Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlaku
Entah Siapa Yang Tahu
Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan
Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi
Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Saturday, June 14, 2014
Biarlah Rahsia~
TweetTuesday, January 14, 2014
mood kelaut
TweetKalau padi katakan padi, tidak aku tertampi-tampi...kalau jadi katakan jadi, tidak aku ternanti-nanti...
Rasanya penantian selama ni bakal berakhir.. hidup terus kedepan, mengira tapak-tapak terakhir mengakhiri zaman bujang. Tiap persiapanku, buat aku teringat pada 'mereka' yang ku rindu... Yang akan menjadi kesayangan dan cahaya hati kami... Yang sucinya bakal kami corakkan sebagai si soleh dan solehah...entahlah kenapa jauh sangat fikiranku. Tak terfikir tentang semua yang bakal berubah selepas melangkah ke alam rumahtangga..hanya berdoa, dan berusaha mencuba untuk menjadi yang terbaik buatnya...
Yang ku rindu, yang berada dikejauhan sana, si kecil yang suci, taman-taman firdausi...
Dunia ini hanya persinggahan, dan rumah yang kami bina ini adalah mahligai untuk kami samada disyurga atau sebaliknya. Maka disini adalah titik tolak untuk memulakan pembinaannya. Dari tarbiyah diri sendiri, mahu ditarbiyah oleh suami, dan mentarbiyah permata hati sambil ditarbiyah pula oleh penolakan dan penerimaan mereka nanti... Entahkan sempat, entah tidak..
hidup diajar penuh matlamat. Bermula dengan tujuan utama, mencari dan mengharap redha Ilahi..membina matlamat-matlamat kecil, dan perkahwinan adalah satu dari cabang matlamat utama. Disini paksi kita, maka susah atau senang langkah kita, mewah atau miskin rezeki kita, mudah atau payah usaha kita, harapanku cuma satu, berdirilah diatas paksi cinta Allah, untuk mencari redha Allah. Bimbinglah langkahku semata-mata agar hati kita menjadi 'Qalbunjadid' kepada Allah, dalam mencari redha Allah untuk menuju ke syurga Allah..
Usahlah bimbang tentang perkara yang tidak pasti. Tentang kesempitan dan kesukaran yang kita nampak sekarang, kerana pertolongan Allah itu tidak pernah terjangka. Disini titik tolak untuk menguji iman dan tawakkal kita kepada Allah. Tawakkal. Tawakkal. Tawakkal. Bukan setelah tidak nampak jalan, baru meminta dan merayu kepada Allah. Tapi sebelum kesukaran itu datang, ketika baru menghinggap dibahu dan dalam setiap usaha kita, iringilah dengan tawakkal. Ia membantu. Ia mencekalkan hati. Ia menarik perkara-perkara baik menghampiri. Berhentilah mengungkit kesusahan. Kerana Allah selalu akan memberi jalan pada sangka baik kita.
Katanya... cinta untuk Allah.
Katanya... kasih kerana Allah...
Makanya redha dan berlapang dadalah dalam menuju keredhaan Allah..
walau payah, walau susah...sama-samalah mujahadah, bukan kamu yang disana sahaja, tapi juga aku yang disini.



