Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. ok, slalu maa suruh org update belog. sy byk idea, bukan takde. tapi xsempat. banyak sgt benda nk cerita regarding rutin harian dan cerita2 menarik. (kat org pun den xcerita, inikan pulak nak cerita kt belog. 'sempat' lah sangat kannn...) hehee...maaf...maaf... kdg2 xsempat nak tulis, tambahan pulak, bila menulis, saya ni ada masalah 'komplikasi pemilihan ayat' yang kalau salah tulis, menjadi salah faham kepada semua orang. kalau tulis cerita la, kalau merepek dengan ayat2 berbunga tu senang je~ sebab kita memang tulis yg tersirat, biar org tafsir sendiri apa yang tersuratnya..hehe
Ok, berbalik kpd tajuk entri. kalau kita tanya kat orang sekeliling yang kita tau dia memang orang islam, adakah dia muslim, mesti dia marah...kan?
"mestilah! aku kan orang islam. mestilah muslim!"
"nama pun orang islam. tengok IC aku ni, agama Islam!"
"aku boring jadi Islam, tapi tak semestinya aku nak keluar Islam sampai kau kena tanya aku muslim ke tak"
ada pulak tu yang jawab "muslim tu apa? Islam aku tau la, sbab kt IC aku ni ada tulis agama:Islam"
banyak betul la jawapan yang menghentam kita balik. kan?
memang mudah nak mengaku yang kita ni Islam, kan sahabat... tapi berapa ramai di kalangan kita yang bermujahadah nak mengikut peraturan Islam? Muslim tu, bukan sekadar kita mengucap 2 kalimah syahadah. lebih dari itu, kita adalah duta Islam. Menjadi muslim bukan sekadar mendirikan solat, berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan haji, zakat. lebih dari itu, seorang Islam dengan pakej yang lengkap adalah seorang yang membawa imej Islam yang lengkap dalam dirinya. memang benar, tidak ada manusia yang sempurna, tambahan di akhir zaman ini, sangat sukar kalau kita nak berakhlak dengan akhlak Islam 100%, samada masa sendirian mahupun dikhalayak ramai. tapi kan sahabat, bukankah kita disarankan agar BERUSAHA! dan terus berusaha memakai 'pakaian' muslim yang lengkap. yang dinilai disana nanti adalah usaha kita, bukan sejauh mana kejayaan kita. dan hanya dengan Rahmat Allah kita dimasukkan ke syurga.
Menjadi muslim, sebenarnya memberi kepercayaan kepada orang lain terhadap Islam. Ramai dikalangan masyarakat yang semakin 'sakit' ini mencari pautan seorang 'muslim' untuk meletakkan kepercayaan dalam apa jua pekerjaan. kalau mereka tidak meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada muslim untuk jujur dan berakhlak mulia, pasti takkan kedengaran ayat "nama je melayu, tapi buat kerja sama macam org lain" (rujuk: melayu sinonim dengan islam, sebab slalu yang kena macam ni mesti someone yang bawa imej Islam)
sebab mereka tahu, Islam itu agama yang syumul. yang pernah namanya dijulang diseluruh pelusuk dunia. kerana pernah ia dijulang tinggi, maka lebih mudahlah 'cacatnya' seorang muslim itu kelihatan dimata manusia. oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada kita yang memahami Islam ini mendidik diri sendiri untuk menjadi muslim. Menjadi muslim bukan tidak boleh bergurau senda, bukan terlalu rigid dan tidak boleh bersuka ria. tetapi, masih perlu dalam kondisi dan peraturan seorang Islam. Islam itu mudah, fleksibel dimana sahaja kalau kita tahu dan dalaminya. fleksibel disini berbeza antara fleksibel tidak tahu agama dengan fleksibel tahu agama. oleh itu sangat2 perlu untuk setiap yang bergelar muslim itu mendalami agama, tidak cukup dengan hanya tahu dan faham. seterusnya, tanggungjawab orang yang tahu agama untuk dia amalkan dan ajarkan kepada orang lain. kalau sedikit yang dia tahu, ajarkan sedikit. selebihnya rujuklah kepada alim ulama yang lebih tahu.
menjadi muslim, bukanlah mudah sehingga kita boleh sewenang-wenangnya melepas tangan dari tanggungjawab sebagai seorang dai'e. jadilah dai'e kepada diri sendiri kalau belum mampu membimbing orang lain. tetapi jangan lupa, mereka adalah tanggungjawab kita diakhirat nanti. kita menanggung jika mereka tidak tahu disebabkan kita tidak memberitahu, dan dihadapan Allah sahaja jawapan yang pasti, samada saham kita itu saham kebaikan atau saham kejahatan. Wallahua'lam.