assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Friday, May 4, 2012

جمعه سعيده



Jumaat yang cuti. Macam alone je kat rumah. Parents n kakak ke K.L menyiapkan urusan kerja a.k.a stok akhir HPA. Sempat buat lauk nie utk makan tengahari ana dan adik. Ade orang tapi macam takde. Macam tu la kalau mak takde kat rumah. Mak dah macam jiwa dalam rumah nie...takde mak, sunyinye la rasa. Takde orang nak tegur itu, tegur ini... Kadang2 saje je buat nakal nak dengar mak marah...hehehe..teruk la anak dara mu ni mak.. ^_^

Jumaat cuti. Macam tu la jadual kerja ana. Sabtu orang lain kerja separuh hari, tapi kami kerja d whole day. Sehari. Ahad halfday. Macam takde life~ orang la kate, kitorang pun rase camtu jugak. Tapi.. macam mane nak buat. Itulah alam kerja. Kadang2 sangat2 sibuk sampai tak berkesempatan nak turun bersosial dengan sahabat2... Takpe la..dah tanggungjawab kepada masyarakat dan sesama manusia. Semoga Allah pandang usaha kami ni sebagai ibadah disisiNya...

Wednesday, May 2, 2012

Tanpa Kata


entahlah...now, i know. saya faham dan saya mengerti. tapi, maafkan saya untuk memberitahu. bahawa blog ini bukan dibuat atas dasar untuk memberi, membenarkan, mengajak atau meminta sesiapa membacanya. cukuplah sekadar coretan hati ini, ketika tiada siapa yang mahu mendengar kecuali Allah, ketika tiada siapa yang akan mengerti perasaan ini kecuali Allah, dan ketika tidak ada seorangpun yang saya harapkan untuk memberi simpati atau hatinya, tangannya mahupun bahunya untuk menumpang rundum ini. tidak untuk memberitahu kamu, dia atau sesiapa sahaja yang mahu mengetahuinya, apatah lagi yang tidak mahu mengetahui. kerana saya tahu, setiap penulisan ini, dipenuhi dengan airmata, rungutan dan sesalan yang tidak seorang manusiapun akan bertahan mendengarnya terus menerus. kerana itu, tempat ini bukan tempat untuk menumpang teduh, bukan juga tempat untuk melepaskan penat seharian bekerja. kerana tiada hiburan disini. tiada kata-kata manis atau berita gembira untuk dikongsi.

Tuesday, May 1, 2012

Hari yang indah


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah, baru pulang dari satu lagi tugasan. hari ni berjumpa dengan ramai insan-insan yang baru dan yang lama. sedar tak sedar, rupanya wajah-wajah ini pernah menjamah tubir mata waktu kecil dahulu. mereka sudah seperti ibu-ibuku yang tak pernah putus dengan kasih sayang. semuanya pengalaman baru yang indah. aturan Allah itu indah. begitulah yang terdetik dihati ini. bertemu dengan seorang adik - dan seorang kakak- dan seorang sahabat. ok, jumpa ramai orang tadi. kenal. tapi mungkin mereka yang tak kenal ana~atau buat2 tak kenal sebab tak pernah nampak a.k.a ana memang xbanyak cakap...jadi tak ramai yang kenal. Alhamdulillah. itu je yang mampu terluah dari hati ini. taktahu kenapa~ tapi kesyukuran terasa seperti berbisik-bisik dihati, mengundang rasa bahagia. banyak yang ana belajar harini dan alhamdulillah diberi peluang berada bersama-sama perjuangan ini. 

terima kasih Ya Allah~
mood: mahu cepat-cepat selesai...tapi tugasan masih banyak perlu dilaksanakan. 
p/s/s: Thank you Allah for giving me Your Best Bless~semoga bertemu dalam istikharah kepadaMu

Wednesday, April 25, 2012

pengalaman pertama

today was a great day...pengalaman pertama menggunakan smartphone dan yang lebih teruja sekali sebab guna hasil titik peluh sendiri yang tak seberapa ni...setelah setahun setengah kerja,kumpul duit sendiri k...buy the worth one...HTC SENSE. Tak kenal maka tak cinta...macam tu gak ana dengan smartphone ni...sangat friendly user dan hampir 70% support perisian komputer. Nama pun high technology computer. Boleh call n guna komputer...tapi takla selengkap komputer. Skrin pun kecik je...7'×4' jekot lebih kurang. Tapi boleh dibawa kemana2 pun dah kira worth. Internet access anywhere"everywhere....dan. tentu sekali yang ana paling minat tentang ni adelah boleh blogging dimana2! Sangat berharga bagi seorang blogger, apetah lagi kemahiran blogging ni sangat bergantung kepada ilham yang datang hanya pada waktu2 tertentu sahaja. Alhamdulillah...semoga kemudahan yang الله permudahkan kepada ana ni boleh ana gunakan ke jalan yang diredhaiNya...aamiin...doakan ana~

Ok..selepas ni kena kumpul duit untuk belajar kereta semula pulak (actually boleh je belajar bila2 pun...tapi banyaknye sebab masa yang tak mengizinkan) dalam hati duk berdoa...supaya Allah matangkan ana segeralah siap belajar kereta....dulu bimbang 'perkara' lain...sekarang insya Allah itu takkan terjadi :-D. Ana kuat! Dan boleh hadapi dengan senyuman ;-)

Biiznillah...mula mengumpul duit dari sekarang...bukan ana sahaja, tapi jugak anda smua...untuk kemaslahatan Islam.please jangan salah niat pulak yer.hehe..Allah first n always, moga2 Dia dorong permudahkan pekerjaan yg diniatkan untuk agamaNya, insya Allah...
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, April 17, 2012

amalan tidak diterima

“Wah.. hang memang terbaiklah ! Suka menderma, suka bersedekah, suka bantu kawan yang susah, suka tolong anak yatim dan orang-orang miskin.. mesti pahala hang berlipat ganda sekarang ni..” Alhamdulillah.. Tahniah ! Tahniah kepada sesiapa yang gembira dan suka melakukan kebaikan terutamanya sedekah. Ketahuilah bahawa melalui amalan seumpama itu, Allah pasti akan memberikan ganjaran yang berlipat ganda buat diri kita walaupun kita sudah tidak ada di dunia ini. Sabda Rasulullah s.a.w ; "Apabila mati seorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta doa anak-anak yang soleh." [Riwayat Muslim] Allah sendiri memberi jaminan pahala yang banyak buat golongan yang suka bersedekah. ٌميِلَع ٌعِساَوُهّللاَو ُءاَشَينَمِل ُفِعاَضُيُهّللاَوٍةَّبَحُةَئِّم ٍةَلُبنُس ِّلُك يِفَلِباَنَس َعْبَسْتَتَبنَأ ٍةَّبَحِلَثَمَك ِهّللاِليِبَس يِفْمُهَلاَوْمَأَنوُقِفنُي َنيِذَّلاُلَثَّم "Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."[2:261] Bayangkanlah.. besar sungguh ganjarannya! Bukan 2 kali ganda, bukan 3 kali ganda atau 4 kali ganda tetapi 700 kali ganda. bahkan boleh jadi lebih hebat daripada itu! Terpulang pada Allah.. Tahniah sekali lagi ! Teruskan amalan yang baik itu.. Namun, saya ada sedikit pesanan untuk direnung-renungkan dan diambil peduli oleh diri saya dan diri anda. “Kadang-kadang kita suka bersedekah.. Tapi Allah tidak suka akan sedekah kita. Lalu amalan sedekah kita ditolak,habis musnah begitu sahaja. Kita jadi rugi..” Kenapa sampai begitu sekali ? Kenapa Allah tidak terima amalan kita walaupun kita bersedekah dalam keadaan suka dan senang hati ? Jawapannya hanya satu, kita tidak betul-betul ikhlas ! Kita tidak beramal semata-mata kerana berkehendak akan redha Allah. Tahu apa buktinya ? ada empat bukti .. sekiranya kita memiliki walaupun hanya salah satu daripadanya, maka amalan kita akan ditolak bulat-bulat oleh Allah SWT !! 1. Mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebut pemberian yang diberikan. 2. Memberi namun dalam masa yang sama turut menyakiti hati si penerima. 3. Riya’.. iaitu menunjuk-nunjuk atau mempamerkan amalan itu bukan untuk tujuan mendidik tetapi untuk berbangga. 4. Tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat.(Bukan Islam) ……………………………………......................................... Anda pernah melihat sebiji batu yang diselaputi banyak pasir atau tanah ? Apa akan jadi sekiranya batu itu disimbah dengan air atau terkena air hujan? Ya.. sudah pasti batu itu akan menjadi licin bersih ! Begitulah perumpamaan yang Allah gambarkan untuk menjelaskan bahawa ganjaran pahala yang telah dikumpul oleh si pemberi sedekah akan hilang kesemuanya sekiranya dia memiliki sifat-sifat seperti di atas. َنيِرِفاَكْلاَمْوَقْلا يِدْهَيَال ُهّللاَوْاوُبَسَكاَّمِّمٍءْيَش ىَلَعَنوُرِدْقَيَّالًادْلَصُهَكَرَتَفٌلِباَوُهَباَصَأَفٌباَرُت ِهْيَلَعٍناَوْفَصِلَثَمَكُهُلَثَمَفِرِخآلاِمْوَيْلاَو ِهّللاِب ُنِمْؤُيَالَوِساَّنلا ءاَئِرُهَلاَمُقِفنُي يِذَّلاَكىَذألاَو ِّنَمْلاِبمُكِتاَقَدَصْاوُلِطْبُتَالْاوُنَمآَنيِذَّلااَهُّيَأ اَي "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah batu itu bersih (tidak bertanah). Mereka tidak mendapat sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir ."[2:264] Saya yakin diri kita faham apa yang Allah maksudkan.. Maka periksalah diri kita sekarang.. adakah kita mempunyai ciri-ciri seperti yang disebutkan di atas ? Jika YA.. segeralah berubah ! Tidak susah ! Sekiranya ciri-ciri itu muncul lagi ketika kita bersedekah, cepat-cepat buang ! Selepas bersedekah, senyumlah dengan mengharapkan agar Allah redha dan menerima amalan kita. Kemudian terus lupakan pemberian yang kita hulurkan. Saya ulang, terus lupakan kebaikan kita itu!! Kita tidak mahu amalan sedekah kita menjadi sia-sia dan rosak begitu sahaja ! Rugi besar kita nanti !! Sahabat-sahabatku.. Mari kita jadikan amalan sedekah sebagai HOBI !! Semoga ada balasan yang besar buat kita di negeri akhirat sana nanti ! Ameen.. http://mati-pasti.blogspot.com