assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Selamat Hari Raya 2013



~Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini atau yang tak kenal, tapi pernah kenal di alam maya~
~Pejam celik, pejam celik, dah setahun rupanya penghijrahan diri ini...bermula 11 ogos 2012, harini dah 18 Ogos 2013. dan dah 6 bulan tukar status diri, single but not available ;-) tunggu perutusan nnt insyaa Allah (alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...thank mak2 dan abah2 n adek2beradek semua for ur support, walaupun kadang2 abahku geram dgn puteri nakal dia ni...sobsobsob...maafkanku...nnt da xbleh nakal2 dah :') huhu)~

selepas Ramadhan, kekalkan momentum diri. huhu...jgn lupe baca Qur'an stiap hari. jgn lupe puasa isnin khamis...buatla mana yang termampu... kalau xmampu, support org lain pun ok..huhu..lama2 boleh malu sendiri..sobsobsob... apepun, jgn lupa tadahkan tangan, ambil sedikit masa untuk munajat kpd Allah, mohon kemenangan buat saudara2 kita yang sedang ditindas, mohon diberi kekuatan, kesabaran dan bantuan kepada pihak yang benar. dan mohon dihancurkan pihak2 yang bathil...
AllahummansurilIslam, fii Misr, fii Falestin, fii Surya, fii kulli makan, wa fii kulli zaman... Ya Allah, peliharalah agamaMu, bumiMu dan bumi para anbiya' dari kekejaman musuh2 yang ingin menghancurkan agamaMu dan yang berpaling dari kebenaran kepadaMu...
#Pray4MisrSuryaFalestine

Wednesday, May 15, 2013

janji kita~








terpatri ikatan bererti telah berjanji. bukan hanya untuk mendapatkan kebahagiaan dan kegembiraan semata-mata. ramai orang yang berjaya, bukan kerana mereka tidak pernah gagal, tapi kerana mereka telah berjaya bangkit dari kegagalan.
ramai orang telah mendapat kebahagiaan bukan kerana mereka bertuah, hidup selalu bernasib baik2 sahaja, tetapi kerana mereka mengambil kesusahan sebagai penguat, untuk berusaha mendapatkan kebahagiaan. mereka menghargai kesulitan kerana tahu erti bahagia disebalik semua kepayahan. dengan kepayahan kita memahami, dengan kesusahan kita belajar menyelesaikan. dengan kesulitan kita belajar menerima. dengan penat dan lelah ini kita belajar menghargai. 
hidup memang begitu, tidak pernah memberi ruang untuk kita bersenang. mengaku beriman? nanti dahulu, jgn syok sendiri sebelum Allah uji.
begitu juga, mengaku telah berjaya? pernahkah kita gagal dan berusaha lagi? kita pernah gagal, tapi untuk mengatakn sudah tiada jalan adalah kegagalan selamanya. 
"marilah mendirikan solat, marilah menuju kejayaan"
Allah memberi kita kesulitan, padaNya juga kunci penyelesaian... alhamdulillah ", 

Tuesday, October 30, 2012

Sahsiah tidak datang bergolek

Tulisan ini telah ku coretkan setahun yang lalu. tarikh teertera adalah pada 7 APRIL 2011...
mungkin aku sudah terlupa apa yang terjadi saat itu. tetapi, penulisan ini yang ku perlukan untuk melukis kembali kekuatan ketika ini, saat semuanya serba kacau dan teruji... Ya Allah, aku ingin menulis lagi, biar ku sedar... ada sesuatu yang ku perlukan dariMu, ada sesuatu yang harus ku adukan kepadaMu... ada sesuatu untuk ku tunaikan kepadaMu...Ilahi Robbi, dengan linangan airmata, aku sendiri buntu, insafkah aku, atau aku sedang meratapi ujian2Mu yang semakin hari semakin berat buat insan2 yang ku kasihi ini... tiap kali berteleku di sejadah usang, ku hitung-hitung amalanku...apalah yang telah ku perbuat untuk meminta kepadaMu Ya Allah...aku hambaMu yang paling lemah, yang selalu lalai dan menekan diri sendiri...


Sahsiah tidak datang bergolek

Allah S.W.T telah berfirman dlm surah an-Naml ayat 44 bermaksud:

Dikatakan kepada (Balqis), "masuklah ke dalam istana". Tatkala dia melihat lantai istana itu, dia mengagak itu ialah kolam air yang besar maka disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman, "Sesungguhnya ia adalah istana licin diperbuat dari kaca". Berkatalah Balqis, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama sulaiman kepada Allah, Tuhan Semesta Alam."

Imej positif membantu perjalanan individu bagi mencapai kecemerlangan. walau bagaimanapun, imej yang baik tidak terbina dalam masa 24 jam. ia terbina melalui pembudayaan sifat-sifat murni berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah secara konsisten.

*** *** ***

Biarkanlah lembaran ini kosong untuk seketika. sedang mencari-cari kekuatan untuk meneruskan semua ini. benarlah, perubahan dan tarbiyyah dalam diri tidak akan berlaku dalam tempoh 24 jam. inikan pula diriku yang baru setahun jagung mengenal dunia tarbiyyah ini. aku bukan insan yang sempurna, apatah lagi yang terbaik. aku tidak cukup solehah untuk digelar mukminah. muslimah yang hanya tahu kurang dari setitis ilmu Allah yang Maha luas di muka bumi ini. aku bukan malaikat yang tidak punya salah dan silap. kadang-kadang iman ini turun, ada masanya ia meningkat. dan ketika itu, aku merasa malu dengan kesilapan demi kesilapan yang aku lakukan. yang kadang-kadang telah ku ingatkan pada diri berkali-kali untuk menghindarinya, tapi mengapa diri ini masih mahu mengulanginya. Ya Allah, Engkau mengurniakan dalam diri manusia iman dan nafsu. jadikanlah imanku pemimpin pada nafsuku agar ia menjadi nafsu yang mutmai'nnah. janganlah Engkau biarkan aku terus bergelumang dengan dosa dan kesilapan. bimbing dan pimpinlah langkahku ini Ya Allah. kerana azab neraka itu sungguh pedih, tak tertanggung olehku Ya Allah. ampunkanlah dosa hambaMu ini. andai rasa yang hadir dalam jiwa ketika ini adalah kafarah terhadap dosa-dosaku, ampunkanlah dosaku Ya Allah. jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, maka termasuklah aku orang-orang yang menzalimi diri sendiri...


Sunday, September 23, 2012

tulisan ini

Bismillahirrahmanirrahim. Semoga sahaja tulisan yang kali ini memberikan manfaat buat siapa yang sudi singgah ke teratak ini. Sengaja ku biarkan ruang ini sepi tak terisi. Jiwaku kekalutan untuk menulis satu persatu. Apa gunanya ku catatkan andainya membuat ku merasakan masa berjalan, oh mungkin lebih mudah ku katakan, masa merangkak berlalu meninggalkanku...dengan hati yang berat, hati yang selalu termenung. Mahu menangis rasanya mengenangkan diri sendiri. Akukah ini? Akukah yang tidak kuat bila jauh begini? Jauh, benar-benar menguji setianya hati. Bukan kerana tergugat pada keindahan lain dihadapan mata, tapi kerana sepi yang semakin jelas walau ada ramai orang disekeliling.
Jalan ini bukan jalan yang mudah buat kita. Tapi percayalah. Hanya kerana Allah, kita harus kuat. Sekuat mentari yang garang menyinar disiang hari, secerah sang bulan menerangi kelamnya malam.
Teman, bila hatimu disapa rasa, jangan kau sangka semuanya akan indah dari awal kehujungnya. Bahkan, dari manakah datangnya pelangi yang indah jika tidak wujudnya gerimis dan hujan ditengah garangnya mentari? Tentu sahaja tiada. Begitulah kita. Diuji dengan pelbagai cara, yang kadang-kadang tidak sanggup kita ingat kembali. Tapi dengan ujian itulah sebenarnya yang menguatkan kita. Mengukuhkan ikatan hati, yang membuat kita yakin melangkah lebih jauh lagi. Ku pegang janji Ilahi, bahawa setiap kesusahan itu ada jalannya, bahawa pada setiap ujian itu, Allah tetap ada tak pernah meninggalkan kita. Jangan kau goyah pada angin yang lalu, menyapa jiwamu dengan rasa rindu. Jangan kau teruji pada jauhnya jarak, kerana Allah tahu yang terbaik buat kita, Dia tahu kamu mampu memikulnya. Jangan terbeban dengan beratnya tugas yang kau galas, kerana Dia tak pernah zalim padamu yang selalu menjaga agamaNya. Jangan terlalu teruja dengan keindahan, kerana ciptaan Allah yang paling sempurna pun tetap punya kelemahan, untuk menjadikan seimbangnya dunia dan tiada yang lebih sempurna melainkan Dia.
Teman, aku ini penuh kekurangan. Aku bukan agamawan, kelak kamu boleh mempertikai tulisanku yang tempang. Aku cuma suka berfikir, dan mencari hikmah pada tiap kejadian. Mengolah dalam penulisan, mempersembahkan dengan keindahan.
Aku bukan sasterawan, kelak kamu boleh melihat cacatnya kesenian yang ku persembahkan. Aku cuma menulis dengan nurani ini, kerana ku tahu, yang ingin ku sentuh adalah hati, yang ingin ku sapa adalah hati. Hanya tulisan dari hati sahaja, akan jatuh ke hati. Wallahua'lam

Wednesday, July 11, 2012

Tidak.

Mengapa airmata ini telah kering? sekeringnya hatiku mengatur langkah.
Mengapa senyumanku kian merekah? seperti tiada lagi luka dan gundah.
Aku tak mampu menangis dalam bahagia, dan tak mampu menunduk dalam gembira.
aku sangat takut Ya Allah... aku dan Kamu, semakin menjauh.
aku sangat bimbang Ya Allah... aku tidak Kau hiraukan lagi...
bawalah dia jauh dariku, asal dia dekat denganMu.
bawalah dia sebagai pejuang dimedan dakwah Ya Allah, asal hanya Engkau dihatinya...


Bukan niatku untuk cemburu, apatah lagi berfikir yang tidak-tidak.
aku tenang menerimamu, tanpa sedikitpun curiga.
misteri, tetapi sungguh ku tak tahu mengapa.
sayang? mungkin..tapi ku tidak cemburu.
rindu? sesekali, tetapi ia peringatan untukku kembali kepada DIA.

entahlah kenapa...tetapi janganlah berduka kerana hati ini belum untukmu.
cuma ia takkan pergi kepada insan lain, hanya menanti dirimu.
mungkin belum masanya untukku mencintaimu dengan luar biasa
cukuplah sekadarnya, seperlunya, tidak lebih
biar ia kurang, tetapi bahagian yang kurang itu hanya kembali kepada Pemilik Cinta yang Mutlak
aku tidak mahu meletak hak milik pada dirimu.
kamu adalah hak masyarakat, hak agama, hak mutlak Allah. bukan hakku, bukan hak siapa-siapa..
kerana itu, kamu bebas untuk berukhwah...cuma, jagalah dirimu dari fitnah, dari pandangan keburukan dan kejahatan...
dan entah...aku tidak layak menasihatimu
kerana ku tahu kamu lebih baik dari itu, dipasakkan yang baik-baik, dikelilingi orang baik-baik, dan dimodelkan untuk menunjukkan kebaikan.
kerana itu ku tak curiga denganmu. cemburuku hanya pada suatu keadaan, bukan pada wanita-wanita yang merebut kamu.
cemburuku hanya pada kesolehanmu, dan kesolehan wanita-wanita yang baik disekelilingmu. tidak lebih dari itu...
aku tidak mahu mengongkong. aku tidak mahu memunya. kerana aku mahu hubungan ini menuju titik bahagia, bukan titik sengsara dan nestapa. kehidupan ini, semuanya akan meletihkan dan memenatkan. semoga jalinan hati inilah penawarnya, dan ikatan inilah penguat perjalanan panjang yang akan kita tempuh nanti. bukan soal aku menuntut sesuatu darimu, tetapi soalnya apa yang akan ku berikan untukmu, seandainya setia pun tiada dalam hati ini. setia kepada satu cinta, cinta Allah yang kita idam-idamkan. Redha Allah yang kita harap-harapkan. semoga ikatan yang bakal terbina menjadi penguat jalan perjuangan, mendorong kita bertambah-tambah memberi kepada agama ini.

Thursday, May 10, 2012

Debaran terasa~

Mengapa hati ini begitu resah... Disaat2 yang genting ini... Terlontar dalam curam fitnah, bagaimana lagi ingin kami selamatkan diri kami dan saudara-saudara kami Ya Allah... Terasa suram malam ini. Dimana harus ku adukan penyesalan ini... Dimana harus ku tuliskan semua salahku ini... Semakin hampir,tetapi semakin terhimpit. Jalan yang kami lihat dahulu cerah diterangi bulan kini suram meniti kabus malam. Ku akur dengan takdirMu Ya Allah... Dan ku serahkan musuh-musuhMu kepadaMu Ya Allah. Seandainya aku bersalah untuk dihukum,hukumlah aku seorang sahaja Ya Allah. Janganlah Kau hukum jemaah ini kerana kelalaianku seorang...ampunkanlah dosa2ku... Ampunkanlah Ya Allah...

~PRU menghampiri... dan ku sangat gerun dengan fitnah yang sedang berleluasa sekarang ni. demi menutup kepincangan dari pihaknya, mereka sanggup menabur fitnah yang tidak kenal hormat kepada insan2 pilihan Allah. Ya Allah, memang benar, jika suatu jalan itu didukung atas nama perjuangan, jalannya takkan semudahnya dilalui dengan taburan mawar merah dn haruman bunga. tetapi inilah yang terhampar buat siapa yang mengaku berjuang. dan dengan musibah ini kuatkanlah hati kami menahan cemuhan dan hinaan manusia yang tidak kenal kekuasaanMu Ya Allah...~

p/s: seiringan melangkah menuju PRU membersihkan 'ideologi' masyarakat yang sedang diracuni dengan fitnah2 ini. bukan semua mendapat maklumat yang seimbang tentang kita. itu tanggungjawab kita yang paling penting. turun kepada insan2 yang tak punya kemudahan IT untuk menyebarkan maklumat yang betul! bukan FITNAH! kerana itu bezanya kita dengan mereka. ana tak suka bermain FB. jujur ana katakan, FB bukan pilihan lantaran itu lama ana tinggalkan tak berupdate dan kadang-kadang deactivate. tapi setelah disedarkan oleh mereka, bahawa ini adalah tanggungjawab kita. kita baca maklumat yang betul, kita tahu. tapi kalau kita tak share, adakah kita jamin kawan2 kita yang bukan dari 'kalangan' kita akan tahu semua itu? itulah tanggungjawab kita, gunakan media baru ini untuk menyampaikan maklumat. kepada makcik2 di kampung yang tak punya kemudahan internet, kewajipan kita turun kepada mereka untuk memberitahu. bukan mencanang keburukan 'mereka' tetapi membetulkan fahaman mereka tentang kita. kalau benar kita mengaku membawa perjuangan berlandaskan al-Qur'an dan Sunnah, mengapa takut untuk mengizzahkan diri dan perjuangan kita? insya Allah Allah pasti membantu. Biiznillah...

Wednesday, May 2, 2012

Tanpa Kata


entahlah...now, i know. saya faham dan saya mengerti. tapi, maafkan saya untuk memberitahu. bahawa blog ini bukan dibuat atas dasar untuk memberi, membenarkan, mengajak atau meminta sesiapa membacanya. cukuplah sekadar coretan hati ini, ketika tiada siapa yang mahu mendengar kecuali Allah, ketika tiada siapa yang akan mengerti perasaan ini kecuali Allah, dan ketika tidak ada seorangpun yang saya harapkan untuk memberi simpati atau hatinya, tangannya mahupun bahunya untuk menumpang rundum ini. tidak untuk memberitahu kamu, dia atau sesiapa sahaja yang mahu mengetahuinya, apatah lagi yang tidak mahu mengetahui. kerana saya tahu, setiap penulisan ini, dipenuhi dengan airmata, rungutan dan sesalan yang tidak seorang manusiapun akan bertahan mendengarnya terus menerus. kerana itu, tempat ini bukan tempat untuk menumpang teduh, bukan juga tempat untuk melepaskan penat seharian bekerja. kerana tiada hiburan disini. tiada kata-kata manis atau berita gembira untuk dikongsi.

Wednesday, September 7, 2011

alangkah...


Bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum. sedar tak sedar, dah seminggu lebih ramadhan meninggalkan kita. saat-saat seorang diri duduk berfikir, teringat akan suasana di madrasah ramadhan. serasa seperti semalam baru kita berpuasa bersama. terlalu banyak cabaran dan dugaan ku rasa bila telah ditinggalkan ramadhan. terlalu rindu akan suasana itu. tenang dan damai beribadah. terasa eratnya hubungan kekeluargaan. terasa, termarah, terr...ter... semuanya masih boleh tolak ansur dan toleransi.

Monday, August 8, 2011

Umpama menghadapi kematian

~ Bukankah jodoh itu rahsia Allah? Tidak perlu gusar mencari atau mengejarnya. Jodoh itu ibarat kematian yang akan datang kepada semua orang dan semua orang tidak dapat mengelak daripada jodoh sepertimana mereka tidak dapat mengelak daripada maut. Pada saat dan waktunya yang tepat tiba, Dia pasti akan menemukan hamba-hambaNya itu dengan jodoh masing-masing seperti yang ditetapkan.

Thursday, July 21, 2011

Khilafku


Bismillahirrahmanirrahim. masih, tindakanku terus-terusan mengejar kebertanggungjawabanku, menekan ubun-ubunku. buatmu ukhti fillah. selagi tidakku coretkan luahan hati ini, selagi itulah tenang hatiku dikocak kecelaruan. bergenang airmataku mengenang yang telah terjadi. terlayar satu persatu semua yang telah terjadi. masa perkenalan kita terlalu singkat, ku akui. dan terlalu singkat untuk tiba-tiba kita berpisah semula, bahkan antara kita masih belum saling benar-benar mengenal . 
ukhti, khilafku bertindak begitu. maafkanlah diriku.

Tuesday, July 19, 2011

Ya Allah...aku mohon...


di lubuk hatiku terdalam
ini yang ku pilih penuh keyakinan
namun kadang bimbang menyerang
sanggupkah melangkah ku terus berjalan

saat badai menderaku
hingga rapuh dan goyah
tiada daya tuk bertahan
hanya Engkau tempat berpegang

berkatilah setiap semangat jiwa
tuk selalu berjuang di jalan Mu
terjagalah hati yang kadang redup
tertiup angin di duniawi
gemerlap kilauan harta
takhta dan cinta manusia
yang menyesatkan
selamanya...

saat hujan basahiku
penuh lumpur dan noda
dalam derai air mata
dengarlah permohonan ku

Monday, July 18, 2011

sebenarnya aku bukan...


aku bukan seorang pejuang. aku seorang pemalas! aku bukan seorang alim, aku hanya seorang jahil yang berpura-pura! aku bukan seorang abid yang tawadhu', mungkin aku lah orang yang terlalu berharap pujian! aku bukan seperti apa yang kamu nampak, atau kamu sangka... itu adalah penipuan dari pandangan mata kamu terhadap apa yang terzahir. tetapi hakikat kecelaanku ada dalam pengetahuanNya. maka, jangan memandang aku setinggi darjat wali kerana aku adalah sehina-hina hambaNya. yang tak berbuat apa pada jalan yang telah terbentang luas didepanku ini. aku jahat. sekian.

Saturday, July 16, 2011

i'm out


Tiba2 rasa macam tak tahu... apa arah tuju ku sebenarnya? i'm out of this circumstance... i'm outsider... sekarang baru nak mengaku yang diri ni outsider. ok, i give up! dah2 la tu syg... lupakan je la semua tu... jgn buat2 cam pandai sangat walaupun hakikatnya... sebenarnya... pada waktu nya... u r just a stranger... rasa macam alien...walaupun lahir kat sini, dalam umah ni la... atas tanah nie la, memang tumpah darah kat sini...huhuhu... itu hanyalah tugu tanda... hakikatnya aku mula bertatih di tanah orang... mula membesar dan mengenal abc di negeri orang... eh2...tetibe pulak...takda kena mengena... just to tell myself, i'm just a stranger in this circle... lingkungan ape? takde kena mengena dengan orang lain.... it just totally all about me, me, me, and myself... selalu je rasa macam ni... hakikatnya aku ni macam hidup dalam dunia aku sendiri... dari kecik tak bergaul dengan orang. lingkungan sosialku hanya ada aku, mak, abah. adik beradik? takde... ada rakan ilusi... waaa... takutnyer...huhu... talking alone, playing alone, wat keje ape ntah sorang2 tengah2 malam... it just... taktahu nak menggambarkan diri sendiri... untuk mudah faham, aku tak kawan dengan orang a.k.a lowest self-esteem...syok sendiri kott senang citer... social surrounding not perfectly developed... tu masa kecik...bila dah kat u, orang lain sibuk2 wat fb aku tak nak buat. berkeras, berdegil (bukan bergedil!) sampai gaduh2 taknak buat... huhu... bagi aku, kenapa nak ikut orang lain? taknak! taknak! taknak! sooo.... sekarang, just be yourself... jadi stranger balik... again, being a stranger... hehe... best gak... dah boring dah jadi org terkenal ni. bukan best pun... sume yang kite nak buat orang nak tengok... sume yang kite nak tulis, orang nak baca... sume yang.... [ape2 lah...]

Thursday, July 7, 2011

ku rasa...

entahlah... ana rasa ... tetapi semuanya serba tak pasti. yakin, berpegang hanya pada kesetiaan. selalu mengingatkan diri sendiri, bahawa 'dia' adalah cerminan diriku. ya, cerminan diri ana! andainya ana tak setia menunggu dia, jangan tagih kesetiaan darinya dalam penantian ini. dia berbicara, dia menetap kata. ya, ana pegang hanya dengan sebaris kata ini. tanpa sua, tanpa bicara pembuka... ana tetap yakin pada janji Ilahi. adam, dimana sebenarnya kamu? waktu ini, adakah semuanya baik2 sahaja? adakah kamu sedang hadapi bahaya diluar sana? harapnya, atas doa moga kepergian dan kepulangan dalam redha Ilahi itulah yang menetapkan hatimu terus berjuang. ana doakan yang terbaik. semoga Allah kekalkan ikatan ini dengan ikatan cintaNya. ana doakan... semoga tiap langkah yang tersusun ke depan, sentiasa dengan hati yang tunduk kepada keagungan dan keesaan Dia. ana doakan... sentiasa yang terbaik untuk anta... moga tidak terlalu lama penantian ini. moga saja, kamu cepat pulang... moga saja Allah permudahkan segala urusan kita yang mendekatkan ketaatan kita kepadaNya... dengan penuh harap-ana-

Tuesday, July 5, 2011

maaf ku tak sempurna...


maafkanku...
tak mampu menjadi yang terbaik buatmu...
aku cemburu bila kamu berbicara dengan wanita lain, tetapi adakah kamu akan cemburu bila mengetahui aku pernah berbicara dengan lelaki lain?
aku selalu mahu kamu menjaga hati untukku. tetapi adakah kamu akan kecewa bila hatiku pernah terbagi kepada insan lain?
aku selalu mahu kamu menjadi lelaki soleh yang sentiasa sujud kepada Allah. tetapi adakah kamu akan berpuas hati bila aku tidak sesolehah yang kamu harapkan?
aku selalu mahu kamu menjadi pemimpinku. tetapi adakah kamu akan kecewa bahawa aku tidak pandai menjadi pembantumu?
aku selalu berharap kamu menjadi pelindungku. tetapi adakah hatimu bakal remuk bila aku tak mampu merawatmu dengan baik?

Saturday, July 2, 2011

sometimes...


sometimes...
just can't stand being so lonely
even just for a second... just for a second! astaghfirullah...
my dear heart...please being nice to me...pleaseee..... jangan la macam nie...
jom kita mentelaah sirah nabi... isikan masa dengan ilmu ukhrawi...
jangan termenung jauh2 sangat...masuk habuk dlm mata nanti...hehe
sabar itu kan indah... suatu keindahan yang tersisip rapi dalam sanubari anugerah Ilahi...
alunan zikrullah pada lisan dan dalam fikiran...
memikirkan alangkah indahnya ciptaan Allah, dan mencari hikmah dalam tiap penciptaan Ilahi
adalah zikir hakiki pada hati yang layu sepi

kucing comel dlm gambar...jgn sedih2 yer
moga kita dalam lindungan Allah hendaknya
moga hati kita tenang dalam menongkah cabaran dunia
moga Allah sentiasa menjaga dan memelihara kita dalam redhaNya
dalam rahmah dan rahim Nya Yang Maha Berkuasa.
tenanglah hati sehingga tiba masanya
tenanglah jiwa dalam dakapan kudratNya Ilahi Robbi...
jangan termenung2 lagi (",)

Tuesday, June 28, 2011

Mencari Diriku





Thursday, June 16, 2011

unggas berbisik...


Bermalasan di pembaringan…sebentar lagi bakal berlaku gerhana bulan. Alhamdulillah, malam ini Allah mengurniakan hujan buat membasah bumi yang sedang gersang. Niat dihati hendak ber’fb’ di hp sahaja sementara menunggu bulan bergerak menyusun putarannya melengkapi percaturan gerhana. Lagipun tidak ada apa yang perlu dilihat, Cuma membaca dan membalas komen, jika ada. Sementelah melihat kotak cantik di atas meja, hati terusik membisik rindu pada sebuah ukhwah yang baru terbina. Terbawa ana membuka laptop kecil yang usang ini. Ingin sekali jemari ini menaip kata buat nukilan si blog biru. Alhamdulillah… begitu nurani membisik kalimah kesyukuran, ana terbayang pada wajah2 ceria mereka. Alhamdulillah, Allah tautkan hati-hati kami dalam sebuah pertemuan yang tak ku sangka. Tak pernah terlintas di fikiran ini, terputusnya satu ikatan, membawa hati ana bertaut pada ikatan-ikatan yang lebih utuh. Terima kasih Ya Allah… Engkau mengurniakan ku nikmat yang terlalu indah untuk ku ungkapkan. Ku kira, impianku selama ini bakal tercapai. Moga kuatlah hati dalam meniti langkah demi langkah yang bakal mendatang. Ana mahu, betapa berkobar-kobarnya hati ini tatkala kalimat itu dilaungkan. Ini yang ana cari selama ini, ana tahu itu. Kerana tanpanya, terasa jasad ini mati, kosongnya jiwa, terbuangnya masa sia2. Walau ana tahu, kudrat ini takkan mampu mengejar langkah demi langkah para mujahidin yang begitu laju meninggalkan ana dibelakang, tetapi ana akan terus mengatur langkah ini, biar sama sampai ke tempat yang kita tuju. Ya Allah, baru sebentar perpisahan ini, hati telah merasa begitu rindu. Pada riuhnya suasana dek suara-suara si kecil, pada kalimat-kalimat yang disusun diatur menjadi nasihat dan penguat semangat. Ya Allah, telah lama rasanya jiwa ini gersang, tandus dari nasihat dan peringatan, kaki kejang berhenti tidak melangkah, hati telah layu dan terpukul dengan dunia. Betapa Ya Allah, malam ini, Engkau telah mempertemukan kami, membasahi hati ini dengan kalimatMu Yang Maha Agung, seperti basahnya bumi disimbah hujan. Tak ternilai rasa syukur ini jika dibandingkan dengan nikmatMu Yang Maha Pengasih. Terima kasih Ya Allah, telah memberi jalan dan ruang untuk diri ini meneruskan tugas ana disini, dipersinggahan sementara ini. moga langkah ini terus diatur ke depan. Bantulah daku kiranya ia terhenti, kurniakan daku sahabat dan teman yang saling menguatkan langkah ini, yang selalu sentiasa ada disisi, agar saling memberi dan menerima. Terima kasih Ya Allah…

P/s: si kecil raihana, si kecil farhan, si kecil iffah dan si kecil izu… sudah rindu pada kalian… Ya Allah, rindunya pada bakal sikecilku nanti… moga sempat Kau kurniakan ku cahaya mata dan hati buat bekalan ke akhirat nanti. Kudoakan dalam sujud terakhir di hening malam ini, perkenankanlah Engkau menemukan aku kepadanya, si pemimpinku yang telah Engkau muliakan dia dari sekalian yang ada, moga terlerailah rindu ini dalam keredhaanMu, dan moga teruslah kaki ini kuat dalam melangkah membimbing generasi al-Qur’an nanti. Amiin…

Tuesday, June 7, 2011

Kita tak pernah pasti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum pembaca. ana lontarkan ucapan salam walau tahu, teratak ini sunyi dan sepi dari kunjungan. dan ana telah merelakan teratak ini sunyi kerana tahu, tidak ada apa yang perlu dikutip disini. hanyalah nukilan dan coretan yang cacat dan cela dari hambaNya yang sedang bertatih menjadi sebenar-benar hamba. yang tidak tahu sampai bila diri ini diberi peluang untuk belajar menjadi hambaNya. pasti, akan tiba juga waktu itu, waktu langkah ini terhenti, nafas ini terputus dan denyut nadi ini tidak beritma lagi. siapalah ana untuk memungkiri takdir ketetapan Allah. 

entah mengapa, debaran ini terasa semakin kerap, makin kejap menghentam jiwa. sudah menghampirkah waktu ana? akan berakhirkah peluang didunia ini? hampir tertutupkah pintu taubat buat ana? ana tidak pernah

Sunday, June 5, 2011

P/s: Dear Self, Take Note :D


takyah tulih la...dah ada dah dalam gambo tu...hehe
err...xnampak ker? hmm....meh nak tolong tuliskan...
khas untuk diriku, dan sahabat2ku
terutama sahabat segenerasiku ^_^

Wahai Puteriku Sayang,
Janganlah risau akan jodohmu
kerana putera yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada
bicara manja yang menggoda
pada pujuk rayu seorang puteri
yang meruntuhkan imannya
sesungguhnya lelaki itu
pemimpin kepada wanita
Andai belum sampai jodohmu
anggaplah bahawa putera yang kau nantikan itu
sedang membina sahsiah kepimpinannya
bagi memimpin dirimu
kerana pada puteri itu
pasti ada kekurangannya
dan putera yang benar-benar layak
pasti akan hadir
untuk melengkapkan dirimu...