assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Sunday, August 22, 2010

Pertama kali...



ingat tak bila pertama kali anda melakukan perkara-perkara baru dalam hidup anda? Hari ini, tercatat 15 julai 2010, adikku pulang dengan hati gembira. ada yang pertama kali dia lakukan, sepanjang 10 tahun kehidupannya. “afif pergi bayar duit minyak tadi. pertama kali afif buat. sebelum ni tak pernah lagi…” seronok kan bila kita dapat lakukan sendiri sesuatu perkara? terutama, bila kali pertama kita lakukannya sendiri, tanpa diteman oleh orang lain. Aku ingat waktu pertama kali aku belajar memasak. masak sayur, yak, masinnye! Mujurlah masa tu aku masak dengan kakakku, sedikit dan bukan untuk dihidangkan kepada keluarga. kami Cuma mengaplikasi ‘main masak-masak’ kami selama ini. mahu juga aku memasak betul-betul, berangan-angan untuk memasakkan lauk pauk yang istimewa untuk dihidangkan kepada keluarga. waktu itu aku berusia 9 tahun, ketika itulah banyak kerja-kerja dapur yang baru pertama kali aku lakukan. membasuh pinggan, membantu emak memasak. Aku masih ingat ketika kali pertama aku ‘ditugaskan’ membasuh pinggan ketika kakak-kakakku mengemas selepas makan tengahari. mula-mula tekunlah aku membasuh pinggan. walaupun terpaksa memanjat kerusi untuk membasuh pinggan, aku seronok. tapi, pastilah emak ada disisi membantu aku. pastilah dia takkan meletakkan 100% kepercayaan kepada anak hingusannya yang baru darjah 3 itu! hanya pinggan mangkuk plastik sahaja dibenarkan. selebihnya mak yang membasuhnya. bila aku membasuh cawan, kemudian aku akan turun bermain-main semula. tidak lama selepas itu, mak panggil aku semula, meminta tolong aku membasuh beberapa cawan yang tidak sempat dicuci. bila naik semula ke atas kerusi, spontan aku berkata; kan cawan ni dah basuh tadi… Tergelak mak dan kakak-kakakku. kata mereka, dalam rumah ni orang hidup, mestila perkakas dapur akan digunakan banyak kali dan terpaksa dicuci berkali-kali. mereka gelak, tapi ketika itu aku pastilah moyok, kerana terpaksa membuat kerja yang sama berulang kali. tapi semua itu memberi pengajaran. tak selamanya kita akan menjadi kecil. perkara yang pertama kali kita lakukan itulah yang biasanya akan membawa kita menjadi dewasa dengan melakukannya berulang-ulang kali lagi. kelakar pulak bila difikir-fikir balik… camana dengan korang? masih ingat perkara yang pertama kali korang alami dalam hidup?

Wednesday, August 18, 2010

Terus Menulis...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Lama betul tak menulis kan? hmmm... tak sempat pun nak ucapkan selamat berpuasa tepat pada 1 ramadhan...
Insya Allah, tentang penulisan, sy akan terus menulis. cuma kekangan masa dan beberapa perkara yang menghalang untuk saya meneruskan aktiviti menulis nie... dan pencarian pekerjaan... [ok, sekarang masa untuk mengaku yang saya tak buat resume lagi...tu la, dulu tanak buat same2 dengan kawan2... sekarang mula la terkial-kial... budget pandai la...haha...] Perancangan awal adalah untuk kerja dengan ayah jer... tak tahu la camane... nak apply guru sementara di Irsyad, tempat saya belajar dulu... rakan2 ramai yang dah jadi cikgu kat sana. kerja cikgu nie untuk sementara jer... untuk ganti cikgu yang cuti bersalin. Banyak sebenarnya perkara yang tak settle lagi... Alhamdulillah, konvo dah selesai. urusan ambil dan hantar jubah pun dah selesai. erm, gambar2 konvo... boleh tak nak mintak tolong sahabat2, rakan taulan dan adik2 yang ada foto saya masa majlis konvo tu, boleh tak tolong email kan ke [myoko_ichi@yahoo.com] ataupun [fatimahazzahidahhmy@yahoo.com] ataupun [fatimza.hmys@gmail.com]... harap2 sgt2 korang bleh kirimkan... coz, saya tak bawak camera hari tu, jadi takde satu pun gambar dengan korang yang dapat disimpan buat kenangan... thanks all... selamat berpuasa, puasa dari lapar dan dahaga dan hawa nafsu. Wallahua'lam.

Monday, July 26, 2010

They called it creative...I call it wasting time...(orang kata ni kreatif, Saya kata ini BUANG MASA!!)

Assalamualaikum. apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah… kali nie saya nak berkongsi tentang origami 3D [Macam baca script rencana la pulak…rencana tentang pembuatan origami 3D]. Dah lama teringin nak belajar buat origami ni. semalam search kat internet pasal pasu cantik, akhirnya sampailah saya kat satu blog yang menjual perhiasan origami 3D. comelnye… teringin pulak nak buat satu, sebab masa tu mood tengah nak mencantikkan bilik. tapinya, bila scroll ke bawah, cari punya cari, akhirnya tak jumpa pun cara2 nak membuat origami tu. eh, ye la, dia kan nak jual, buat apa pulak nak tunjuk kaedah pembuatan barang tu…kan?? huhu…takpela… saya teruskan pencarian kat puan google, akhirnya sampai la kat youtube yang tunjuk cara nak buat origami tu. wah, senang jer… ye la, mula2 buat 1 ‘segitiga’ memang la senang. tetibe, keluar kat sebelah tu>>>310 triangle. haa??? lama mana nak buat triangle sebanyak tu??? mood terus menurun. tapi takpela… nak cuba jugak buat. tak kira la susah ker, senang ker… asalkan ada jugak. satu pun jadi la… kebetulan banyak betul kertas warna lebih2 masa belajar dulu. eh, silap pulak… bukan kertas warna lebih, tapi yang beli tak diigunakan lagi. banyak sangat… Disebabkan “banyak sangat” masa yang terlebih lebih yang saya sebenarnya tak ada pun, akhirnya tercipta la bendalah ni.



Cantik tak? yep, memang tak cantik! hehe…biasa la, budak baru belajar. inspired dari blog tentang origami 3D tadi. origami 3D ni kalau pandai buat dan tekun, confirm la cantik hasilnya. sangat menarik. dan kalau dijual, sebijik yang kecik tu je dah mencecah rm10 [tengok sini]. Sebenarnya tu nak buat bentuk swan, tapi kemalasan tetiba je menjelma di tengah2 ketekunan. bila dah berhenti buat, rasa macam tak cantik la pulak. jadi, apa lagi, habis semua kertas yg dah lipat tiga segi tu dicerai-ceraikan dari badan swan. bila dah bersepah-sepah, mula la rasa sayang pulak di’simpan’ macam tu jer… penat tu buat, memang membazir masa, ok! tengok jer kecik camtu, tapi ada 70++ segitiga yang dibuat untuk hasilkan sebijik ‘perhiasan’ ni.






[atas nie yang dah siap...jadi ayam daa...]
[bawah ni yang asal.swan tak jadi]
Kalau korang banyak sangat masa terluang n nak cuba jugak buat, boleh tengok kat youtube jer. search jer [origami 3D]. tapi cari kat youtube [sini][sini][sini]la baru senang nak jumpa yang siap dengan tunjuk ajar punya. kalau cari kat blog, susah jugak nak jumpe, sebab banyaknya yang nak menjual. tapi, berbaloi jugak kalau diorang nak jual rm10 untuk 1 bijik yang kecik tu, sebabnya pembuatan dia sangat-sangat cerewet. dan kalau jatuh, confirm la cerai balik semula… kalau tak percaya, tengok dulu cara nak buat tu, pastu baru fikir2kan samada korang nak memiliki ‘perhiasan’ ni dengan cara membeli kat mana2 tempat yang terjual, ataupun dengan cara membuatnya sendiri. cuba la……confirm korang geleng kepala taknak buat sendiri… hehe… nak tempah kat saya??? maaf tak jual… jadi tempahan tak dibukak. kalau nak jugak tempah, boleh jer… tapi untuk runcit2 jer la…sebijik dua tu boleh la… kalau sampai sedozen, tak tidur malam la kawe… ok, tu jer… wallahua’lam.

Sunday, July 25, 2010

Bahtera Hamba


Bahtera Hamba

Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...

Kucekalkan diriku bergapaian air mata

Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...

Kala tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani

Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu

Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini

Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....

Jernih danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu....


Thursday, July 22, 2010

Macam-macam bila dah habis belajar...


Assalamualaikum.
dah lama tak menulis. seriously rasa sangat rindu tym belajar. bukan rindu apa, rindukan suasana, dan penjadualan yang teratur. bukannya tak suka duduk di rumah. Alhamdulillah, rasa seronok sangat dapat menghabiskan masa dengan mak dan adik. meluangkan masa merawat dan membantu mak, dan menjadi guru tution tak bertauliah kepada adik. aku banyak juga memberi semangat untuk dia berubah, sesuai dengan usia dia. * tengok, skil penulisan dan makin teruk. ayat dah tunggang langgang sebab mengejar masa dan takde feel bila menulis. mana taknya, idea akan datang bila mata dah berat, laptop dah tutup dan lampu dah dipadamkan. apekah???* huhu
dah pukul dua. kalau masa belajar, duk jer dalam bilik tu malam2. masa untuk diri sendiri sangat banyak! boleh la menulis, sambil2 buat kerja tu siap boleh edit template lagi! sekarang??? Abah kata, ada masa free tu, buat la buku. boleh abah tolong jualkan masa PBC atau masa demo. mesti ramai yg nak beli. bukan aku taknak buat, tapi bila celik jer mata nie, confirm la... tak duk diam. dengan baju nak basuh nya, nak jemur, nak kemas rumah, nak kemas bilik, nak masak pulak. kebun2 bunga tu sape nak tolong tengok pulak... adui... *tak mengeluh, serious tak mengeluh...cuma nak memberitahu abah yang daku memang takde masa "lapang" yang abah katakan tu.* masa lapang? bila aku tidur! memang tu jela masa lapang yang aku ada. main game? cuma nak hilangkan penat lepas dah siap sume kerja. tv memang dah takleh bukak la. sebab aku pernah bebel kat afif>>>"kakak tak tengok tv, afif pun tak boleh tengok tv! baca buku, siapkan latihan. kakak kerja sepanjang hari, tak buka tv pon, tak merungut pon. jadi, afif pun tak boleh tengok tv kalau kerja tak siap!" SEBAB: kalau dia bukak tv, confirm la dia tengok citer katon...bila tengok citer melayu yg 'dewasa' sket, pun tak sesuai. last2 taknak bagi dia tengok tv, aku cakap jer kaotn tu sume agenda yahudi(panjang lagi penerangannya...). baru la dia tak tengok. katon upin ipin jela ditunggunya...
huhu...mencabar betul motivasi ku ni. Alhamdulillah. dah lebih sebulan aku train dia n diri aku. sekurang-kurangnya dia tak culas dah nak belajar n menulis sekarang ni. Cuba untuk taknak sogokkan dia dengan kebendaan untuk suruh dia belajar.
"tolabal 'ilmi faridhotal 'ala kulli muslimin." setiap kali dia malas, aku ingatkan dia. taknak buat benda lain takpe. taknak belajar, tak boleh! tak siapkan kerja sekolah, tak boleh! tak ingat apa yang belajar, tak boleh!. taknak mandi, taknak makan, taknak kemas bilik, takpe. solat, mengaji n belajar dah jadi WAJIB dalam kerja harian dia. bila belajar, otomatik la dia akan buat jugak benda lain. Mendidik, kadang-kadang tak boleh terlalu sogokkan dengan kebendaan. aku takkan janji pada dia kalau dia belajar boleh dapat tengok tv, boleh berjalan n shopping, boleh dapat hadiah. Tapi cuba untuk ajak dia berfikir. belajar kerana Allah, belajar kerana Islam menuntut begitu. Tapi, motivasi perlu. Sediakan ruang dan emosi yang suka kepada belajar. kalau kita orang dewasa ni pun malas belajar kalau takde pen dan kertas, takde laptop atau komputer sendiri jadi susah nak buat kerja, macam tu jugak dia. aku cuba ingat-ingat balik macamana cara aku belajar masa sekolah. apa yang memudahkan aku mengingat, aku akan buatkan untuk dia. dia kena belajar, tapi aku sebagai salah seorang pengajar kena tahu jugak cara macamana yang berkesan untuk mengajar. kerja ku tak lah susah macam cikgu dia kena buat. aku cuma buatkan revision, supaya dia belajar dengan istiqamah. "belajar tak susah, afif. belajar tak susah sampai boleh sakit... kalau susah, tanya kakak. selagi kakak ada kat rumah, afif boleh tanya apa2 pun pasal pelajaran."
Macam tu la lebih kurang kehidupan aku lepas belajar ni. nak kerja, tapi aku pun tak tahu nak kerja apa. buat HPA, alhamdulillah la dapat jugak income sampingan. sekarang dah 300-500 sebulan. tambah2 dengan gaji kerja dengan abah yang on off tu, ade la dalam 200-500. tapi duit nya tak berapa nak nampak. hehe... coz, yang HPA tu nak rolling balik. yang klinik tu tak tentu jugak, bukan gi kerja setiap hari pon. culas betul rasa... haih, fatimah! jangan malas2 kerja laaa! mujur la gaji ikut hari. kalau tak kerja, tak dapat la gaji. takleh shopping itu ini [keperluan peribadi...termasuk baju baru!]
hehe...well, bukan nak cakap kalau kerja sendiri boleh suka hati nak on off, tapinye kalau kerja sendiri lebih tak terikat. ada la life sket. takde la masuk pejabat kul 8, kuar kul 5, pastu dah penat walaupun sehari tu dok jer melangut kat pejabat takde kerja nak buat, balik tetap penat gak. kalau kerja sendiri kt klinik tu, surely aku bleh bertemankan pokok bunga setiap pagi. kerja la macam pegawai rendah am @ tukang kebun, takpe, tak kisah. asalkan aku bangun pagi, boleh berkebun yg dah menjadi hobiku sejak kebelakangan ni. tak tahu la kenapa, tapi rasa tenang bila dekat dengan alam ciptaan Allah ni. dah semakin dewasa la pulak jiwaku ni...huhu... opsss...
pastu, kalau masuk bab "kahwin???" lagi la teruk kena sakat. asyik kena tanya jer. Ya Allah, susah betul la nak menjawab soalan cepumas ni. senang, tapi susah. senang la nak jawab belum sampai seru. tapi yang susahnya nak jawab >bila? sape? amboi...macamla nak cari pasangan tu macam nak beli baju kat kedai! ataupun boleh main tunjuk2 jer macam kuih raya dan baju raya kat kedai... huhu... hmm... Biarlah, malas nak fikir. tak berusaha kan? tak kisah...tak kisah....... [haha...malas nak pk, mengganggu emosi jer pk banyak2... dahla jantung hatiku ni memang dah sakit....] bukan taknak fikir tentang tu. tapinye orang buat tak tahu jer, buat apa kite nak buat2 tahu. buat tak tahu jela... haha... agaknya jodohku tu dia dok jauh sangat kot. tak round 1 malaysia lagi, sebab tu tak jumpa lagi. haha...dah merepek dah tengah malam yang buta nie... Penat nak dengar, bukan penat fikir jer. Penat nak dengar orang tanya bila nak kawin, bila nak kawin? bila yek? korang tau tak? tolong bagi jawapan... tu la antara jawapan lawak yang kadang-kadang aku lontarkan. pastu jap lagi kalau nak hias rumah sket, mula la tanya, dok pikir sape nak wat kenduri. batang hidung ni jugak yang kena. tengok kain langsir cantik sket, tanya lagi bila aku nak kawin, diorang nak tolong jahitkan langsir. kalau nak shopping langsir tak perlu kowt alasan aku kena kawin. haha...klaka jer...rasa macam nak menyiapkan dan menyediakan diri dulu. menjadi pendidik... menabur bakti kepada mak abah, mentrain diri sendiri untuk istiqamah, berdisiplin dengan diri n waktu. disiplin tidooo...bukan macam sekarang ni, dah kul 2.30 pagi belum nak tido lagi. satgi, mula la terlajak tido lepas solat. biological clock dah pening dah. dia ingat siang tu malam n malam tu siang. bila malam susah betul nak tido. kalau siang tu, pantang letak kepala, siap laaa....dah tido tu, mcm mati pulak tu...geram kat diri sendiri...

macam-macam bila dah habis belajar ni. nak fikir kerja, dah satu hal. menguruskan rumah dah satu hal. mak dah tak gagah macam dulu lagi dah nak menguruskan rumah n adik sepanjang masa. kena ada backup... tak menyusahkan, aku tak merungut, tapi seronok. dah rasa macam tak lengkap bila tak buat kerja rumah sehari. jadi tak lengkap bila afif tak bertanya soalan setiap hari. ingat makanan ker apa? haha...makanan jiwa. penglipurlara, pencabar minda yang paling baik...Alhamdulillah... banyak betul nikmat Allah yang terlepas pandang. Semoga segalanya berjalan lancar, dan err...err... konvo... selamat berkonvo kepada semua rakan taulan dan sahabat2... rindu korang...serius...chah...cik cam...zeha...achik of corse la...noor...fadh...suma:)... fathin yg dekat nie pun tak bertemu...fatihah:) ... dayah ... semua...semua...everyone...husna n zira kat sana...

dah la merepek kerepek tempeyek tengah2 malam nie... ok, tu jer... konvo saya>9 ogos 2010, stat 1.30 petang. datang taw...datang, jangan tak dtg...
wassalam.