assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Friday, November 25, 2011

semua ketentuan Allah. kita hanya mampu merancang


semuanya ketentuan Allah... jadi, tenang2kanlah diri ya semua... jgn dok tanya sangat bila ana nak tukar status diri. hehe... ana taknak tukar... sampai bila2...nak jadi 'rabi'ah al-adawiyyah' kedua... bleh? hehe... gurau2 saje ditengahari hari ni...
entahlah, kalu dok tanya pun, kalau jalannya belum sampai, tak boleh nak buat apa jugak. semuanya Allah dah tentukan. sekarang ni, ana pun tak tau nak cakap camana. cuma mempersiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan2 yang akan datang. kemungkinan andai Allah tak mentakdirkan pertemuan itu didunia... jadi apa perancangan yang perlu ada untuk meneruskan hidup sendiri dan berdikari. sebenarnya, perancangan camtu yang lebih penting. sebab, ia lebih luas dan fleksibel.

Wednesday, November 9, 2011

Don't expect too much


Entah kenapa lah hari ni terasa seperti ditinggalkan. jauh sejauhnya di belakang. siapa yang meninggalkan? apa yang meninggalkan? masih tak dapat ku cernakan dengan akal fikiran. rumitnya sebuah perasaan, terlalu abstrak tanpa ubat, tanpa pembuktian. 

mungkin kerana aku terlalu berharap, kehidupan menjadi mudah, semudah yang ku garapkan. mungkin aku terlalu menjangka, bahawa segala yang hadir dalam hidupku adalah si 'senang' dan si 'bahagia' sedangkan penjangkaan tentang hidup akan lebih merumitkan, bukan memudahkan. 

HIDUP. begitulah. ada orang bertanya, mengapa itu susah, ini susah, mengapa harus jadi begitu, mengapa tak jadi begini. kita bertanya tentang kehidupan. sedangkan itulah sebenarnya kehidupan. memang perlu untuk merencana, tetapi haruslah bersedia. 'don't expect too much, thats life about'. itulah hidup. jika tak mahu terima dan telan apa yang telah terjadi, makanya jangan hidup. aku selalu ingatkan diri sendiri begitu. supaya aku selalu sedar yang aku hanyalah hamba. walau sesakit mana pun rasa, walau sepahit mana pun nyata nya, aku hanyalah manusia yang berjalan diatas takdir Ilahi. berjalan dibawah naungan awan Ilahi.

Aku Manusia. Maka jika ku katakan aku tak pernah marah, sedih, menangis, duka, rindu, terasa kehilangan, kecewa, putus asa~ MUSTAHIL! kerana aku manusia. bila aku takde perasaan2 antagonis macam tu, nampaknya aku bukan manusia lah~ tapi... HOW to addapt with the 'unintended' feeling macam tu adalah dengan menghadapi perasaan tu. aku pernah putus asa, dan aku rasa sangat-sangat kecewa dengan keadaan masa tu. sebab- unexpected unpredictable unjudgeable semua la yang tak tak tu aku rasa. aku pernah ade kenangan kat situ, kat sini, kat sana~ whoaa banyaknye tempat, dan sebenarnya aku mesti pergi tempat2 tu pada masa sekarang dan akan datang. tapi bila melihat tempat2 tu, aku rasa sakit sangat kat hati. the worse thing ~ bila aku tak boleh pergi tempat2 tersebut sebab aku akan otomatik menangis. then aku pikir, sampai bila aku nak menangis? mata aku ni dah lebam ye. dia tak salah pun atas ape yang dah terjadi. then aku jumpa satu terapi iaitu pergi balik tempat2 tu, dan hadapi. katakan pada diri aku, lalui tempat ni dengan kenangan, supaya kenangan tu tembus, pecah dan hilang. sekali kamu lalui 'dia', secara tak sedar sebenarnya kamu akan jadi lebih kuat. hadapi. hadapi. hadapi. dan terima. terima takdir Allah. walaupun terpaksa, doakan agar hati merasa redha. insya Allah tak akan rasa sakit lagi. hadapi masalah dan cabaran hidup. dalam hidup ni, banyak yang perlu kita hadapi~ unexpected circumstance. keadaan2 yang tak dijangkakan. harus bersedialah dengan senjata paling ampuh di hati agar tak berlama-lama merasa putus asa. sesungguhnya putus asa itu bukan sifat orang mukmin. wallahua'lam.
p/s: coretan untuk diri sendiri setiap kali aku rase down~ peace no war (^_^)v

Sunday, October 30, 2011

-as conclusion-


Terasa jalan yang ku lalui penuh onak dan liku. dan semakin menghampirinya, semakin aku lelah menebas duri perjalanan. sehingga terasa sesaknya dada menghadapi kehidupan. aduhai pengembaraan, berakhirlah tidak lama lagi. maka, akan aku relakan. andainya semua yang terjadi terlalu menyakitkan, biarkan segera berakhir pergi. biarkan malam berlalu, dan siang membawa cahaya yang berseri!

Saturday, October 8, 2011

mendung tak selamanya

cuba untuk tidak termenung lagi. i realize that back then, i really stared to much that people would say i just fall in love. indeed, its because of finding some proof related to what we called 'love'. but at last, it just disappointed to know, thats not my destiny. tak pernah berniat dihati untuk bermain-main. tidak sama sekali, malah itu telah melanggar prinsip hidupku sendiri. hanyalah untuk mencari pasangan yang telah tertulis di louh mahfuz untukku. tapi, siapalah aku untuk membaca takdir. fooled by people- kerana aku seorang yang sangat naif dalam soal cinta. sangat-sangat naif. aku tak tahu itu rasanya sayang pada manusia. tapi akhirnya bila tiba2 semuanya hilang begitu sahaja, aku mula salahkan diri sendiri dan benci dengan semua kenangan2 yang pernah terjadi. mungkin, bagi anda yang 'jaguh' dalam soal mendapat pasangan dan menjadi 'hot stuff', takkan hairan dengan 'sorang' yang dah pergi. sebab ramai sangat2 lagi yang sedang beratur menanti. tapi tidak bagi orang yang tidak dipandang, lebih-lebih lagi yang tidak memandang. bukan aku nak kata yang aku ni alim. tapi 'memandang' bukan sifatku. sejujurnya! aku malu. tapi kan, kenapa bila cakap pasal kecewa, dalam kamus hidup aku mesti cakap pasal suka kat orang. kenapa aku tak pernah experience 'kecewa' dalam erti kata mencapai sesuatu pencapaian dalam kerjaya? tak, sebenarnya, banyak jugak kecewa related to work achievement. tapi setakat ni rasanya hati dah cukup kuat untuk merasa sakit. kecewa tu memang lah ada. tapi kecewa tak dapat mencapai tahap yang dikehendaki dalam satu2 kerja, tak sama sama sekali dengan kecewa dalam cinta. warrrgh!!! benci sungguh cakap pasal ni. dan, kerana perkara2 yang macam ni, i just ruin my life and happiness without me realize it. menjadi takut. takut. dan takut. takut untuk memulakan lagi. takut untuk kecewa lagi. takut untuk tersalah lagi. takut untuk teruskan lagi.

Monday, October 3, 2011

jalan-jalan




Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. ini adalah entri schedule yang dibuat sebelum naik bas. alhamdulillah, berpeluang lagi menjelajah bumi Tuhan yang sangat luas ni. bas bertolak jam 9.15 pagi, dan waktu ini saya akan post entri ni. seem quite boring semenjak kebelakangan nie. sape suka keadaan macam ni. sangat lonely, dan bosan juga. no one care~ itulah yang kadang2 terdetik jugak dalam hati ni. ya, saye tahu sebagai anak perempuan, saye perlu ambil peduli tentang parents, tentang rumah, itu ini kerja2 biasa yang orang perempuan MESTI tahu dan buat. tapi dalam masih sibuk membuat itu ini, kadang2 lost~ tenggelam dalam perasaan sendiri yang sunyi. ada waktu2 tertentu kita perlukan seseorang lebih dari sekadar kawan, teman, ibu, ayah, adik, kakak, abang. lebih dari tu, seorang teman hidup. that he made to be with me and i'm to be with him. entah dimanalah anda ye. nak cari kat mana pun tak tahu. tempat dan keadaan untuk menemukan kamu terlalu terhad. dan bila dapat keluar macam ni, rasa macam alhamdulillah Ya Allah. selalu terfikir-fikir sesuatu bila dapat travel. buat masa ni, pergerakan telah banyak dihadkan. tak boleh pergi sana sini dengan lebih proaktif. aduh, kenapalah terpaksa terkurung macam ni? jadi apa gunanya aku ni sebagai ahli persatuan kalau langsung tak boleh menyumbang apa-apa. dan bertambah kecewa juga dengan ahli lain yang kurang memahami keadaan diri ini. kecewa bukan pada sebelah pihak sahaja~ boleh dikatakan, pada semua! termasuk diri sendiri. tapi akhirnya sedar, inilah takdir, yang ku tak mampu lari darinya. tak mampu mengatur pun, semuanya telah teratur sendiri. mungkin dengan tindakan saya ini, ada yang akan kata, orang lain pun kerja jugak, orang lain pun ade mak ayah jugak, orang lain pun ade family jugak, tapi takde lah sampai tak boleh gerak langsung. Allahurabbi. inilah kata yang sangat berat dan beban pada diri. mahu memberontak, marah pada semua. semua salah. takdir ini salah! perlukah saya kata begitu? maafkan saya kepada anda yang tak mampu memahami keadaan saya. maafkan saya kepada ibu yang menerima tempias pemberontakan ini kerana tidak mengizinkan. maafkan saya wahai diri, yang tak mampu bertahan dengan tamparan dan kata-kata pedas dari insan-insan yang tak memahami bahkan meracuni pula fikiran ini. 
buat masa ni, hingga masanya, saya akan cuba bersabar. sebelum saya dapat bergerak sendiri, sebelum saya dapat berdiri dengan kaki sendiri. semoga Allah membantu dalam mujahadah ini. jika terlalu kecewa, menangislah wahai mata, menangislah wahai hati. biarkan sisa-sisa kecewa itu mengalir keluar, jangan biarkan ia terpendam dalam hatimu, merosakkan hari-harimu yang ceria. senyum, dan tabahlah.