mail' nie, saya tulis dalam buku ma'thurat, sebab buku tu jelah satu2 buku yang saya akan bawak ke hulu ke hilir dan takkan letak tempat laen... maka bersemadi la nama 'amirah fansuri' tu dalam ma'thurat tu... lamaa.... lamaaa sangat... sampai saya berada dalam tahun 3, UKM. saya tergerak hati nak bukak halaman depan sekali... biasa la kan... buku ma'thurat ni biasanya kalau bukak, terus terjah isi... tetiba je masa tu rasa nak sangat belek2 buku lama tu...
bila ternampak 'amirah fansuri' kat halaman mula2 tu, terus teringat pasal peristiwa yang saya ceritakan kat atas tadi... senyum sorang2 je... kebetulan masa tu, teringin sangat nak buat blogdrive, taknak guna blog friendster lagi dah... bila daftar kat blogdrive tu, terus la letak nama 'amirahfansuri..........'
dan sampai sekarang la nama tu kekal saya gunakan... 'puteri fansuri = amirah fansuri'... nama ni saya masih guna, tapi ma'thurat tu dah hilang pada tangan orang lain... huhu... itu jelah ceritanya... sekian terima kasih.

-TAMAT-

abes cerita.... hmm... camtu la ceritanya... dan saya membuat blogspot ni, dalam keadaan masih tercari2, siapa gerangan tokoh yang telah saya ambil nama bapak dia... nasib baik pakcik google ada... akhirnya jumpa juga tokoh yang saya kagumi selama ni [dan yang telah saya pinjam nama ayah dia...] lepas nie kena khatam sejarah hidup hamzah fansuri... eh, takde la sampai khatam... at least tahu kan~

aik? dah la... dah tamat... berhenti kat sini...

wassalam (",)

~FatimahAzzahidah~

Monday, October 18, 2010

Patah hati

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA
TAJUK: PATAH HATI
kUMP: SAUJANA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG




its almost 3 weeks... dan rindu yang amat sangat~
Ya Allah, kuatkan aku... jangan biar aku patah hati...
aku mahu bertahan disini...
aku mohon padaMu ya Allah...
aku memohon...
p/s: aku tak berubah, bukan juga dia...
mungkin keadaan yang telah berubah, tapi bukan rasa...

Saturday, October 16, 2010

Sahabat...

Firman Allah:


Maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). [al-Hujuraat, 49: 13]


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari nie aku teman mak menyiapkan urusan luar dia yang banyak melibatkan dokumen, gi pelbagai pejabat, naik turun tangga, dan last sekali ke bank islam untuk renew kad yang terhilang tu sebelum mengambil adik kat sekolah...
harini aku jumpa 2 orang rakan sekolahku, di tempat yang sama iaitu bank islam... seorang tu boleh dikatakan kamceng jugak, sebab mak ayah kami pernah se-usrah. kami pun memang rapat. dia kawan sekolah rendah ku.
Seorang lagi pulak, rakan sekolah menengah. kalau aku cerita tentang rakan sekolah menengah, biasanya, mereka yang aku jumpa, insya Allah akan tegur aku. kalau satu kelas, dorang memang kenal la siapa aku... tapi kalau yang lain2 kelas, biasanya tegur jugak, tapi kurang ramah n x lama2 la... takde la akan buat aku senyum lebar sampai ke telinga [kalau saya senyum lebar, memang sampai ke telinga pun...huhu]. tapi sekurang2nye kita bertegur sapa kan... tapi aku tak tahu la salah orang ker atau memang dia tak mahu tegur aku tadi. dia memang wat tak kesah je kot... cam tak kenal jer... [ke memang dia tak kenal? huhu...tak tahu...]
aku cam upset jugak... tapi biasa la, mungkin salah orang ker, atau memang dia tak kenal ker kan... kena sangka baik... hurm... cerita pasal kawan sekolah rendah, most of them dah kerja setahun @ dua tahun lebih awal dari aku...sebab...tak tahu sebab khusus... mungkin lepas spm, dorang terus fly atau amek diploma, pastu terus belajar... tak lalui matrikulasi macam aku, pastu sambung pulak ijazah... bila aku dah abes belajar, diorang pun dah nak 'due' bersalin anak pertama... kahwinnya bersaing dengan kakak dan abang aku... [sebenarnya, atas aku jer pun kakak dan abang ku tu... then, atas ku dah takde yang single, semua dah duplicate atau plural...haha]

tu la... kami sekarang dah ada kehidupan masing2... mengejar cita-cita yang kami pernah garap sama2 masa sekolah rendah dulu... aku terharu sebenarnya, bila jumpa balik sahabat2 lama, dorang masih ramah macam dulu, tkde sempadan antara kami, walaupun latar kehidupan tak sama... semoga ukhwah kita ukhwah fillah...


p/s: kamu adalah sahabatku, walau siapapun kamu dan bagaimana sekalipun keadaan kamu...
...sebagaimana yang dituntut keatas setiap muslim, aku sayang sahabat2ku...

Friday, October 15, 2010

Budak nakal~

camane nak prepare untuk presentation?
haaa...
first skali, semua keperluan dan aksesori penting yang kita perlukan, mesti ada... so, sebab tu kena prepare awal...
contoh aksesori penting: jam tangan...
>>sesetengah orang, biasa menghilangkan gabra @ nervous dengan cara melihat jam tangan. so, kalau terlupa nak pakai jam tangan, akan menambahkan lagi nervous nya...dan orang yang dah biasa rujuk waktu dengan melihat jam tangan pun akan merasa tak selesa dan secara otomatiknya akan bertambah nervous... peminjaman jam tangan dari rakan2 amat tak digalakkan sebab nanti mesti korang akan rasa tak selesa...
contoh aksesori lain: buku nota, pen dan kertas...
saya contohnya, akan membawak sekurang2nya kertas conteng, ataupun hanay pegang sebatang pen@pensel bila buat presentation... nie semua semata2 untuk menghilangkan nervous... jadi, kalau takde benda nie, memang rasa macam semacam la masa berdiri depan orang ramai tu...





ini la budak nakal tu~
huhu... masa kena nie, rasanya seminggu jer lepas raya puasa 2009...
tu la, ......[dot]...[dot]...[dot]............. [haha]
adelah kisah di sebaliknya... kena paku karat nie... tapi alhamdulillah, sekarang dah oke..
cuma tak tahu lah bila parut akan hilang... lukanya dah totally sembuh, takde kesan sampingan, dan tak de ape2 dah... alhamdulillah... cuma.........
adelah parut... kalau tengok betul2 la... kalau tengok dari jauh memang tak nampak laa~
tak kisah pun dorang nak panggil budak nakal ker masa tu... dahla hari yang kena tu, masa nak balik U kot... jadinya, tiga hari jugakla berjalan2 kat kampus tu dengan plaster nie... hehe... bila nak beli makanan pun, orang tengok semacam jer... nampak jer macam baik, tapi tetibe ada plaster kat dahi... macam jahat sangat jer... [takpe, tak kesah... nie untuk meng'cover' malu]

just after a few month~
sekarang dah setahun lebih... kesan tu masih ade lagi... parut... err...parut dengan kesan tu sama tak? huhu...
haaa....lets see...









nie la die... nampak jer macam ada kilat2 tu hehe...
hurm....


takpe lah... macam mak kata, ada la hikmah tu... menghapus dosa2 silam... haha
ntahla, lame dah tak bukak citer nie... n sebelum nie cam tanak cakap jugak la... tapi sekarang tetibe rasa 'rindu' la pulak saat2 menjadi 'budak nakal'... macam rindu UKM lepas konvo laaa... hehe

tengah edit gambar guna Nero PhotoSnap~
tengah nak cuba2, dan mengedit gambar baling topi raya... eh, topi konvo...



stay tune....

*****
*****
*****
*****
*****
























laa.... nak tengok jugak? ok2 takpe...
lepas tengok citer "Raya Musim Luruh" nie ok...

*****
*****
*****




























waaa.... dahla nie jer satu2nya gambar baling topi... dah terlupa nak copy... huhu...
dah ter'convert' jadi gambar camnieee~~~





huhuhu~~~~~~~


p/s: takde motif...........



Nota Cinta [saujana]


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah


Thursday, October 14, 2010

Sayang hingga ke syurga...


"sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah"
(hadith riwayat imam Ahmad)






Align CenterAku MARAH!!!

marah bukan kerana dia terlalu pandai, atau marah bukan kerana dia terlalu busy study sampai takde masa nak tengok muka kitorang... tapi marah sebab dia melakukan perkara yang tidak patut walaupun telah ditegur berbanyak kali... mungkin silap, kerana aku marah. dan mungkin silap jugak kerana aku tak sabar... entahlah... aku sayang pada dia... sayaaaang sangat... sampai aku tak sanggup paksa dia hari2, cakap benda yang sama sepanjang masa... tapi yang paling aku tak sanggup, kalau kehilangan dia. kalau dia takda sehari kat rumah pun, aku mesti rindu... serius, aku sayang dia. tapi, apalah erti sayang ni, kalau hanya sekadar di dunia... apalah erti sayang ni kalau hanya untuk kehidupan yang fana nie... takkan kat akhirat, kita nak berpisah? sorang di syurga, sorang di neraka... [kalau tak layak ke syurga pun, na'uzubillah ke neraka]... itu yang selalu aku fikirkan... sampaikan 'setiap perbuatan kita didunia ni akan disoal balik di akhirat', tu pun tak tahu? atau konfius? kalau betul2 konfius, boleh lah diterima akal... pasti mahukan kepastian, atau sekurang2nya penerangan... tapi ini bukan sindrom konfius, ini sindrom betul2 yakin la yang kat dunia ni, ibadah jer yang akan dipersoal kat akhirat nanti... misconcept ker atau salah dengar masa cikgu mengajar? tapi bukan ini yang membuat aku marah sebentar tadi. bukan itu, atau itu, atau itu...

aku MARAH kerana dah takde cara lain untuk mengatakan kepada dia bahawa 'menuntut ilmu itu WAJIB bagi setiap mukmin, muslim, muslimah, dan sape2 jer yang ber agama ISLAM' [sebab, hukum takkan jatuh atau tergunapakai kepada orang yang bukan ISLAM. hanya yang bergelar ISLAM sahaja yang terikat dengan HUKUM SYARA']...kerana mahu membetulkan perkara yang tak betul tapi dia taknak terima, bila dibetulkan dengan cara yang betul. noktah!

aku sayang kamu, adikku... tapi sayang ini, ku mahu bawa ia hingga ke syurga... fahamilah tindakan ini... bukan aku mahu menyiksa, tapi musibah yang datang itu berpunca dari diri kamu sendiri. dari kedegilan yang entahlah tak mampu nak terucap disini... aku tahu, kau takkan memahami erti airmata ini. tak mampu memahami sehingga aku bertindak begitu... semoga Allah tidak memesongkan pemikiranmu sehingga menjadikan ia dendam... aku sayang kamu, dan ku mahu, biarlah sayang ini hingga ke syurga...



p/s: hatiku memang penuh dengan kasih sayang... peace (-.-)V

Tuesday, October 12, 2010

nak menulis tapi takde idea nak tulis...


sangat2 dah lewat malam... aku pun tak tahu nak tulis apa... entahlah, tak tahu nak jadi apa dah dengan blog nie... once, aku pernah jadikan blog nie sebagai 'medan dakwah'. mengepos entri2 yang insya Allah berguna, dari buah fikiran aku, untuk renungan dan bantuan buat mereka2 yang memerlukan... tapi sekarang, aku tak tahu apa yang perlu aku tulis kat sini... terlalu banyak perkara yang menghalang, dan terlalu banyak ujian dan masalah yang kena atas batang hidung sendiri, yang lama2 membuatkan aku rasa gagal menjadi seorang hamba-Nya yang layak untuk memberi nasihat, menasihat, menegur, membebel [so on...] tentang itu. betullah kata orang, zaman belajar tak sama dengan zaman kerja... zaman kerja, zaman menghadapi dunia realiti. sedar tak sedar, sebenarnya zaman belajar boleh dikatakan sebagai 'zaman fantasi' oleh hampir kesemua mahasiswa tak kira dalam kos apa atau universiti mana. kita berfantasi, kita menciptakan ruang dan suasana yang kita senangi... tapi, berada dalam masyarakat, dan dalam dunia kerjaya, kita tak mampu membuatkan dunia tu di dekorasi menjadi apa yang kita inginkan, melainkan kitalah yang meletakkan diri kita dalam keadaan yang perlu untuk berada dalamnya... walaupun kadang2 kita tak mampu, tapi itulah realiti dunia... macam zila pernah cakap [zila tu eX-roomateku kat ukm], realitinya, dalam hidup nie, bukan kita yang meminta Islam mengikut kehendak dan keperluan kita, tapi kitalah yang menyediakan diri mengikut kehendak dan keperluan seorang yang menganut Islam, seorang muslim... dan realitinya, nah... terbentang luas didepan mataku... aku tak mampu membuatkan semua orang memahami dan mengikut kehendak ku, tak mampu membuatkan suasana ini memenuhi kehendakku, tapi aku perlu menyediakan diri mengikut kehendak dan rentak hidup ini, dalam masa yang sama, tidak lari dari sasaran dan matlamat hidup nie, demi Islam, kepada Islam dan untuk Islam... aku tahu...aku tahu... tapi tak selamanya aku mampu... ada masanya, aku juga kandas dan tersungkur... tapi aku cuba dan berusaha semampu ku... aku tak tahu apa yang aku perlukan untuk meneruskan, tak tak tahu apa yang terbaik untukku agar aku dapat meneruskan 'perjuangan' aku ini... aku memerlukan sokongan dan bantuan, aku memerlukan sahabat2 dan orang2 yang aku sayang untuk saling menguatkan, aku memerlukan kata2 azimat yang tertutur dari bicara kalian, yang menenangkan, yang menguatkan dan yang pasti akan membuatkan kaki ini terus kuat melangkah... ya Allah, bantu aku ya Allah...

Friday, October 8, 2010

rumah bunga


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua... :)
Alhamdulillah, setelah beberapa lama ku memulakan kegiatan 'menyuburkan' semula pokok bunga mak, alhamdulillah, mereka dah semakin cantik berdaun dan berbunga semula... tapi masalahnya, bila dah banyak sangat, dan dah tumbuh menjalar sangat, perlulah di trim, dan di baja selalu selain menyiramnya tiap2 hari...
Hari ni, terbaru, aku ke pasaraya Giant untuk melihat2 di rumah bunga yang dijual di perkarangan luar pasaraya tu. aku dan mak sempat membeli 3 jenis pokok bunga lagi! (rose oren, kekwa warna matahari dan lagi satu pokok tak tahu nama) dan 1 jenis pokok hiasan berdaun (pokok halau nyamuk...something like that la)...
Insya Allah akan di usahakan untuk menjaganya! insya Allah... aku suka jaga pokok bunga, at least, there's something bout alam sekitar @ nature yang membuatkan jiwa ni mengingat Pencipta yang mengizinkan pokok2 ku berdaun dan berbunga dengan cantik sekali... [its soften the soul k...]
Tapi masalah yang akan aku hadapi beberapa tempoh terdekat ni adalah [mana nak letak pokok2 bunga nie? terutama pokok bunga kertas yang cepat jer menjalar naik dan semestinya akan menarik baju2 yang tersangkut padanya]. susah juga... rumah dah cukup besar pun ingatkan dah cukup ruang untuk kesayanganku semua ni hidup dengan aman... rupanya kereta memerlukan ruang yang lebih besar... bila mereka2 nie dah membiak dengan baik, mestila akan memakan ruang, betul tak?... ku fikir, kalau semuanya diletakkan atas tanah sahaja, memang tak cukup ruang... dan disini la timbul idea aku untuk mencuba2 buat rumah bunga! eh2, tapi belum buat lagi pun... baru nak berangan ni ha... tengah berangan dan cari design rumah bunga yang simple dan sesuai dengan halaman rumah aku... ade la beberapa design yang cantik, tapi aku tak tahu sesuai ker tak... insya Allah akan diusahakan... tapi waktu kerja aku full, kecuali hari jumaat... jadi mungkin kena extend weekdays untuk usahakan make 'neat n tidy' halaman rumah yang dah agak tak menentu... seriusly, banyak dah pokok bunga@hiasan kat halaman tu... ada yang belum ditukar pasu, ada yang perlu ditambah tanah, perlu diletak baja dan perlu di rawat sebab 'haiwan putih @ kutu pokok (?)' dah mula menyerang tanamanku... need some tips untuk menghapuskan perosak tanaman nie... Everything need to tick... insya Allah... nantikanlah 'rumah pokok' yang aku akan buat, dengan dekorasi halaman yang insya Allah cantik... its all in my mind... [kekeke...orang serabut fikir pasal kerja, kita serabut fikirkan pokok bunga...]
Wassalam...

Cuba teka...


ok, short entry... just need some opinion... ape yang paling tak best dlm hidup nie yerk?

Friday, October 1, 2010

Langkah Tercipta

Dengar lagu nie rasa macam best sangat2...

Langkah Tercipta [u.n.i.c~]

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

[update]
hurm, sebenarnya nak tulis something pasal 'langkah tercipta' nie... tapi sebab entry nie di pos kan pada waktu pagi...[taw2 jela kan, pagi2 nie biasanya sibuk tak best dok lama2 depan laptop...
dan petang pon sebenarnya...tengah2 malam jer yang best duduk mengarut menaip kat depan laptop... hakikat...hakikat...

Straight to d point jer la...
aku nak kongsi pada perenggan kedua,

" Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan."

Korang pernah tak rasa, bila satu masa tu, korang rasa ketinggalan dan ditinggalkan?
rasa lemah, keseorangan, kebuntuan, kepenatan menghadapi ujian, dugaan...
yep, ujian...walau dengan perkataan apa pun kita ungkapkan ujian tu, walau dengan bentuk apapun kita definisikan ujian tu... sebenarnya, tu adalah ujian... ujian, dan yang kadang2 buat aku menangis sorang... menangis sebab takde sapa yang boleh faham apa yang aku terbuat, tapi sebenarnya aku taknak pun buat...aku tak boleh kawal diri aku... bila rasa kita tak mampu, sebutla "Allah" banyak2...ingat Allah...
Aku tahu, hanya Allah jer yang faham, dan tahu apa yang aku rasa... dan aku tahu, semua ujian ni untuk menarik aku kembali pada dia... walaupun aku tak faham harini, aku yakin satu hari nanti aku akan faham kenapa semua tu terjadi...
ingat Allah selalu... aku pun sedang belajar, belajar menjadi hamba Allah...

Sunday, September 26, 2010

Selamat pagi ahad!


"Mulakanlah harimu dengan memuji Allah Seiring siulan burung ceria berterbangan Berzikirlah dengan alunan Asma'ul husna Bersyukurlah kita masih dibangkitkan"



Mood pagi nie biasa2 sahaja...
Walaupun begitu, setiap bermulanya hari kita, janganlah lupa untuk mensyukuri nikmat Allah yang saban hari dilimpahkan kepada kita...
dengan mengingati Allah, akan menguatkan hati dan semangat...
dan akan bertambah lagi rezeki kita, dari arah yang tak disangka-sangka...
STOP! MULAKAN HIDUP DENGAN CERIA!
dan, jangan lupa untuk bersyukur



"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah an-Nahl, ayat 18)

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40)

Banyak hikmahnya bila kita bersyukur... beribadah dengan sabar, dan sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah, kadang2 kita tak perasan pun, bahawasanya Allah sedang mengurniakan rezeki yang melimpah ruah dari arah yang tak disangka2, atau Dia sedang mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita pada masa hadapan...
wallahua'lam.


Mulakanlah harimu dengan memuji Allah
Seiring siulan burung ceria berterbangan
Berzikirlah dengan alunan Asma'ul husna
Bersyukurlah kita masih dibangkitkan

Mulakanlah usaha dengan memuji Allah
Pergilah mencari rezeki semaikan bakti dan budi
Carilah nikmat yang banyak berpandukan pada syariat
Agar hidup kita semua selamat

Mulakanlah harimu dengan memuji Allah
Seiring siulan burung ceria berterbangan
Berzikirlah dengan alunan Asma'ul husna
Bersyukurlah kita masih dibangkitkan

Kayuhlah kehidupan ini dengan mensucikan Allah
Hembusan ombak di pantai nelayan
Semua mencari rezeki
Lambaian padi di sawah petani
Bagaikan permata bagai mutiara
Yang terpancar dari keringat mereka
Demi kesejahteraan semua

Labuhkanlah tirai harimu dengan keampunan Allah
Di dalam alpa tertempa dosa
Kita semua insan yang lemah
Tanpa sedar tanpa sengaja
Terkadang kita semua terlupa
Kita adalah insan yang lemah
Kepada-Nya kita berserah

Tuesday, September 21, 2010

Hikmah...

'ambillah hikmah dari tiap bicara itu'

Bismillahirrahmanirrahim. Aku tak tahu nak buat apa sementara menunggu pukul 2 plus tengah menahan sakit nie sebenarnye... kadang2 aku terfikir, hidup aku ni dah tak lama ker? selalu jer rasa sakit yang tak tahu sebab. sakit dalaman, maksudnya tahap kesihatan aku menurun... tapi bile dapat tahu sebab ape sakit tu, baru la tak fikir pelik2 sebabnye aku boleh la rujuk ubat ape2 yang patut kan... kate rumah sebelah klinik... kate kerja kat klinik... takkan la sakit sikit2 pun culas nak makan ubat kannn...hehe... tapi sebenarnya kan, lebih baik kite tahu masalah kondisi dalaman kite masa muda2 ni, senang nak buat ape2 yang patut... n yang paling penting, tak jadi kronik tahap 3 4 yang dah tak boleh nak buat ape2 dah tu... menghitung hari jer lagi... Alhamdulillah, sepanjang duduk kat rumah nie, ke arah detoksifikasi penyakit2 mendapt yang macam gastrik n hape2 lagi la masalah yang aku hadapi disebabkan kekangan masa belajar dulu... ke arah penyembuhan, insya Allah... ubat pun dah boleh makan secara istiqamah... dan mak kata, muka aku dah takde la pucat macam masa aku belajar2 dulu... biase la, duduk rumah, alhamdulillah kemudahan untuk menjaga diri tu ade... makan cukup, rehat cukup, kerja pun cukup2 jugak la...[hehe]
Kalau masa belajar dulu, kalau k.l tu cuti, dengan kite2 skali kena cuti makan siang... kalau pose takpe... ni sampai ketar2 tak makan... dengan kekangan masa, duit yang selalu jer tak cukup2... memang ikat perut la... tapi kan, percaya atau tak, masa belajar tu memang tak rase pun tu semua macam bebanan... sebab biasa la kan, trend orang merantau... kalau nak senang sepanjang masa tu, kena duk rumah ngan family la, cari U yang dekat2 jer dengan pagar rumah...hehe... tapi bila dah balik rumah ni, baru la rasa nikmatnya ada mak ayah, ada keluarga, ada rezeki dari Allah... setiap hari boleh sarapan b4 gi kerja, boleh makan tengahari, makan malam, cukup semua. siap boleh tambah2 lagi dengan kudap2 semua... terpulang pada diri sendiri jer nak makan ke taknak... kalau sakit, insya Allah ada ubat. siap boleh buat amalan lagi makanan2 kesihatan yang ada... banyak betul hikmahnya bila dah pulang ke kampung halaman... memang betullah pepatah tu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri... kampung halaman tu lebih akan kita sukai daripada tempat lain, walaupun kat tempat lain tu, banyak sangat kemudahan dan kesenangan yang kita dapat... tak hairan lah dalam sirah pun ada dinukilkan kisah2 kaum muhajirin yang rindu sangat nak pulang ke Makkah sampai sanggup buat ape saja, ada jugak yang sanggup memungkiri janji sampai Allah tegur sikap mereka yang buat tu... Tak hairan lah kalau masa tu, Rasulullah sangat2 nak tunaikan haji sebab dah rindu sangat dengan Makkah... sekarang ni baru aku rasa macamana berharganya tempat aku jatuh dulu...


Monday, September 20, 2010

Tak Penting

Assalamualaikum... err... ok, dah tukar header... nampak macam pelik... bila bukak blog ni mula2 tu rasa macam gambar header tu macam tak sudah... erm, camane tah nak cakap... tapi bila 'clip' gambar nie, nampak cam ok plak... the thing yang nampak pelik tu ialah sebab gambar diatas gambar tu macam tetibe jer ada cik 'si tudung putih tu'... itu la my fren cik z***...hehe...mesti korang kenal kan siape die...kalau korang still ingat lagi la gambar nie[soalan ni hanya untuk eX-housemateku sajer...]

Sebab2 penukaran header, selain sebab da bosan melihat penampilan blog yang lame, jugak sebab terang2 ade gambarku kat ctu...rase macam tak best...lame2 tetibe rasa cam *malu* sendirik...huhu... dan pic dalam header yang baru nie semuanya mengingatkan aku tentang sahabat2 semua yang sgt2 ku rindu...serius rindu korang...sebab banyak sangat kenangan kte masa kat prog2 dlu...huhu... dan jadi sangat2 rindu bile tetibe s.m.s2 korang balik n semuanya sedang mencari2 arah macam diri ni jugak...[er, arah untuk kte berbakti la kan...]

Apepun, ku doakan buat sahabat2 semua, moga Allah pertemukan kte pada jalan2 yang mendekatkan kte kepadaNya...dan ukhwah ini ukhwah fillah yang takkan putus kerana jarak dan masa... to zira, zeha, kamar,yanie...teruskan perjuangan, doa kami mengiringi kalian... Wallahua'lam...



Sunday, September 19, 2010

(^-^)

























Short update... selamat hari rayer...[rayer lagi ker? hehe]