assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Sunday, April 24, 2011

Duplicate...


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

coretan tentang duplikasi... atau salinan...
Alhamdulillah, blog nie dah ada kawan baru...hihi... bukan pembaca-pembaca kat luar sana, tapi kawan baru dia ialah blog jugak. ana dah buat duplikasi, iaitu menggandakan blog ana nie, daripada 1 blog, sekarang dah jadi 2 blog... satu lagi blog bawah penyelenggaraan ana adalah blog perniagaan baru ana, jillulqira' = generasi membaca. semua berkait dengan buku2 yang ana jual melalui perniagaan baru tu. belum nak publish lagi, tapi rasanya kalau cari kat google, mesti jumpa sebab ana dah 'bukakan' blog tu kepada umum. insya Allah, dalam tempoh terdekat nie ana akan masukkan senarai buku2 yang 'menarik' untuk dibaca. selamat membeli-belah pembaca sekalian! (",)

Friday, April 22, 2011

Sangkar Hati

Tubuh kerdil ini dalam sangkar hati
Meskipun kini disuluh mentari
Namun keindahan sejauh mata memandang
Sedihnya rasa
Jiwa nan lara

Aku dipenjara dan tersiksa
Malam hanya dibuai mimpi
Terbakar sudah semua impian
Hilang ke mana hidup merana

Di penjara sangkar hati
Resah gelora tanpa cinta
Cahaya bintang pun tiada erti
sebatang kara tiada saudara
Mencari arah yang tiada tentu

Aduhai hidup kan berakhir
sabar aku menanti janji
Biarpun segala terhimpit zahir
ku terbangkan jua sangkar ini
setitik embun membasahi

aku dipenjara dan tersiksa
Malam hanya dibuai mimpi
terbakar sudah semua impian
mencari arah yang pasti

Dipenjara sangkar hati
Resah gelora tanpa cinta
Cahaya bintang pun tiada erti
sebatang kara tiada saudara
hidup dalam yatim piatu

Doaku pohon padamu Ilahi
Pasrahkan hati suratan takdir
Ya Allah Ya Ilahi... Ya Allah Ya Rabbi...

SANGKAR HATI-UNIC HIJRAH


P/s: terpenjara dalam sangkar hati...bebaskanlah diri ini dengan syari'at Ilahi... Ya Allah, pimpin dan bimbinglah diri ini dalam tiap langkahku... moga jatuh dan bangunku, tetap dalam genggamanMu...

Wednesday, April 20, 2011

biarkan waktu terus berlalu...

biarlah hari ini menjadi hari-hari yang suram buatku. apalah ertinya menjalani hari yang gembira tetapi dipenuhi dosa dan dusta.
biarlah waktu didunia ini menjadi waktu yang duka dan siksa buatku. aku memohon agar dengan ini aku mampu membersihkan diri untuk menuju jannah yang diidam-idamkan.
aku kagum pada kesucian cinta Rabiah al-adawiyyah kepada Allah. hingga dia sanggup mengungkap dihadapan Allah, jika segala amal ibadah yang dia lakukan hanya untuk mendapatkan syurga Allah, dia lebih rela dirinya dicampak ke neraka.
masya Allah... betapa hebatnya cintaMu yang Kau anugerahkan kepada dia. aku cemburu padanya yang mampu memiliki cintaMu yang begitu agung. betapa, aku masih begitu jauh untuk mendapatkan keperibadian seindah rabiah, secantik fatimah puteri Rasulullah.
biarlah aku menjalani hari-hari ini dengan duka. biar ku pendamkan segala rasa yang terbuku.
biar ku simpan kemas dalam diriku segala kerahsiaan ini. aku mahu terus merasai kemanisan itu, yang pernah Kau kurniakan buatku.
janganlah Ya Allah, Engkau tarik kembali nikmat iman yang Kau berikan kepada hambaMu ini.
janganlah Ya Allah, Engkau menjauhkan aku dari kemanisan itu.
janganlah Ya Allah, Kau palingkan hatiku dari terus mendapat hidayah dariMu.
semakin hampir masanya, aku semakin takut dan gelisah.
andai aku menjauh dariMu... aku tidak mahu hidup dengan hati yang luka.
aku tidak mahu diburu rasa bersalah seumur hidupku.
aku tidak mahu bersandar pada orang yang salah, kerana persandaran makhluk itu hanya pada Allah.
aku tidak mahu menjadi boneka dan bahan perjudian dunia.
aku tidak mahu menjadi apa-apapun yang berkepentingan dan dipandang didunia ini.
biarlah aku hidup sederhana dan terpencil, tidak dikenal siapa-siapa.
aku takut andai Engkau mendekatkan aku dengan manusia, aku akan menjauh dariMu.
aku takut jika Engkau memudahkan aku kepada manusia, aku akan sukar mencapaiMu.
aku bimbang aku tidak terpimpin dan terbimbing oleh tangan manusia.
bukan kerana aku ini sempurna, bahkan tidak sama sekali!
tetapi kerana aku bimbang, yang bakal memimpinku juga mengharap agar aku memimpinnya, sedangkan pimpinan yang terbaik adalah Engkau Ya Allah dengan sifat al-hadi Mu itu.
Ya Allah, janganlah Engkau serahkan aku kepada manusia, kerana penyerahan itu adalah kehancuran buatku.
janganlah Engkau tinggalkan aku walau sekelipan mata pun, kerana terlepasnya aku dari taliMu adalah kebinasaan buatku.
Ya Allah, dengan sifatMu Yang Maha Pengasih dan Penyayang, bimbinglah cintaku ini agar tidak mencintai dunia melebihi cintaku kepadaMu, jangan sedikitpun Ya Allah... bantulah aku Ya Allah...

p/s: mengapa saban hari aku menjadi semakin gelisah. tidak ada apa-apa dihadapan yang menantiku (setahu aku). tetapi aku terus dengan rasa ini. merasakan rindu yang tak terungkap, sedangkan aku tidak tahu apakah yang ku rindu kan. merasa tenang berada disisiNya saban waktu untuk memulangkan rasa rindu kepada Pemilik rasa rindu ini. dua tiga hari ni, hati rasa berat dan tidak tenang, kelam dan menjauh dari Dia. mengapakah ini terjadi padaku? adakah aku telah melakukan suatu kesalahan yang berat? Ya Allah, ampunkanlah dosa2ku. teman, andai aku telah mengguris hatimu, maafkanlah kekhilafan diriku. maafkanlah aku...

Tuesday, April 19, 2011

i missed that time... Ya Allah...

i missed the time when i shared this smile n laugh with others. the time when i can smile happily, without any regretted. rindu pada waktu aku tersenyum bebas, mengukir senyuman untuk dikongsi dengan kamu. ya, dengan kamu sahabatku. aku rindu pada kalian. rindu pada jalan-jalan yang telah menemukan kita dan mempertemukan kita tanpa sengaja. aku rindu pada waktu-waktu yang telah kita lalui bersama. aku rindu pada waktu kita sama-sama bersusah payah, bersengkang mata, mengerah tenaga untuk menyelesaikan misi kita. aku rindu pada tiap butir bicaramu yang begitu indah tersusun, menenang hati yang duka dan terluka, yang sepi merindukan halaman. aku rindu pada tiap waktu yang telah kita luangkan bersama, belajar bersama, mengurus waktu bersama...
rindunyaaaa kat korang... huhu... waktu gelak same2, sedih same2, pastu tolong wat tesis same2... huhu... dah penat2, kite gi window shopping same2, riadah same2... Ya Allah, rindunya aku pada mereka... lindungi lah sahabat2 ku dalam redhaMu selalu. berikanlah kekuatan kepada mereka untuk menghadapi ujian dariMu. berikanlah kesempatan waktu untuk kami terus bertemu dan bersilaturrahim, kerana kasih sayang ini adalah kasih sayang yang Engkau redhai, kasih sayang yang membawa kami dekat denganMu... Amiin...

Tuesday, April 12, 2011

andai diuji...ighfirli zunuubi...

Bismillahirrahmanirrahim.

wahai dai'e fillah...
Apalah buktinya Allah menyayangi kita...
melainkan Dia memberikan ujian kepada kita...
dan tiada bukti kita mencintai Allah...
melainkan kita redha, sabar dan tawakkal
dengan setiap ketentuan Allah...
Adakah anugerah Allah yang ingin diberikan kepada kita itu begitu tinggi?
jika ujian yang kita bakal hadapi itu tidak sehebat apa yang kita impikan?
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar
dan Allah mencintai orang yang sabar dalam menghadapi ujianNya.

Wahai Muslimah...
Meyakini Allah tidak menjadikan gunung ujian itu mengecil
tetapi membuatkan pendakian kita menjadi semakin mudah.
Janganlah meminta Allah memberikan jalan yang mudah dan ringan
tetapi mintalah daripadaNya sandaran yang kuat.
agar nanti kamu tidak merasa siksanya melalui jalan yang sukar
kerana adanya penguat yang meringankan rasa sukar itu.

Ketahuilah,
sunnah perjuangan itu bukanlah jalan yang merehatkan
ia penuh dengan dugaan yang memeritkan
tetapi dihujung jalan perjuangan
pastinya terdapat sebuah kemanisan
putus asa bukan punca, jemu bukan asbab utama...
hakikatnya, sejauh mana pergantungan kita kepadaNya.
Yakinlah pada ketentuan Dia.

ingatlah,
dirimu bukanlah pangkal rantai perjuangan ini, kerana ia adalah susur dari jalan perjuangan Rasulullah. tetapi janganlah jadikan dirimu mata rantai terhujung dalam perjuangan ini, yang meruntuhkan usaha da'wah dalam menegakkan kalimah Allah diatas muka bumi ini.

Wallahua'lam.