assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Saturday, July 27, 2013

Lautan Ujian

Masinnya laut, semakin diminum semakin dahaga. Sama halnya seperti keindahan dunia, semakin diperoleh, semakin tidak mencukupi... Ya Allah, jadikanlah kami hamba2Mu yang selalu bersyukur dengan nikmatMu, selalu bersabar dengan ujianMu dan selalu menahan diri dari mengikut nafsu dan keinginan diri yang tidak Engkau redhai... Ya Allah, bantu kami mencapai redhaMu dalam setiap ruku' dan sujud kami kepadaMu, dalam setiap puasa dan ibadah kami untukMu dan bantulah kami mentarbiyyah diri didalam bulan yang Engkau muliakan ini. Aamiin Ya Robbal 'aalamiin...



Thursday, July 25, 2013

(wordless)













Wassalam~

Monday, July 22, 2013

Titian Ramadhan 1434H


Bismillahirrahmanirrahim.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; 

Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 
(Surah. Al Baqarah:216)

Alhamdulillah 'ala kulli hal... alhamdulillah tak terhingga ucapan ini teruntuk yang paling ku kasihi, paling ku percayai, Allah Tuhanku dan Tuhan sekalian alam... setinggi-tinggi kesyukuran buat Dia Yang Maha Esa, yang telah menentukan perjalanan hidupku di Ramadhan kali ini, benar-benar membuatku merasakan memaknai bulan yang mulia ini..
Allahu akbar.. dah masuk fasa kedua bulan yang mulia ini... diatas apapun hal yang berlaku, terima kasih Ya Allah, kerana terus mengizinkanku untuk menulis lagi disini. terasa banyak betul pengajaran yang dapat ku kutip sepanjang Ramadhan kali ini.
kalau ditanya, sebab dah khatam awal ke? hehe...tentulah tak... setakat ni, hanya pada juzu' 17, dan terpaksa diberhentikan sehingga Allah izinkan semula menyambung tadarrus dan soum ni, insyaa Allah...

macamana bulan puasa kali ini buat kalian? masih sama seperti tahun2 yang sudah? atau ingin selalu membina semangat dan ibadah yang lebih baik dari tahun2 lepas? moga2 Allah kuatkan kita untuk sentiasa perbaiki diri dan amalan, serta istiqamah dengan amalan2 kebaikan yang kita lakukan.

buatku, Ramadhan kali ini agak berbeza. kalau nak kata paling berbeza, hiperbola sangat...kot2 yang lepas2 ada yg lagi istimewa dari yang kali ini. 

LESEN MEMANDU

Rasanya kalau tak silap, tahun 2010, ada coretanku mengenai keinginanku yang nak sangat memandu. masa tu la nak belajar itu ini, semua nak cuba... almaklumlah, zaman remaja (dah hujung), semangat tu lebih la sikit kan.. tambah pulak masa tu baru habis belajar. yang kelakarnya, zaman dah habis belajar tu la, zaman memikirkan nak mencari seseorang sebagai teman hidup. ade ke orang yang tak penah pikir?? tipu la kann...hehe...ade kot, kalau org yang memang dia taknak berpasangan hidup, suka duk sorang2..tapi rasanya aku masih kategori normal..tu la yang konon2 sibuk nak blaja itu ini tu...-kononnya nak mempersiapkan diri la...lagipun, nak sangat ambik lesen masa lepas blaja tu supaya senang nak pegi program kalau ada program kat k.l ke (masa tu masih terikat under ukm k.l lg).

ok la, berbalik pada cerita untuk ramadhan kali ni... hmm...
permulaan ramadhan, rasanya kali ni yang aku lalui, paling agak rasa teruk sikit. mentally tak berapa ready menyambut 'ahlan wasahlan Ya Ramadhan'... padahal bulan yang sangat ku rindui, bahkan semua umat Islam umumnya, merindui bulan ni. bulan kasih sayang Allah kepada hamba2Nya, bulan hadiah cinta buat yang bertaqwa. tapi, kerana Allah nak uji dengan sesuatu.
Pagi tu, 2 minggu sebelum Ramadhan, aku tengok lesen dalam beg. dlm pertengahan Ramadhan, lesen L renew tu pun dah nak habis tempoh. xboleh lama2 lagi hang on lesen macam ni. mesti segera selesaikan. sebab lepas ni, banyak lagi urusan walimah yang nak kena selesaikan. bulan 6 dan 7 ni, peruntukan mesti fix. 8-11, kena penuhkan utk majlis. Ya Allah, permudahkanlah. aku capai handset, msj cikgu; cikgu, esok saya nak sambung belajar..-ok.
esoknya, pegi blaja, skali dengan bagi salinan lesen ic utk cikgu proses ke ujian JPJ... alhamdulillah, 2 minggu lagi boleh diuji.. (sebenarnya bajet nak exam seminggu lagi, betul2 sebelum puasa. tapi xde rezeki, redha jela...)

orang lain menyambut ramadhan dengan gembira sangat2...tapi aku rasa macam nak terkeluar jantung. makin hari nak dekat dengan ujian memandu, makin rasa xboleh nak fokus. hari2 lain, jadi imam tarawikh pun, bacaan masih lancar, tapi dekat2 dengan hari tu, lidah pun jadi kelam kabut... Ya Allah, apala nasib aku yang dah tertulis untukku pada hari isnin ni. 

Jumaat tu, nak pegi blaja sambung blaja, nak ingat balik jalan A dan jalan B...tapi kereta masalah. kena pegi hari ahad. walaupun rasa macam taknak dah pegi blaja (sebab isnin dah test, kang xpasal2 aku tunda test sbb takut lg), sebab duk ingat cikgu yang garang macam singa tu (stiap kali pegi blaja, kalau cikgu xmarah smpai aku mnangis mmg xsah la... sbb cikgu slalu ckp yg aku buat derk je bila dia tegur kesalahan aku...bukan buat derk, tapi memang aku xboleh nak tangkap la cikgu, kalau blajar sambil kena marah *tengking ok*) bleber sepanjang jalan...aku pun jadi kalut setiap kali nampak muka cikgu...huhu..

tapi malangnya, memang hari ahad tu, teruk sgt aku kena marah sampai aku mnangis tersedu2 memikirkan cikgu asyik ulang perkataan "gagal" memanjang....huaaaaa :'( memang tak hati batu betul aku ni. ish.. nasib pakai purdah, xdela org perasan. yg orang nampak, aku steady je, sebab jalan steady je, xde pon jatuh terduduk ke sbb mnangis :p

last2, cikgu zam tension dengan aku yg xboleh bawak elok2 padahal esok dah nak exam, cikgu suruh cikgu siti tlg handle aku, bwk pi round2... bila dgn cikgu zam tu, bukan shj aku jadi "semua aku salah", tapi dengan jalan2 pun aku jadi xtau hujung pangkal. sampai aku rasa macam xguna nya aku ni. aku rasa macam, agak2 kalau xda cikgu atau sapa2 kt sebelah yg cakap suruh tukar gear ke, tekan clutch, tekan minyak, boleh ke aku bawak kereta.... memang down sangat2 masa tu... rasa macam bukan setakat down, tapi macam LOSER! huhu...

masa cikgu siti bawak masuk kereta dia, aku terus tersedu2 (cheh! x batu langung ingat balik...huhu)...cikgu suruh aku bawak kereta dia. aku lagi sedih. boleh ke aku bawak kereta, sedangkan cikgu yang mengajar aku selama ni kata, aku memang gagal memanjang. xpenah ade perkataan 'puas hati' ke, ok lulus ke...ok dah tu ke.... memang xpernah la kan.. cuma yang aku perasan, kalau aku ada improvement, cikgu xde tegur dah... dari mula2 cikgu tegur kesalahan2 besar, sampai last2 kesalahn2 kecik je yg kena tegur. cuma hari tu... dahla dengan tukar kereta nya, tiba2 nak naik bukit mati enjin, pastu dengan ketidakpakaran aku terhadap kereta baru tu, lagi la cikgu baran dgn aku. 

tetibe, cikgu siti suruh aku bawak kereta dia. kereta dia ok (viva), bukan kereta sekolah memandu. macamana cikgu boleh sangat yakin dgn aku? lagi sedih aku dibuatnya. bila cikgu pujuk n ckp something yang aku rasa lega sikit dengar, baru la aku setuju nak bawak kereta cikgu. start, n sampai habis, semua ok, siap boleh hafal jalan lagi... rasa syukur sangat masa tu cikgu siti nak tolong. walaupun last skali cikgu offer utk aku ambik special test, dan aku tolak, esoknya, bila ujian jpj, aku lulus bahagian jalanraya. 

Alhamdulillah, terasa sangat Rahmat Allah masa tu. test yang selama ni aku confident boleh lulus (bukit n parking) pulak yang tak lulus. aku tak rasa sedih pun untuk yang tak lulus tu, sebab yang paling aku risau selama ni (jalanraya) lulus. sampai cikgu siti pun xpercaya. selama ni masa blaja parking n bukit memang xpenah undur, xpenah langgar tiang.bukit tu penah la, masa mula2 blaja dulu, tapi parking alhamdulillah ok..

tapi, masa tak lulus tu, ada insan lain yang paling kecewa untuk saya... dia bgn awal, tlg doakan utk saya, siap suruh bgn qiam lg. dan sy rasa itu pun salah satu rahmat2 dari Allah untuk diri ni...ada yg sudi ambil berat dan ambil kesah..


terasa banyaknya rahmat Allah yang Allah kurniakan dalam fasa pertama Ramadhan ni... Kerahmatan, dalam fasa ramadhan yang Allah janjikan buat hamba2Nya, rupanya sangat luas meliputi alam ini seandainya kita nak memikirkan tentangNya... hanya kita shj sebagai hamba, selalu lalai dari mengambil hikmah dari kehidupan ini. 

tentang ujian yang tak lulus, cikgu siti sekadar mengingatkan, mungkin ada hikmahnya Allah uji macamtu... Ya, Allah uji... dalam rahmat, ada ujian... begitu juga, dalam ujian sering terselit sejuta rahmat. membuka mindaku yang kadang2 sempit memikirkan ujian2 ini sebagai bebanan hidup yang tak berkesudahan. ujian tanda Allah ingin mengampunkan dosa2 hamba2Nya. 

"mungkin" jawabku dalam hati. teringat waktu terserempak dengan cikgu zam selepas ujian jpj tadi, cikgu memang xnak pandang pun aku. rasa sedih jugak. 

Ya, ujian ini, mungkin kerana ada khilafku dengan cikgu yang sudah bersusah payah mengajar ilmu kepadaku. siapapun cikgu aku, memang aku hormati, kerana dia Allah pilih untuk menyampaikan ilmuNya kepadaku. dalam hati kecil ni rasa jugak nak mintak maaf, walaupun aku sikit pun xsalahkan cikgu. memang dengan cikgu siti pun, aku kata aku yang salah sebab xconfident dengan diri sendiri. tapi takpe la, dah kna repeat, lepas ni kena buat betul2...



aku cari kesilapan diri. ujian ini, kalau dikira lulus, ia adalah rahmat buatku. tapi mungkin kerana aku memandang kecil padanya, maka Dia ingin memaknakan kepadaku, sekecil apapun ilmuNya pada kita, ia adalah rahmat yang tiada tandingannya walau ditebus dengan emas permata. tak ternilai! 

REPENT (bertaubatlah), mungkin Dia sedang berbicara pada manusia hina ini untuk menginsafi diri dan dosa2 nya yang sedar atau tidak... bertaubatlah sementara Allah memberi ruang dan janji pengampunan dalam bulan ramadhan yang mulia ini... berat sebenarnya, memikirkan apakah dosa2 yang ku lakukan lagi. 

ego manusia, bukan semuanya ingin diakui dosa. padahal hanya Allah yang berhak menentukan dosa dan pahala manusia...Repent, beristighfarlah kalau tak mampu tunaikan dua rakaat, istighfarlah kalau tak mampu mensucikan diri menghadap Dia yang Esa. dalam keadaan diri seperti ini, terasa mahu lari dari mengulangi ujian dunia ini. tapi Allah hadirkan sedikit ketenangan melalui insan2 sekeliling. Allah, hanya Engkau yang kami sembah, dan hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan....

dan alhamdulillah.... Allah tak memberi apa yang kita mahu, tapi Allah bagi apa yang kita perlu.

jumaat itu, giliran cikgu zam tunggu kami berlatih parking dan bukit. dan aku rasa cikgu dah maafkan aku. dia blh ajar kami tanpa tengking2, semua ok dan cikgu suruh kami semua balik rehatkan minda.



harini, pagi tadi... Allah berikan yang terbaik buatku. semua berjalan dengan lancar, test bukit alhamdulillah, parking pun alhamdulillah...
selesai, mereka suruh saya tandatangan meluluskan, yang akhirnya siap lesen P.... Alhamdulillah!! ---> lepas ni boleh bawak kereta insyaa Allah :-)

Saturday, July 20, 2013

Rintihanku


Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan

Tuesday, July 16, 2013

Ahlan Ya Ramadhan~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan buat diri ini untuk mencoretkan sesuatu di blog usang ini. Allah Ya Allah, cepat sungguh masa berlalu. baru ingin menjenguk mengucap salam ramadhan, hari sudah berlalu membawa kita ke ramadhan ke tujuh.

Ramadhan yang di awalnya Allah janjikan kerahmatan, dipertengahannya diberikan keampunan, dan dipenghujungnya Allah hamprkan jalan ke syurga yang amat luas. tinggal kita sahaja, sama ada tegas melawan nafsu untuk bermalasan tidak beribadah, atau sama-sama lemah bersama kelaparan dihanyut nafsu kemalasan. 

ana tidak lari juga dari berperang dengan kekuatan jasmani dan rohani ini. ditambah pula dengan 'perencah' baru hadiah dari Allah, ujian memandu dipenggal awal berpuasa, gagal dalam ujian pertama, terpaksa mengulang semula, masih dalam bulan ramadhan yang mulia, tapi ketika kaki merangkak ke fasa kedua ramadhan... Allah, RahmatMu begitu luas. janganlah biarkan aku tenggelam dengan ujian ini hingga melupakan tanggungjawabku dibulan ramadhan ini, melemahkan aku untuk berlumba-lumba bersama mereka merebut ganjaran pahala dariMu yang tidak ada pada bulan lain, kerahmatan, kemuliaan, diperkenankan doa, diampunkan dosa-dosa... sesungguhnya rahmatMu teramat sangat luas dibulan ini. tidak terhitung dengan kata dan perbuatan. maka sibukkan diri ini dengan ibadah kepadaMu, kuatkan hati dan rohani ini untuk bangun diwaktu insan lain sedang nyenyak merehatkan diri. 




Allah, tempat ku mengadu, tempatku memohon pertolongan...terimalah amal ibadah kami yang tidak seberapa ini. terimalah taubat kami yang tidak seberapa ini. kami memohon, perkenankan doa kami, dengarkan rintihan hati kami, berikan kami sandaran yang kuat untuk terus bertahan dengan ujianMu, jadikanlah kami insan yang sabar dalam menghadapi ujianMu, yang sabar dalam menyabarkan diri menghadapi ujian kehidupan ini, jadikanlah kami hamba yang bersyukur dengan nikmat yang Engkau beri, yang menyedari bahawa segalanya adalah milikMu, tidak ada yang kami miliki melainkan hanya meminjam dariMu. aamiin ya Rabbal 'Alamin...