assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Monday, April 8, 2013

Darah manis?

dirumahku yang kayu~ :P

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji-pujian hanya buat Allah, Tuhan sekalian alam. hanya padaMu hati ini berharap, dan hanya padaMu hati ini panjatkan segenap kesyukuran yang tak terhingga.


tarikh 10 februari 2013 (10.02.2013), Ahad.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis merasmikan hubungan pertunangan ini. kiranya aku ini sudah menjadi tunangan orang sebelum itu lagi. kalau diingat-ingat, terlalu banyak kenangan manis dan pahit sebelum akhirnya kedua-dua keluarga bersetuju untuk mengikat pertunangan antara kami. walaupun serasa tak mahu ku ingat-ingat semua yang pernah terjadi, tetapi bila teringat, lucunya Allah je yang tahu. aku cuma mampu berterima kasih atas kesabarannya menahan hati dengan perubahan demi perubahan yang berlaku. dan berterima kasih kepada kedua ibubapa dan keluarganya menerima diriku, dan keputusannya. entahlah. bukan kerana ada pilihan lain untuknya. bukan juga kerana dia tidak baik dimata kedua orang tuaku.
tetapi kerana keputusan tanpa mengenali, tanpa sebarang hubungan, kami membuat keputusan untuk menerima. bagiku, sebelum keputusan ini, dia tidak pernah wujud dalam hidupku. maaf, bukan dia, tetapi secara jujurnya lelaki. tak kisahla apa orang nak kata. aku 'anti-lelaki' ke, alergik dengan lelaki ke. hakikatnya aku malu, dan ingin menjaga ikhtilat antara aku sebagai perempuan, dengan manusia yang namanya 'lelaki'. semakin aku belajar menjadi muslimah, semakin banyak perkara yang aku tahu 'tidak perlu' antara seorang perempuan dengan yang berlainan jantina. 
tetapi akhirnya jadi tunangan orang jugak diri ini. kadang-kadang, susah nak percaya. tapi, kena percaya jugak. hari yang sepatutnya orang lain meraikan dengan sangat gembira, aku masih lagi kebingungan. tak percaya. ntah. betul ke ni...? sampai dah beberapa hari berlalu selepas hari pertunangan pun, aku masih beradaptasi dengan 'status baru' ini. bila asyik digelar 'tunang orang' sampai sudah hampir sebulan, insyaa Allah, akanku jaga amanah ini sebaik mungkin. cuma perlu banyak ingatkan diri sendiri bila kadang-kadang rindu menjelma, bahawa ikatan ini tak menghalalkan apa2pun antara kami. juga tak membenarkan apa2 yang melebihi batas perhubungan yang masih belum halal.  patutlah orang kata bertunang ni darah manis. dan tak baik bertunang lama2. hubungan yang rasmi, tetapi masih tidak halal. dimata orang lain, semuanya seperti 'mengizinkan' sebarang tanya khabar. tetapi walau serindu mana pun. perasaan mesti dipendam. seperti biasa. di satu sudut, ia betul. tetapi di satu sudut yang lain, ianya salah. perih. dan biarkan hanya diri sendiri yang tahu. selalu rindu itu menyapa, tapi ku sibukkan dengan perkara2 lain. mengingatkan diri sendiri, bahawa bila kita rindu, sebenarnya jiwa rindu untuk kembali kepada fitrah. maka, sibukkanlah ia dengan menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah. jangan diisi perasaan itu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, bimbang kita terjerumus kepada dosa2 kecil yang tak sepatutnya.

Bagiku, tiada gambar terbaik untuk ku paparkan buat mengubat rindu ini melainkan kalam suciNya. terima kasih Ya Allah

semoga Allah kuatkan hati kita untuk terus menjaga hubungan ini. doa dari sahabat2 sangat kami harapkan. moga2 Allah terus mengizinkan kami merealisasikan hubungan ini ke syurga-Nya dibawah baitul muslim yang Dia redhai.

Friday, April 5, 2013

Pelangi



Entah apa sequence nya pelangi dengan coretanku kali ini.. mungkin kerana pelangi itu sangat indah, namun jauh untuk digapai... Seperti dia, yang ada jauh disana, tetapi terasa indah mengharap Allah selalu menjaga dia, hatinya dan langkah juangnya. Jangan lemah dengan ujian. Jangan sedih dengan kebaikan yang Allah limpahkan pada insan lain dan tidak pada kita. Sabar dan teruskan langkah. Setiap insan itu diberikan ujian yang berbeza-beza.
Coretannya yang bilangan keberapa..maaf, semua telah ku baca,Maaf akhi, tanpa izinmu. Meresap kedalam jiwa, cuma untuk menyedarkan aku sesuatu, bahawa Allah telah menjadikan aku 'seseorang' dalam hidup insan lain. Dan jika diizinkan, aku bakal memegang amanah yang sangat berat, membentuk dan mendidik generasi Islami dengan acuan Al-Qur'an dan sunnah.
Sediakah aku memegang amanah ini? Bahkan, untuk berada disisinya, menguatkan langkahnya,menjadi pembantu yang baik untuk perjuangannya adalah amanah yang terpikul saat lafaz ijabkabul bermula. Perkahwinan bukan padang permainan. Bukan juga makmal percubaan. Maka dengan waktu yang semakin singkat ini, ku cuba usahakan diri untuk berubah menjadi anak yang lebih baik. Adik yang lebih memberi manfaat, kakak yang senang memikul tanggungjawab, ibu saudara yang tidak lelah melayan sikecil.
Dalam kesibukan mencari diri, tidak sedikitpun ku berharap dia berubah menjadi insan lain. Aku menerima dia, dan itu adalah dia. Aku tidak berharap dia menjadi insan lain, tetapi jika dia ingin berubah kerana Allah, untuk memperbaiki mana2 kekurangan yang ada, ku persilakan, dengan harapan Allah meredhai perubahannya dan moga2 dia menjadi pejuang pilihan Allah. Tidak salah untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik, bahkan Islam sendiri menuntut yang demikian. Aku juga pernah melalui saat2 hitam dalam hidup. Kelam tanpa arah. Tetapi semua mampu berubah dengan izin Allah. Maka kembalikanlah segalanya pada Allah. Ambillah sedikit masa dari kesibukan gerakkerja, untuk muhasabah diri kita. Bahagia dan gembira yang Allah berikan buat kita ini, sudahkah kita bersyukur? Ambil sedikit waktu untuk bertaubat , kerana sekian waktu yang kita lalui sepanjang hari ini, adakah satu saat yang kita terlupa, Allah sentiasa ada memandang kita..~ wallahua'lam.
[Bingkisan rindu]

Thursday, March 14, 2013

kembali


susah tak, nak mengembalikan diri sendiri ke pangkal jalan...? Terasa jauh...usrah, keluarga...Ya Allah... Seakan tangan2 jemu untuk mencapai tanganku. Seakan jalan2 semakin menyempit membiar diriku. Terasa hati... Terasa semua menjauh dariku. Terasa seperti mereka bosan, berang dan memandang sinis kepadaku. Adakah Engkau juga sedang memandang hina padaku?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, March 9, 2013

hari-hari bersejarah~

Bismillahirrahmanirrahim..
Sakit kepala dah. Dah tua2 ni, xlarat nk tdo lewat. Zaman muda2 dulu xyah tdo pun xpe..steady je..hehe...steady la sgt. Pas abis assignment tunggang terbalik. Bagus! Tahniah utk diri sendiri.
Eh, salah parking plak..
Alhamdulillah... Rasanya mood nak menulis +++
Tapi erm...xtau nk tulis ape.. kalau boleh instead of storytelling pasal kehidupan harian ana, nak jugak tulis sesuatu yg berilmu sikit..
Dan teringatlah tentang sejarah hari2 cuti yg Allah dah tetapkan kalau ikut sejarah/nas dari Qur'an...org islam, waktu cuti kerja yg wajib cuti adalah pd waktu solat jumaat. Org yahudi pd hari sabtu dan nasrani pd hari ahad. Asbab nuzul, surah n ayat mmg xingat. Tp psl cerita bani israel yg Allah tukarkn jd kera sbb langgar larangan bekerja hr sabtu, dlm surah al-baqarah. Tentang hentikan perniagaan pd wktu solat jumaat dlm surah al-jumuah. Nnt insya Allah kalau jumpa detail penerangannya, akan dikongsikan disini...sebab dengar xbuat catatan....inilah hasilnye... Wallahua'lam.
Pengajaran hari ini: adab menuntut ilmu, bawak pen dan kertas or buku. Catat isi2 penting n kalau boleh stiap patah perkataan tu kne tulis..hehe
P/s/s: sebulan sudah~ Alhamdulillah...

Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, March 6, 2013

wordless wednesday~