Wednesday, June 27, 2012
Rindu Pada yang tiada
TweetFriday, June 22, 2012
sejak bila la pulak
TweetSerius have no idea sejak bila aku terpaksa pertimbangkan perasaan orang lain bila terpaksa sampaikan kebenaran. Kebenaran memang tak boleh disembunykan...ibarat bangkai gajah, nak tutup dengan daun pisang, kompem la tak boleh kan..tapinye...oh kenapalah tiba2 aku terasa serabut menjadi front line ni...memang la taktahu la nak cakap ape...kalau kena sembur tu memang biasa lah. Tapi sebab jarang2 je turun kat orang n jarang2 je nak act kind (huhu yang sebenarnya si pemalu yang tak peramah langsung ni..) menyebabkan sekali sekala turun terus disembur tu membara juga jantungku walaupun hanya mampu...senyum je~ oh Allah, sesungguhnya kalau bukan keranaMu, memang ku dah off dah fb ni. Dan akan tinggalkan dunia maya yang palsu ni selama-lamanya *errkk...yeke tinggalkan selama-lamanya* huhu...esok....hari yang sangat sibuk...dan harini memang tak sempat langsung nak prepare...kenapalah dengan diriku ini Ya Allah.... Aku rasa macam nak menyorok bawah tanah. Serius dan sebenar-benarnya rasa macam ni... Selamat tinggal dunia~ huhuhu...
Thursday, June 21, 2012
terpulanglah...
TweetKalau aku yang bersalah, terima kasih kerana menegurku. Kalau kamu yang salah, awal2 sudah ku maafkan salahmu. Manusia memang tak sempurna...tiada yang sempurna hingga tak pernah melakukan salah. Tetapi kalau kesalahan yang sama diulang-ulang, seperti tak pernah mengambil ibrah atas kesilapan lalu, itu lebih tidak patut berbanding perlu memaafkan salah. Maafkanku kerana selalu bersalah.
Sudah ku lapangkan hati. Terima kasih kerana pernah hadir. Seandainya takdir tak menyebelahi perancangan kita, sekurang-kurangnya aku akan lega. Bukan kerana tak memiliki kamu, sedang kamulah yang ku damba kerana iman dan taqwa. Tetapi kerana sekurang-kurangnya aku tahu yang aku telah bersungguh-sungguh mempertahankan anugerah Allah ini, telah ku sandarkan hati dan pengharapan ini kepada Allah dan telah ku bersihkan cinta yang terungkai dariNya dengan airmata. Aku tak kuat sendirian. Tapi ku takut menghadiahkan hati ini kepada sembarangan orang. Bukan kerana kamu tidak layak, tetapi kerana kamu juga memerlukan Allah untuk terus kuat dan bertahan. Hati kita, jiwa kita, diri kita, biarlah menjadi milik Allah selamanya. Kerana cinta seperti itu lebih abadi tidak melukai jika sudah tiada harapan untuk meneruskan. Tanyalah pada hati, benarkah ini pilihan yang paling tepat? Tanyalah pada iman, mengapa diri ini yang terpilih. Jika jawapannya masih samar, ambillah masa untuk benar-benar yakin. Sama ada jawapannya ya atau tidak, kamu bebas menentukan. Tidak ada paksaan untuk kamu memilih siapapun. Bukan hanya terus berada diatas ikatan yang tak pasti...
Jika Allah mengizinkan aku berteman didunia ini, aku juga berharap ia adalah kamu. Tetapi Allah lebih tahu apa yang kita perlu berbanding apa yang kita mahu. Jika pada Pengetahuan Allah, kamulah yang perlu hadir dalam hidupku, Allah akan aturkan perancangan terbaik buat kita. Jauh, terpisah, berbeza...semuanya akan jadi mudah...hati yang tak pernah kenal pun akan terikat. Semuanya atas kehendak Allah... Tetapi jika kamu hanyalah kemahuanku, bukan yang diperlukan olehku, mungkin jarak yang dekat pun akan terpisah tak bertemu, walau sering ada pertemuan pun, hati takkan pernah terbuka untukmu. Terpulanglah...aku telah merelakan.. ya, tidak, tak pasti... Semuanya akan menyakitkan dan membahagiakan. Tidak ada antara pilihan yang diatas ini sentiasanya membahagiakan atau mengecewakan. Kerana kedua-duanya warna warni yang indah dalam hidup.
Aku pernah lebih sakit tersiksa sebelum ini. Dan aku pernah membuang kamu dari hati ini. Tapi kerana Allah, ku tak tahu sejak bila Dia mendekatkan aku denganmu. Membuat ku pasrah dalam menunggu. Melepaskanmu tanpa kamu menyedari kehadiranku. Membuat aku menyesal mengapa kamu yang terpilih, bukan dia atau dia atau dia.
Tapi Allah tunjukkan aku bahagian dirimu yang membuat aku gembira. Entahlah... Apa2 yang membahagiakan dan menggembirakan, takkan ku tulis disini. Tunggulah jika Allah izinkan jalan ini sampai ke hujungnya pertemuan, semua cerita indah akan tercatat sendiri. Tak perlu diukir dan dilukis dimana-mana. Kerana...sekiranya Allah tidak mengizinkan kamu memilihku, semua cerita gembira ini akan menjadi luka yang tak mampu terpadam untuk menghadapi masa depan.
Aku tahu aku belum cukup kuat. Saban hari hati tertanya-tanya ke mana takdir ini akan membawa diriku, membawa dirimu. Janji telah terpateri. Tetapi jalannya masih tak mampu ku duga. Tiap kali jiwa terluka dan sedih, ku cuba kuatkan hati dengan memasrahkan diri kepada Allah. Ku mengadu kepada Dia, mengenang kembali jalan-jalan yang Allah telah aturkan buat kita. Waktu aku tak dikenali olehmu, betapa hati ini tenang berkata "ah, dia siapa. Mengapa harus mengejar dan beria-ia kalau hanyalah siapa-siapa. Tak perlu risau. Jodoh takkan pernah tercepat atau terlambat. Jodoh takkan pernah lari dan pergi. Berharap yang tak pasti hanya menyakitkan hati. Jadi tak perlu risau."
Tak pernah hati ini tenang menunggu seperti ini. Maaf, tapi kamu bukanlah yang pertama ku minati. Cuma, aku tak berkawan dengan sembarangan orang. Dan hati ini paling keras untuk meminati seorang lelaki, apatah lagi berkenal-kenalan. Aku akan segera tamatkan jika ada yang berusaha mendekat. Aku memang tidak berkawan dengan lelaki walaupun ukhwah fillah. Hanya atas dasar kerja dan perniagaan, itupun seboleh-bolehnya ku elakkan. Entahlah... Aku malu. Itu yang sebetulnya. Malu kepada Allah, malu kepada diri sendiri, dan malu kepada seorang lelaki.
Inilah diriku yang belum kamu kenali. Inilah diriku yang tak pernah sempurna untukmu. Aku tidak solehah, tidak pandai, tidak tekun dan tidak ada apa-apa kelebihan yang mampu ku persembahkan untukmu. Aku hanyalah diriku yang lemah dan hina, banyak kekurangan yang akan kamu temui sepanjang perkenalan ini. Dan terpulanglah kepadamu untuk memilih. Wallahua'lam.
Tuesday, June 19, 2012
Harapan yang tertunai
Tweet
Siang malam ku berdoa, Allah, jadikan aku bersama-sama mereka dalam perjuangan ini. sejak ku mula mengenali kebergantunganku kepadaMu, sejak ku mula di ajar, Islam ini adalah yang tertinggi, yang wajib diperjuangkan sehingga ia diangkat yang paling tinggi. entahlah, dari mana inspirasi ini tercetus, dari mana ia bermula. seperti kesusahan dan kepayahan berjuang mudahnya mekar dalam hati ini. biar airmata ini terus mengalir, ia jalinan cintaku kepadaMu. biar ketawa ini terus tersembunyi, ia ubat mujarab untukku ingat padaMu.
Allah, tertunai sudahkah harapanku kala ini? menjadi asing seperti mereka? jalan yang dulunya begitu berliku buatku, duri-durinya mencalari langkahku...
Entahlah hari ini masih sama. aku takut untuk menonjolkan diri. bukan kerana takutnya mehnah dan tribulasi, tapi ketakutan musuh dalaman bakal meraja hati. tidak mahu dikenal. cukuplah dakwah ini sampai. jangan mengenal orangnya. aku malu dikenal. dan malu untuk meletak diri sebagai orang yang dikedepankan. biar aku berkata dalam keadaan mereka tidak kenal wajah empunya suara. aku malu bila bisik-bisik pujian menyapa telinga...Allah, bukankah kecantikan dan kesempurnaan adalah milikMu. mengapa mereka tidak pernah mahu melihat Pencipta Yang Maha Hebat menyembunyikan kecelaanku ini. Kekasih hatiku, yang selalu menjaga dan memelihara aku...Harapanku tertunai, untuk sama-sama berjuang dimedan ini. aku mahu beramal keranaMu, bukan untuk mendapat pujian. kerana pujian melemahkanku, maaf-DISINI TIDAK ADA KUPON PAHALA UNTUK PUJIANMU- ku terima seadanya, ku kembalikan kepada Pencipta. tapi, mohon pengertian..tolonglah jangan memujiku... akanku bidas satu persatu. aku bukan lemah untuk menghadapi. selagi ia boleh mengembalikan keyakinan diri, selagi itu akanku cantas pujian-pujian itu.
Nota Kaki:
memikirkan masa depan...
andai ditakdirkan selamanya sendirian...
masih ada yang PERLU ku fikirkan...
masih ada Allah tempat ku sandarkan harapan...
masih ada ibu ayah untuk bakti ku taburkan...
masih ada agama Islam yang perlu ku perjuangkan...
jauh lebih penting sebelum hadirnya seorang insan...
yang hanya untuk mengisi sebahagian iman...
melengkapi ketaqwaan seorang insan...
membina jillul Islam, generasi Al-Qur'an
p/s: banyaknya perancangan yang masih tertunda...
lesen kereta...kakak2 nisa' dah 'warning' cara halus dah bila nak boleh gerak sendiri~ hmm...masa...oh masa... Allahumma yassir wala tu'assir~ permudahkanlah Ya Allah andai ini yang terbaik buatku...
macam mana nak meramaikan ahli nisa' PB yang semakin berkurangan...
kamera, Alhamdulillah, dah dapat, walaupun kena 'paksa' beli...tapi alhamdulillah masalah dapat diselesaikan...bukan apa, kamera ni antara aset asas utk kerja. kalau takde, tak jalan kerja yop... mcmana nak cari rezeki sehari-harian...hmm...tapi skali beli yang puas hati punya...setelah ...erm...3 tahun kot mengidam kamera macam tu, dan alhamdulillah dapat jugak akhirnya...berkat rezeki yang Allah kurniakan... dan yang paling puas hati, belong to me~ jadi boleh angkut ke mana2, kalau dah tak kerja kat sini pun boleh angkut sekali... masa abah tengok ana test kamera yang abah belikan tu, abah kata " hai kakak...macam orang dah nak kawin" (erkk...apa kena mengenanya) sambil gelak2 tengok ana pegang kamera...hmm... harapan tertunai...(?) eh, bukan untuk kawin tu lah! untuk ada kamera sendiri dan dgn kamera sendiri yang boleh rakam gambar2 hari2 istimewa dalam hidup...contoh...HARIRAYA! kuikuikui... macam tahun lepas, camerawoman ni kena ambik gambar raya lagi, tapi kali ni pakai sendiri punya camera! Alhamdulillah....
Monday, June 18, 2012
Kerja Harian
Tweet
Friday, June 15, 2012
kepastian
TweetKita tak pernah pasti dengan kehidupan ni. Kehidupan yang selalu sahaja ada kejutan. Dan kejutan yang terakhir adalah sebuah kematian. Sesungguhnya kematian itu adalah pasti, dan kehidupan tanpa meyakini Yaumul Qiamah adalah kehidupan yang sia-sia yang tiada gunanya diakhirat nanti.
Entah kenapa, kebelakangan ini terasa seperti saat itu datang memanggil-manggil... Alangkah baiknya jika waktuku akan berakhir tidak lama lagi..akan terubatkah rinduku ini Ya Allah? Akan terleraikah kerisauanku pada dunia yang sia-sia ini Ya Allah? Aku tahu, tidak ada satu pun amalanku di dunia ini yang menjamin aku untuk selamat di alam kubur nanti, selamat melalui timbangan mizanMu nanti. Banyaknya dosaku hingga tak mampu untukku rungkaikan satu persatu. TerhadapMu, terhadap kedua orang tuaku, terhadap adik beradikku, terhadap sahabat handaiku, guru-guruku, lebih-lebih lagi terhadap agamaku. Ya Allah...banyaknya dosaku. Tak layak langsung aku ini memakai topeng kehambaan ini. Tetapi Ya Allah, rasa rindu ini telah menikam jiwaku...bilakah masanya untuk aku kembali kepadaMu? Hidup ini terlalu menguji rasaku kepadaMu. Lalai, leka, jatuh, gembira, sakit, semuanya sangat-sangat membuatkan aku rindu kepadaMu. Sesaat Kau menguji aku. Hari ini masih aku terleka tanggungjawabku kepadaMu. Rasa sakit ini, tangan yang tak mampu memegang ini, tubuh yang begitu lemah kebelakangan ini, sakit disana sini...adakah manusia akan memahami diriku? Cukuplah, aku tak minta difahami. Mahu ku gagahkan kaki ini untuk berdiri. Aku bukan manja. Aku tidak suka orang memberi perhatian kepadaku. Takut-takut, rasa cinta dan pengharapanku kepadaMu berkurang. Ah, berlakon lagikah aku? Saat ini, masih mahu mengakui kecintaanku kepadaMu. Tapi Ya Allah, sungguh Engkau Maha Mengetahui apa yang ada didalam hatiku. Andainya rasa memiliki dan dimiliki itu tercabut dari diriku selamanya pun, itu lebih baik pada pandanganku dari aku terpaksa menjaga semua rasa hingga hubunganku denganMu menjauh. Jika aku harus sendirian selamanya pun, aku tetap akan redha. Aku tidak mahu menjadi beban kepada orang lain. Aku tidak mahu menjadi orang yang terpaksa dijaga. Biarlah aku yang memikul semuanya. Biarlah aku yang berlakon kuat untuk menguatkan orang lain. Biarlah aku seorang sahaja yang menanggung apa yang Engkau uji padaku. Biarlah sakitku ini hanya aku yang tahu. Biarlah saat-saat terakhirku hanya untuk aku sendiri. Aku tidak mahu membebankan orang lain bila terpaksa kehilanganku. Aku tidak mahu memaksa orang lain memahami kesakitanku dan merelakan pemergianku. Aku benar-benar tidak mahu ada yang bersedih. Biarlah pemergianku suatu kelegaan buat insan-insan di sekelilingku. Aku telah redha saat ini Ya Allah...
Sunday, June 10, 2012
Panas
TweetFuh...fuh....fuh.... Terasa macam panas je muka ni... Malu!!!! Huhuhu....malunye sebab rahsia dah terbongkar. Huhuhu... Hikmah betul semua yang jadi ni. Memang rasa macam taknak pk dah. Dan taknak hadapi dah sesiapa yang terlibat dalam kes ni... Takyah cakap la.rahsia kerajaan terbongkar.rahsia apa? Biarlah rahsia. Tapi yang pastinye memang malu la...tahap dah tak tahu nak cakap ape dah. Nak menghadapi orang2 yang terlibat tu pun dah macam~err...boleh tak nak tukar rumah, nama, rupa, alamat, no telefon, fb, blog...huaaa...nak tukar semua supaya boleh menyorok...malunya...nak menyorok macam arnab menyorok dalam tanah. Aduhai... Adik cakap kalau kita dah rasa malu tahap taktahu nak buat ape dah, malu yang amat sangat taktau nak sorok muka kat mana, baik buat taktahu je...biase la tu...manusia mana ada perfect...fikir yang semua manusia buat salah. Ntah2 ade orang yang terbuat perkara yg lebih memalukan lagi.saya malu, sebab cerit@ hati telah terbongkar. Haih...sepatutnya selamat lah dah simpan dalam peti besi, siap mangga lagi, letak dalam sangkar besi, campak dalam laut. Tapi takdir Allah tu Maha Perancang. Antara hidup dan mati [erkk..] kena jugak la pi ambik kat dasar laut. Haih...sekarang dah tak jadi rahsia dahla...tak best la camni. Tak adventure la hidup semua nak cerita. Kalau ada rahsia kan, boleh la cakap camni 'biarlah rahsia' hehehe...ape2lah...ok, dah kena lampu merah, suruh stop.pegi tidur. Ok. Wassalam.
Friday, June 8, 2012
Jumaat yang berkat
TweetBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Jumaat lagi. Dan jumaat yang cuti. Panas juga hari ni ya. Mujur lah...kain dijemuran tu harapnye keringlah...insyaAllah.
Boleh ke nak cari diri sendiri yang dulu? Hehe...yang selalu senyum dan sengih je bila jumpa orang. Sampai orang cakap ana ni budak-budak lepasan spm.hehe...sukenyeee~ awet muda gitu...kehkehkeh... Ala, semua tu bergantung pada diri sendiri je. Cuba, senyum dan ketawa. Lupakan semua sengketa. Dan yang paling penting sekali, saya tak suka berdendam. Tak suka nak marah2 orang. Kalau salah pun, diri sendiri jugak yang kena. Hai amirah, kesianlah kat diri sendiri tu. Cubalah empati sikit kat diri sendiri. Jangan kurung dia dalam sangkar hati. Bebaskan. Bebaskanlah dengan senyuman. Ingat pesan seorang teman...hadapi dengan senyuman! Orang lain lebih-lebih susah lagi. Kita ni, alhamdulillah... ALLAH berikan rezeki yang tak putus. Dia menarik satu, tapi diberinya seribu. Kalau kerana satu kita mengabaikan nikmat yang seribu, tak malu kah menjadi hamba yang tak bersyukur?
Harini dah ucap Alhamdulillah ke belum? Jom perbanyakkan ucapan mensyukuri nikmatNya dan berselawat keatas Nabi Muhammad. Allahumma solli 'ala muhammad.




