assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Tuesday, January 14, 2014

mood kelaut

Kalau padi katakan padi, tidak aku tertampi-tampi...kalau jadi katakan jadi, tidak aku ternanti-nanti...

Rasanya penantian selama ni bakal berakhir.. hidup terus kedepan, mengira tapak-tapak terakhir mengakhiri zaman bujang. Tiap persiapanku, buat aku teringat pada 'mereka' yang ku rindu... Yang akan menjadi kesayangan dan cahaya hati kami... Yang sucinya bakal kami corakkan sebagai si soleh dan solehah...entahlah kenapa jauh sangat fikiranku. Tak terfikir tentang semua yang bakal berubah selepas melangkah ke alam rumahtangga..hanya berdoa, dan berusaha mencuba untuk menjadi yang terbaik buatnya...

Yang ku rindu, yang berada dikejauhan sana, si kecil yang suci, taman-taman firdausi...

Dunia ini hanya persinggahan, dan rumah yang kami bina ini adalah mahligai untuk kami samada disyurga atau sebaliknya. Maka disini adalah titik tolak untuk memulakan pembinaannya. Dari tarbiyah diri sendiri, mahu ditarbiyah oleh suami, dan mentarbiyah permata hati sambil ditarbiyah pula oleh penolakan dan penerimaan mereka nanti... Entahkan sempat, entah tidak..
hidup diajar penuh matlamat. Bermula dengan tujuan utama, mencari dan mengharap redha Ilahi..membina matlamat-matlamat kecil, dan perkahwinan adalah satu dari cabang matlamat utama. Disini paksi kita, maka susah atau senang langkah kita, mewah atau miskin rezeki kita, mudah atau payah usaha kita, harapanku cuma satu, berdirilah diatas paksi cinta Allah, untuk mencari redha Allah. Bimbinglah langkahku semata-mata agar hati kita menjadi 'Qalbunjadid' kepada Allah, dalam mencari redha Allah untuk menuju ke syurga Allah..
Usahlah bimbang tentang perkara yang tidak pasti. Tentang kesempitan dan kesukaran yang kita nampak sekarang, kerana pertolongan Allah itu tidak pernah terjangka. Disini titik tolak untuk menguji iman dan tawakkal kita kepada Allah. Tawakkal. Tawakkal. Tawakkal. Bukan setelah tidak nampak jalan, baru meminta dan merayu kepada Allah. Tapi sebelum kesukaran itu datang, ketika baru menghinggap dibahu dan dalam setiap usaha kita, iringilah dengan tawakkal. Ia membantu. Ia mencekalkan hati. Ia menarik perkara-perkara baik menghampiri. Berhentilah mengungkit kesusahan. Kerana Allah selalu akan memberi jalan pada sangka baik kita.

Katanya... cinta untuk Allah.
Katanya... kasih kerana Allah...

Makanya redha dan berlapang dadalah dalam menuju keredhaan Allah..
walau payah, walau susah...sama-samalah mujahadah, bukan kamu yang disana sahaja, tapi juga aku yang disini.

Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, November 17, 2013

Hikayat


Monday, October 7, 2013

Duhai pendampingku


Di hatimu tersimpan cinta yang suci
Serta mendalam pernikahan dari beda dunia
Meski kau terbiasa hidup tanpa perih
Namun kau ikhlas hidup bersahaja
Namun bahagia

Duhai pendampingku, akhlakmu permata bagiku
Buat aku makin cinta
Tetapkan selalu janji awal kita bersatu
Bahagia sampai ke surga

Maafkan aku jika tak bisa sempurna
Karena ku bukan lelaki yang turun dari surga
Ketulusan hatimu anugerah hidupku
Doakan langkah kita tak berpisah
Untuk selamanya

hingga ke syurga...

Sunday, September 15, 2013

jom doa!

Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah, Ya Wadud, dgn sifat CintaMu, alirkanlah rasa cinta ke dalam hati kami agar hati-hati kami bertaut dan bersatu dibawah baitulmuslim yang Engkau Redhai, sepertimana Engkau satukan adam dan hawa, yusuf dan zulaikha... Allah Ya Rahman Ya Rahim, janganlah rasa cinta yg Engkau kurniakan ini mengatasi rasa cinta kami kepadaMu. Dengan rahmat dan kasih sayangMu, redhailah langkah kami, dan kuatkan hati kami untuk menjalani hari2 yang mendatang. Allah Ya Bari', sesungguhnya Engkau Maha pengatur agenda, maka bantulah kami dalam merancang, agar perancangan kami adalah yg terbaik dlm perancanganMu. Allah Ya Hadi, bimbinglah kami dalam setiap langkah dan pilihan kami, agar tiap keputusan kami memberi manfaat buat kami dan insan sekeliling. Aamiin Ya Allah Ya Aziz Ya Robbal 'aalamiin..

Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, August 25, 2013

testing~