assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Sunday, September 26, 2010

Selamat pagi ahad!


"Mulakanlah harimu dengan memuji Allah Seiring siulan burung ceria berterbangan Berzikirlah dengan alunan Asma'ul husna Bersyukurlah kita masih dibangkitkan"



Mood pagi nie biasa2 sahaja...
Walaupun begitu, setiap bermulanya hari kita, janganlah lupa untuk mensyukuri nikmat Allah yang saban hari dilimpahkan kepada kita...
dengan mengingati Allah, akan menguatkan hati dan semangat...
dan akan bertambah lagi rezeki kita, dari arah yang tak disangka-sangka...
STOP! MULAKAN HIDUP DENGAN CERIA!
dan, jangan lupa untuk bersyukur



"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah an-Nahl, ayat 18)

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40)

Banyak hikmahnya bila kita bersyukur... beribadah dengan sabar, dan sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah, kadang2 kita tak perasan pun, bahawasanya Allah sedang mengurniakan rezeki yang melimpah ruah dari arah yang tak disangka2, atau Dia sedang mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita pada masa hadapan...
wallahua'lam.


Mulakanlah harimu dengan memuji Allah
Seiring siulan burung ceria berterbangan
Berzikirlah dengan alunan Asma'ul husna
Bersyukurlah kita masih dibangkitkan

Mulakanlah usaha dengan memuji Allah
Pergilah mencari rezeki semaikan bakti dan budi
Carilah nikmat yang banyak berpandukan pada syariat
Agar hidup kita semua selamat

Mulakanlah harimu dengan memuji Allah
Seiring siulan burung ceria berterbangan
Berzikirlah dengan alunan Asma'ul husna
Bersyukurlah kita masih dibangkitkan

Kayuhlah kehidupan ini dengan mensucikan Allah
Hembusan ombak di pantai nelayan
Semua mencari rezeki
Lambaian padi di sawah petani
Bagaikan permata bagai mutiara
Yang terpancar dari keringat mereka
Demi kesejahteraan semua

Labuhkanlah tirai harimu dengan keampunan Allah
Di dalam alpa tertempa dosa
Kita semua insan yang lemah
Tanpa sedar tanpa sengaja
Terkadang kita semua terlupa
Kita adalah insan yang lemah
Kepada-Nya kita berserah

Tuesday, September 21, 2010

Hikmah...

'ambillah hikmah dari tiap bicara itu'

Bismillahirrahmanirrahim. Aku tak tahu nak buat apa sementara menunggu pukul 2 plus tengah menahan sakit nie sebenarnye... kadang2 aku terfikir, hidup aku ni dah tak lama ker? selalu jer rasa sakit yang tak tahu sebab. sakit dalaman, maksudnya tahap kesihatan aku menurun... tapi bile dapat tahu sebab ape sakit tu, baru la tak fikir pelik2 sebabnye aku boleh la rujuk ubat ape2 yang patut kan... kate rumah sebelah klinik... kate kerja kat klinik... takkan la sakit sikit2 pun culas nak makan ubat kannn...hehe... tapi sebenarnya kan, lebih baik kite tahu masalah kondisi dalaman kite masa muda2 ni, senang nak buat ape2 yang patut... n yang paling penting, tak jadi kronik tahap 3 4 yang dah tak boleh nak buat ape2 dah tu... menghitung hari jer lagi... Alhamdulillah, sepanjang duduk kat rumah nie, ke arah detoksifikasi penyakit2 mendapt yang macam gastrik n hape2 lagi la masalah yang aku hadapi disebabkan kekangan masa belajar dulu... ke arah penyembuhan, insya Allah... ubat pun dah boleh makan secara istiqamah... dan mak kata, muka aku dah takde la pucat macam masa aku belajar2 dulu... biase la, duduk rumah, alhamdulillah kemudahan untuk menjaga diri tu ade... makan cukup, rehat cukup, kerja pun cukup2 jugak la...[hehe]
Kalau masa belajar dulu, kalau k.l tu cuti, dengan kite2 skali kena cuti makan siang... kalau pose takpe... ni sampai ketar2 tak makan... dengan kekangan masa, duit yang selalu jer tak cukup2... memang ikat perut la... tapi kan, percaya atau tak, masa belajar tu memang tak rase pun tu semua macam bebanan... sebab biasa la kan, trend orang merantau... kalau nak senang sepanjang masa tu, kena duk rumah ngan family la, cari U yang dekat2 jer dengan pagar rumah...hehe... tapi bila dah balik rumah ni, baru la rasa nikmatnya ada mak ayah, ada keluarga, ada rezeki dari Allah... setiap hari boleh sarapan b4 gi kerja, boleh makan tengahari, makan malam, cukup semua. siap boleh tambah2 lagi dengan kudap2 semua... terpulang pada diri sendiri jer nak makan ke taknak... kalau sakit, insya Allah ada ubat. siap boleh buat amalan lagi makanan2 kesihatan yang ada... banyak betul hikmahnya bila dah pulang ke kampung halaman... memang betullah pepatah tu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri... kampung halaman tu lebih akan kita sukai daripada tempat lain, walaupun kat tempat lain tu, banyak sangat kemudahan dan kesenangan yang kita dapat... tak hairan lah dalam sirah pun ada dinukilkan kisah2 kaum muhajirin yang rindu sangat nak pulang ke Makkah sampai sanggup buat ape saja, ada jugak yang sanggup memungkiri janji sampai Allah tegur sikap mereka yang buat tu... Tak hairan lah kalau masa tu, Rasulullah sangat2 nak tunaikan haji sebab dah rindu sangat dengan Makkah... sekarang ni baru aku rasa macamana berharganya tempat aku jatuh dulu...


Monday, September 20, 2010

Tak Penting

Assalamualaikum... err... ok, dah tukar header... nampak macam pelik... bila bukak blog ni mula2 tu rasa macam gambar header tu macam tak sudah... erm, camane tah nak cakap... tapi bila 'clip' gambar nie, nampak cam ok plak... the thing yang nampak pelik tu ialah sebab gambar diatas gambar tu macam tetibe jer ada cik 'si tudung putih tu'... itu la my fren cik z***...hehe...mesti korang kenal kan siape die...kalau korang still ingat lagi la gambar nie[soalan ni hanya untuk eX-housemateku sajer...]

Sebab2 penukaran header, selain sebab da bosan melihat penampilan blog yang lame, jugak sebab terang2 ade gambarku kat ctu...rase macam tak best...lame2 tetibe rasa cam *malu* sendirik...huhu... dan pic dalam header yang baru nie semuanya mengingatkan aku tentang sahabat2 semua yang sgt2 ku rindu...serius rindu korang...sebab banyak sangat kenangan kte masa kat prog2 dlu...huhu... dan jadi sangat2 rindu bile tetibe s.m.s2 korang balik n semuanya sedang mencari2 arah macam diri ni jugak...[er, arah untuk kte berbakti la kan...]

Apepun, ku doakan buat sahabat2 semua, moga Allah pertemukan kte pada jalan2 yang mendekatkan kte kepadaNya...dan ukhwah ini ukhwah fillah yang takkan putus kerana jarak dan masa... to zira, zeha, kamar,yanie...teruskan perjuangan, doa kami mengiringi kalian... Wallahua'lam...



Sunday, September 19, 2010

(^-^)

























Short update... selamat hari rayer...[rayer lagi ker? hehe]

Friday, September 17, 2010

Missing...Loneliness...ape2 saja lah...


Bismillahirrahmanirrahim...
Baru aje 'dia' pergi... tak lama pun, baru sekejap... boleh bilang dengan jari...tapi rindu nie dah membuak2... Ya Allah... rindunya... rindukan suasana bulan ramadhan... kita berpuasa bersama2, bangun sahur beramai2 (tak ramai pun sebenarnya...), tilawah sama2, jemaah bersama2, berbuka puasa sama2, tarawikh sama2... tikar sembahyang yang mak beli khas untuk tarawikh yang katanya best solat atas tu sebab tak sakit kaki tu, masih baru lagi... bila teringat waktu puasa tu, seronok sangat2... rasa terisi kekosongan hati selama nie... kekosongan dan kerinduan yang tak ketahuan, yang aku tahu ia hanya boleh digantikan dengan mengadu kasih kepada Dia, membaca surat-surat cintaNya, mengingat Dia dalam ruku' dan sujudku sehari-harian... Ya Allah, kuatkan aku untuk istiqamah meneruskan amalan-amalan ibadahku... aku rindu ingin membaca ayat-ayat cintaMu ya Allah... dan kerinduan yang bersarang dilubuk hatiku ini hanya dapat digantikan dengan mengingatiMu sahaja Ya Allah... andai aku jauh dariMu, terasa sakitnya di lubuk hatiku menanggung kerinduan yang tak ketahuan, kekosongan tempat aku mengisi ayat2 suci kalamMu Ya Allah... kuatkan aku untuk terus istiqamah... berikan kesempatan dan hidayah kepadaku agar aku kuat ketika sendirian disini ya Allah... aku akan cuba... aku akan cuba... berikan kesempatan kepadaku Ya Allah... sayu hati ini mengingati bulan ramadhan yang telah pergi... tetapi adakah aku punya kesempatan untuk mengerjakan ibadah2 itu hanya di bulan ramadhan sahaja ya Allah? aku mahu terus-terusan menjaga diri dan hati ini dalam redhaMu selalu... biarlah matiku nanti dalam redhaMu, dan syurga itu menjadi tempatku yang kekal abadi, walau ku tahu betapa jauhnya aku dengan syurga itu, dan betapa dekatnya aku dengan azab nerakaMu Ya Allah, tetapi aku sangat takut menghadapi azabMu yang maha pedih itu ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...

" Allahumma inna nas aluka ridha ka wal jannah, wa na'uzubika min sakhatika wan nar..."

Ya Allah, aku memohon keredhaanMu dalam hidupku dan tempat di syurga, dan jauhkanlah aku dari kemurkaanMu dan azab nerakaMu...

Wednesday, September 15, 2010

Satu hari di hari raya...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum. sebelum terlambat yang amat sangat untuk saya mengucapkan nya kepada pengunjung blog saya, rasanya sekarang masa yang sesuai [walaupun takla sangat2 sesuai...] untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua. maafkan segala salah dan silap yang sengaja atau yang tak sengaja saya lakukan, terutama bagi yang mengenali diri saya... moga2 kemaafan yang dihulurkan diangkat oleh para malaikat sebagai amal soleh untuk bekalan kita di akhirat sana.
macam biasa, selalunya saya akan menyediakan kad raya versi JPG jer kat sahabat2...foto 'salam syawal' tu tahun nie tak terbuat... maaf sangat2...sebab gambar raya yang di ambil pagi raya belum dapat lagi...dan tak tahu dalam camera mana... itu la pasal...huhu... gambarnye pun tak tahu dimana... al-kisahnya, banyak tragedi yang berlaku pada hari raya kali nie... secara ringkasnye, memang tak macam raya2 yang biasa... dan saya pun dah merayakan syawal kali nie sebagai orang 'dewasa'... seriusly, memang tak dapat duit raya langsung! al-maklumlah, nenda dan semua iebunda ayahanda dan sanak saudara dah tahu saya nie dah abes blaja, dan dah stat kerja pun... jadi, giliran saya la pulak memberi duit raya kepada adek2 dan sepupu sepapat yang kecik2 lagi nie....
alamak, dah terlajak bercerita... kita mula dari awal semula la... macam biase jugak, setiap dari rakan yang bertanya khabar, mesti akan tanya tentang raya... macamana raya? ape cerita raya? best ker raya? ades... tak tahu nak jawab ape... sebabnye raya tahun nie ku rasakan memang lain yang lain betullah... memang lain... dan lain... huhu... dah tak tahu nak cakap camane nak menggambarkan kelainannya tu...
ok la, jom kita kembara sebentar, menyusur satu persatu perkara2 yang best dan tak best sepanjang raya nie...
Malam tu, tepat jam 8 lebih2 sikit, dorang pun umum la bahawasanya raya jatuh pada hari jumaat... harini, apepun tak settle... daging tak cari lagi, ikan, ayam, ketupat, kacang, kelapa nak buat kerisik... semua belum ada...esok jer tinggal untuk prepare semua2 tu... dan hari ni saya masih KERJA! kuih raya? tak usah cakap la... memang takde la tahun nie... kuih raya tunjuk2 jer la nampaknye... memang tak berkesempatan langsung nak buat kuih raya... gloomy jer dekat2 nak raya nie... yang paling best, target tilawah tahun nie tercapai! Alhamdulillah, dapat khatam 30 juz... ok, esok bermula la persiapan raya... hanya 1 hari untuk buat semua...

30 ramadhan 1431

Pagi2 lagi, mak dengan along dah ajak keluar. ke pasar, cari bahan2 mentah... Alhamdulillah, semua dalam senarai, dapat dibeli... sampai rumah, start la buat apa2 yang patut...ok, penat amat... ku sempat buat kerja sama2 sampai siap kerisik jer! ades... kelemahanku yang sangat nyata~ gue tertidur!!! huhu... geram betul kat diri sendiri... sampai breaking fast pulak tu... agak2 la kan kalau penat sangat pun... jangan la sampai terlajak2 tidurnye tu...huhu... ok, sebenarnya gastrik telah menyerangku waktu tu. tahan punya tahan sakit, terus terlelap... dan tak sedar dah... then, malam tu ktorang takbir sama2 lepas solat maghrib berjemaah... buat majlis khatam al-qur'an dan makan malam meraikan malam 1 syawal... memang tak berapa best sebab saya tak dapat turut bersusah payah buat kerja petang tadi... now, semua dah siap... tinggal makan jer.. itu ini itu ini, lebih kurang dalam kul 2 jugak la semua siap... termasuk kemas rumah n everything... pinggan cawan gelas... semua tu adek2 yang buat... saya tolong siket2 jer... tonite, memang tak tidur langsung... mak lepas siap kat dapur, naik pulak menyiapkan baju raya... actually, mak tak jahit baju raya tahun nie, tapi baju2 raya yang dibeli tu semuanya kain jenis labuh giler n baju pulak panjang terlebih... pendek cerita, all need to be alter...baju raya saya pulak, baru nak cuci malam ni... [dah pagi yer...] gara2 terlalu memilih kot, malam tadi baru jumpa... mana la tak tercicir sorang2... everything rasa macam tense me up sebabnyer semuanya last minute sangat2 n tak rasa suasana raya melainkan asyik rasa tak puas ati itu, tak puas ati ini... n tonite, sampai pagi memang ktorang stay up... nie bukan stay up lagi, nie dah stay tune...tak tidur2...haha... tup tup tengah2 buat kerja tu, azan subuh berkumandang. terus la solat subuh...

1 syawal 1431

n pagi raya tu, masa pagi2 lagi tu, ayam tak abes lagi berkokok, mak tetibe je kata nak masak, ada lagi 1 juadah tak settle lagi... huhu... ktorang pun masak la [nasi minyak, kakde nak sangat makan]...n pagi tu sarapan dengan nasi minyak dan lauk pauknya... ketupat dan rendang tak menjadi pilihan utama sebabnye ketupat pun segera [cap nona], rendang pulak tak banyak... cam tak best jer nak jamu... nanti orang datang nak makan aper... abah kata pagi nie nak jemput orang2 masjid, beraya kat rumah... Raya yang jatuh pada hari jumaat, membuatkan ktorang asyik tergesa2 mengejar waktu... dari pagi, nak gi semayang raya dah kena cepat2... hari pulak mendung, macam tak ceria jer... balik solat, orang2 masjid datang beraya... tapi tak ramai pun... tak ramai macam sebelum2 nie yang smpai kitorang tak cukup tangan nak hidang... semuanya terkawal... sampai kitorang yang tunggu dapur nie dah berapa round dah makan! hehe... [seb baik tak tembam k!]
Lepas tetamu dah balik, he give us only 10 minute utk bersiap! siap2 ke rumah nenek kat beserah... ape la... lelaki memang la senang nak cakap kan... ades... sabar jela... sampaikan ketidakada kerjasamaan nie membuatkan suatu tragedi telah berlaku pagi raya tu... ktorang x sempat pun bergambar raya 1 family... n secara otomatiknyer, takde la folder 'raya 2010' dalam laptop nie... sedih2... gambar tu bukan nak tengok baju raya sape paling cantik ker, nak tengok sape paling cun, comel, cute, macho, handsome n else... tapi sebagai kenang2an... nanti dah ada anak cucu cicit, boleh la rewind balik...kenalkan kat dorang, ni la adek beradek, sedara mara n sepupu sepapat ibu... [ceceh...berangan la pulak...]... n sebenarnya saya tertanya2 kenapa raya tahun nie xde sesi bergambar? sebab tukang ambik gambar yang selalunya sibuk menjerit pagi2 raya panggil smua orang untuk bergambar tu, dah kawin ker? [sebab dia ade jer pagi raya tu], ke camera dah rosak masuk air? pelik...pelik...
Berbalik pada cerita tadi. dalam lebih kurang 20 minit, semua dah bergegas masuk kereta... nak cepat la kononnya... tup2, hari hujan... hehe... sempat beraya kat rumah nenek [dua buah rumah] jer... mak sebelah mak, dan mak sebelah ayah... then semua orang dah tak larat, request nak balik rehat kat rumah... kalau ikutkan, petang tu jugak ktorang bertolak ke segamat-straight to keluang-n pusing ikut mersing- sampai rumah kuantan... [such a crazy plan...huhu... penat kot....] memang tak teratur langsung plan kali nie... kalau tak patutnya 1st day raya nie ktorang akan beraya kt rumah sedara mara kat kuantan, sekurang2nya 3 ke 4 buah rumah... n esok atau paling2 pun dalam 3-4 hari lepas tu baru balik kluang... huhu... rupanya something wrong kat rumah tu...
balik2, guest what???
gas bocor[dapur bahagian luar rumah].... bau sampai ke depan... dah tutup gas, masuk la rumah... rupanya atas ada lagi yang tak settle... masuk2 rumah, kelam jer... ohoo... my sis lupa nak tutup api kat dapur... sebelah tu kuah kacang, n sebelah lagi tu rendang... maka hangit la juadah raya yang ada... bukan tu jer, [na'uzubillah...] gas yang bocor tadi sebenarnya menunggu kat sebelah pintu dapur, kat tempat api tengah menyala tadi... bayangkan la... ish... tak sanggup nak fikir... memang banyak la hikmahnya ktorang balik cepat...baby dalam kandungan kakde tu tetibe je meragam, menyebabkan ktorang nak tak nak kena balik rumah dulu... bila semua dah ok, elok pulak si baby, xde la pulak sakit2 macam tadi... but trauma yang ktorang hadapi menyebabkan kalau orang tanya best ker raya tahun nie... jawapannya...blurrr... serius tak tahu nak jawab camane...

Yang best nya raya tahun nie>>> rasanya dah lama tak balik kampung johor... dan Alhamdulillah, tahun nie dapat jugak merasa balik kluang... takde la best sangat pun, sebab dah takde sape2 dah kat kluang, tinggal mak long sorang jer... tapi merasa jugak beraya jalan jauh2 yer... kalau kat segamat tu dah biasa, rasanya setiap tahun beraya kat sana... tapi balik kluang memang dah jarang sangat2 la... teringat masa kecik2... bila balik kg kluang, abah slalu pilih waktu malam sebab ktorang nie tak tahan jalan jauh2 waktu siang... so, bila malam, kerja ku mengira bintang sambil baring kat seat yang abah dah modified jadi 'katil'... memang tak boleh lupa la waktu2 zaman mengira bintang sambil berangan tengok bulan dulu2 tu...hehe... rasa mcm indah bangat waktu tu...[*senyum sorang2*]

Dan insya Allah, esok, mengikut perkiraannya, kitorang akan beraya kat RFC Kluang!... yeaaa.... seronoknye sebab nie jela peluang ktorang untuk bercuti sama2... kat RFC tu takde la sape2 pun, tapi nak jugak melawat anak syarikat HPA yang satu nie... dan yang paling penting, ktorang sama2 makan kat ctu, ramai2, takyah tapau bawak balik sebab xde orang kat rumah yang tak makan lagi... hehe... seronoknye...insya ALlah, harapnya jadi la yer... k, tu jela kisah perjalanan aidilfitri 1431 keluargaku... insya ALlah bertemu lagi tahun depan dengan cerita lain pulak... Insya Allah....
yang buruk2 dalam cerita nie jangan ditiru... tapi nak taknak kenala akui tu la aturan hidup...

family is they that make me feel so confort being with them, that complete me even each of then never been born in perfection or perfect life...

Wallahua'lam...

Tuesday, September 14, 2010

Redha

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Monday, September 13, 2010

Jangan terlalu memilih...

Saya mahu kerja jadi cikgu...boleh ker??? ok la, tak seswai...tak kena dengan corse...tak rigid dengan status...tak guna la degree sebelum nie...macam2 'tak' lagi la... dulu masa masuk u, dia nak ambik corse cikgu, sedangkan kat tangan dah ade tawaran medic... bila aku kata better teruskan dengan medic, dia kata salah ker jadi cikgu? kerja cikgu tu amalan mulia... sekarang bila aku nak jadi cikgu, dia gelak. ok, tak sesuai... ape2 la...kan kerja cikgu tu mulia? n inila yang aku maksudkan satu mase dulu... sebenarnya, kerja apa pun yang kita pilih lepas grad, lebih baik pilih corse yang memberikan kte input yang luas. even bila kerja jadi cikgu, kita boleh mencurahkan input yg banyak yang kte ada kt murid2, bukan semata2 ikut syllibus jer... kan? barula namanya mendidik, bukan mengajar jer... if even kita kerja jadi penjaga pam minyak, still kerja yang mulia, masih boleh menunjukkan ciri2 akhlak yang mulia...bukan tu ker tujuan sebenar kte belajar? untuk membentuk akhlak yang mulia dalam diri n menunjukkan contoh yang baik kt orang sekeliling kte? jika dipersoalkan tentang sikap kte, mengapa perlu orang lain yang dipersalahkan? salahkan ibu? ayah? abang? kakak? adik? yang tak menunjukkan contoh yang baik? bukankah kte yang belajar? kita menunjukkan contoh yang baik itu teladan dari guru, contoh yang buruk itu biasanya khilaf diri sendiri...
menjadi apapun, kuncinya jangan terlalu memilih...yang penting kan halal...
aku memang memilih kerjaya...
sebab kerjaya yang akan melibatkan pengetahuan2 yang aku ada ni, bukan semuanya 'menghalalkan' penglibatanku...
bekerja sebagai manager dapur hotel> aku bimbang mendapat 'saham' jika mereka menghidangkan arak kepada pelanggan. aku bimbang, di hotel, bukan semuanya datang dengan tujuan yang baik-baik.

bekerja menjadi duta produk> cth: dutch lady, nestle dan sebagainya ( Produk makanan yang mementingkan kesihatan). sedangkan aku memperjuangkan produk halal, yang tidak ragu dan tidak syubhah... masakan aku tenang bernaung dibawah syarikat2 yang pemilikannya sendiri bukan islam.

Habis pikir pun, akhirnya menjadi cikgu jugak pilihanku. biarlah gaji tak seberapa, tak mengapa saja... yang penting hati tenang... ok lah, tak menjadi guru di 'sana' pun, aku akan cuba apply jer kerja lain... buat masa ni, aku masih bekerja disini, dekat dengan HPA, itu lebih ku senangi. Insya Allah...

Thursday, September 9, 2010

Mimpi Jadi Nyata


Percaya itu mudah, tapi meyakini itu susah.
seperti suasananya fatamorgana ditengah padang pasir yang terik.
melihat ia disana sini
seperti air yang begitu nikmat sekali
walhal bila mendekat kepadanya
airnya tiada, malah bertambah penat dan lelahnya.

Siapa kata mahu menjadi senang itu senang? dan menjadi susah itu susah?
Ada orang berusaha sekali, sudah berjaya
ada yang berusaha berkali kali tapi masih gagal
berusaha dengan percaya tidak sama dengan usaha yang dipenuhi keyakinan
kerana bila ada percaya, kegagalan akan menghapuskan kepercayaan itu,
seperti seorang isteri yang ditipu suami yang dipercayainya
tetapi keyakinan itu akan melenyapkan segala kekecewaan yang datang dengan kegagalan
kerana keyakinan itu lebih utuh menyatakan kepadanya
bahawa setiap usaha pasti ada halangannya untuk mencapai kejayaan
dan kegagalan itu hanyalah halangan buat mencapai impian,
bukan destinasi...

Semoga mimpimu yang disulami usaha, doa dan tawakkal itu akan menjadi nyata...