assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Saturday, May 25, 2013

cerita saja-saja

Esok...
Entah apa lah yang bermain di fikiran. Rasanya tak ada yg mampu terfikir oleh minda saat ini.saat insan lain nyenyak dibuai mimpi. Terasa lumpuh seluruh badan menanggung rasa ini. Asalnya cuma kerana lenguh dan kehausan, melarat-larat sampai demam melanda. Esok...esok bakal mencipta sejarah buat kembarku, sepupuku seusia denganku, selang beberapa saat kelahirannya denganku. Tahniah abg kembar! Waktu rasa macam sakit sangat kepala ni, memusing xboleh pikir apa...semua dah jadi xbetul je rasa...rasa macam masa berjalan laju sgt...macam dah bertahun2 hari ini melangkah.. demam ni xde kena mengena dengan kembar yang nak kawin esok. Sebab tak rapat sgt pun dengan dia. Dah besar ni baru masing2 pandai bercakap. Kalau tak masa zaman kecik2 dulu, dia sama la dengan aku, sama2 xbercakap dengan orang. Buat hal sendiri. Bila besar ni, dh jadi rapat pulak, tapi rapat mcm biasa2 aku rapat dgn sepupu lain... Tapi terasa jgk la sayu plus happy bila dia nak kawin ni... Sayu sebab orang asyik tanya aku bila turn aku plak... Haritu masa bertunang pun nak brebut gak bertunang bln 12. Tapi abang kan, mesti slalu nak menang maaa.... Aku jgk yg delay tunang bln 2.. xkesah..xkesah... Kali ni nak kawin, aku taknak berebut dah... Kasi laluan... Bila org tanya aku bila plak, penat nak jawab satu2...hjg tahun insyaa Allah... Hrp2 cepat dpt tarikh...istikharah cepat yer encik tunang (kuengkueng...tunang jela kan...aku xpayah..bagus!!)hjg tahun ni rasa xde nk brebut dgn sape2..mmg tnggu kenduri aku je lg utk thn ni... Sebaya aku 2 org je pmpuan (belah mak). Lain smua llaki..adik2 sdara+sendiri yg pmpuan smua jauh2 lg... Mgkn paling2 pn tahun depan..oh, kecuali belah abah ada lg sorang spupu yg nak kawin bln 12 ni..hrp2 tarikh xbertembung..
Ok, melalut2 lagi...
Sambung cerita kembar... Alkisah, nak jadi cerita, anak2 sedara dahla panggil pak andak jugak. Bila angah aku cakap kat anak2 dia esok pak andak nak kawin, anak2 sedara aku mula la kompius..bila jumpa aku, dia tersipu2 tny aku betul ke mak andak nak kawin esok.? Terkejut aku dan nak tergelak besar rasa... Klau aku yg nak kawin esok, xde nye anak2 boleh pegi jalan2 lg harini...kita dah berkampung kat rumah makwan tau...xboleh nak pegi mana2 dah...then terpaksa terangkan satu2 kat diorang supaya tak kompius dah..patutla masa mula2 nak tanya tu, dia sebut pak andak, pastu sebut mak andak pulak..haih, 'kalau pak andak bad dengar ni, marah dia nnt..kuikuikui'
Itu baru cerita bab anak2 sedara... Cerita pasal orang dtg klinik pulak, ditakdirkan Allah, bakal isteri kembar aku tu orang sekampung..rumah sebelah dengan rumah bonda muslimat yg rapat dgn aku.. maka tersebarlah berita bahawa yang bakal kahwin tu ahli keluarga kami...tapi biasa la, bila telefon buruk berbunyi, maka orang yang last2 tu akan dapat maklumat yg paling hujung je.. ada pulak jemaah yg dtg klinik dok tanya kakak2 aku betul ke aku yang nak kawin. Betul ke? Memang la betul, tapi bukan yang bulan 5-6 ni...bln 5 ni kembar, bulan 6 nnt bakal adik ipar...semua ada kena mengena dengan aku, tapi bukanlah aku...dan aku akan sedaya upaya untuk menjemput sendiri ahli2 jemaah sini utk memeriahkan walimah kami nanti insyaa Allah, tidaklah akan berbuat yang kurang sopan dengan mendiamkan diri je sambil membuat persiapan...kan??kan?? Xsopan tau nikah senyap2...insyaa Allah akan dihebahkan..tapi bukan sekarang...sadis sungguh..mana la aku tak terasa sayu..aku happy utk sepupu aku, sebab selama ni mcm ksian tgk dia sorang2 kena jaga tok, bila tension pegi merokok...benci tahu orang merokok...harap2 ada isteri nanti ada org nak suruh dia kurangkan merokok tu...haha...niat ikhlas ni sambil doa supaya perkahwinan dia ni blh ubah dia sikit2 kpd kbaikan...cuma terasa jugak la sebab nak kena betulkan setiap kali sampai kadang2 tu mampi senyum je sambil geleng kepala... Apapun, last skali nak cerita, demam aku ni takde kaitan dengan mat duan nak kawin. Ia adalah dua perkara yang berbeza cuma kebetulan je jadi pada masa yang sama. Ok. Wassalam..

Wednesday, May 15, 2013

janji kita~








terpatri ikatan bererti telah berjanji. bukan hanya untuk mendapatkan kebahagiaan dan kegembiraan semata-mata. ramai orang yang berjaya, bukan kerana mereka tidak pernah gagal, tapi kerana mereka telah berjaya bangkit dari kegagalan.
ramai orang telah mendapat kebahagiaan bukan kerana mereka bertuah, hidup selalu bernasib baik2 sahaja, tetapi kerana mereka mengambil kesusahan sebagai penguat, untuk berusaha mendapatkan kebahagiaan. mereka menghargai kesulitan kerana tahu erti bahagia disebalik semua kepayahan. dengan kepayahan kita memahami, dengan kesusahan kita belajar menyelesaikan. dengan kesulitan kita belajar menerima. dengan penat dan lelah ini kita belajar menghargai. 
hidup memang begitu, tidak pernah memberi ruang untuk kita bersenang. mengaku beriman? nanti dahulu, jgn syok sendiri sebelum Allah uji.
begitu juga, mengaku telah berjaya? pernahkah kita gagal dan berusaha lagi? kita pernah gagal, tapi untuk mengatakn sudah tiada jalan adalah kegagalan selamanya. 
"marilah mendirikan solat, marilah menuju kejayaan"
Allah memberi kita kesulitan, padaNya juga kunci penyelesaian... alhamdulillah ", 

Monday, May 13, 2013

La ilaha illallah



Murid: “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?”

Imam Ghazali: “Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.

Monday, April 8, 2013

Darah manis?

dirumahku yang kayu~ :P

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji-pujian hanya buat Allah, Tuhan sekalian alam. hanya padaMu hati ini berharap, dan hanya padaMu hati ini panjatkan segenap kesyukuran yang tak terhingga.


tarikh 10 februari 2013 (10.02.2013), Ahad.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis merasmikan hubungan pertunangan ini. kiranya aku ini sudah menjadi tunangan orang sebelum itu lagi. kalau diingat-ingat, terlalu banyak kenangan manis dan pahit sebelum akhirnya kedua-dua keluarga bersetuju untuk mengikat pertunangan antara kami. walaupun serasa tak mahu ku ingat-ingat semua yang pernah terjadi, tetapi bila teringat, lucunya Allah je yang tahu. aku cuma mampu berterima kasih atas kesabarannya menahan hati dengan perubahan demi perubahan yang berlaku. dan berterima kasih kepada kedua ibubapa dan keluarganya menerima diriku, dan keputusannya. entahlah. bukan kerana ada pilihan lain untuknya. bukan juga kerana dia tidak baik dimata kedua orang tuaku.
tetapi kerana keputusan tanpa mengenali, tanpa sebarang hubungan, kami membuat keputusan untuk menerima. bagiku, sebelum keputusan ini, dia tidak pernah wujud dalam hidupku. maaf, bukan dia, tetapi secara jujurnya lelaki. tak kisahla apa orang nak kata. aku 'anti-lelaki' ke, alergik dengan lelaki ke. hakikatnya aku malu, dan ingin menjaga ikhtilat antara aku sebagai perempuan, dengan manusia yang namanya 'lelaki'. semakin aku belajar menjadi muslimah, semakin banyak perkara yang aku tahu 'tidak perlu' antara seorang perempuan dengan yang berlainan jantina. 
tetapi akhirnya jadi tunangan orang jugak diri ini. kadang-kadang, susah nak percaya. tapi, kena percaya jugak. hari yang sepatutnya orang lain meraikan dengan sangat gembira, aku masih lagi kebingungan. tak percaya. ntah. betul ke ni...? sampai dah beberapa hari berlalu selepas hari pertunangan pun, aku masih beradaptasi dengan 'status baru' ini. bila asyik digelar 'tunang orang' sampai sudah hampir sebulan, insyaa Allah, akanku jaga amanah ini sebaik mungkin. cuma perlu banyak ingatkan diri sendiri bila kadang-kadang rindu menjelma, bahawa ikatan ini tak menghalalkan apa2pun antara kami. juga tak membenarkan apa2 yang melebihi batas perhubungan yang masih belum halal.  patutlah orang kata bertunang ni darah manis. dan tak baik bertunang lama2. hubungan yang rasmi, tetapi masih tidak halal. dimata orang lain, semuanya seperti 'mengizinkan' sebarang tanya khabar. tetapi walau serindu mana pun. perasaan mesti dipendam. seperti biasa. di satu sudut, ia betul. tetapi di satu sudut yang lain, ianya salah. perih. dan biarkan hanya diri sendiri yang tahu. selalu rindu itu menyapa, tapi ku sibukkan dengan perkara2 lain. mengingatkan diri sendiri, bahawa bila kita rindu, sebenarnya jiwa rindu untuk kembali kepada fitrah. maka, sibukkanlah ia dengan menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah. jangan diisi perasaan itu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, bimbang kita terjerumus kepada dosa2 kecil yang tak sepatutnya.

Bagiku, tiada gambar terbaik untuk ku paparkan buat mengubat rindu ini melainkan kalam suciNya. terima kasih Ya Allah

semoga Allah kuatkan hati kita untuk terus menjaga hubungan ini. doa dari sahabat2 sangat kami harapkan. moga2 Allah terus mengizinkan kami merealisasikan hubungan ini ke syurga-Nya dibawah baitul muslim yang Dia redhai.

Friday, April 5, 2013

Pelangi



Entah apa sequence nya pelangi dengan coretanku kali ini.. mungkin kerana pelangi itu sangat indah, namun jauh untuk digapai... Seperti dia, yang ada jauh disana, tetapi terasa indah mengharap Allah selalu menjaga dia, hatinya dan langkah juangnya. Jangan lemah dengan ujian. Jangan sedih dengan kebaikan yang Allah limpahkan pada insan lain dan tidak pada kita. Sabar dan teruskan langkah. Setiap insan itu diberikan ujian yang berbeza-beza.
Coretannya yang bilangan keberapa..maaf, semua telah ku baca,Maaf akhi, tanpa izinmu. Meresap kedalam jiwa, cuma untuk menyedarkan aku sesuatu, bahawa Allah telah menjadikan aku 'seseorang' dalam hidup insan lain. Dan jika diizinkan, aku bakal memegang amanah yang sangat berat, membentuk dan mendidik generasi Islami dengan acuan Al-Qur'an dan sunnah.
Sediakah aku memegang amanah ini? Bahkan, untuk berada disisinya, menguatkan langkahnya,menjadi pembantu yang baik untuk perjuangannya adalah amanah yang terpikul saat lafaz ijabkabul bermula. Perkahwinan bukan padang permainan. Bukan juga makmal percubaan. Maka dengan waktu yang semakin singkat ini, ku cuba usahakan diri untuk berubah menjadi anak yang lebih baik. Adik yang lebih memberi manfaat, kakak yang senang memikul tanggungjawab, ibu saudara yang tidak lelah melayan sikecil.
Dalam kesibukan mencari diri, tidak sedikitpun ku berharap dia berubah menjadi insan lain. Aku menerima dia, dan itu adalah dia. Aku tidak berharap dia menjadi insan lain, tetapi jika dia ingin berubah kerana Allah, untuk memperbaiki mana2 kekurangan yang ada, ku persilakan, dengan harapan Allah meredhai perubahannya dan moga2 dia menjadi pejuang pilihan Allah. Tidak salah untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik, bahkan Islam sendiri menuntut yang demikian. Aku juga pernah melalui saat2 hitam dalam hidup. Kelam tanpa arah. Tetapi semua mampu berubah dengan izin Allah. Maka kembalikanlah segalanya pada Allah. Ambillah sedikit masa dari kesibukan gerakkerja, untuk muhasabah diri kita. Bahagia dan gembira yang Allah berikan buat kita ini, sudahkah kita bersyukur? Ambil sedikit waktu untuk bertaubat , kerana sekian waktu yang kita lalui sepanjang hari ini, adakah satu saat yang kita terlupa, Allah sentiasa ada memandang kita..~ wallahua'lam.
[Bingkisan rindu]