assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Sunday, April 15, 2012

Penantian

Berapa lama lagi barangkali kita ini akan terus begini? tiada jawapan...hanya aku yang sedang bermonolog sendiri. sampai bila? pada siapapun ku tanyakan jawapannya pasti sama, bersabar dan banyakkan berdoa. soalanku tertinggal tak berjawab. mungkin-ya, dan pasti saja tiada jawapannya. hatta waktu aku pernah ditanya tentangnya, jawapanku hanyalah senyum. lalu ku ciptakan bait kata untuk menghiburkan hatiku. Dia ilhamkanku hikmah yang jarang mampu ku gapai kecuali saat hati sedang rawan berduka. masa itu pasti akan tiba wahai diri. ia pasti akan hadir juga. cepat atau lambat hanyalah untuk menguji iman dan sabarmu, bukan untuk menganiayamu. bahkan penantian adalah keindahan yang tiada tandingannya jika disulam dengan airmata rindu kepada Dia. sampai bila harus begini? pastilah, sampai Allah berbisik padaku ,inilah masanya-waktu kamu menghulurkan tangan yang halal untukku sambut. dan ketika itulah aku mampu berteman, hanya denganmu. insyaAllah selagi Dia mengizinkan kita bersama.

Wednesday, April 11, 2012

Jauh

betul-betul rasa tak larat. nak hentikan masa ni kiranya boleh. entahlah. kosong. tak bererti. tapi bila penuh terasa sarat tak tertanggung. melimpah ruah, sedang bila kosong, terasa telus oleh angin yang menyapa. apa lagi yang mampu aku tuliskan pada waktu-waktu begini? apa lagi yang mampu aku coretkan bila fikiran dah tiada kat sini? 
Ya Allah... nape lah fikiranku berjalan-jalan... banyak lagi tanggungjawab yang perlu aku selesaikan sekarang. tapi aku perlukan sedikit sahaja kata-kata semangat. semangat untuk terus berjuang. bukan semangat untuk terus memburu cinta dunia yang tak berkesudahan! 


kata-kata semangat yang mampu terketuk di telinga, turun ke hati mencairkan hati yang dah membeku menjadi ais ini. Ya Allah, rindu kat sahabat-sahabat semua. yang banyak memberi kata dan semangat yang hakikatnya tak pernah putus dan jemu menguatkanku dengan cintaMu. Ya Allah, sesungguhnya aku terasa benar bila menerima nikmat dariMu, terasa benar jauhnya aku dariMu. tiadakah nikmat kesenangan yang mampu mendekatkan aku kepadaMu? aku mohon Ya Allah, senang atau susah, nikmat atau ujian, janganlah Engkau lepaskan diriku dan hatiku dari cintaMu, pegangkan hatiku Ya Allah, kukuh disisiMu. kerana aku tidak sanggup merasa kehilangan rinduku kepadaMu. walau hanya sesaat~

Tuesday, April 10, 2012

kembalikan kepadaMu Ya Allah

♥ ~CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA.. bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama..

♥~CINTA kerana WANG, sangat mudah TERBANG.. ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG..

♥~CINTA kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT.. manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT..

♥~CINTA kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI.. rasa cinta yang TIADA MATI.. bersemi lagi di SYURGA

Saturday, April 7, 2012

tenangkan Ya Allah


ana tak tahu kenapa dengan hati ni... Ya Allah, tenangkanlah hati ni... terangkanlah kepadaNya tentang hakikat ini...bisikkan kata yang mampu membuat dia diam, duduk menunggu dengan tenang, pasrah dan redha.

entah kenapa harini. mungkin terlalu banyak perkara yang menggembirakan yang membuat dia berdegup begitu laju. tetapi, Alhamdulillah, ada kakak yang Engkau kurniakan padaku, buat mengingatkan aku erti syukur kepadaMu, erti pasrah kepadaMu. gembira ini bukan untuk selamanya. ingatlah. jangan terlalu gembira untuk perkara yang belum pasti, kerana sesungguhnya semua itu milik Allah. kegembiraan mampu menjauh dan memutuskan ikatan cintamu kepadaNya, memutuskan riak rindumu kepada Dia Pemilik segala rasa.

kembalikan kepadaNya. kau lupa untuk tersenyum. kau lupa untuk merebahkan dirimu sujud mensyukuri nikmat sakit dan sihat yang Dia beri. kau lupa untuk kekal memegang diri tidak lalai dan lupa dari mengingati Dia. mengapa ingatkan dia lebih dariNya? mengapa ingatkan dia hingga lupa? tak kira lah dia itu manusia atau harta benda, tak kiralah sedekat mana dirimu dengan dia itu. tak kiralah seperlu mana dia itu kepadamu.

BEHAVE YOURSELF AMIRAH! NEVER! NEVER! AND NEVER!

tundukkan hatimu disaat dia sedang bercelaru. jinakkan hatimu di saat dia bergelora. ingatkan kepadanya, esok masih ada. dan janji Allah pasti akan terlaksana. ingatkan dirimu, esok tidak pernah terlambat bahkan tidak tercepat pun bila Allah telah menulis tentangnya. segalanya pasti berubah mengikut masa. dan masa itu hanya terpulang kepada dirimu untuk mencantikkannya atau merosakkannya. segalanya pasti akan kembali semula kepada Allah. dan Dia tidak pernah memungkiri janji.

ps: menulis macam ni pun telah menenangkan hati ana. Allah, pelihara diri ini dekat denganMu selalu. dan mak abah first after Allah n rasulullah.

Saturday, February 4, 2012

-Kisah Cinta Yang Agung-


Ada sebuah kisah tentang cinta,
yang sebenar-benar cinta,
yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya