assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Saturday, August 25, 2012

Alhamdulillah. ta'aruf usrati

Jangan mengukir bahagia atas deritanya orang lain. Jangan pula merasa hampa pada bahagianya insan lain. Doakan kebaikan keatas saudara kita, semoga Allah membalas kebahagiaan yang lebih besar dari itu buat kita.
Hati ini, pernah merasa sakitnya kecewa. Hati ini, pernah merasa pahitnya hampa. Waktu itu, hanya Allah sahaja tempat ku curahkan segalanya. Tempat ku aturkan cinta semesta. Namun, saat bahagia menjengah, kehadiran tak pernah ku pinta, hadirnya tak pernah ku paksa. Tak pernah pula terdetik untuk ku ukir atas deritanya insan lain. Allah, bila cintaMu ku cari, masih ada lagikah cinta yang akan mengguris hati ini? Ku mohon...saat jatuhnya, saat bangunnya hati ini, kukuhkanlah sandarannya hanya kepadaMu. Sandaran yang sebenar, tidak hanya diatas pena, tidak hanya diatas kanvas. Ia dari hatiku. Ilahi Robbi...ku mohon... Aturkan cinta kami dalam rancanganMu, letakkan padanya sebaik-baik waktu. Sebaik-baik keadaan dan sebaik-baik tempat. Ku tak pernah kuat untuk terus bertahan, merasa senang sedangkan ujian itu kesukaran. Tak pernah mampu merasa ringan saat semuanya menguji kesabaran. Aku, dia dan Engkau Ya Allah... Permudahkan urusan kami  setelah ini. Lembutkan hati-hati kami semua untuk menerima, segala kebaikan dikekalkan, segala kekurangan jadikan ia lengkap. dan semoga kami terus berusaha memperbaiki kekurangan ini.. aamiin Ya Allah...

p/s: kekurangan diri, ku sedang berusaha untuk perbaiki...harapanku semoga dia juga berusaha...

Sunday, August 5, 2012

KeredhaanMu



Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih



hanya Allah tempatku mengadu.. wahai kamu yang tertulis untukku, ajarkanku mencintaiNya, ajaklah daku merinduiNya..kerana sesungguhnya, tautan yang utuh kepadaNya dan keranaNya lah yang kekal tiada sudahnya T_T

Tuesday, July 31, 2012

Nukilan Ramadhan 1433 H

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni masih dipanjangkan umur untuk terus melangkah ke fasa kedua dalam bulan ramadhan tahun ni. macam mana amal ibadah kita? harap2 sentiasalah lidah kita basah menyebut zikrullah, sebasah hati mengingati Pemilik Segalanya. Allahu rabbi... dalam kesyukuran masih dihidupkan pada hari ini, ada rasa terkilan dan sedih kerana ramadhan bagai perlahan2 berlalu, semakin hampir pula ke hujungnya. jujurnya, sebelum berakhir waktu yang Allah kurniakan buat ana ni pun sudah terasa merindukan saat2 sepertiga malam bersamaNya. jujur cakap, memang ada hari yang termiss bangun 'dating' dan ada hari2 yang termiss dhuha dan ma'thurat. dua perkara yang ana cuba jugak usahakan untuk istiqamah. walaupun tak hari2 buat, cuba jugak nak penuhkan "jadual" macam hari biasa. pertamanya, untuk jaga hubungan dengan Allah. kedua, untuk jaga hati. ini je lah perubahan yang ana cuba buat setakat ni. cuba berusaha untuk teruskan. noted: bukan untuk bacaan sapa2. hanyalah untuk catatan diri yang selalu lupa dan lalai. harapnya, catatan ni boleh menjadi pemangkin semula semangat diri, kalau satu hari nanti ana terlalai dan terleka dengan kesibukan dunia ni.

beberapa perkara yang perlu diterapkan dalam diri jundi, antaranya menjaga hubungan dengan Allah, bersungguh2 dalam setiap kerja dan tanggungjawab yang terpikul. tangungjawab, banyak. yang paling utama memanglah tanggungjawab dengan agama, tapi dengan mak ayah, dengan kerja hakiki, dengan keluarga dan kalau ada *keluarga sendiri kena bersungguh2 juga menjaga amanah tersebut. disamping~ tak boleh tinggal gerak kerja sebab alasan nak jaga yang selainnya. seimbangkan, dan dalam nak seimbangkan tu la kesungguhan kena ada.

untuk ramadhan kali ni, ada beberapa perkara yang ana cuba nak usahakan jugak istiqamah. pertamanya, bangun qiam, alhamdulillah, dan insyaAllah berterusan. pastu sahur. solat subuh, kalau boleh nak jemaah kat surau. tapi biasa la...kalau takde kaki sendiri ni memang terpaksa bergantung pada orang je la... huhu... insyaAllah, akan datang. pagi dan petang, cuba jugak amalkan ma'thurat. dan pagi mestikan diri solat dhuha. jaga solat awal waktu, dan awalkan maghrib. sentiasa senyum walaupun penat puasa, dan la taghdob~ sebab orang lapar ni selalunya lebih emo. lebih2 lagi perempuan...huhuu...

tarawikh...tak dapat la nak ke masjid... sebab sekarang ni ada 'anak' nak kena jaga...haha :P ...anak angkat a.k.a anak sedara. terpaksa bagi laluan pada abu hakimi untuk ke masjid, jadi ana gilir2 jaga kakak dan anak2nya.

kalau perasan, banyaknya perkataan 'cuba' kat atas tu kan... huhu... Ya Allah, istiqamahkanlah diri ini untuk terus mencintaiMu dan meletakkan cinta kepadaMu yang utama. selalu doakan yang terbaik untuk semua ni, dan selalu doakan semoga Allah pelihara, dan permudahkan. tapi kadang2 lupa doakan untuk diri sendiri supaya Allah tak tarik nikmat iman dan hidayah yang Dia bagi dalam diri ni. sesi muhasabah, terasa macam Ya Allah, jauhnya aku dari Mu... terasa macam nak berlari dapatkanMu, dan nak beruzlah supaya dapat kembalikan hati ni semula. terima kasih Ya Allah. jagakan mata hati ini dari dibutakan dengan dunia ini.
wallahua'lam

Nota kaki: (nak jugak ada nota kaki...heheheee)
conteng masa terasa lapar dan penat. pujuk hati :)

Mujahadah Berpuasa Besar Ganjarannya.
menahan lapar dan dahaga, menanggung penat bekerja, 
semakin penat semakin banyak pahalanya.
Senyum walau tak bertenaga,
senyum pahala sedekah ganjarannya,
sabar dan menunjukkan wajah manis juga dikurnia pahala
Menolong orang, membuat kebaikan dan bersedekah
dilipatgandakan pahala setiapnya.
setiap kebaikan 70 kali ganda pahala.
setiap langkah, setiap luka, setiap titis peluh keringat bekerja dan beramal soleh juga sama.
Bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, menyenangkan hati orang lain,
penat bertadarus, setiap huruf yang dibaca ada pahalanya.
yang penting elak dari melakukan dosa dan kerja sia-sia.
subhanallah...banyaknya pahala~ kalau pahala tu diletak dalam bentuk wang ringgit, pasti ramai manusia yang akan merebutnya.
pasti ramai manusia yang akan menghindar perkara2 yang 'menerbangkan' 'wang' tersebut.
kalau pada waktu lain, ganjaran pahala diberikan diakhirat sana, tapi dalam bulan ramadhan ni, dengan Rahmah dan Rahim Nya Allah, Dia berhak memberikan kepada kita sekarang, atau pada waktu yang Dia kehendaki. kebaikan yang kita lakukan, mudah terasa dengan tenangnya hati. 
Jom rebut pahala!!! Ramadhan Sales, Pahala Berganda! ^__^

Monday, July 30, 2012

contengan

Today, im sick. Its ok not being the one been loved. And wont be the important one. Its ok not being someone, or anyone in others life. That i wont have responsibility to others. I just dont want to share my life with others. Its my privacy. Please respect. Future, stay as future, and now, still being now. I live for present, not for future. Live for future in present make me tired. Can we keep this barier? Can you let me be myself? Let me alone for some days. Dont force yourself to take responsibility on the one who not belong to you, or who you dont deserve been part of you. Its ok. Just be yourself, do ur job and let time ruin our relationship. Or make it better...i just cant stand apart from you, yet still need to think about you. 

Harini borak2 pasal baju raya..cuma meluahkan rasa kat mak, kalau boleh tahun ni nak buat jubah or bli jubah je..atau maxi yg mcm jubah. Mak cakap, ok. Mak pun nak cari kain buat jubah, barulah zuhud sikit. Hehe... Mak, dari dulu slalu ingatkan ana, tentang nama ana. Azzahidah, yang zuhud. Mak slalu cakap, perangai pun dah jadi macam tu. Ntahla... Dari kecik memamg xsuka mintak2. Apa ada, tu jelah yang ana guna. Xde, kalau tak mampu, biar jelah... Ana jenis xkesah sangat. Kalau dapat hidup yang paling sekadarnya pun cukup. Ana lebih rela berumah pondok asalkan iman dan agama terjaga. Semuanya nak sederhana je. Secukupnya. Agaknya sebab nama tu dah train diri ni jadi macam tu. Apa saja, tak mengapalah. Biarlah hidup didunia ni sekadarnya, asal agama dan akhirat x tergadai. Mungkin ada beberapa perkara yang ana demand. Contoh kalau nak buat sesuatu, ana akan buat sungguh2. Tak suka hanya lepas batuk ditangga. Memang akan buat betul2. Tapi tahap demanding ni bukanlah bermakna menolak kezuhudan. Sedang zuhud tu sendiri adalah 'hidup didunia sekadarnya, seperlunya' bukan memiskinkan diri sampai terpaksa meminta2. Dan takde kaitan dengan kesungguhan dalam buat kerja. Entahlah.taktahu..hee...kalau salah harap ditunjukkan pencerahan.

Baru belajar pakai niqab. Tapi masa keluar je. Sebab kerja kat rumah, jadi masa kerja x pakai pun. Berharap, mak boleh terima. Harapan yang dah sangat lama-berharap bakal zauj nanti menyokong penuh atau dalam kata lain menyuruh pakai niqab. kuikuikui...sebabnya, suruhan suami wajib diikut n xboleh lawan dengan arahan org lain selagi xlanggar perintah Allah. insyaAllah, biiznillah. dan kalau nikah nanti pun nak pakai jugak. xnak make-up, taknak pakai baju cantik2. nak pakai jubah putih je, boleh tak? *sesukahatijenaktentukan...kan? huhu...harap2 boleh la, untuk diri sendiri nak as simple as i can. betul. dah cakap kat mak. [haha-->tetibe je, ntahla, taktau....jika Allah izinkan bertemu didunia ni, insyaAllah... kalau tak, biar jelah harapan tersimpan..hehe]

p/s: kesian kat orang yang terpaksa terima saya yang banyak kekurangan ni. tiada kelebihan, semuanya hanyalah kekurangan. kalau mampu bersabar.......

Monday, July 23, 2012

Perbatasan Waktu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk melangkah ke bulan yang mulia ini. Rindu Ramadhan. begitulah rasa girangnya menghadapi ramadhan kali ini. ada bahagian yang gembira, tapi mood untuk menulis tak segembira menyambut ramadhan tahun lepas. mungkin kerana kekangan masa yang sangat2 mencemburui tugasan-tugasan yang sangat banyak. tak terhitung, atau dalam bahasa jepunnya "upside down". semuanya serba serbi tak sempat. mana yang dan tercapai sahajalah... tinggal ana yang paling tua yang kena jadi tangan kanan mak. kakak2 dan abang2 dah punya keluarga masing2, sibuk menguruskan hal2 keluarga mereka. kakak yang disini pulak sedang berpantang anak kedua. entahlah, kalau ikutkan rasa tak sempat ni, nak je berhenti disini. giving up now. sekarang.

tapi, kena ingat untuk orang lain jugak. kuatlah! untuk menguatkan orang lain. senyumlah! walau sedang terluka bersedih. cerialah! walau hakikatnya selalu sahaja menduga. tak mengapa. semua ini jalan-jalan yang perlu ana lalui untuk mengenal hidup ini, belajar sesuatu tentang kehidupan. lambat2 pun, semoga siaplah tugas2 ni. kalau takde kerja nak buat, bosan pulak. masa terbuang sia-sia. MESTI TERUSKAN! untuk diri sendiri, untuk insan-insan sekeliling.

Ya Allah, entah mengapa hati ini bagai hiba menyambut kedatangan Ramadhan kali ini. Terlalu istimewa buatku. Terlalu dinanti dan dirindui olehku. Sehingga hari2 terawalnya, aku bagai kelu tak mampu berkata. Allah, telah tiba yang ku nanti-nanti. Telah sampai yang ku rindu-rindukan. Tak mampu terungkap dengan kata. Menitis airmata. Terima kasih Ya Allah, masih mengizinkan hamba melangkah, meneruskan pembelajaran di madrasah tarbiyyah. Akan ku genggam peluang ini agar tak sia-sia. Agar ia memberi manfaat dan mendidik kami menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ya Allah, terimalah amal ibadah kami, terimalah puasa kami sebagai puasa orang2 mukmin. Terimalah solat fardhu kami sebagai solat hambaMu yang taat...terimalah kami Ya Allah, menjadi hamba yang bersyukur dan meraikan bulan yang mulia ini.

Ramadhan kali ini sangat memberi erti. Walau dalam kesibukan, harapnya perubahan diri ini akan berterusan begini. Kalau puasa tahun lepas, ada aim2 tertentu yang ana catatkan kat sini. Tahun ni tak sempat sangat nak tulis. Kesian ramadhan tahun ni, tak proper sambutannya. Sedih. Dan...sedihnya T_T

Tapi ada 1 aim yang setiap tahun yang ana wajibkan capai untuk diri ana iaitu khatam Qur'an. Tadarrus. Tahun lepas punya Alhamdulillah, dapat la capai hampir 2 kali. Tapi xsampai pun. Khatam skali, dan setengah Qur'an dan hold terus raya. Hold sbb tumpu pada tafsir. Sebab kebetulan masa tu baru lepas dpt usrah psl Qur'an dan terjemahan. Ustzh tanya, pernah x sekali dalam seumur hidup kita ni khatam terjemahan Qur'an. Baru tersedar. Memang xpernah la kan... Lepas tu balik terus bukak tafsir.kuikuikui... Hmm tapi tahun ni Dr. MAZA dh bg pencerahan baru. Gunakan sebulan ramadhan ni utk tadarrus. Tu sunnah nabi. Perbetulkan bacaan dan khatamkan Qur'an. 11 bulan yg lain boleh khatamkan terjemahan...insyaAllah...yg 11 bulan tu cuma perlukan keistiqamahan jelah. Tu yg penting. Take note ye~ hehe...

Seterusnya...hmm...nanti tulis balik boleh x? Sekarang xboleh menulis. Sedih sangat....ape yang disedihkan pun taktau. Baca catatan tahun lepas jelah. I'll write back on day-7 insya Allah.. Wallahua'lam.