assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Wednesday, October 31, 2012

Bila rasa teruji...


Meminjam kata-kata orang lain tidaklah memuaskan hati sendiri. tetapi sekurang-kurangnya ada pengajaran untuk dikongsi. bila jatuh, harus bangun semula. jangan biarkan emosimu menguasai diri. walau bila saat kau ingin membuka mulut mengatakan kebenaran airmatamu akan menitis, ingat satu perkara. taubatmu belum tentu ditolak, kebaikanmu belum tentu merugikan. ia bukan jambatan untuk kamu mendabik dada mengatakan kamu yang terbaik, tetapi sekurang-kurangnya kamu sedang berusaha untuk keluar dari lingkungan kejahilan dan dosa. ingat!

Tuesday, October 30, 2012

Sahsiah tidak datang bergolek

Tulisan ini telah ku coretkan setahun yang lalu. tarikh teertera adalah pada 7 APRIL 2011...
mungkin aku sudah terlupa apa yang terjadi saat itu. tetapi, penulisan ini yang ku perlukan untuk melukis kembali kekuatan ketika ini, saat semuanya serba kacau dan teruji... Ya Allah, aku ingin menulis lagi, biar ku sedar... ada sesuatu yang ku perlukan dariMu, ada sesuatu yang harus ku adukan kepadaMu... ada sesuatu untuk ku tunaikan kepadaMu...Ilahi Robbi, dengan linangan airmata, aku sendiri buntu, insafkah aku, atau aku sedang meratapi ujian2Mu yang semakin hari semakin berat buat insan2 yang ku kasihi ini... tiap kali berteleku di sejadah usang, ku hitung-hitung amalanku...apalah yang telah ku perbuat untuk meminta kepadaMu Ya Allah...aku hambaMu yang paling lemah, yang selalu lalai dan menekan diri sendiri...


Sahsiah tidak datang bergolek

Allah S.W.T telah berfirman dlm surah an-Naml ayat 44 bermaksud:

Dikatakan kepada (Balqis), "masuklah ke dalam istana". Tatkala dia melihat lantai istana itu, dia mengagak itu ialah kolam air yang besar maka disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman, "Sesungguhnya ia adalah istana licin diperbuat dari kaca". Berkatalah Balqis, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama sulaiman kepada Allah, Tuhan Semesta Alam."

Imej positif membantu perjalanan individu bagi mencapai kecemerlangan. walau bagaimanapun, imej yang baik tidak terbina dalam masa 24 jam. ia terbina melalui pembudayaan sifat-sifat murni berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah secara konsisten.

*** *** ***

Biarkanlah lembaran ini kosong untuk seketika. sedang mencari-cari kekuatan untuk meneruskan semua ini. benarlah, perubahan dan tarbiyyah dalam diri tidak akan berlaku dalam tempoh 24 jam. inikan pula diriku yang baru setahun jagung mengenal dunia tarbiyyah ini. aku bukan insan yang sempurna, apatah lagi yang terbaik. aku tidak cukup solehah untuk digelar mukminah. muslimah yang hanya tahu kurang dari setitis ilmu Allah yang Maha luas di muka bumi ini. aku bukan malaikat yang tidak punya salah dan silap. kadang-kadang iman ini turun, ada masanya ia meningkat. dan ketika itu, aku merasa malu dengan kesilapan demi kesilapan yang aku lakukan. yang kadang-kadang telah ku ingatkan pada diri berkali-kali untuk menghindarinya, tapi mengapa diri ini masih mahu mengulanginya. Ya Allah, Engkau mengurniakan dalam diri manusia iman dan nafsu. jadikanlah imanku pemimpin pada nafsuku agar ia menjadi nafsu yang mutmai'nnah. janganlah Engkau biarkan aku terus bergelumang dengan dosa dan kesilapan. bimbing dan pimpinlah langkahku ini Ya Allah. kerana azab neraka itu sungguh pedih, tak tertanggung olehku Ya Allah. ampunkanlah dosa hambaMu ini. andai rasa yang hadir dalam jiwa ketika ini adalah kafarah terhadap dosa-dosaku, ampunkanlah dosaku Ya Allah. jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, maka termasuklah aku orang-orang yang menzalimi diri sendiri...


Saturday, October 13, 2012

please...

Dear, anyone who read this. Please eat, not becoz u look skinny-i like d way u are- but to live a healthy life. Eat, to make sure u have enough energy for ur ibadah and for ur daily works... So choose wisely what to eat and what time to eat. Thank you dear for keeping ur borrowed body healthy (dont we borrow our body from Allah?) . And dont forget to keep smiling, its sunnah remember? Thank you dear. Uhibbuka fillah ",)

Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, October 2, 2012

untitled


Tuesday, September 25, 2012

Menjadi Muslim


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. ok, slalu maa suruh org update belog. sy byk idea, bukan takde. tapi xsempat. banyak sgt benda nk cerita regarding rutin harian dan cerita2 menarik. (kat org pun den xcerita, inikan pulak nak cerita kt belog. 'sempat' lah sangat kannn...) hehee...maaf...maaf... kdg2 xsempat nak tulis, tambahan pulak, bila menulis, saya ni ada masalah 'komplikasi pemilihan ayat' yang kalau salah tulis, menjadi salah faham kepada semua orang. kalau tulis cerita la, kalau merepek dengan ayat2 berbunga tu senang je~ sebab kita memang tulis yg tersirat, biar org tafsir sendiri apa yang tersuratnya..hehe

Ok, berbalik kpd tajuk entri. kalau kita tanya kat orang sekeliling yang kita tau dia memang orang islam, adakah dia muslim, mesti dia marah...kan?
"mestilah! aku kan orang islam. mestilah muslim!"
"nama pun orang islam. tengok IC aku ni, agama Islam!"
"aku boring jadi Islam, tapi tak semestinya aku nak keluar Islam sampai kau kena tanya aku muslim ke tak"
ada pulak tu yang jawab "muslim tu apa? Islam aku tau la, sbab kt IC aku ni ada tulis agama:Islam"

banyak betul la jawapan yang menghentam kita balik. kan?
memang mudah nak mengaku yang kita ni Islam, kan sahabat... tapi berapa ramai di kalangan kita yang bermujahadah nak mengikut peraturan Islam? Muslim tu, bukan sekadar kita mengucap 2 kalimah syahadah. lebih dari itu, kita adalah duta Islam. Menjadi muslim bukan sekadar mendirikan solat, berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan haji, zakat. lebih dari itu, seorang Islam dengan pakej yang lengkap adalah seorang yang membawa imej Islam yang lengkap dalam dirinya. memang benar, tidak ada manusia yang sempurna, tambahan di akhir zaman ini, sangat sukar kalau kita nak berakhlak dengan akhlak Islam 100%, samada masa sendirian mahupun dikhalayak ramai. tapi kan sahabat, bukankah kita disarankan agar BERUSAHA! dan terus berusaha memakai 'pakaian' muslim yang lengkap. yang dinilai disana nanti adalah usaha kita, bukan sejauh mana kejayaan kita. dan hanya dengan Rahmat Allah kita dimasukkan ke syurga.

Menjadi muslim, sebenarnya memberi kepercayaan kepada orang lain terhadap Islam. Ramai dikalangan masyarakat yang semakin 'sakit' ini mencari pautan seorang 'muslim' untuk meletakkan kepercayaan dalam apa jua pekerjaan. kalau mereka tidak meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada muslim untuk jujur dan berakhlak mulia, pasti takkan kedengaran ayat "nama je melayu, tapi buat kerja sama macam org lain" (rujuk: melayu sinonim dengan islam, sebab slalu yang kena macam ni mesti someone yang bawa imej Islam)
sebab mereka tahu, Islam itu agama yang syumul. yang pernah namanya dijulang diseluruh pelusuk dunia. kerana pernah ia dijulang tinggi, maka lebih mudahlah 'cacatnya' seorang muslim itu kelihatan dimata manusia.  oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada kita yang memahami Islam ini mendidik diri sendiri untuk menjadi muslim. Menjadi muslim bukan tidak boleh bergurau senda, bukan terlalu rigid dan tidak boleh bersuka ria. tetapi, masih perlu dalam kondisi dan peraturan seorang Islam. Islam itu mudah, fleksibel dimana sahaja kalau kita tahu dan dalaminya. fleksibel disini berbeza antara fleksibel tidak tahu agama dengan fleksibel tahu agama. oleh itu sangat2 perlu untuk setiap yang bergelar muslim itu mendalami agama, tidak cukup dengan hanya tahu dan faham. seterusnya, tanggungjawab orang yang tahu agama untuk dia amalkan dan ajarkan kepada orang lain. kalau sedikit yang dia tahu, ajarkan sedikit. selebihnya rujuklah kepada alim ulama yang lebih tahu.
menjadi muslim, bukanlah mudah sehingga kita boleh sewenang-wenangnya melepas tangan dari tanggungjawab sebagai seorang dai'e. jadilah dai'e kepada diri sendiri kalau belum mampu membimbing orang lain. tetapi jangan lupa, mereka adalah tanggungjawab kita diakhirat nanti. kita menanggung jika mereka tidak tahu disebabkan kita tidak memberitahu, dan dihadapan Allah sahaja jawapan yang pasti, samada saham kita itu saham kebaikan atau saham kejahatan. Wallahua'lam.