assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Showing posts with label Koleksi artikel. Show all posts
Showing posts with label Koleksi artikel. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

7 Sunnah Penting, jom amalkan (",)

Bismillahirrahmanirrahim. ni hanyalah sekadar perkongsian ilmu. bukan dari saya, tapi dari email yang dipanjang-panjangkan dan diminta untuk panjang-panjangkan jugak. jadi, saya fikir blog adalah salah satu tempat paling menarik untuk memanjang-manjangkan perkara baik seperti ini. lets go tru one by one. selamat membaca dan renung-renungkan :)


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

[pesanan penaja] Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Wednesday, September 21, 2011

Sebelum engkau halal bagiku

Jika engkau tidak mendapati seseorang yg bisa membahagiakanmu,maka berusahalah untuk membahagiakan dirimu sendiri,

Jgn engkau biarkan dirimu dimangsa oleh kesedihanmu dimalam2 yg gelap,

Mulailah kehancuran diri sebagai awal mimpi yg baru,

Jadilah orang yg percaya bahwa jika engkau terjatuh dlm sebuah lubang,engkau pasti akan keluar darinya dgn lebih kuat dr sebelumnya,dan للّÙ‡ُ”.bersama dgn orang2 yg sabar…

Demikianlah aku memahami hidup

=============================================================

Tahukah kalian semua bahwa Lelaki yg baik takkan pernah berani mengungkap kata cinta,sayang,rindu,kasih kepada seorang wanita serta tidak keluar berdua-duaan dgn wanita yg bukan muhrim,sehingga wanita tersebut sah menjadi yang halal bagi dirinya.

Bukan kerana lelaki itu pemalu dengan wanita akan tetapi lelaki itu takut dan malu dgn للّÙ‡ُ”,takut akan dimurka للّÙ‡ُ”.

=============================================================

Tatkala jatuh cinta pada seseorang ikatlah hatimu dgn seerat-eratnya,

Simpulkanlah ia dgn simpulan mati,yg hanya dapat dibuka bila waktunya tiba,

Sebelm mengorak langkah lebih jauh dgnnya, cukuplah cintai ia dlm diam karena diammu bukti cintamu padanya,

kau ingin memuliakanya dgn tidak mengajaknya menjalin hubangan yg trlarang karena diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya,

menghindarkan dirinya dari perkara yang merusak izzah dan iffahnya..

=============================================================

Berterimakasihlah pada orang yg telah melukai hatimu,karena dia telah membuatmu kuat,

Berterimakasihlah pada orang yg telah membohongimu karena dia telah membuatmu lebih bijaksana,

berterimakasihlah pada orang yg telah membencimu karena dia telah mengasah ketegaranmu,

berterimakasihlah pada orang yg mengecewakanmu karena dia telah melatihmu untuk lebih ikhlas,

berterimakasihlah pada orang yg menjaga dan mengerti semua keadaanmu karena disitulah Rahman للّÙ‡ُ” ada bersamamu.

~*•.Sebelum Engkau Halal BagiKu [via Tinta Hijau]

Monday, August 1, 2011

Mengenal Sabar


TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Allah berfirman yang bermaksud: " Maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya rasul-rasul ulul azmi (yang mempunyai keazamandan ketabahan hati) daripada kalangan rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu). Dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal ( di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasiq." (Surah al-ahqaf 46: 35)

DEFINISI SABAR
Sabar bererti tabah dalam menempuh sesuatu musibah atau kesukaran. Ia merupakan satu sifat terpuji sehinggakan sifat ini dianggap sebagai salah satu maqam yang tinggi dalam disiplin ilmu tasawwuf dalam mencapai makrifatullah.
bagi mendefinisikan takrif sabar, beberapa ulama sufi memberi pandangan seperti berikut:

Sunday, July 31, 2011

Qana'ah merehatkan jiwa

"Baju dia jenama Adidas. Baju aku jenama Asadi saja."
"Dia ada motor. senang pecut ke kelas apabila terlambat. Aku pula terpaksa jalan kaki awal-awal pagi."
"Wah, dia pakai pencuci muka Gamat Healin! Mahal tu. Aku pakai Safi saja."
"Cantiknya jam tangan dia. Aku tak pernah ada jam tangan secanggih tu."

Anda suka membanding-bandingkan apa yang anda ada dengan orang lain? Jika ya, berhentilah! Ia hanya melelahkan jiwamu.

Thursday, June 9, 2011

Tentang Niqab (Purdah) di Facebook

Sumber: Hilal Asyraf
Assalamualaikum saudara2 seakidah yang ana kasihi krn Allah..alhamdulillah dapat juga ana berkongsi sesuatu dengan antum hari ini.ana terjumpa post nih dkt slh seorang blog sahabat ana.jadi ana rase wajar untuk ana berkongsi dengan antum supaya sama2 kita muhasabah diri..insyaAllah..

Ramai orang tahu apa itu niqab. Bahasa popularnya dahulu adalah purdah. Antara bahasa yang kurang popular adalah cadar. Tapi saya memang

Thursday, February 17, 2011

Hakikat Seorang wanita-akal senipis rambut

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka
akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata.! ..
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

P/s: koleksi artikel dari mana ntah tak ingat dah ^_^

Pesanan buat diri: jangan terlalu mengharapkan lelaki setabah dan sehebat Ali karamallahuwajhah
andai diri tak mampu menjadi semulia Fatimah Az-Zahra'