assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Monday, June 18, 2012

Kerja Harian

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah...setiap hari ade je 'mission' yang perlu diselesaikan..mencabar...tu perkara biasa. Ade je yang menguji sabar dan mentrigger minda untuk berfikir lebih kritis. Macam seorang cikgu yang perlu bersedia setiap hari dengan 'persoalan'2 yang mencabar dari pelajar...ana dah terasa macam cikgu pula nak kena ajarkan satu persatu kepada pesakit...tetapi tak mengapa... Setiap buah fikiran yang dilontarkan hakikatnya tarbiyyah buat ana untuk lebih memahami dan mendalami apa yang ana tahu. Hakikatnya, orang yang tinggi ilmu adalah kerana dia sudi merendahkan diri belajar daripada orang yang tidak tahu. Seorang cikgu yang hebat, adalah kerana dia sudi belajar menyelesaikan masalah anak muridnya yang kadang-kadang kelihatan remeh. Tetapi itulah sebenarnya tarbiyyah terbaik dari Allah untuk mematangkan kita dalam bidang kita. Wallahua'lam

Friday, June 15, 2012

kepastian

Kita tak pernah pasti dengan kehidupan ni. Kehidupan yang selalu sahaja ada kejutan. Dan kejutan yang terakhir adalah sebuah kematian. Sesungguhnya kematian itu adalah pasti, dan kehidupan tanpa meyakini Yaumul Qiamah adalah kehidupan yang sia-sia yang tiada gunanya diakhirat nanti.

Entah kenapa, kebelakangan ini terasa seperti saat itu datang memanggil-manggil... Alangkah baiknya jika waktuku akan berakhir tidak lama lagi..akan terubatkah rinduku ini Ya Allah? Akan terleraikah kerisauanku pada dunia yang sia-sia ini Ya Allah? Aku tahu, tidak ada satu pun amalanku di dunia ini yang menjamin aku untuk selamat di alam kubur nanti, selamat melalui timbangan mizanMu nanti. Banyaknya dosaku hingga tak mampu untukku rungkaikan satu persatu. TerhadapMu, terhadap kedua orang tuaku, terhadap adik beradikku, terhadap sahabat handaiku, guru-guruku, lebih-lebih lagi terhadap agamaku. Ya Allah...banyaknya dosaku. Tak layak langsung aku ini memakai topeng kehambaan ini. Tetapi Ya Allah, rasa rindu ini telah menikam jiwaku...bilakah masanya untuk aku kembali kepadaMu? Hidup ini terlalu menguji rasaku kepadaMu. Lalai, leka, jatuh, gembira, sakit, semuanya sangat-sangat membuatkan aku rindu kepadaMu. Sesaat Kau menguji aku. Hari ini masih aku terleka tanggungjawabku kepadaMu. Rasa sakit ini, tangan yang tak mampu memegang ini, tubuh yang begitu lemah kebelakangan ini, sakit disana sini...adakah manusia akan memahami diriku? Cukuplah, aku tak minta difahami. Mahu ku gagahkan kaki ini untuk berdiri. Aku bukan manja. Aku tidak suka orang memberi perhatian kepadaku. Takut-takut, rasa cinta dan pengharapanku kepadaMu berkurang. Ah, berlakon lagikah aku? Saat ini, masih mahu mengakui kecintaanku kepadaMu. Tapi Ya Allah, sungguh Engkau Maha Mengetahui apa yang ada didalam hatiku. Andainya rasa memiliki dan dimiliki itu tercabut dari diriku selamanya pun, itu lebih baik pada pandanganku dari aku terpaksa menjaga semua rasa hingga hubunganku denganMu menjauh. Jika aku harus sendirian selamanya pun, aku tetap akan redha. Aku tidak mahu menjadi beban kepada orang lain. Aku tidak mahu menjadi orang yang terpaksa dijaga. Biarlah aku yang memikul semuanya. Biarlah aku yang berlakon kuat untuk menguatkan orang lain. Biarlah aku seorang sahaja yang menanggung apa yang Engkau uji padaku. Biarlah sakitku ini hanya aku yang tahu. Biarlah saat-saat terakhirku hanya untuk aku sendiri. Aku tidak mahu membebankan orang lain bila terpaksa kehilanganku. Aku tidak mahu memaksa orang lain memahami kesakitanku dan merelakan pemergianku. Aku benar-benar tidak mahu ada yang bersedih. Biarlah pemergianku suatu kelegaan buat insan-insan di sekelilingku. Aku telah redha saat ini Ya Allah...

Sunday, June 10, 2012

Panas

Fuh...fuh....fuh.... Terasa macam panas je muka ni... Malu!!!! Huhuhu....malunye sebab rahsia dah terbongkar. Huhuhu... Hikmah betul semua yang jadi ni. Memang rasa macam taknak pk dah. Dan taknak hadapi dah sesiapa yang terlibat dalam kes ni... Takyah cakap la.rahsia kerajaan terbongkar.rahsia apa? Biarlah rahsia. Tapi yang pastinye memang malu la...tahap dah tak tahu nak cakap ape dah. Nak menghadapi orang2 yang terlibat tu pun dah macam~err...boleh tak nak tukar rumah, nama, rupa, alamat, no telefon, fb, blog...huaaa...nak tukar semua supaya boleh menyorok...malunya...nak menyorok macam arnab menyorok dalam tanah. Aduhai... Adik cakap kalau kita dah rasa malu tahap taktahu nak buat ape dah, malu yang amat sangat taktau nak sorok muka kat mana, baik buat taktahu je...biase la tu...manusia mana ada perfect...fikir yang semua manusia buat salah. Ntah2 ade orang yang terbuat perkara yg lebih memalukan lagi.saya malu, sebab cerit@ hati telah terbongkar. Haih...sepatutnya selamat lah dah simpan dalam peti besi, siap mangga lagi, letak dalam sangkar besi, campak dalam laut. Tapi takdir Allah tu Maha Perancang. Antara hidup dan mati [erkk..] kena jugak la pi ambik kat dasar laut. Haih...sekarang dah tak jadi rahsia dahla...tak best la camni. Tak adventure la hidup semua nak cerita. Kalau ada rahsia kan, boleh la cakap camni 'biarlah rahsia' hehehe...ape2lah...ok, dah kena lampu merah, suruh stop.pegi tidur. Ok. Wassalam.

Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, June 8, 2012

Jumaat yang berkat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Jumaat lagi. Dan jumaat yang cuti. Panas juga hari ni ya. Mujur lah...kain dijemuran tu harapnye keringlah...insyaAllah.
Boleh ke nak cari diri sendiri yang dulu? Hehe...yang selalu senyum dan sengih je bila jumpa orang. Sampai orang cakap ana ni budak-budak lepasan spm.hehe...sukenyeee~ awet muda gitu...kehkehkeh... Ala, semua tu bergantung pada diri sendiri je. Cuba, senyum dan ketawa. Lupakan semua sengketa. Dan yang paling penting sekali, saya tak suka berdendam. Tak suka nak marah2 orang. Kalau salah pun, diri sendiri jugak yang kena. Hai amirah, kesianlah kat diri sendiri tu. Cubalah empati sikit kat diri sendiri. Jangan kurung dia dalam sangkar hati. Bebaskan. Bebaskanlah dengan senyuman. Ingat pesan seorang teman...hadapi dengan senyuman! Orang lain lebih-lebih susah lagi. Kita ni, alhamdulillah... ALLAH berikan rezeki yang tak putus. Dia menarik satu, tapi diberinya seribu. Kalau kerana satu kita mengabaikan nikmat yang seribu, tak malu kah menjadi hamba yang tak bersyukur?

Harini dah ucap Alhamdulillah ke belum? Jom perbanyakkan ucapan mensyukuri nikmatNya dan berselawat keatas Nabi Muhammad. Allahumma solli 'ala muhammad.

Izinkan aku...