
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. it's been awhile kan tak menulis something yang ilmiah n panjang lebar kat sini. Alhamdulillah dan terima kasih kepada seseorang yang sangat memahami dan menghargai. cuba jugak kuatkan untuk menulis dan siapkan tajuk ni malam ni jugak. dah beberapa hari tersimpan dalam draf kerana kesihatan dan masa yang tak mengizinkan.
satu petang, ida dapat mesej dari salah sorang adik yang sedang belajar jauh dari rumah.
'...kite nak tanye ape yang dimaksudkan kite sayang seseorang kerana Allah? (ni hal sesama pompuan ye) ape tu tande2nye?'
senyum je baca mesej dia. agaknya terlalu susah silibus 'maza ya'ni' tu untuk betul2 difahami oleh seorang remaja yang baru mengenal dunia usrah. ida masih ingat masa mula2 diajarkan tentang berkasih sayang sesama manusia. ape tu? tak penah dengar pun... hehe... yang ida tau, sayang mak jer. abah? adik beradik? ntah... selalu jer gaduh2... sayang ke tu namanya? kalau cakap tu tak pernah la nak lemah lembut. tambah2 lagi bila dalam susunan adik beradik tu, ida duduk diantara dua lelaki (atas abang, bawah adik lelaki). sorry la diorang nak buat lemah lembut. siap kena sekeh kepala lagi. pastu kalau kena sepak kaki tu dah biasa dah...huhu... ksian kan? masa tu bukan tau pun itu adalah satu keganasan. cuma tau, dorang memain jer tu...
bila dah masuk usrah, akak usrah tu baikkkk sangat. cakap lemah lembut jer. memang dia cakap ngan kitorang adik usrah ni macam cakap dengan adik sendiri, memang tersentuh la. bila sakit ker, demam ker, dia datang melawat n kalau ada masa, dia ajak jalan2. masa tu barula kita kenal macamana rasanya disayangi oleh adik beradik. ops...bukan nak cakap adik beradik ida tu tak baik ke apa... tapi bila dengan adik beradik betul, kdg2 kita suka tak expresskan perasaan yang kita sayang kat dorang. jadi, tak tau nak bezakan yang mana satu gurau, main2 atau kasih sayang. [haha...ntahla betul ker tak klasifikasinya tu].
ape yang dimaksudkan dengan 'saya sayang kamu kerana Allah'? tak kira lah hal sesama perempuan atau sesama lelaki atau sesama berlainan jantina. biasa, umum akan gunakan ayat2 cinta ni kat berlainan jenis la kan? sebab yang umum (kebanyakan orang) tau sayang, kasih, cintan cintun ni dengan berlainan jantina jer. mana ada sayang sesama jantina. buang tebiat ker ape...hehe
jadi, sebelum nak buat konklusi tu, kena tau jugak rule yang Islam dah tetapkan. ida pun tak tau sangat, ilmu didada masih cetek. memang, tak dinafikan bila kita sayang dengan berlainan jantina, kita cenderung terbabas dari mengikut peraturan yang betul dan terbabas meletakkan perasaan dalam lingkup yang betul. ape2pun, dalam bab2 macam ni, tak kisah la sesama jantina atau tak, kita dan ketaqwaan kita yang menentukan hala tuju kita.
Perkataan yang mudah untuk menyimpulkan ayat kat atas tu ialah 'ukhwah'. dan kalau kita faham maksud ukhwah, dengan mudahnya kita akan faham maksud ayat kat atas.
1. bila 'saya sayang kamu kerana Allah', siapa yang 'saya' maksudkan sebagai 'kamu'?
-kamu mestilah orang2 yang Allah menyeru supaya kita menyayanginya. seperti Rasulullah, ibubapa, adik beradik, sanak saudara, guru-guru, sesama islam dan sesama manusia. perasaan sayang itu mestilah tidak lebih dari kita menyayangi Allah.
2. kasih sayang mestilah atas dasar dan tujuan yang baik dan betul mengikut ajaran Islam, bukan mengikut fahaman dan perspektif diri sendiri.
3. dalam usrah, biasanya kita perlu mengenali 'adik-beradik' kita. peringkat ini disebut sebagai peringkat bertaaruf. Ukhwah pula, walaupun bukan dalam bentuk rasmi seperti 'usrah', perlu juga kepada bertaaruf. supaya kita mengenali hamba-hamba Allah diatas muka bumi ini, terutamanya sesama umat islam. ia adalah atas tujuan pengukuhan agama Islam itu sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujarat, ayat 13:
Maksudnya: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.”
dalam konteks 'usrah' atau lebih luas menggambarkan konteks sesama islam, 'saya sayang kamu kerana Allah' adalah kita mengenal(ta'aruf), mengambil tahu dan memahami (tafahhum), sehingga pada tahap kita mengambil berat tentang saudara sesama Islam kita. kita tersentuh apabila mereka merasa susah dan dilanda musibah, dan kita merasa senang bila mereka mendapat kebaikan dan kebahagiaan. kita mementingkan mereka lebih dari mementingkan diri sendiri dan mengasihi mereka lebih dari mengasihi diri sendiri. kita memberi apabila mereka memerlukan pertolongan dan kita mendoakan apabila mereka memerlukan doa. tidak sedikitpun meminggirkan walau pada saat2 kita merasa sukar. kerana dengan keyakinan bahawa kita menyayangi mereka, kerana Allah yang meminta kita berbuat demikian. Peringkat ini adalah peringkat terakhir dalam usrah iaitu takaful (tolong menolong). walau bagaimanapun, dalam membentuk ukhwah, kita tidak boleh melebihi atau melanggar batas-batas pergaulan seperti yang telah ditetapkan oleh Islam, terutama apabila melibatkan ukhwah yang terbentuk dalam satu harakah yang melibatkan lelaki dan perempuan.
wallahua'lam.
p/s: susah jugak nak hurai tajuk ni dengan penulisan. kalau cakap senang jer kan, keluar macam air je... huhu... kalau tak faham, maaf. kalau salah faham, Ya Allah, jauhkan aku dari menjadi punca fitnah dunia... nauzubillah.