assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Thursday, April 29, 2010

saya bukan penulis

Bismillahirrahmanirrahim.
hurm...semalam dah tulis panjang2...sangat panjang pulak tu... xpe, kalau tak tulis, nanti tak sampai pulak isi yang nak disampaikan tu...hehe...

ok, harini sebab kesuntukan masa, saya nak tulis pendek jer...saya bukan penulis. ok, tu je...rasenye sepotong ayat ni je pun dah menyampaikan maksud. tapi, kenape sy nak tulis tajuk ni, mestila sebab ada yang mencetuskan saraf2 neuron kat minda ni hingga tersusun patah2 perkataan dan terjadilah ayat tu...

tersebut suatu cerita...ada sorang hamba Allah ni, bila orang bukak jer laptop, dia pun dok pakat2 dok depan laptop sekali, nak tengok ape la yang dikerjakan oleh saya. alkisahnye, dia suke main facebook...dan facebook pulak bukan dalam senarai rakan2 internet saya...maaf kerana mengecewakan ramai orang yang menginvite ku untuk buat facebook. sorry yer, tanak. kalau setakat nak update kamu kat mane, dia kat mane, xyah gune facebook pown boleh...orang dulu xde facebook, boleh jer tau kawan tu katne, kawan ni katne.... bak kate diriku "dah orang cakap tanak tu, tanak laaa..." huhu...berkeras betulla, lebih keras dari batu.
ok la, kembali kepada tajuk... then bila dapat jer internet connection, cepat2 la daku bukak blog. nak menulis nie... insan kat sebelahku pun jadi tertengok la blogku..."oooo...kak, ade blog tak bagitau pun kite..." aish??? perlu ker? saya bukan blogger tegar, jadi tak penting kot menyebarluaskan berita "saya ada belogggg..." kepada sume orang...ok, dah tau pasal blog tu, sy pun ckp"nak baca, baca la...xde ape pun..."
die pun sepantas kilat la merenung blog tu sambil mata kecik besar kecik besar baca tulisan blog yang semakin mengecil... baru baca ayat pertama, terus komen "kak, nape tak jadi penulis jer? buat buku daripada blog..." haha...tergelak jap daku... "oh, kalau macam tu, sume orang yang ada blog kena tulis buku la...tajuk: ntah ape2..." [ok, sebenarnye bukan ayat ni yang keluar, tapi ayat kite bukan penulis...]
saya bukan penulis. belajar sains, tak cukup biologi, masuk pulak anatomi dan fisiologi. masuk lagi bab makronutrien dan mikronutrien, seterusnya vitamin dan mineral, unsur surih, macamana diserap, apa guna dia, berapa banyak yang diperlukan.... masuk lagi bab pemakanan perubatan, pemakanan sukan, pemakanan metabolisma, pemakanan sihat...macam2 pemakanan la...
saya belajar pemakanan... tak belajar pulak macamana nak mengarang dan menulis dengan baik. cuma kadang2 tu terkena masa dan keadaan, tercetuslah idea2, digarap menjadi kata dan disusun menjadi ayat2 yang menarik, hasil daripada belajar bahasa malaysia kat sekolah menengah dulu...*thanks to puan zaharah yng tabah mengajar hingga saya menjadi sangat suka mengarang*
jadi, sebab bukan bidang saya menjadi penulis, atau sekurang2nya sebagai pakar motivasi yang boleh menulis sesuatu untuk difikirkan, rasanya 'nak menjadi penulis' tu bukan pilihan saya. saya suka menulis, tak dinafikan. mengarang apatah lagi. mungkin diturun dari minat ayah yang banyak mengarang tafsir dan kitab lama. tapi ayah bekas pensyarah, belajar pun bidang hadith, memang patut la tu kan. saya cuma menulis, sekadar mencetuskan idea2 yang tercetus di minda saya kepada minda anda semua, mungkin cukup sekadar di blog ni sahaja. biar saya tamatkan ijazah ni dulu dengan sempurna, kemudian baru saya akan fikirkan yang seterusnya. mungkin baik menjadi penulis, tapi dalam bidang saya mungkin lebih tepat.

jumaat ni ujian terakhir, dan sekarang rasa sangat berdebar2...kurang yakin dengan diri sendiri. cuba mengingat dan melekapkan apa yang telah digarap dalam buku tesis menjadi ayat2 untuk menjawab ujian lisan nanti. membayangkan suasana dan keadaan, mengharapkan ilham untuk saya mentelaah sedikit sebanyak apa yang mungkin bakal ditanya...Ya Allah...

erm...sape ada soalan bocor? boleh kongsi2 tak? hehe...boleh pulak camtu... bocorkan minda ni, biar tergapai soalan yang bakal ditanya...tawakkal, istikharah biar pilihan sentiasa mengena, bukan main tembak-tembak atau cuba nasib, tapi pengharapan sepenuhnya kepada Allah...
doakan saya dapat menempuh hari jumaat ni dengan sangat2 tenang, dan sabar, dan dapat menjawab soalan dengan lancar dan tepat. seterusnya, kita akan berjumpa dalam dunia kerjaya...atau mungkin juga dunia penulisan, jika saya diizinkan...[biiznillah...]
wassalam.

Tuesday, April 27, 2010

Dimana bahagia?

"ma, nak pulang..." ucap si anak inginkan pendapat dari ibu.
"kenapa? exam kan masih berbaki...?"
"saja nak tukar angin sekejap...rasa macam tak tenang hati duduk kat sini..."
"ikutlah..." jawab ibu sepatah.
sudah masuk hari kedua dia berada dirumah. namun hatinya masih dirasakan kosong. malahan, yang lebih menyedihkan, dia merasakan belajar di asrama lebih baik daripada pulang ke rumah. asyik membuat kerja itu dan ini sehingga tiada masa untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan. hanya dua hari, membuatkan dia termenung panjang dihujung tangga rumah.
petang itu, ibu memerhatikan tingkah anaknya yang murung sejak pulang dari asrama.
"kenapa murung je ni nak?"
dia hanya tersenyum sambil memegang tangan ibunya.
"tak ada apa ma... cuma teh rasa macam kosong. macam mengejar bayang-bayang pula. kesana tak senang, kesini pun gelisah. duduk di asrama pun tak seronok.balik rumah risaukan kerja sekolah..." ujar teh mengeluh.
"dimana bahagia ye ma?" tanya teh jujur, seperti orang kebingungan.

kadang-kadang bahagia tu tak perlu dikejar. kadang-kadang orang yang tak mencari boleh mendapat bahagia berbanding yang mencari-cari. Yang mencari, terus mencari hingga lelah mengejar bahagia. sedangkan apa yang telah dikecap untuk mendapat bahagia itu akhirnya menjadi sampah-sampah disepanjang jalan yang ingin dituju. betulkah bahagia itu ada disini? ada dekat dengan kita. tapi, makin dikejar semakin ia menjauh?

entahlah. saya pun kurang arif tentang itu. kebetulan ketika berlangsungnya pesta buku yang lepas, saya sempat membelek-belek pelbagai jenis buku motivasi, sejarah dan pendidikan di booth2 disana. banyak juga buku motivasi yang ada, sangat membantu dalam membina sakhsiah dan keyakinan diri. antaranya, buku keluaran ustaz hasrizal, ustaz amin dan tak ketinggalan buku motivasi oleh penulis terkenal, stephen covey.


Saya sempat membeli buku 'bahagiakan hatimu' oleh ibnu qayyim al-jauziyah, diterjemah oleh muhd nasruddin dasuki. ibnu qayyim ni adalah ulama' tersohor dalam bidang aqidah, feqah, dan akhlak pada abad ke-13. beliau mendapat gelaran al-Qayyim kerana bapanya adalah penjaga.

Dalam buku ini banyak menyebut tentang kebahagiaan. Kebahagiaan bermula dari hati, kerana ia adalah raja yang akan mengawal anggota tubuh. hati yang bersih mendorong kepada perbuatan-perbuatan yang baik dan memberi keamanan dan ketenangan kepada empunya hati. tetapi hati yang kotor akan mendorong kepada perkara-perkara yang tidak bermanfaat seterusnya akan menyebabkan kecelaan dan kegelisahan. bermula dari tabiat2 yang tidak digalakkan yang akan menyebabkan hati menjadi suram tanpa sebab.

Menurut ibnu qayyim, 7 perkara yang akan merosakkan hati iaitu:

1. Pergaulan yang tidak berfaedah

Pergaulan yang tidak berfaedah ialah banyak bergaul dengan orang yang hatinya kotor. Ini akan menyebabkan hati kita terpengaruh dengan sikap dan perangai mereka sekaligus menyebabkan hati kita turut sama menjadi kotor. apatah lagi apabila kita turut sama melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan hati kita rosak. Contoh yang paling mudah, hiburan dan cerita-cerita yang banya ditayangkan di media massa sekarang. rancangan realiti yang semakin berleluasa, kesukaan kita pada lagu-lagu atau artis-artis, juga sebenarnya mendorong kepada pengaruh tingkahlaku kepada kita. akibatnya, kita akan selalu sibuk dengan urusan dunia sehingga lupa tanggungjawab kita sebagai hamba yang patuh kepada suruhan Allah. akibatnya, hati menjadi lemah tidak bersemangat, sentiasa gelisah dan dibebani dengan pelbagai masalah.

"Dan ingatlah ketika orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "alangkah baiknya kalau aku dahulu mengikut jalan kebenaran bersama-sama rasul. Malang bagiku kerana aku mengambil dia menjadi sahabat akrab. sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada al-Qur'an ketika al-Qur'an itu sampai kepadaku"
(Al-Furqan:27-29)

itulah yang sebenarnya terjadi kepada mereka yang bergaul dengan orang yang rosak hatinya. mereka berbelah bahagi dalam membahagikan kasih sayang antara agama dengan kepentingan orang yang akrab dengannya. apabila mereka tidak memperoleh apa yang dihajati, mereka menyesal dan berasa sedih serta sakit hati. selalu kan terjadi kepada kita? akhirnya, daripada sayangkan kawan, bertukar menjadi benci dan menghina sesama sendiri.

bersabar atas perbuatan buruk rakan kepada kita akan membawa kepada kebaikan. apabila kita dipaksa mengikut gaya hidup mereka terutama perkara-perkara yang berlebih-lebihan, kita hendaklah berusaha dengan berhemah dan bersopan santun untuk menyedarkan mereka supaya patuh dan taat kepada Allah. sekiranya hati tergerak melakukan perkara yang ditegah, sebaik-baiknya tabahkan hati dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan godaan syaitan.

2. sentiasa berangan-angan

Berangan memang sesuatu yang sangat disukai oleh manusia. kalau tak percaya, tanya pada diri sendiri, angan-angan pasti suatu perkara yang menyeronokkan. ia boleh menjadi perancangan, tetapi angan-angan yang tidak menjadi kenyataan adalah perkara yang sia-sia. Ada ungkapan menyatakan angan-angan adalah modal kekayaan bagi orang yang bankrap. impian tersebut adalah janji-janji syaitan atau khayalan yang tak mungkin wujud dan satu pembohongan. sikap ini akan terus menjadi igauan ibarat kisah anjing dengan bayang-bayang. mereka yang bersikap sebegini mempunyai jiwa yang lemah, rendah diri, berasa terhina, dan tidak mempunyai semangat berjuang untuk mencapai cita-cita. ini kerana fikiran sentiasa diisi dengan khayalan yang tidak berfaedah dan munasabah.
angan-angan yang bersifat kebendaan adalah sia-sia, tetapi bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan bersemangat juang teguh, angan-angan adalah ilmu dan iman bagi mereka. begitu juga perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah, angan-angan adalah ibarat iman, cahaya dan hikmah kepada mereka. Rasulullah sentiasa memberi galakan kepada sesiapa yang mempunyai angan-angan yang bermanfaat kerana dalam keadaan tertentu, ia dapat memberikan pahala sebagaimana dia melakukannya.

3. tidak berharap pada Allah

Tidak berharap kepada Allah pula penyebab utama hati menjadi rosak dan mati. Sepertimana kita mengetahui, beriman bahawa Allah yang menciptakan kita, manusia dan alam sekitar, dunia dan seisinya, begitulah Allah memiliki segala sesuatu yang diperlukan oleh manusia. jika kita tidak mengharap kepada Allah, seolah-olah kita tidak yakin dengan Allah. perbuatan ini sangan merbahaya dan punca utama rosaknya kebahagiaan.

"Mereka menyembah selain daripada Allah dengan harapan mendapat pertolongan. benda-benda yang mereka sembah itu tidak mungkin dapat menolong mereka, sedangkan benda-benda itu menjadi tentera yang akan dibawa pada hari akhirat untuk menerima balasan"
(Yaasin:74-75)

Dalam point ini, saya juga suka untuk menekankan konsep tawakkal kepada Allah. kita sering mendengar konsep D.U.I.T> Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal. sebenarnya konsep ini perlu dilakukan sekaligus. konsep bertawakkal selepas berusaha adalah tidak tepat. ia seperti kita berharap pada usaha kita, kemudian baru kepada Allah. Usaha yang kita lakukan, didalamnya perlulah diselitkan dengan tawakkal. tawakkal adalah bergantung pengharapan kita seluruhnya kepada Allah, bukan berserah. berserah adalah seperti kita tidak lagi dapat mengharapkan usaha kita itu memberikan hasil yang baik, kemudian kita menyerahkan ia kepada Allah. Tawakkal adalah kita berharap kepada Allah pada permulaan, dipertengahan dan selepas kita berusaha. dengan itu, barulah dikatakan pergantungan kita hanya kepada Allah, bukan kepada usaha kita.


4. terlalu banyak tidur sehingga badan menjadi lemah

Amalan tidur selepas waktu subuh adalah tidak digalakkan kerana dalam satu hadith menyatakan tidur selepas sembahyang subuh boleh menyebabkan kepapaan, samada papa dari segi harta ataupun kebahagiaan jiwa. menurut ahli agama, tidur antara waktu sembahyang subuh hingga terbit matahari tidak digalakkan kerana pada waktu ini adalah waktu yang terdapat banyak keutamaan untuk memulakan sesuatu kerja. sebaik-baiknya waktu ini digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
terlalu banyak tidur pula akan menyebabkan jiwa menjadi mati dan hilang keperibadian. otak menjadi beku dan sukar memahami ilmu yang dipelajari disamping hilang semangat untuk bekerja. banyak tidur menyebabkan kita mendapat berbagai penyakit yang dapat merosakkan hati dan badan.

5. memandang secara berlebihan

Tentang pandangan yang berlebihan yang akan menggugat bahagia pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Pandangan adalah sebahagian anak panah iblis yang beracun, sesiapa menahan pandangannya, Allah memberikan rasa manis yang ia temukan di hatinya sampai ia berjumpa dengannya."

Ibnu qayyim menghuraikan tentang hadith ini, apa yang dilihat oleh seseorang ibarat panah beracun daripada iblis. sesiapa yang mampu menghalang pandangan daripada melihat perkara-perkara yang buruk, mereka akan terhidar dari kebinasaan. tetapi jika dia tidak mampu, maka sudah tentu terjadi fitnah menfitnah hanya kerana pandangan yang dihasut oleh syaitan.


6. terlalu banyak makan sehingga kenyang

Terlalu banyak makan sehingga kenyang terbahagi kepada 2 golongan:
1. rosak kerana perbuatan sendiri iaitu sama ada hatinya menjadi rosak kerana makan makanan yang diharamkan seperti darah, bangkai, daging babi dan binatang-binatang yang diharamkan; ataupun mereka makan makanan yang diharamkan iaitu hasil mencuri, merompak, barang hasi rampasan dan barang yang diambil dari tuannya tanpa kerelaan.
2. rosak hatinya kerana berlebihan ketika makan. golongan ini makan sehingga berlebihan dan kekenyangan. Perut yang kenyang akan menyebabkan kita sukar bergerak dan malas, apatah lagi dalam hal ibadah. boleh juga dikatakan mereka sebagai golongan yang mencari rezeki sehingga lupa kepada perintah Allah. akhirnya kedua-dua golongan ini dilanda penyakit hati sekaligus menyebabkan hilang kebahagiaan


7. kata-kata yang keterlaluan

Kata-kata yang keterlaluan boleh membawa kepada salahguna dan persengketaan. oleh itu berkatalah perkara yang berfaedah sahaja. jika tidak berfaedah, sebaiknya jangan diucapkan kerana bimbang akan menyinggung perasaan orang lain. mengikut sejarah, banyak peperangan berpunca daripada kata-kata yang keterlaluan.

Rasulullah berkata kepada muaz:
"Banyak orang yang diseksa di neraka disebabkan kerana perbuatan lisannya"
(Tirmizi dan ibnu majah)
Hadith ini terang-terang menjelaskan bencana lidah sehingga membawa kepada siksaan api neraka. tidak hairanlah kita sangat disarankan untuk menjaga lidah, selain pandangan, jika ingin menjaga hati.
saya teringat tentang salah satu lagu kumpulan inteam 'bicara kata' -terlajak perahu masih boleh diundur, terlajak kata hilang percaya-


sama-sama kita renungkan. wallahua'lam.

Saturday, April 24, 2010

Perjuangan cita-citaku


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah kerana diri ini masih lagi bernyawa, diberi peluang untuk terus hidup, dan lebih bersyukur lagi kerana hidup dalam kesedaran iman dan islam yang masih tersemat kukuh dijiwa. Pagi yang sungguh indah. tiada apa yang istimewa pagi ini, cuma yang berbeza dengan hari-hari lain adalah kerana hari ini daku berpeluang untuk berbakti kepada kedua orang tua. mungkin kebahagiaan itu yang membuatkan jiwaku mentafsir keindahan pagi ini.

travelog kehidupan. hidup yang sungguh rumit, bersimpang siur dan penuh dengan kemungkinan. sengaja ku heretkan perjalanan ini menjadi sebuah cerita, agar diri ini sendiri dapat mentafsir dan membawa setiap langkah kehidupan menjadi lebih bermakna sesuai dengan gelaran yang sangat diidam-idamkan...'P.E.J.U.A.N.G'...

Mungkin sudah tercatat di louh mahfuz, takdir hidupku untuk berjuang. Sejak dari dilahirkan, aku, malah semua kalian juga turut berjuang untuk keluar ke alam dunia dari alam rahim. Walau ketika itu, tiada istilah perjuangan dalam kamus sebuah kehidupan anak kecil, namun ia telah menjadi lumrah. Untuk hidup, aku perlu berjuang, memaksa jasad yang lebih besar berbanding ‘pintu keluar’ nya untuk keluar menghirup udara dunia terus dari rongga hidungku. Jasad kecil yang bernyawa ini diajar oleh Allah untuk menjadi berani menghadapi alam yang baru. Walau banyak perkara yang masih belum dalam upaya, Allah memberikan ku seorang wanita sebagai ibu untuk membantu ku berjuang meneruskan kehidupan yang serba baru. Dengan sekeping hati yang ada, Allah tiupkan semangat dalam diri ku untuk menghadapi cabaran-cabaran kehidupan. Tanpa disedari, sebenarnya jalan hidup ku bertunjangkan sebuah perjuangan. Tanpa usaha untuk sabar dan tabah menghadapi cabaran dan rintangan, tanpa semangat untuk menerima dugaan sebagai pelajaran dan pengalaman, tanpa keyakinan untuk menghadapi setiap cubaan dan menyelesaikan kekangan, tentulah usia ku lebih pendek dari yang ku jangkakan. Berjaya atau gagal bukanlah titik tolaknya, tetapi usaha dan perjuangan isi kehidupanku. di awal usiaku, semuanya ku lakukan tanpa ku mengerti. Aku lakukan sesuatu cumalah mengikut susur perjalanan hidupku. Bila sudah mula mengenal diriku, aku kenali Penciptaku, aku hayati rentak hidupku.
Dalam sekeping hati ini, bergelora rasa perjuangan. Aku ingin berjuang! aku ingin berjuang demi Allah, dengan membawa nama Allah.
Biarlah jalan hidupku berliku, namun cabaran ini mampu membuatkan aku dekat dengan cintaku. Aku tahu, diri ini hanyalah manusia yang lemah. Aku terlalu jauh dengan cinta Allah. Tapi aku masih berusaha dan ingin terus berusaha untuk memperbaiki amalan dan akhlakku. Aku ingin sekali, bila suatu hari aku dapat terus berubah menjadi seperti manusia lain, terus-terusan istiqamah dalam amalanku, dapat menunaikan ibadahku dengan sempurna. Dan semua yang aku ingini ini bukan sekadar angan mat jenin yang tak berkesudahan. Lantas kepada siapa lagi mampu ku pohon kekuatan dan ketabahan untuk mencapai cita-citaku ini jika bukan kepada Allah? ya, apapun yang ku harapkan, apapun yang ku usahakan takkan berhasil tanpa keberkatan Allah. moga Allah mengampunkan dosa-dosaku dan memperkenankan pintaku… [ameen...]

Wednesday, April 21, 2010

khalifah, matlamat dan kehidupan


Bismillahirrahmanirrahim. dengan lafaz yang mulia, ku mulakan penulisan. entah kali yang ke berapa, draft-draft yang tak berkesudahan ku padam begitu sahaja. tak menyesali tindakan menekan butang 'delete' pada paparan di skrin, kerana isi yang ingin ku sampaikan dibawa angin begitu saja. ilham dariNYA menjadi tumpul, seperti kosong, dan kelam tak nampak jalan untuk ku bawa dalam penulisan. seperti tiada arah tuju dan matlamat, semenjak mula ku ciptakan laman peribadku ini. Mengapa laman ini ku ciptakan, ku asaskan dengan gelaran 'amirahfansuri', sekadar suka-suka sajakah? atau kerana didorong oleh perasaan yang sementara, disebabkan rakan sekeliling berblog, aku juga mahu mempunyai blogku sendiri? hanya kerana itukah? tidak! ku pasti itu bukan tujuan asal adanya laman ini. ada sesuatu yang mahu ku bawa disini, ada misi dan matlamat yang ingin ku sampaikan disini. yang pasti diakhirnya, untuk membawa diriku sendiri menyusuri hikmah kejadianku diatas muka bumi ini. Sepertimana Allah menjadikan segala sesuatu itu dengan tujuan yang tersendiri, dan sepertimana DIA tidak menyukai perkara yang sia-sia, begitu juga diwaktu DIA menjadikan khalifah dimuka bumi ini, dibekalkan kita dengan matlamat dan panduan, agar kita tidak melakukan perkara dan perbuatan-perbuatan yang sia-sia. ku mahu, apa yang ku lakukan ini tidak menjadi sia-sia agar aku dapat belajar menjadi hambaNya yang taat. DIA menciptakan manusia untuk mentadbir muka bumi ini dengan panduan dariNYA, al-Qur'an dan as-sunnah wasiat nabi kita yang tercinta. lantas, kita sebagai hambaNya juga perlu tahu dan tetap dengan tujuan dan matlamat kita, agar hidup kita terarah dan tertaut pada pegangan yang satu, aqidah yang benar.

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU"
Surah ad-dzariyat: 56.

Penciptaan manusia di muka bumi ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah kepada Allah. jadi, tujuan dan matlamat yang perlu kita capai dalam kehidupan ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. kerana ibadah itu juga asal katanya dari perkataan 'abd' yang bermaksud hamba. ibadah, perkara yang dilakukan untuk menunjukkan pengabdian kita kepada Allah. oleh itu, setiap yang kita lakukan perlulah dengan niat ibadah agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia. mengabdikan diri kepada Allah bukan bermaksud kita hanya perlu duduk didalam masjid, berteleku, berzikir dan berdoa tidak putus-putus, tetapi tidak melakukan pekerjaan lain untuk melengkapi fitrah manusia. kita masih perlu bekerja seperti kita akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadah seperti kita kan mati sebentar lagi. setiap perbuatan dan pekerjaan yang kita lakukan perlu bersungguh-sungguh, tetapi dalam masa yang sama perlu diteliti agar ia menjadi ibadah dan tiada unsur-unsur kemaksiatan seperti kita akan mati sebentar lagi dan tiada ruang lagi untuk menebus kesilapan kita.

'Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)

Begitu juga dalam hal kepimpinan, samada untuk memimpin diri sendiri atau memimpin keluarga, atau sesebuah organisasi, hatta untuk memimpin dunia ini, perlulah punya matlamat yang sama. untuk membawa misi yang sama iaitu misi pengabdian diri kepada Allah. kita diciptakan diatas muka bumi ini bukan semata-mata untuk memperbanyakkan penduduk bumi ini, atau untuk merasa nikmat menjadi manusia, tetapi untuk menjadi khalifah, manusia sebagai khalifah, iaitu pemimpin yang mentadbir muka bumi ini dengan hukum dan ketentuan Allah, bukan hukum buatan sendiri. bila dunia ini ditadbir oleh tangan-tangan yang amanah dan layak, barulah matlamat kejadian manusia ini akan tercapai. manusia tidak akan kekok mengikut perintah Allah, tiada jenayah dan kerosakan alam yang berleluasa. kerosakan akhlak dan moral yang semakin meluas tidak akan berlaku sekiranya tangan yang memimpin itu menggunakan al-Qur'an dan sunnah sebagai panduan, bukan menggumpalkan yang haq dan yang bathil bersama-sama dalam pemerintahan. tak perlu menghukum pemimpin dengan nilaian entah apa-apa, tetapi nilai kejayaan mereka dengan kerosakan budaya dan nilai moral didalam organisasi yang dipimpin. Kerana itu, matlamat kehidupan perlu jelas, agar yang menulis ini juga tak tersasar arah tujuan bila memimpin diri sendiri, dan terutama apabila memimpin insan lain.
semoga matlamat kehidupanku untuk mengabdikan diri kepada Allah dan persediaan menuju akhirat yang abadi ini sentiasa tersemat kukuh dalam hati dan dalam setiap perbuatan yang ku lakukan. wallahua'lam.

Saturday, April 17, 2010

just pass by...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, Allah masih memelihara diri ini dalam keimanan kepadaNya dan keislaman. buat masa ni, blog ni memang akan terabai sedikit. ida dan sahabat2 se 'u kay em' sedang menghadapi final exam. Dan bagi ida dan sahabat2 tahun akhir ni, exam kali ni memang sgt2 antara dua. macam dah takde mood nak exam, dan kerisauan@kerunsingan sebab dah dalam saat2 genting, dah nak final. semua nak kena dibuat betul2 untuk pastikan semua requirement mencukupi. insya Allah, semua ni kami niatkan sebagai perjuangan dalam medan ilmu. mujahadah untuk mendapatkan result yg baik. insya Allah... dan, maaf kepada adik2, sahabat2, saudara dan saudari yang menjenguk atau terjenguk blog ni. idea dan mood untuk menulis masih belum sampai. insya Allah, banyak idea dalam draft ni yg terbengkalai dan belum selesai ditulis dek kerana waktu dan tanggungjawab lain tak mengizinkan. insya Allah penulisan yang bermanfaat akan disambung selepas ni. wallahua'lam.

[updated]
Alhamdulillah, dalam dua hari ni, ida mengikut mak dan abah meronda sekitar kuala lumpur. ke cheras, di rumah lama kami dan ke gombak, kawasan rumah mak saudara[rasenye takde pertalian darah, cuma berkait dengan ayah as family angkat ayah masa muda2 dlu, so dah jd mcm family kami jugak]. Bukan meronda kosong, tapi mereka jugak merangkap orang2 bawah ida dlm HPA, so kira servis downline la. sebenarnya ida pun tak tahu mereka line bawah ida, tapi bila dah selidik2, masa hari semalam baru tahu yang sebenarnya direct line dengan ida. Alhamdulillah, dapat bantu mak abah [agenda asal memang dari mak abah tanpa campur tangan ida]. kami adakan ceramah ringkas dan penerangan tentang HPA dan diagnose penyakit melalui tapak tangan n mata. rasa tenang sikit hati dapat berbakti kepada kedua ibubapa. kalau nak berbakti kepada kedua ibubapa, sebenarnya tak perlu tunggu dah ada duit, dah ada kewangan yang stabil, dah kkje gaji besar, dah ada kereta, rumah, pangkat, ataupun dah tunggu ibubapa sakit, tapi bila2 pun boleh. sebab ajal maut datang tak mengira masa. siapa tahu kita pergi dulu sebelum semua tu kita capai, kan dah rugi tak dapat berbakti kat mereka yg dah byk berkorban besarkan kita.
ok, kalau nak tahu lanjut tentang HPA, ape itu HPA dan bagaimana perkembangan, perjalanan, kenapa pilih HPA, boleh la tengok kat [link], [link], [link] dan banyak lagi... search jer HPA[Herba Penawar Al-Wahida. jgn cari HPA yg maksud lain pulak...]Wallahua'lam.