(sila abaikan gambar latar)
Perasaan? Tak perlu dijelaskan, tengok muka pun dah tahu...
Lepas beberapa tahun tak berjumpa, kerana ukhwah yang pernah terjalin, kerana Allah, ida mahu mengekalkan ukhwah ini, akhirnya ida setuju ikut reunion sekolah. Pertama kali selepas tamat persekolahan, ida join reunion batch yang dibuat besar-besaran(rasmi, tapi tak ramai pun datang...). sangat gembira bertemu semula dengan mereka.
Ni 'geng' yang sekepala masa sekolah. tapi, kitorang tak sisihkan orang lain dan anggap kitorang ni 'geng' yang tak boleh join orang lain. mungkin persepsi dan keadaan masa tu yang membuatkan kami sedikit tersisih dan ter'geng'...hehe... apepun, semua tu kenangan zaman sekolah, ketika semua dari kami baru belajar erti hidup, baru belajar untuk memasuki alam dewasa. emosi yang selalu tak stabil, keterbatasan antara mencari kawan dengan menjalankan tanggungjawab, pemikiran dan pandangan yang suka 'judge' orang yang tak sekepala dengan kita, dan macam2 lagi...
Menjadi dewasa bukan menjadi seperti tugu yang kukuh dan ampuh, bukan menjadi karang di laut yang tak goyah dek ombak yang menghempas, bukan menjadi singa yang kuat ngaumannya menggerunkan seisi dunia, bukan menjadi seperti apa saja yang disimbolkan dengan kekuatan dan keangkuhan, tetapi menjadi hambaNya diwaktu insan lain mengatur langkah untuk mengatasi kuasa Tuhan dan menjadi pemimpin diwaktu insan lain sesat dalam kegelapan dan tipudaya dunia. Menjadi dewasa adalah menjadi insan yang terpelajar dalam universiti tarbiyyah Allah sepanjang kehidupan kita. menjadi dewasa adalah menjadi manusia yang sering berfikir dan mencerakinkan pemikiran kepada ketaatan terhadap Pencipta. Semakin dewasa seseorang bila dia semakin memikirkan kehidupan akhirat yang abadi dan semakin dewasa dia apabila dia semakin memikirkan persediaan bertemu Allah yang Esa. Dan yang paling penting ialah semakin dewasa jiwa kita, semakin berisi dada kita dengan ilmu Allah, semakin kuat pula ujian yang bakal kita hadapi. berjaga2 apabila kita tidak merasa diuji, merasa berada dalam kesenangan dan keselesaan yang melimpah ruah, kerana mungkin kita sedang tewas pada ujian yang diberi oleh Allah...
Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud:
"syurga dikelilingi dengan perkara-perkara yang dibenci oleh hawa nafsu dan neraka dikelilingi dengan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu"(diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan at-Tarmizi)
"orang2 yang paling banyak mengalami ujian(bala') ialah para Anbiya', kemudian yang lebih mulia, kemudian yang lebih mulia. seorang diuji mengikut agamanya. jika dia kuat berpegang dengan agamanya maka ujiannya adalah hebat (kuat). jika agamanya lembut maka ujiannya adalah mengikut kadar agamanya. ujian itu akan terus menimpa seseorang sehinggalah dia(ujian) membiarkannya berjalan bebas diatas muka bumi."(riwayat Bukhari, Ahmad dan at-Tarmizi)








