assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Monday, October 7, 2013

Duhai pendampingku


Di hatimu tersimpan cinta yang suci
Serta mendalam pernikahan dari beda dunia
Meski kau terbiasa hidup tanpa perih
Namun kau ikhlas hidup bersahaja
Namun bahagia

Duhai pendampingku, akhlakmu permata bagiku
Buat aku makin cinta
Tetapkan selalu janji awal kita bersatu
Bahagia sampai ke surga

Maafkan aku jika tak bisa sempurna
Karena ku bukan lelaki yang turun dari surga
Ketulusan hatimu anugerah hidupku
Doakan langkah kita tak berpisah
Untuk selamanya

hingga ke syurga...

Sunday, September 15, 2013

jom doa!

Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah, Ya Wadud, dgn sifat CintaMu, alirkanlah rasa cinta ke dalam hati kami agar hati-hati kami bertaut dan bersatu dibawah baitulmuslim yang Engkau Redhai, sepertimana Engkau satukan adam dan hawa, yusuf dan zulaikha... Allah Ya Rahman Ya Rahim, janganlah rasa cinta yg Engkau kurniakan ini mengatasi rasa cinta kami kepadaMu. Dengan rahmat dan kasih sayangMu, redhailah langkah kami, dan kuatkan hati kami untuk menjalani hari2 yang mendatang. Allah Ya Bari', sesungguhnya Engkau Maha pengatur agenda, maka bantulah kami dalam merancang, agar perancangan kami adalah yg terbaik dlm perancanganMu. Allah Ya Hadi, bimbinglah kami dalam setiap langkah dan pilihan kami, agar tiap keputusan kami memberi manfaat buat kami dan insan sekeliling. Aamiin Ya Allah Ya Aziz Ya Robbal 'aalamiin..

Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, August 25, 2013

testing~


Sunday, August 18, 2013

Selamat Hari Raya 2013



~Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini atau yang tak kenal, tapi pernah kenal di alam maya~
~Pejam celik, pejam celik, dah setahun rupanya penghijrahan diri ini...bermula 11 ogos 2012, harini dah 18 Ogos 2013. dan dah 6 bulan tukar status diri, single but not available ;-) tunggu perutusan nnt insyaa Allah (alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...thank mak2 dan abah2 n adek2beradek semua for ur support, walaupun kadang2 abahku geram dgn puteri nakal dia ni...sobsobsob...maafkanku...nnt da xbleh nakal2 dah :') huhu)~

selepas Ramadhan, kekalkan momentum diri. huhu...jgn lupe baca Qur'an stiap hari. jgn lupe puasa isnin khamis...buatla mana yang termampu... kalau xmampu, support org lain pun ok..huhu..lama2 boleh malu sendiri..sobsobsob... apepun, jgn lupa tadahkan tangan, ambil sedikit masa untuk munajat kpd Allah, mohon kemenangan buat saudara2 kita yang sedang ditindas, mohon diberi kekuatan, kesabaran dan bantuan kepada pihak yang benar. dan mohon dihancurkan pihak2 yang bathil...
AllahummansurilIslam, fii Misr, fii Falestin, fii Surya, fii kulli makan, wa fii kulli zaman... Ya Allah, peliharalah agamaMu, bumiMu dan bumi para anbiya' dari kekejaman musuh2 yang ingin menghancurkan agamaMu dan yang berpaling dari kebenaran kepadaMu...
#Pray4MisrSuryaFalestine

Friday, August 2, 2013

Suatu ketika dahulu

Bismillahirrahmanirrahim. suka buat tajuk saspen ala2 cerita dongeng kan...hehe... hmm...dipagi jumaat yang mulia ini, just teringat kembali zaman muda2 dulu...dulu suka sangat dengar lagu kumpulan nasyid zulfan. mula2 terjatuh cinta dengan lagu "bahtera hamba" sampai sanggup tu search kat internet...tapi masa tu susah sangat nak jumpa. sampai la terjumpa 4shared.com, baru ada jumpa lagu Bahtera Hamba tersebut. itupun lama jugak cari. then, bila lama2 dengar, teringin nak dengar lagu lain dari kumpulan zulfan, ade best cam lagu tu tak... fortunately, tak la mengecewakan....sampaila saya terjumpa lagu ni http://kum-abid.blogspot.com/2011/02/seri-dihati-nasyid-sumber-inspirasi.html

dengar banyak2 kali, ter feeling plak...hikhik :P padahal lagu orang bertunang kottt.... dan masa tu dahla xreti bercintan cintun lg :P
macam lah jugak masa tu suka dengar lagu Kasihmu Amanahku inteam tu... klaka pun ada... ms tu berangan xyah ckp la, konon2 nnt dh jumpa insan terpilih tu, terus tunang n nikah, xde couple2 ke, bercinta ke... hmm...tapi takdir Allah tu kte tak boleh nak kata... kadang2 Allah bagi apa yang kita suka, tapi dalam hal ni, terasa sangat Allah bagi apa yang kita perlu...Apa yang kita perlu untuk menjadi matang dengan masa dan keadaan, menjadi dewasa dengan masalah dan kejauhan... Allah Maha Tahu apa yang kita perlu ;)

sebenarnya lagu ni dah lama tak ingat...err..maksudnya dah lama sangat2 xlayan lagu, bukan lagu ni je..tp rasanya music player dlm hp tu pun dah lama sangat menganggur... kalau rasa xbest pun bukak mengaji je...
Alkisah encik tunang (yg insyaa Allah akan disayangi bila dh jd zauj :P) try application baru, dia dedicate lagu bidadari-hijjaz n tanya "takde ke lagu orang bertunang"... saya ni bukan boleh ditanya...kepala terus ligat berfikir... im thinking...oh, zaman dulu2 xde tunang, serius suka dengar lagu2 tahpape....skrg dh ada tunang xnak pulak dengar...
indeed, bila dah bertunang, banyak perkara nak kena jaga. yang paling penting sekali, hati banyak nak kena jaga. hati sendiri lebih2 lagi... xmau layu2, feeling2...bergerak sentiasa maju ke depan... fikir masa depan sokmo...gigih berusaha (walaupun kadang2 fail sokmo terutama dalam bab2 all out punye kerja) perbaiki n improve diri...sebab bertunang bukan tiket untuk menghalalkan yang haram, atau bercouple tak berkesudahan. kami cuba sedaya upaya supaya tahap perhubungan masih dalam taaruf dan persediaan...

eh...err, tiba2 berharap takde orang baca...hewhew :P

ok la, last but not least, ini lirik lagu seri di hati - zulfan... music memang slow sikit la...tapi lirik dia ok la tak over sangat cam lagu kasih kekasih...hehehe...


Pepohon kelayuan ranting yang kekeringan
Dedaun berguguran tandus tiada harapan
Umpama hidup kita tiada semarak kasih dan sayang
Tertanam kebencian , kesunyian

Kasih yang sejati anugerah Ilahi
Hadirnya dijiwa bukannya kerna dipaksa
Cinta yang terjalin didalam diri manusia
Kesuciannya bagai sutera putih

Tautan cinta yang bersemi di sulami kasih Ilahi
Yang melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan Tuhan
Temuilah seri di hati itulah cinta hakiki
Andai kau selami rahsia keimanan…

Telah bermula episod cinta yang suci
Dua insan berkasih pun berikrar janji
Dengan tersarung sebentuk cincin di jari
Kedua orang tua pun merestui

Terikat janji bakal membina mahligai impian
Kini hanyalah ujian sabar menekan di jiwa
Namun syariat dari Ilahi itu syarat paling utama
Demi kesucian cinta restu Yang Esa
Demi cinta suci yang tiada ternoda...

Tajuk Nasyid : Seri Di Hati
Artis : Zulfan
Album : Pelayaran