assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Saturday, February 16, 2013

Penggoda Cinta Yang Malu

Bismillahirrahmanirrahim... artikel ni hasil tulisan ust pahrol di ruangan artikel iLuvIslam...
peringatan dan persiapan untuk diri sendiri...please take note dear self ^_^


Ada yang bertanya mengapa diri tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin (yang usianya telah bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu... tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rinxdu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!
Bila berjauhan, ada juga berkirim sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.
Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, bila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?
Kata sesetengah lelaki (entah species mana), wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan begitu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Kerenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus.
Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujjah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 wanita! Poligami bukan untuk maladeni (melayan) nafsu lelaki ini , tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.
Kita tinggalkan lelaki yang bersifat 'jantan' itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteripun ada salahnya. Selepas sahaja dia bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu 'murah'. Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai 'jual mahal' untuk mendapat perhatian suami.
Jika dulu puas berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya. Bau badan tidak dijaga, asyik 'mendedah aurat' (maksudnya berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Bila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?
Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Menguyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sunggup sopan, persis gadis pingitan. Maaf, lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin mengurang. Cara duduk, tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya... tidak semerdu, ketawa, ha.. ha.. ha.. berdekah-dekah. Mana hilang malunya?
Jangan terkejut jika kita 'menjual' terlalu murah, orang akan meragui kualitinya. Suami akan berhenti 'memburu' anda jika anda terlalu jinak dan murah. Ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau terlalu mahal... tetapi belajarlah malu-malu seperti mula-mula kahwin dahulu. Insya-Allah, suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikat dan mendapatkan kasih-sayang anda. Biar dia menjadi pemburu cinta mu!
Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas itu. Sesungguhnya, malu itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.
Ya, seperti permata. Ia selalu disimpan dalam bekas yang cantik. Diletakkan dalam almari dan dikunci. Hanya sekali-sekali dibuka dan untuk orang yang tertentu sahaja. Permata tidak dipamerkan merata-rata atau dibiarkan terdedah sentiasa. Jika terdedah sentiasa, itu bukan permata, itu hanya kaca. Maka begitulah dengan malu. Ia akan mendorong si isteri mengekalkan keanggunan, perhiasan diri dan kejelitaannya.
Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala... Bulan tidak mengambang setiap malam... kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu. Begitulah isteri yang masih malu, suami akan menjadi perindu.
Bagaimana pula gaya seorang perindu? Ah, memburu cinta perlu bergaya. Jika yang diburu itu indah, yang memburu juga akan memperindahkan dirinya. Kita tidak akan menyentuh permata dengan tangan yang kotor. Kita tidak akan tega mengusapnya dengan tangan yang berbau. Yang indah perlu disentuh dengan yang indah jua. Yang harum perlu ditantang dengan yang harum juga.
Jadi bagaimana? Ya, bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana? Tegakah kita asyik berkain pelikat, berbaju T dengan perut 'boroi', rambut kusut tak bersikat tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah 'umpannya' anda akan dapat 'ikan' yang begitu juga.
Ingat selalu hukum pantulan, apa yang kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan. Jika buruk yang kita tampilkan, maka yang buruk juga akan datang sebagai balasan. Begitulah juga dengan hukum tarikan, yang baik akan menarik yang baik, yang cantik akan menarik yang cantik.
Suami inginkan isteri berubah, tetapi kenapa anda berada ditakuk lama juga? Ingat, perubahan andalah yang akan merubah orang lain. Ubahlah penampilan diri. Kalau isteri jadi penggoda, anda harus jadi pemikat. Bagaimana ya? Jangan tanya bagaimana, jika kita sudah ada kemahuan. Kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara. Kata orang, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.
Jadi, bertanyalah dengan diri, mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri waktu mula bertemu dahulu? Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dulu? Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu? Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?
Usahakan semula segalanya dengan membina semula rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim berlaziman. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Sebab itu kata hukama, "bila kau hilang malu lakukanlah segalanya." Maksudnya, bila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir haram dan halal lagi... semuanya dilanggar tanpa segan-silu lagi. Antara ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekal rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.
Ya, diantara perbezaan insan dengan haiwan, selain insan punya fikiran ialah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya, untuk mencari semula rasa yang malu yang dulu, samalah seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.
Rasulullah SAW sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Usman datang menemuyinya. Kenapa? Ini kerana sayidina Usman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya.
Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya. Justeru, suburlah rasa cinta dalam rumah-tangga dengan menyuburkan semula rasa malu.

Friday, February 8, 2013

Istikharah Cinta


mungkin saat ini, dia sedang lena di peraduan. mungkin juga saat ini, dia tergerak untuk bersama Kekasih yang setia xpernah berpaling dari hamba-hambaNya.


semakin hampir saat itu, hakikatnya semakin kerap hati ini bertanya...adakah Engkau sedang mengizinkan aku untuk bercinta didunia ini? seberapa lama lagi saat yang lebih tepat untuk aku halal mencintainya disisiMu? lemah kakiku Ya Allah.. rapuh hatiku Ya Allah... aku rindu, tetapi rindu ini ada kalanya terumbang ambing mengimbangi cintaku padaMu, yang sekian lama ku semai. aku tidak pernah mencintai insan Ya Allah, setelah aku tidak pernah diizinkan untuk mencintai siapapun sebelumnya. walau pernah terjalin persahabatan demi persahabatan, Engkau lebih menyayangiku disisiMu, mengambil sebahagian harapanku, mematah-matahkan hatiku untuk terus mencari dia didunia ini. sudah ku serahkan ketentuan ini kepadaMu. lebih rela andai Engkau menyimpan dia untukku disyurga nanti. tetapi, layakkah aku jika disana, untuk ke syurgaMu? layakkah aku menjadi bidadarinya disyurga nanti? jangan Ya Allah, Engkau biarkan jalinan ini jauh dariMu, sehingga akhirnya syurgaMu tidak kami temui jalannya.


Ya Allah, mataku tidak mahu terkatup..masih mahu berada denganMu, saat insan lain terlena menikmati kerehatan yang Kau berikan, kepalaku tidak mahu berhenti berdenyut..apakah yang sedang aku lalui ini... seakan-akan takdirMu yang satu ini tidak mampu terhenti dengan masa. terus berjalan dengan kehendakMu.
aku bersyukur Ya Allah, andainya Engkau mentakdirkan akulah yang akan menguatkan langkah juangnya. aku bersyukur Ya Allah, andainya dengannyalah cintaku kepadaMu tambah subur dengan harapan dan tawakkal. aku bersyukur Ya Allah, andainya Engkau mentakdirkan aku yang akan melengkapkan kekurangannya. aku memilih untuk bahagia dan membahagiakan, tetapi ku tetap memerlukanMu, pimpinanMu, bimbinganMu untuk kami agar ikatan hati kami terus kuat hanya kepadaMu, sederhanakan kecintaan antara kami, agar tiap perasaan yang hadir tidak membutakan mata hati kami dari jalanMu.
saat aku menerima dia, hanya keranaMu, kerana agamaMu, dan kerana perjuangan dijalanMu. kerana ku yakin, hanya ini yang akan mengukuh hati kami menghadapi badai dunia, yang saban hari semakin menyukarkan perjalanan hidup insan.


Ya Allah, Ya Latif, Engkaulah yang Maha Melembutkan...lembutkanlah hati-hati keluarga kami untuk menerima diri kami masing-masing dengan kekurangan diri kami. Ya Qowwiy teguhkan hati kami untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada diri ini agar diri ini dapat menjadi contoh yang baik buat bakal zuriat keturunan kami dan insan-insan disekeliling kami. moga cinta yang terzahir atas istikharah kepadaMu ini sampai ke hujungnya. yang menjadikan panduan dariMu sebagai perjalanannya.

Monday, December 17, 2012

Perjalanan


Kalau berjalan itu terlalu cepat, mungkin agaknya saat ini aku sedang merangkak..mencari secebis kekuatan, pada perkara yang tidak dapat diluah, tidak terlihat oleh orang lain bahkan tidak mampu diselesai oleh diri sendiri. kenapa setiap kali, dan setiap saat memikirkannya, terasa tidak bergunanya diri ini. tak mampu serba serbi. apa yang sebenarnya tangan ini mampu lakukan? apa yang sebenarnya diri ini ada untuk membuktikan, yang aku juga mampu seperti insan lain? Ya Allah, hanya Engkau yang tahu... saat aku runsing dan bercelaru..kuatkan diri ini pada jalanMu. janganlah Engkau palingkan hati ini setelah Kau beri hidayah kepada hati ini...

Sunday, December 2, 2012

TABUNG KAWiN

Bismillahirrahmaanirrahim. tolonglah saya kawan2....ada idea tak macamana nak start our marriage saving? huahua *_* (mcm segan je nak cakap pasal ni...tapinya, perkara ni MESTI dibincangkan)... Bila xtau nak buat camana, pikir sorang2 pun xjalan jugak..so i've google some "tabung kahwin".. mak aih, ada ke patut-kumpul duit syiling, sampai tahun bila kita bleh kawin~ toingtoing [sabo jelah]~ somehow, mesti ada cara kan?? should have target. kalau target kawin tahun 2013, bulan berapa, anggaran (nak kena ada simpanan at least 10K-ni hanya target contoh, untuk taknak menyusahkan mana2 pihak.sila susah sama2 okes~ :P), sumber pendapatan n berapa kena simpan dlm sebulan. so, nanti masing2 sila tulis dalam buku "Rancangan Walimatul Urus" tentang "tabung Kahwin" ni okes. n lagi satu, should have a "bank" untuk simpan. sila jangan percaya kalau simpan dlm tangan sendiri. mau nya sampai sudah tak terbajet la kite~ hehe... pernah baca pasal Buku Simpanan Perkahwinan, tapi tak ingat kat mana dan bila. yang ingatnya, buka 1 bank atas nama bersama [macam mana nak buat ni?] then simpan la berapa2 yang boleh setiap bulan. lebih mudah kalau ada target sebulan kena ada berapa. kalau lebih dari target lagi bagus. so, every salary kena simpan dulu, baru tolak belanja bulanan (kereta, rumah, bil api air, belanja dapur kalau ada). selebihnya (kalau ada lebih la) baru untuk nak memboros~kuengkueng [cakap kat diri sendiri]
sebenarnya, kalau nak cakap pasal belanja kawin ni, ikut kemampuan saya insyaa Allah cukup je. cumanya, dah nama pun simpanan kan... nak keluarkan pun bersyarat...sobsobsob...okla okla... sebenarnya, tabung ni saya nak wujudkan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab diri sendiri dan bakal incik untuk bertanggungjawab dan sama2 rasa susah senang untuk persiapan yang akan datang. blablabla (membebel...........) apa2pun, dah kena fikir untuk stage seterusnya...dan semoga Allah berkati...

Thursday, November 22, 2012

Ya Allah...