ada pulak tu yang jawab "muslim tu apa? Islam aku tau la, sbab kt IC aku ni ada tulis agama:Islam"
Tuesday, September 25, 2012
Menjadi Muslim
Tweetada pulak tu yang jawab "muslim tu apa? Islam aku tau la, sbab kt IC aku ni ada tulis agama:Islam"
Sunday, September 23, 2012
tulisan ini
TweetBismillahirrahmanirrahim. Semoga sahaja tulisan yang kali ini memberikan manfaat buat siapa yang sudi singgah ke teratak ini. Sengaja ku biarkan ruang ini sepi tak terisi. Jiwaku kekalutan untuk menulis satu persatu. Apa gunanya ku catatkan andainya membuat ku merasakan masa berjalan, oh mungkin lebih mudah ku katakan, masa merangkak berlalu meninggalkanku...dengan hati yang berat, hati yang selalu termenung. Mahu menangis rasanya mengenangkan diri sendiri. Akukah ini? Akukah yang tidak kuat bila jauh begini? Jauh, benar-benar menguji setianya hati. Bukan kerana tergugat pada keindahan lain dihadapan mata, tapi kerana sepi yang semakin jelas walau ada ramai orang disekeliling.
Jalan ini bukan jalan yang mudah buat kita. Tapi percayalah. Hanya kerana Allah, kita harus kuat. Sekuat mentari yang garang menyinar disiang hari, secerah sang bulan menerangi kelamnya malam.
Teman, bila hatimu disapa rasa, jangan kau sangka semuanya akan indah dari awal kehujungnya. Bahkan, dari manakah datangnya pelangi yang indah jika tidak wujudnya gerimis dan hujan ditengah garangnya mentari? Tentu sahaja tiada. Begitulah kita. Diuji dengan pelbagai cara, yang kadang-kadang tidak sanggup kita ingat kembali. Tapi dengan ujian itulah sebenarnya yang menguatkan kita. Mengukuhkan ikatan hati, yang membuat kita yakin melangkah lebih jauh lagi. Ku pegang janji Ilahi, bahawa setiap kesusahan itu ada jalannya, bahawa pada setiap ujian itu, Allah tetap ada tak pernah meninggalkan kita. Jangan kau goyah pada angin yang lalu, menyapa jiwamu dengan rasa rindu. Jangan kau teruji pada jauhnya jarak, kerana Allah tahu yang terbaik buat kita, Dia tahu kamu mampu memikulnya. Jangan terbeban dengan beratnya tugas yang kau galas, kerana Dia tak pernah zalim padamu yang selalu menjaga agamaNya. Jangan terlalu teruja dengan keindahan, kerana ciptaan Allah yang paling sempurna pun tetap punya kelemahan, untuk menjadikan seimbangnya dunia dan tiada yang lebih sempurna melainkan Dia.
Teman, aku ini penuh kekurangan. Aku bukan agamawan, kelak kamu boleh mempertikai tulisanku yang tempang. Aku cuma suka berfikir, dan mencari hikmah pada tiap kejadian. Mengolah dalam penulisan, mempersembahkan dengan keindahan.
Aku bukan sasterawan, kelak kamu boleh melihat cacatnya kesenian yang ku persembahkan. Aku cuma menulis dengan nurani ini, kerana ku tahu, yang ingin ku sentuh adalah hati, yang ingin ku sapa adalah hati. Hanya tulisan dari hati sahaja, akan jatuh ke hati.
Wallahua'lam




