assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Showing posts with label Coretan hidup. Show all posts
Showing posts with label Coretan hidup. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Selamat Hari Raya 2013



~Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini atau yang tak kenal, tapi pernah kenal di alam maya~
~Pejam celik, pejam celik, dah setahun rupanya penghijrahan diri ini...bermula 11 ogos 2012, harini dah 18 Ogos 2013. dan dah 6 bulan tukar status diri, single but not available ;-) tunggu perutusan nnt insyaa Allah (alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...thank mak2 dan abah2 n adek2beradek semua for ur support, walaupun kadang2 abahku geram dgn puteri nakal dia ni...sobsobsob...maafkanku...nnt da xbleh nakal2 dah :') huhu)~

selepas Ramadhan, kekalkan momentum diri. huhu...jgn lupe baca Qur'an stiap hari. jgn lupe puasa isnin khamis...buatla mana yang termampu... kalau xmampu, support org lain pun ok..huhu..lama2 boleh malu sendiri..sobsobsob... apepun, jgn lupa tadahkan tangan, ambil sedikit masa untuk munajat kpd Allah, mohon kemenangan buat saudara2 kita yang sedang ditindas, mohon diberi kekuatan, kesabaran dan bantuan kepada pihak yang benar. dan mohon dihancurkan pihak2 yang bathil...
AllahummansurilIslam, fii Misr, fii Falestin, fii Surya, fii kulli makan, wa fii kulli zaman... Ya Allah, peliharalah agamaMu, bumiMu dan bumi para anbiya' dari kekejaman musuh2 yang ingin menghancurkan agamaMu dan yang berpaling dari kebenaran kepadaMu...
#Pray4MisrSuryaFalestine

Tuesday, October 30, 2012

Sahsiah tidak datang bergolek

Tulisan ini telah ku coretkan setahun yang lalu. tarikh teertera adalah pada 7 APRIL 2011...
mungkin aku sudah terlupa apa yang terjadi saat itu. tetapi, penulisan ini yang ku perlukan untuk melukis kembali kekuatan ketika ini, saat semuanya serba kacau dan teruji... Ya Allah, aku ingin menulis lagi, biar ku sedar... ada sesuatu yang ku perlukan dariMu, ada sesuatu yang harus ku adukan kepadaMu... ada sesuatu untuk ku tunaikan kepadaMu...Ilahi Robbi, dengan linangan airmata, aku sendiri buntu, insafkah aku, atau aku sedang meratapi ujian2Mu yang semakin hari semakin berat buat insan2 yang ku kasihi ini... tiap kali berteleku di sejadah usang, ku hitung-hitung amalanku...apalah yang telah ku perbuat untuk meminta kepadaMu Ya Allah...aku hambaMu yang paling lemah, yang selalu lalai dan menekan diri sendiri...


Sahsiah tidak datang bergolek

Allah S.W.T telah berfirman dlm surah an-Naml ayat 44 bermaksud:

Dikatakan kepada (Balqis), "masuklah ke dalam istana". Tatkala dia melihat lantai istana itu, dia mengagak itu ialah kolam air yang besar maka disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman, "Sesungguhnya ia adalah istana licin diperbuat dari kaca". Berkatalah Balqis, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama sulaiman kepada Allah, Tuhan Semesta Alam."

Imej positif membantu perjalanan individu bagi mencapai kecemerlangan. walau bagaimanapun, imej yang baik tidak terbina dalam masa 24 jam. ia terbina melalui pembudayaan sifat-sifat murni berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah secara konsisten.

*** *** ***

Biarkanlah lembaran ini kosong untuk seketika. sedang mencari-cari kekuatan untuk meneruskan semua ini. benarlah, perubahan dan tarbiyyah dalam diri tidak akan berlaku dalam tempoh 24 jam. inikan pula diriku yang baru setahun jagung mengenal dunia tarbiyyah ini. aku bukan insan yang sempurna, apatah lagi yang terbaik. aku tidak cukup solehah untuk digelar mukminah. muslimah yang hanya tahu kurang dari setitis ilmu Allah yang Maha luas di muka bumi ini. aku bukan malaikat yang tidak punya salah dan silap. kadang-kadang iman ini turun, ada masanya ia meningkat. dan ketika itu, aku merasa malu dengan kesilapan demi kesilapan yang aku lakukan. yang kadang-kadang telah ku ingatkan pada diri berkali-kali untuk menghindarinya, tapi mengapa diri ini masih mahu mengulanginya. Ya Allah, Engkau mengurniakan dalam diri manusia iman dan nafsu. jadikanlah imanku pemimpin pada nafsuku agar ia menjadi nafsu yang mutmai'nnah. janganlah Engkau biarkan aku terus bergelumang dengan dosa dan kesilapan. bimbing dan pimpinlah langkahku ini Ya Allah. kerana azab neraka itu sungguh pedih, tak tertanggung olehku Ya Allah. ampunkanlah dosa hambaMu ini. andai rasa yang hadir dalam jiwa ketika ini adalah kafarah terhadap dosa-dosaku, ampunkanlah dosaku Ya Allah. jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, maka termasuklah aku orang-orang yang menzalimi diri sendiri...


Wednesday, September 5, 2012

waktu yang berlalu



bila orang tanya, pakai camni, istiqamah ke? ke masa kerja je?
taktaula nak jawab...tapi setakat ni, insyaAllah...

Saturday, August 25, 2012

Alhamdulillah. ta'aruf usrati

Jangan mengukir bahagia atas deritanya orang lain. Jangan pula merasa hampa pada bahagianya insan lain. Doakan kebaikan keatas saudara kita, semoga Allah membalas kebahagiaan yang lebih besar dari itu buat kita.
Hati ini, pernah merasa sakitnya kecewa. Hati ini, pernah merasa pahitnya hampa. Waktu itu, hanya Allah sahaja tempat ku curahkan segalanya. Tempat ku aturkan cinta semesta. Namun, saat bahagia menjengah, kehadiran tak pernah ku pinta, hadirnya tak pernah ku paksa. Tak pernah pula terdetik untuk ku ukir atas deritanya insan lain. Allah, bila cintaMu ku cari, masih ada lagikah cinta yang akan mengguris hati ini? Ku mohon...saat jatuhnya, saat bangunnya hati ini, kukuhkanlah sandarannya hanya kepadaMu. Sandaran yang sebenar, tidak hanya diatas pena, tidak hanya diatas kanvas. Ia dari hatiku. Ilahi Robbi...ku mohon... Aturkan cinta kami dalam rancanganMu, letakkan padanya sebaik-baik waktu. Sebaik-baik keadaan dan sebaik-baik tempat. Ku tak pernah kuat untuk terus bertahan, merasa senang sedangkan ujian itu kesukaran. Tak pernah mampu merasa ringan saat semuanya menguji kesabaran. Aku, dia dan Engkau Ya Allah... Permudahkan urusan kami  setelah ini. Lembutkan hati-hati kami semua untuk menerima, segala kebaikan dikekalkan, segala kekurangan jadikan ia lengkap. dan semoga kami terus berusaha memperbaiki kekurangan ini.. aamiin Ya Allah...

p/s: kekurangan diri, ku sedang berusaha untuk perbaiki...harapanku semoga dia juga berusaha...

Tuesday, July 31, 2012

Nukilan Ramadhan 1433 H

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni masih dipanjangkan umur untuk terus melangkah ke fasa kedua dalam bulan ramadhan tahun ni. macam mana amal ibadah kita? harap2 sentiasalah lidah kita basah menyebut zikrullah, sebasah hati mengingati Pemilik Segalanya. Allahu rabbi... dalam kesyukuran masih dihidupkan pada hari ini, ada rasa terkilan dan sedih kerana ramadhan bagai perlahan2 berlalu, semakin hampir pula ke hujungnya. jujurnya, sebelum berakhir waktu yang Allah kurniakan buat ana ni pun sudah terasa merindukan saat2 sepertiga malam bersamaNya. jujur cakap, memang ada hari yang termiss bangun 'dating' dan ada hari2 yang termiss dhuha dan ma'thurat. dua perkara yang ana cuba jugak usahakan untuk istiqamah. walaupun tak hari2 buat, cuba jugak nak penuhkan "jadual" macam hari biasa. pertamanya, untuk jaga hubungan dengan Allah. kedua, untuk jaga hati. ini je lah perubahan yang ana cuba buat setakat ni. cuba berusaha untuk teruskan. noted: bukan untuk bacaan sapa2. hanyalah untuk catatan diri yang selalu lupa dan lalai. harapnya, catatan ni boleh menjadi pemangkin semula semangat diri, kalau satu hari nanti ana terlalai dan terleka dengan kesibukan dunia ni.

beberapa perkara yang perlu diterapkan dalam diri jundi, antaranya menjaga hubungan dengan Allah, bersungguh2 dalam setiap kerja dan tanggungjawab yang terpikul. tangungjawab, banyak. yang paling utama memanglah tanggungjawab dengan agama, tapi dengan mak ayah, dengan kerja hakiki, dengan keluarga dan kalau ada *keluarga sendiri kena bersungguh2 juga menjaga amanah tersebut. disamping~ tak boleh tinggal gerak kerja sebab alasan nak jaga yang selainnya. seimbangkan, dan dalam nak seimbangkan tu la kesungguhan kena ada.

untuk ramadhan kali ni, ada beberapa perkara yang ana cuba nak usahakan jugak istiqamah. pertamanya, bangun qiam, alhamdulillah, dan insyaAllah berterusan. pastu sahur. solat subuh, kalau boleh nak jemaah kat surau. tapi biasa la...kalau takde kaki sendiri ni memang terpaksa bergantung pada orang je la... huhu... insyaAllah, akan datang. pagi dan petang, cuba jugak amalkan ma'thurat. dan pagi mestikan diri solat dhuha. jaga solat awal waktu, dan awalkan maghrib. sentiasa senyum walaupun penat puasa, dan la taghdob~ sebab orang lapar ni selalunya lebih emo. lebih2 lagi perempuan...huhuu...

tarawikh...tak dapat la nak ke masjid... sebab sekarang ni ada 'anak' nak kena jaga...haha :P ...anak angkat a.k.a anak sedara. terpaksa bagi laluan pada abu hakimi untuk ke masjid, jadi ana gilir2 jaga kakak dan anak2nya.

kalau perasan, banyaknya perkataan 'cuba' kat atas tu kan... huhu... Ya Allah, istiqamahkanlah diri ini untuk terus mencintaiMu dan meletakkan cinta kepadaMu yang utama. selalu doakan yang terbaik untuk semua ni, dan selalu doakan semoga Allah pelihara, dan permudahkan. tapi kadang2 lupa doakan untuk diri sendiri supaya Allah tak tarik nikmat iman dan hidayah yang Dia bagi dalam diri ni. sesi muhasabah, terasa macam Ya Allah, jauhnya aku dari Mu... terasa macam nak berlari dapatkanMu, dan nak beruzlah supaya dapat kembalikan hati ni semula. terima kasih Ya Allah. jagakan mata hati ini dari dibutakan dengan dunia ini.
wallahua'lam

Nota kaki: (nak jugak ada nota kaki...heheheee)
conteng masa terasa lapar dan penat. pujuk hati :)

Mujahadah Berpuasa Besar Ganjarannya.
menahan lapar dan dahaga, menanggung penat bekerja, 
semakin penat semakin banyak pahalanya.
Senyum walau tak bertenaga,
senyum pahala sedekah ganjarannya,
sabar dan menunjukkan wajah manis juga dikurnia pahala
Menolong orang, membuat kebaikan dan bersedekah
dilipatgandakan pahala setiapnya.
setiap kebaikan 70 kali ganda pahala.
setiap langkah, setiap luka, setiap titis peluh keringat bekerja dan beramal soleh juga sama.
Bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, menyenangkan hati orang lain,
penat bertadarus, setiap huruf yang dibaca ada pahalanya.
yang penting elak dari melakukan dosa dan kerja sia-sia.
subhanallah...banyaknya pahala~ kalau pahala tu diletak dalam bentuk wang ringgit, pasti ramai manusia yang akan merebutnya.
pasti ramai manusia yang akan menghindar perkara2 yang 'menerbangkan' 'wang' tersebut.
kalau pada waktu lain, ganjaran pahala diberikan diakhirat sana, tapi dalam bulan ramadhan ni, dengan Rahmah dan Rahim Nya Allah, Dia berhak memberikan kepada kita sekarang, atau pada waktu yang Dia kehendaki. kebaikan yang kita lakukan, mudah terasa dengan tenangnya hati. 
Jom rebut pahala!!! Ramadhan Sales, Pahala Berganda! ^__^

Monday, July 23, 2012

Perbatasan Waktu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk melangkah ke bulan yang mulia ini. Rindu Ramadhan. begitulah rasa girangnya menghadapi ramadhan kali ini. ada bahagian yang gembira, tapi mood untuk menulis tak segembira menyambut ramadhan tahun lepas. mungkin kerana kekangan masa yang sangat2 mencemburui tugasan-tugasan yang sangat banyak. tak terhitung, atau dalam bahasa jepunnya "upside down". semuanya serba serbi tak sempat. mana yang dan tercapai sahajalah... tinggal ana yang paling tua yang kena jadi tangan kanan mak. kakak2 dan abang2 dah punya keluarga masing2, sibuk menguruskan hal2 keluarga mereka. kakak yang disini pulak sedang berpantang anak kedua. entahlah, kalau ikutkan rasa tak sempat ni, nak je berhenti disini. giving up now. sekarang.

tapi, kena ingat untuk orang lain jugak. kuatlah! untuk menguatkan orang lain. senyumlah! walau sedang terluka bersedih. cerialah! walau hakikatnya selalu sahaja menduga. tak mengapa. semua ini jalan-jalan yang perlu ana lalui untuk mengenal hidup ini, belajar sesuatu tentang kehidupan. lambat2 pun, semoga siaplah tugas2 ni. kalau takde kerja nak buat, bosan pulak. masa terbuang sia-sia. MESTI TERUSKAN! untuk diri sendiri, untuk insan-insan sekeliling.

Ya Allah, entah mengapa hati ini bagai hiba menyambut kedatangan Ramadhan kali ini. Terlalu istimewa buatku. Terlalu dinanti dan dirindui olehku. Sehingga hari2 terawalnya, aku bagai kelu tak mampu berkata. Allah, telah tiba yang ku nanti-nanti. Telah sampai yang ku rindu-rindukan. Tak mampu terungkap dengan kata. Menitis airmata. Terima kasih Ya Allah, masih mengizinkan hamba melangkah, meneruskan pembelajaran di madrasah tarbiyyah. Akan ku genggam peluang ini agar tak sia-sia. Agar ia memberi manfaat dan mendidik kami menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ya Allah, terimalah amal ibadah kami, terimalah puasa kami sebagai puasa orang2 mukmin. Terimalah solat fardhu kami sebagai solat hambaMu yang taat...terimalah kami Ya Allah, menjadi hamba yang bersyukur dan meraikan bulan yang mulia ini.

Ramadhan kali ini sangat memberi erti. Walau dalam kesibukan, harapnya perubahan diri ini akan berterusan begini. Kalau puasa tahun lepas, ada aim2 tertentu yang ana catatkan kat sini. Tahun ni tak sempat sangat nak tulis. Kesian ramadhan tahun ni, tak proper sambutannya. Sedih. Dan...sedihnya T_T

Tapi ada 1 aim yang setiap tahun yang ana wajibkan capai untuk diri ana iaitu khatam Qur'an. Tadarrus. Tahun lepas punya Alhamdulillah, dapat la capai hampir 2 kali. Tapi xsampai pun. Khatam skali, dan setengah Qur'an dan hold terus raya. Hold sbb tumpu pada tafsir. Sebab kebetulan masa tu baru lepas dpt usrah psl Qur'an dan terjemahan. Ustzh tanya, pernah x sekali dalam seumur hidup kita ni khatam terjemahan Qur'an. Baru tersedar. Memang xpernah la kan... Lepas tu balik terus bukak tafsir.kuikuikui... Hmm tapi tahun ni Dr. MAZA dh bg pencerahan baru. Gunakan sebulan ramadhan ni utk tadarrus. Tu sunnah nabi. Perbetulkan bacaan dan khatamkan Qur'an. 11 bulan yg lain boleh khatamkan terjemahan...insyaAllah...yg 11 bulan tu cuma perlukan keistiqamahan jelah. Tu yg penting. Take note ye~ hehe...

Seterusnya...hmm...nanti tulis balik boleh x? Sekarang xboleh menulis. Sedih sangat....ape yang disedihkan pun taktau. Baca catatan tahun lepas jelah. I'll write back on day-7 insya Allah.. Wallahua'lam.

Friday, July 13, 2012

Mukmin kuat bila ada ALLAH


Sesekali rutin harian terganggu juga. biasalah, hidup memang begitu. kalau kita nak semua ikut rule kita, semuanya sama je dari awal hingga akhir, buat peraturan sendiri, buat dunia sendiri. sekian.

ehh?? silap2 letak ending atas skali pulak... apepun, pertama sekali kena ucapkan alhamdulillah, setiap hari, kalau boleh setiap keluhan kita, gantikanlah dengan lafaz alhamdulillah..

alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan untuk diri ini terus melangkah. dan semoga langkah ini membawa kita sama-sama terus istiqamah dalam memegang Islam yang pertama dihati. lama rasanya tak menulis kat sini. [tak lama pun...hari2 singgah tapi banyak buat penulisan santai je. bila kurang bermanfaat, kuranglah motivasi diri yang boleh dikongsi dengan sahabat-sahabat]. setiap hari, ada je perkara-perkara baru yang perlu dihadapi, yang kadang-kadang mencabar iman dan sabar didada, mencakar minda untuk terus mengerah idea menyelesaikan masalah. tetapi, selalu ingatkan dalam diri kita, yang kita ada Allah. yang sentiasa tahu apa yang kita mahu dan perlu. Allah yang sentiasa dekat dengan kita, sentiasa ada memahami segala isi hati kita. kita ada Allah yang sentiasa menjadi tempat kita sandarkan harapan dan memohon bantuan

"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan" (al-Fatihah:5)

setiap hari sekurang-kurangnya kita akan melafaz ayat ini sebanyak 17 kali yang wajib. tapi kita masih lagi terlupa untuk meminta, memohon pertolongan dariNya. Dia lah sebaik-baik tempat menyandarkan pengharapan dalam usaha dan ikhtiar. Dia lah sebaik-baik tempat mengadu bila tidak ada yang sudi mendengar lagi, hatta sebelum didengar oleh insan pun, Dia telah dahulu mengetahui. hanya terpulang kepada kita lah untuk menjadi hamba yang berserah kepadaNya dan bersyukur kepadaNya.

Allah tidak terlepas pandang kepada kita walau hanya sekelipan mata. Dia Maha Mengetahui segala yang berlaku kepada kita. tetapi, kita perlu meminta. kerana Allah kasih dan rindu untuk mendengar rayuan dan pengharapan kita kepadaNya. Allah terlalu sayang kepada kita, maka Dia menghadiahkan kita cara yang paling akrab dengannya untuk meminta iaitu DOA. Dengan Doa sebenarnya, mampu membuka hati kita, melapangkan dan mengembalikan kita kepada Dia. Doa yang sedar, rendah diri dan bersungguh-sungguh akan menguatkan ikatan hati kita kepada Allah, apatah lagi ikatan keimanan kita kepadaNya. kesungguhan yang menimbulkan keyakinan yang tinggi untuk tidak berharap selain kepadaNya.

walau sedih dan kecewa, jangan sampai menjadi hamba yang berputus asa. Pernah mendengar analogi pencari emas? dia menggali lombong dengan sabar sebegitu lama, tetapi pada saat-saat terakhir, dia menyerah dan berhenti menggali. padahal, emas itu hanya sejengkal sahaja lagi dari tanah yang digalinya sekian lama. hanya kerana kecewa dan berputus asa, usahanya hanya sia-sia. begitu juga kita. kita tidak pernah tahu takdir hidup ini membawa kita ke mana. seandainya setelah sekian lama kita berusaha, dan pada saat-saat akhir kita menyerah berputus asa, siapa tahu, pada saat itu, usaha kita tinggal sejengkal sahaja lagi mencapai tujuan yang kita inginkan. kerana itu, selalu letakkan motivasi dalam diri. beginilah menjadi mukmin yang sejati, tak pernah menyerah kalah. walau ujian seperti batu besar menghempas ubun kepala, harus kuatlah melangkah. kaki sentiasa terpasak, ambil semangat yang mula goyah. teruskan melangkah. kita tidak tahu bila kita akan mencapai tujuan, tatapi yakinlah, setiap usaha kita, pasti akan ada hasilnya, dari sekecil-kecil hasil hingga sebesar tujuan utama.

wallahua'lam.

Monday, June 18, 2012

Kerja Harian

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah...setiap hari ade je 'mission' yang perlu diselesaikan..mencabar...tu perkara biasa. Ade je yang menguji sabar dan mentrigger minda untuk berfikir lebih kritis. Macam seorang cikgu yang perlu bersedia setiap hari dengan 'persoalan'2 yang mencabar dari pelajar...ana dah terasa macam cikgu pula nak kena ajarkan satu persatu kepada pesakit...tetapi tak mengapa... Setiap buah fikiran yang dilontarkan hakikatnya tarbiyyah buat ana untuk lebih memahami dan mendalami apa yang ana tahu. Hakikatnya, orang yang tinggi ilmu adalah kerana dia sudi merendahkan diri belajar daripada orang yang tidak tahu. Seorang cikgu yang hebat, adalah kerana dia sudi belajar menyelesaikan masalah anak muridnya yang kadang-kadang kelihatan remeh. Tetapi itulah sebenarnya tarbiyyah terbaik dari Allah untuk mematangkan kita dalam bidang kita. Wallahua'lam

Wednesday, May 2, 2012

Tanpa Kata


entahlah...now, i know. saya faham dan saya mengerti. tapi, maafkan saya untuk memberitahu. bahawa blog ini bukan dibuat atas dasar untuk memberi, membenarkan, mengajak atau meminta sesiapa membacanya. cukuplah sekadar coretan hati ini, ketika tiada siapa yang mahu mendengar kecuali Allah, ketika tiada siapa yang akan mengerti perasaan ini kecuali Allah, dan ketika tidak ada seorangpun yang saya harapkan untuk memberi simpati atau hatinya, tangannya mahupun bahunya untuk menumpang rundum ini. tidak untuk memberitahu kamu, dia atau sesiapa sahaja yang mahu mengetahuinya, apatah lagi yang tidak mahu mengetahui. kerana saya tahu, setiap penulisan ini, dipenuhi dengan airmata, rungutan dan sesalan yang tidak seorang manusiapun akan bertahan mendengarnya terus menerus. kerana itu, tempat ini bukan tempat untuk menumpang teduh, bukan juga tempat untuk melepaskan penat seharian bekerja. kerana tiada hiburan disini. tiada kata-kata manis atau berita gembira untuk dikongsi.

Wednesday, April 25, 2012

pengalaman pertama

today was a great day...pengalaman pertama menggunakan smartphone dan yang lebih teruja sekali sebab guna hasil titik peluh sendiri yang tak seberapa ni...setelah setahun setengah kerja,kumpul duit sendiri k...buy the worth one...HTC SENSE. Tak kenal maka tak cinta...macam tu gak ana dengan smartphone ni...sangat friendly user dan hampir 70% support perisian komputer. Nama pun high technology computer. Boleh call n guna komputer...tapi takla selengkap komputer. Skrin pun kecik je...7'×4' jekot lebih kurang. Tapi boleh dibawa kemana2 pun dah kira worth. Internet access anywhere"everywhere....dan. tentu sekali yang ana paling minat tentang ni adelah boleh blogging dimana2! Sangat berharga bagi seorang blogger, apetah lagi kemahiran blogging ni sangat bergantung kepada ilham yang datang hanya pada waktu2 tertentu sahaja. Alhamdulillah...semoga kemudahan yang الله permudahkan kepada ana ni boleh ana gunakan ke jalan yang diredhaiNya...aamiin...doakan ana~

Ok..selepas ni kena kumpul duit untuk belajar kereta semula pulak (actually boleh je belajar bila2 pun...tapi banyaknye sebab masa yang tak mengizinkan) dalam hati duk berdoa...supaya Allah matangkan ana segeralah siap belajar kereta....dulu bimbang 'perkara' lain...sekarang insya Allah itu takkan terjadi :-D. Ana kuat! Dan boleh hadapi dengan senyuman ;-)

Biiznillah...mula mengumpul duit dari sekarang...bukan ana sahaja, tapi jugak anda smua...untuk kemaslahatan Islam.please jangan salah niat pulak yer.hehe..Allah first n always, moga2 Dia dorong permudahkan pekerjaan yg diniatkan untuk agamaNya, insya Allah...
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, April 7, 2012

tenangkan Ya Allah


ana tak tahu kenapa dengan hati ni... Ya Allah, tenangkanlah hati ni... terangkanlah kepadaNya tentang hakikat ini...bisikkan kata yang mampu membuat dia diam, duduk menunggu dengan tenang, pasrah dan redha.

entah kenapa harini. mungkin terlalu banyak perkara yang menggembirakan yang membuat dia berdegup begitu laju. tetapi, Alhamdulillah, ada kakak yang Engkau kurniakan padaku, buat mengingatkan aku erti syukur kepadaMu, erti pasrah kepadaMu. gembira ini bukan untuk selamanya. ingatlah. jangan terlalu gembira untuk perkara yang belum pasti, kerana sesungguhnya semua itu milik Allah. kegembiraan mampu menjauh dan memutuskan ikatan cintamu kepadaNya, memutuskan riak rindumu kepada Dia Pemilik segala rasa.

kembalikan kepadaNya. kau lupa untuk tersenyum. kau lupa untuk merebahkan dirimu sujud mensyukuri nikmat sakit dan sihat yang Dia beri. kau lupa untuk kekal memegang diri tidak lalai dan lupa dari mengingati Dia. mengapa ingatkan dia lebih dariNya? mengapa ingatkan dia hingga lupa? tak kira lah dia itu manusia atau harta benda, tak kiralah sedekat mana dirimu dengan dia itu. tak kiralah seperlu mana dia itu kepadamu.

BEHAVE YOURSELF AMIRAH! NEVER! NEVER! AND NEVER!

tundukkan hatimu disaat dia sedang bercelaru. jinakkan hatimu di saat dia bergelora. ingatkan kepadanya, esok masih ada. dan janji Allah pasti akan terlaksana. ingatkan dirimu, esok tidak pernah terlambat bahkan tidak tercepat pun bila Allah telah menulis tentangnya. segalanya pasti berubah mengikut masa. dan masa itu hanya terpulang kepada dirimu untuk mencantikkannya atau merosakkannya. segalanya pasti akan kembali semula kepada Allah. dan Dia tidak pernah memungkiri janji.

ps: menulis macam ni pun telah menenangkan hati ana. Allah, pelihara diri ini dekat denganMu selalu. dan mak abah first after Allah n rasulullah.

Sunday, October 30, 2011

-as conclusion-


Terasa jalan yang ku lalui penuh onak dan liku. dan semakin menghampirinya, semakin aku lelah menebas duri perjalanan. sehingga terasa sesaknya dada menghadapi kehidupan. aduhai pengembaraan, berakhirlah tidak lama lagi. maka, akan aku relakan. andainya semua yang terjadi terlalu menyakitkan, biarkan segera berakhir pergi. biarkan malam berlalu, dan siang membawa cahaya yang berseri!

Monday, July 25, 2011

Menghampiri Ramadhan.

Bismillahirrahmanirrahim. nak mengambil aura ni... aura apa pun taktau...haha.


Alhamdulillah, sepanjang penglibatanku dalam dunia blogging, rasanya kalau tak silap, ni dah nak masuk ramdhan yang ke-4 aku menulis. kalau campur dengan blog friendster dulu My SiMpLe sPaCe, blog kanak-kanak rebina, rasanya dah 7 tahun la menulis. ui...lamanya... tak sangka. hehe...harap2nya apa yang aku tulis tu memberi manfaat kepada orang lain, walaupun some of it memang tak memberi manfaat pun. tau dah. tapi, harap2nya most of it lebih berunsur mengajak kita kembali semula kepada Allah. kalau rasa blog ni macam tipu je, ataupun macam hangat2 tahi ayam je, ataupun macam alim2 kucing ke, ce tengok kat bahagian atas skrin korang tu, ade butang warna merah bentuk X tu, tekan je yang tu. serius senang nak menghindarkan diri korang dari merosakkan diri sendiri dengan penulisan2 yang hanya berunsur 'takleh belah' camni...hehehe...tak marah, suka...ngee :D
melalut2 dah...
baru nak masuk tajuk. menghampiri ramadhan. sebenarnya dah boleh kira dengan jari, [takyah pakai jari kaki, jari tangan pun dah cukup dah nak kira] berapa hari lagi nak raya...eh, salah! puasa laa! berapa hari lagi nak puasa. apa persiapan kita untuk menyambut kedatangan yang kita nanti2kan ni? malamnya, kita akan berterawikh. tu permulaan sambut ramadhan. pastu, tilawah. macam biasa, macam tahun2 sudah, kami sekeluarga akan berlumba sape tilawah paling banyak dan khatam dulu...haha...tak bagus sebenarnya, baca sebab nak menang. haha... tapi, sebenarnya tu la cara yang membuatkan kita rasa seronok sangat2 beribadah. bila ada persaingan, bila buat sama2, pastu bersaing...akan terasa seronoknya, indahnya ibadah, terasa berlumba2 nak dekat dengan Allah. in fact, itu juga adalah salah satu tujuan pernikahan. untuk berlumba2 saling menguat dalam menyubur cinta kepada Allah. mahabbah terindah bila wujudnya keluarga muslim dari semua sudut. eh, terlari track plak...patah balik...patah balik. ok, sape nak bet dengan aku tilawah tahun ni, angkat tangan! haha...ditaja oleh aku. tapi buat sendiri2 la, ape2 hal tercicir ke, tak pandai ngaji ke penaja tak tanggung. pandai-pandai lah tanggung ye. 
then, pertandingan seterusnya, bangun sahur. alamak... yang ni, kalau tak time bulan puasa aku memang liat sikit nak bangun sahur. tapi, time puasa, tidur lewat camana pun, tetap akan bangun jugak. paling lewat pun pukul 5 dah kena ready. kalau orang lain taktau la, tapi setakat hari ni, yang aku tau amalan dalam keluarga aku, sahur tu dah macam wajib. juadah macam biasa, nasi dan lauk pauk macam makan malam. so, malam mesti masak extra supaya boleh makan sahur sekali. paling penting, kena ada kurma, kopi radix n air masak. tu yang penting la selain nasi2...

solat subuh... sebelum2 ni, lepas sahur mesti tak boleh pegi subuh kat masjid. sebab? 1-pompuan bila dah siap makan2 kena kemas dapur ok. then lelaki simpan tangan. haa elok la tu. 
tahun ni tak kira. makan sama, kemas sama jugak laa... sebab aku pun nak gi semayang kat masjid jugak subuh. hehehe... kalau la boleh cakap camtu kann... tapi takpa, mak kata, pompuan buat kerja susah2, dapat pahala wat kerja tu. lelaki kalau nak ragging pompuan, nanti dapat dosa zalim. hahaha...ada berani? buatla kalau berani! :P
2. kadang2 pompuan ada masalah sebab lambat lah, itulah, inilah...pastu lelaki dah siap dulu, senyap2 keluar stat enjin kereta, jalan. best la main tinggal2...yang kena tinggal ni hangin tak ingat. huhu...
tahun ni, insyaAllah, siap sebelum tido eh. adik2ku yang tinggal2 lagi ni, mari kita siap2 nak pi solat subuh sebelum tidur. supaya tak kena tinggal solat subuh kat masjid...haha...bertuah punya kakak!

then, sepanjang hari tu, selain buat amalan wajib, tambah amalan sunat. serius, bila tiba puasa, memang rajin giler...semua benda boleh buat. kalau tak puasa penat sangat, tapi bila puasa ok je buat semua tu... sebab macam takda apa nak pikir. fokus tak pecah kot, tak banyak godaan syaitan. agaknya la... [bukan memang betul ke takde godaan syaitan? n kalau tergoda tu bukan sebab syaitan la tu, sebab nafsu yang dah terdidik jadi jahat sejak sebelum puasa]. Di selang seli kan dengan bacaan al-qur'an. mesti kena baca. sebabnya dah aim setiap hari WAJIB habiskan 1 juzuk. jadi nak tanak kena jugakla baca. hujung bulan ada khatam beramai2. jadi kalau tak khatam, rasa macam tak best la kan. bukan khatam untuk diri sendiri, khatam untuk orang lain...hmm... boleh rasa sendiri la macamana rasa tak best tu.
menjelang asar.... dulu dah asar je, fikir nak buat juadah apa untuk berbuka. juadah ni termasuk sekali ngan kuih ape, nak minum air ape, masak mee ke, atau bubur ke... tu tak termasuk makan malam...haha...bukan melahap nih. saja nak memeriahkan suasana. barulah rasa puas berpuasa sehari. tapi biasa buat pun tak banyak mana... dulu masa suma orang kecik, ada 10 orang kanak2 rebina nak makan. sekarang suma dah besar, anak2 sedara pulak. tu pun kalau diorang ada datang, ada la orang tolong meriahkan. kalau takda, boleh kira berapa orang je...ade la 2-3 orang. kalau campur mak abah, ada la dalam 5 orang. jadinya, tahun ni tak tau la akan terus meneruskan tradisi membuat kuih muih iftar ke tak... tengok keadaan. nanti cek update dari semasa ke semasa. [haha...kebajetan la ada orang nak baca belog aku]

Part yang paling best, bila bukak puasa, kena makan kurma, air kopi, jamah kuih sikit pastu terus solat maghrib. membazir je lah buat kuih banyak2! kan? hehe...tu la gunanya moreh. bawak kuar balik kuih2 tadi makan masa dah penat2 solat tarawikh. azam tahun ni nak solat tarawikh kat masjid, kalau tak setiap hari pun, mostly nak pegi masjid solat terawikh! suka pegi solat kat masjid, ada 'perasaan' dia tersendiri [define perasaan>feeling...haha...aku dah terjangkit penyakit define2 nih. adui!]

solat tarawikh, tak kisah la nak buat 8 rakaat ke, 20 rakaat ke... yang penting, mesti buat. optional, ada qiam after beberapa jam dah tidur tu. pastu, witir. 

rasanya, overall tu jelah aktiviti wajib yang biasa buat dengan family. erk...raya? persiapan nak raya, raya nanti baru cerita. sekarang nak puasa. get ready with Qur'an, telekong, sejadah, buku resepi [haha...perlu ke?takpayah...]
ok lah. mungkin entry ramadhan kali ni lain sikit dari yang tahun2 lepas. tapi takpe lah. buat 'santapan rohani' dan penyucian mata anda yang nak baca. kalau taknak baca...erk...ok, dah pesan awal2 tadi. dia takkan baca dah part yang bawah ni. 
ok, till then, selamat menyambut ramadhan al-mubarak. selamat puasa semua, n jangan lupa ya...kita sama2 mengukuh dan memperbaiki amalan2 wajib dan memperbanyakkan amalan sunat. azam ramadhan tahun nie :D
Wassalam.

Saturday, July 9, 2011

Jauh

betul jugak yek... jodoh tu sebenarnye dah ada... jadi kalau orang tanya kenapa tak kawin lagi, jgn salahkan jodoh... salahkan diri sendiri [kalau nak salahkan laa...kalau taknak salahkan lagi bagus]. jodoh tu sebahagian dari rezeki yang Allah dah tetapkan sejak azali lagi... jadi, tinggal kita je yang perlu berusaha. berusaha untuk mencari dan terus mencari, disamping men'jadi' untuk si pencari... sebab jodoh umpama jambatan. kalau usaha kita belum mencukupi, plus, masa yang Allah tentukan terbaik untuk kita tu belum sampai lagi, jambatan tu umpama jambatan yang tak siap. tak bersambung sampai ke hujung. kita tak tahu bila waktunya Allah tentukan pertemuan dengan jodoh kita, sebab ilmu manusia sangat terbatas tentang masa akan datang. tapi kita tahu yang kita boleh berusaha. jadi, kita kena berusaha mencari dan menjadi. yang menentukan bila akan terjadi adalah Allah. dan jangan sekali-kali berputus asa dalam mencari, sebab putus asa bukan sifat seorang mukmin. jawapan terbaik kalau ditanya, jawab sahaja insyaAllah...mudah dan ringkas...dan tepat (",). semoga semuanya dalam perancangan Allah Yang Maha Pengatur Agenda...amiin...

Thursday, June 30, 2011

Debar Hatiku



Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Ok, jangan fikir lain ya bila baca tajuk. Entahlah, dah tutup laptop, tapi hati masih rasa berat untuk tidak mencoret sesuatu untuk si ‘biru’ nie… blog ku yang kadang2 cantik menyimpan ilmu berguna buat renungan bersama. Ada kalanya, hanyalah tulisan kosong yang tak dapat memberi apa2 kepada pembaca. Maafkan kekhilafan diri ana.

Thursday, June 16, 2011

unggas berbisik...


Bermalasan di pembaringan…sebentar lagi bakal berlaku gerhana bulan. Alhamdulillah, malam ini Allah mengurniakan hujan buat membasah bumi yang sedang gersang. Niat dihati hendak ber’fb’ di hp sahaja sementara menunggu bulan bergerak menyusun putarannya melengkapi percaturan gerhana. Lagipun tidak ada apa yang perlu dilihat, Cuma membaca dan membalas komen, jika ada. Sementelah melihat kotak cantik di atas meja, hati terusik membisik rindu pada sebuah ukhwah yang baru terbina. Terbawa ana membuka laptop kecil yang usang ini. Ingin sekali jemari ini menaip kata buat nukilan si blog biru. Alhamdulillah… begitu nurani membisik kalimah kesyukuran, ana terbayang pada wajah2 ceria mereka. Alhamdulillah, Allah tautkan hati-hati kami dalam sebuah pertemuan yang tak ku sangka. Tak pernah terlintas di fikiran ini, terputusnya satu ikatan, membawa hati ana bertaut pada ikatan-ikatan yang lebih utuh. Terima kasih Ya Allah… Engkau mengurniakan ku nikmat yang terlalu indah untuk ku ungkapkan. Ku kira, impianku selama ini bakal tercapai. Moga kuatlah hati dalam meniti langkah demi langkah yang bakal mendatang. Ana mahu, betapa berkobar-kobarnya hati ini tatkala kalimat itu dilaungkan. Ini yang ana cari selama ini, ana tahu itu. Kerana tanpanya, terasa jasad ini mati, kosongnya jiwa, terbuangnya masa sia2. Walau ana tahu, kudrat ini takkan mampu mengejar langkah demi langkah para mujahidin yang begitu laju meninggalkan ana dibelakang, tetapi ana akan terus mengatur langkah ini, biar sama sampai ke tempat yang kita tuju. Ya Allah, baru sebentar perpisahan ini, hati telah merasa begitu rindu. Pada riuhnya suasana dek suara-suara si kecil, pada kalimat-kalimat yang disusun diatur menjadi nasihat dan penguat semangat. Ya Allah, telah lama rasanya jiwa ini gersang, tandus dari nasihat dan peringatan, kaki kejang berhenti tidak melangkah, hati telah layu dan terpukul dengan dunia. Betapa Ya Allah, malam ini, Engkau telah mempertemukan kami, membasahi hati ini dengan kalimatMu Yang Maha Agung, seperti basahnya bumi disimbah hujan. Tak ternilai rasa syukur ini jika dibandingkan dengan nikmatMu Yang Maha Pengasih. Terima kasih Ya Allah, telah memberi jalan dan ruang untuk diri ini meneruskan tugas ana disini, dipersinggahan sementara ini. moga langkah ini terus diatur ke depan. Bantulah daku kiranya ia terhenti, kurniakan daku sahabat dan teman yang saling menguatkan langkah ini, yang selalu sentiasa ada disisi, agar saling memberi dan menerima. Terima kasih Ya Allah…

P/s: si kecil raihana, si kecil farhan, si kecil iffah dan si kecil izu… sudah rindu pada kalian… Ya Allah, rindunya pada bakal sikecilku nanti… moga sempat Kau kurniakan ku cahaya mata dan hati buat bekalan ke akhirat nanti. Kudoakan dalam sujud terakhir di hening malam ini, perkenankanlah Engkau menemukan aku kepadanya, si pemimpinku yang telah Engkau muliakan dia dari sekalian yang ada, moga terlerailah rindu ini dalam keredhaanMu, dan moga teruslah kaki ini kuat dalam melangkah membimbing generasi al-Qur’an nanti. Amiin…

Tuesday, June 7, 2011

Kita tak pernah pasti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum pembaca. ana lontarkan ucapan salam walau tahu, teratak ini sunyi dan sepi dari kunjungan. dan ana telah merelakan teratak ini sunyi kerana tahu, tidak ada apa yang perlu dikutip disini. hanyalah nukilan dan coretan yang cacat dan cela dari hambaNya yang sedang bertatih menjadi sebenar-benar hamba. yang tidak tahu sampai bila diri ini diberi peluang untuk belajar menjadi hambaNya. pasti, akan tiba juga waktu itu, waktu langkah ini terhenti, nafas ini terputus dan denyut nadi ini tidak beritma lagi. siapalah ana untuk memungkiri takdir ketetapan Allah. 

entah mengapa, debaran ini terasa semakin kerap, makin kejap menghentam jiwa. sudah menghampirkah waktu ana? akan berakhirkah peluang didunia ini? hampir tertutupkah pintu taubat buat ana? ana tidak pernah

Wednesday, May 11, 2011

Nuraniku berbisik

bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. ape khabar iman kita harini? moga2 dengan hari-hari yang bertambah nie meningkatkan iman kita. Ya, moga ia meningkatkan iman kita. tapi, kenapa ya... duhai imanku, apa dah terjadi kepadamu? lelah ku mengikut rentak yang semakin sukar ini. imanku, apa telah terjadi kepada kamu...



bear in mind dear...

Wednesday, April 20, 2011

biarkan waktu terus berlalu...

biarlah hari ini menjadi hari-hari yang suram buatku. apalah ertinya menjalani hari yang gembira tetapi dipenuhi dosa dan dusta.
biarlah waktu didunia ini menjadi waktu yang duka dan siksa buatku. aku memohon agar dengan ini aku mampu membersihkan diri untuk menuju jannah yang diidam-idamkan.
aku kagum pada kesucian cinta Rabiah al-adawiyyah kepada Allah. hingga dia sanggup mengungkap dihadapan Allah, jika segala amal ibadah yang dia lakukan hanya untuk mendapatkan syurga Allah, dia lebih rela dirinya dicampak ke neraka.
masya Allah... betapa hebatnya cintaMu yang Kau anugerahkan kepada dia. aku cemburu padanya yang mampu memiliki cintaMu yang begitu agung. betapa, aku masih begitu jauh untuk mendapatkan keperibadian seindah rabiah, secantik fatimah puteri Rasulullah.
biarlah aku menjalani hari-hari ini dengan duka. biar ku pendamkan segala rasa yang terbuku.
biar ku simpan kemas dalam diriku segala kerahsiaan ini. aku mahu terus merasai kemanisan itu, yang pernah Kau kurniakan buatku.
janganlah Ya Allah, Engkau tarik kembali nikmat iman yang Kau berikan kepada hambaMu ini.
janganlah Ya Allah, Engkau menjauhkan aku dari kemanisan itu.
janganlah Ya Allah, Kau palingkan hatiku dari terus mendapat hidayah dariMu.
semakin hampir masanya, aku semakin takut dan gelisah.
andai aku menjauh dariMu... aku tidak mahu hidup dengan hati yang luka.
aku tidak mahu diburu rasa bersalah seumur hidupku.
aku tidak mahu bersandar pada orang yang salah, kerana persandaran makhluk itu hanya pada Allah.
aku tidak mahu menjadi boneka dan bahan perjudian dunia.
aku tidak mahu menjadi apa-apapun yang berkepentingan dan dipandang didunia ini.
biarlah aku hidup sederhana dan terpencil, tidak dikenal siapa-siapa.
aku takut andai Engkau mendekatkan aku dengan manusia, aku akan menjauh dariMu.
aku takut jika Engkau memudahkan aku kepada manusia, aku akan sukar mencapaiMu.
aku bimbang aku tidak terpimpin dan terbimbing oleh tangan manusia.
bukan kerana aku ini sempurna, bahkan tidak sama sekali!
tetapi kerana aku bimbang, yang bakal memimpinku juga mengharap agar aku memimpinnya, sedangkan pimpinan yang terbaik adalah Engkau Ya Allah dengan sifat al-hadi Mu itu.
Ya Allah, janganlah Engkau serahkan aku kepada manusia, kerana penyerahan itu adalah kehancuran buatku.
janganlah Engkau tinggalkan aku walau sekelipan mata pun, kerana terlepasnya aku dari taliMu adalah kebinasaan buatku.
Ya Allah, dengan sifatMu Yang Maha Pengasih dan Penyayang, bimbinglah cintaku ini agar tidak mencintai dunia melebihi cintaku kepadaMu, jangan sedikitpun Ya Allah... bantulah aku Ya Allah...

p/s: mengapa saban hari aku menjadi semakin gelisah. tidak ada apa-apa dihadapan yang menantiku (setahu aku). tetapi aku terus dengan rasa ini. merasakan rindu yang tak terungkap, sedangkan aku tidak tahu apakah yang ku rindu kan. merasa tenang berada disisiNya saban waktu untuk memulangkan rasa rindu kepada Pemilik rasa rindu ini. dua tiga hari ni, hati rasa berat dan tidak tenang, kelam dan menjauh dari Dia. mengapakah ini terjadi padaku? adakah aku telah melakukan suatu kesalahan yang berat? Ya Allah, ampunkanlah dosa2ku. teman, andai aku telah mengguris hatimu, maafkanlah kekhilafan diriku. maafkanlah aku...

Tuesday, April 5, 2011

Sanah Helwah Ya Jamilah (",)

Alhamdulillah... telah bertambah umurku...
subhanallah... telah berkurang usiaku...
apa yang telah aku lakukan selama 24 tahun dipinjamkan jasad ini?
adakah aku telah berusaha menjaga rohani dan jasmani pinjamanNya ini dengan baik?
Ya Allah, dengan bertambahnya umurku, moga bertambah juga amalanku, dan bertambahlah kematanganku dalam mengharungi samudera kehidupan ini... amiin...
...terima kasih kepada yang mengingati dan bersusah payah mengucapkan selamat...
...Moga Allah memberikan ganjaran atas keikhlasan kalian...
...sanah helwah ya jamilah...
*pelbagai rasa...ada gembira, ada duka, ada bahagia, ada terluka*
*moga dijauhkan dari merasa kecewa dan berputus asa*