assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Friday, April 8, 2011

Tebarkan senyuman

'ish...ketatnya muka...' ada orang tegur saya. waktu tu tengah buat kerja ape ntah. hehe... saya bukan orang yang serius. melainkan pada waktu tu saya sedang berfikir... terpaksa kerut2 dahi...ntah, dah biasa camtu. sampai kadang2 tak sedar pun betapa serius nya muka saya waktu tu. kalau anda kenal rapat dengan saya setahun dua, anda akan senang baca sikap dan sifat saya. sampai ada kawan kata, saya tak boleh jadi 'pengawas' sebab muka yang cam budak dan tak serius langsung... asyik nak sengih memanjang dan gelak. ok ape, senyum itu sedekahh..... tebarkan senyuman ke seantero dunia... dan melapangkan hati sebenarnya... kalau tengah nervous, saya memang akan sengih sebab akan mengurangkan kenervousan saya. kalau kerut2 dahi n muka, lagi bertambah-tambah-tambah lah tekanan...

tapi, nak senyum pun agak-agak la kan... jangan senyum tak tentu pasal, nanti orang cakap gilo apo... ataupun angau dah kot budak nie...haha...

dan senyum pada semua... jangan senyum pada orang yang kita rasa suka nak senyum kat dia jer... nanti kang kalau tersalah senyum, lain pulak yang jadinya. ya, dan pesanan saya pd kaum adam. senyum tu bagus, sedekah... tapi kalau asyik senyum memanjang, pada kaum hawa pulak tu...siap ada adegan usik mengusik pulak...tu dah tak ikut sunnah dah tu... erk... kaum hawa pun camtu la jugak maksudnya... keep the barrier, jaga ikhtilat walaupun kamu dah kenal rapat dengan dia macam dah jadi adik beradik kamu. tetap ada batas-batas pergaulan dalam syariat. pesanan lebih ditujukan pada kaum adam, sebab penerimaan kaum hawa tak macam kaum adam. kalau dia nak anggap kaum adam tak lebih dari kawan, dia kena pertahankan rasa 'kawan' 10 kali ganda dari orang lelaki anggap. jadi tolong kesian kat kaum hawa.

apepun, senyum tu penawar duka. senyum tu pengubat lara, dan senyum tu penawar kepada racun dunia yang merugikan dan merosakkan. ukhwah bermula dengan senyum, biarlah ia berakhir dengan senyuman. sengketa dalam persahabatan biarlah jangan sehingga merosakkan ukhwah. sehebat mana pun taufan yang melanda, akhirnya ia akan surut juga dengan izinNya. serahkan segalanya kepada Dia, insya Allah, Dia akan memujuk hati ini dengan kebaikan dan hikmah daripadaNya. wallahua'lam.

P/s: teruskan senyum, dunia... moga2 kau tetap terus tersenyum diakhirat sana.

Tuesday, April 5, 2011

Sanah Helwah Ya Jamilah (",)

Alhamdulillah... telah bertambah umurku...
subhanallah... telah berkurang usiaku...
apa yang telah aku lakukan selama 24 tahun dipinjamkan jasad ini?
adakah aku telah berusaha menjaga rohani dan jasmani pinjamanNya ini dengan baik?
Ya Allah, dengan bertambahnya umurku, moga bertambah juga amalanku, dan bertambahlah kematanganku dalam mengharungi samudera kehidupan ini... amiin...
...terima kasih kepada yang mengingati dan bersusah payah mengucapkan selamat...
...Moga Allah memberikan ganjaran atas keikhlasan kalian...
...sanah helwah ya jamilah...
*pelbagai rasa...ada gembira, ada duka, ada bahagia, ada terluka*
*moga dijauhkan dari merasa kecewa dan berputus asa*

Monday, April 4, 2011

Bila Pantai Berubah...

agaknya apa yang akan jadi? tsunami lah kot... hehe

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Apa khabar iman kita harini? harap2 semakin baik berbanding semalam. mungkin jugak harini ada yang imannya sedang masuk i.c.u... jadi, yang masih diteguhkan hati dan langkah dalam hidayahNya, janganlah angkuh memandang mereka2 yang sedang lalai dengan pandangan hina. bantulah, berikan teguran. jika setelah teguran itu ditolak, maka jauhilah mereka dan bencilah perbuatan mereka kerana iman, bukan kerana dendam.

siapa tahu, entah sebentar lagi, kita pula diuji Allah, merundum iman kita dek kerana tertewas dengan ujian itu. tersasarlah langkah kita menjauh dari landasan yang benar. tika itu, siapa yang mahu membantu kita jika tiada yang Allah izinkan untuk membantu? terkapai-kapai lah iman kerana nafsu, teraba-rabalah kita mencari arah kebenaran. maka, bila berada ditempat yang benar, jangan mudah merasa selesa kerana keselesaan itu juga jalan yang membuka pintu kelalaian dari mengingati Pemberi keselesaan.

bila pantai mampu diubah oleh Penciptanya. bila malam mampu diganti dengan siang oleh Penciptanya. bila awan mampu berarak mendung dan cerah berkala. semuanya atas kekuasaan Allah yang menciptakan alam ini dan seisinya. begitu juga hati manusia. ia mampu dibolak balikkan oleh Allah dalam sekelip mata. kerana yang memiliki kekuasaan memberikan hidayah kepada sesiapa yang kehendaki adalah Allah, bukan manusia. hatta Rasulullah S.A.W tercinta juga tidak diberi keistimewaan membuka pintu hidayah dihati manusia..

Bila pantai berubah...
kita juga mahu berubah...
fitrah manusia sukakan pada yang indah...
iman manusia tertarik pada yang cintakan Allah...

bila melihat yang indah...
kita mudah terpegun dan terarah
menuntun jalan dan langkah
mencari ritma yang sama untuk berubah

agar nanti kita dekat dengan keindahan itu
yang hakikatnya hanya sementara

tanyalah pada diri...
apa tujuanmu berubah?
adakah kerana yang kau mahukan yang indah?
atau semata-mata ingin mencari redha Allah?

ramai yang menjawab agar dekat dengan yang indah
bukan dekat hatinya kepada Allah
atau entah tiada Allah dalam langkah
atau entah tiada rasa untuk dekat dengan Allah

biarlah kita berubah kerana Allah, yang indah itu hanya asbab untuk dekat dengan Allah. letakkan Allah di hati, letakkan keindahan dunia di dalam genggaman. agar bila terlepas keindahan itu dari genggaman, biarlah Allah terus kekal dihati, memberikan kekuatan untuk kita mengubat luka di tangan, dan ketika itu kita terus berubah, untuk mengejar cinta Ilahi...
wallahua'lam.


Sunday, April 3, 2011

Alhamdulillah...for Allah send me His best bless (",)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Ape khabar iman kita harini?

-imanku bertambah dan berkurang, kemudian ia bertambah semula. dan sedikit masa lagi, atas hal keduniaan, ia mungkin akan berkurang. namun, yang paling ku syukuri hari ini adalah kerana Allah mengurniakan padaku nikmat yang terindah ini, nikmat hidup dalam islam dan bekalan iman didada.
tapi, entah la kalau aku hanya perasan yang Allah sayang padaku sedangkan terlalu banyak dosa bertimbun2 yang aku lakukan sengaja atau tak sengaja saban hari. selalu sahaja rasa jahatnya lah diri ni, bersalah, berdosa...tapi Allah tetap mahu bagi aku nikmat ni. Maha Pengasihnya Allah...

malu padaNya. apalah yang aku lakukan untuk membalas tiap pemberianNya yang tak putus2 itu. hatta, waktu ku jatuh, Dia menyambutku dalam sujudku, menenangkan hatiku dengan ayat2 cinta dan janjiNya. walau ku sering saja mungkir janji, niat nak 'dating', tapi tak pergi pun. celik mata pun tak...huhu... tolonglah aku. aku mahu 'dating' dengan Dia ditengah malam yang hening. rindu sudah mahu mengadu pada Dia tentang tipudaya dunia. rindu mahu mengadu pada Dia tentang ujian ku yang tak lulus tu. rindu mahu membuktikan pada Dia kesyukuranku atas grad 'toyyib jiddan' yang aku dapat dalam mengharungi ujian sehari-harian.

aku tahu Allah begitu dekat dengan hambaNya yang berusaha mendekatiNya. tapi, aku tak tahu sejauh mana kata-kataku mahu menyemai benih cinta dan pohon rindu padaNya ini terlaksana. entah ada atau tidak dalam hatiku, pun ku tak pasti. yang ku tahu, aku mahu belajar mencintai Dia, mahu belajar menjadi hamba yang selalu ingat Dia, walau se sakit mana pun ujian yang menimpa, aku mahu berlapang dada dan merasa redha dengannya. aku tahu pasti Allah ada perancangan yang lebih baik untukku. pasti apa yang telah lepas dari genggamanku bukan yang terbaik untukku. semua itu tak akan aku tangisi. kerana aku telah melihat sendiri dengan mata hati ini hikmah dari apa yang pernah terjadi dalam hidupku. buktinya, semakin hari, Allah menunjukkan padaku jalan-jalan yang lebih baik untuk aku lalui berbanding apa yang telah sudah. aku yakin kali ini, Allah punya perancangan yang lebih baik buatku. kerana itu, bersyukurlah dalam jatuh bangunku, kerana Allah memberikan semua itu dengan 'sesuatu', bukan hanya perkara yang sia-sia. Wallahua'lam.

p/s: la takhof wa la tahzan, innaLlaha ma'a na (",)

Friday, April 1, 2011

Terima kasih

Aku telah bersalah Ya Allah, kerana memakai topeng kejahilan.
Aku telah bersalah Ya Allah, kerana membenarkan rasa ini menjalar di segenap ruang hidupku.
Aku telah bersalah Ya Allah, kerana telah menduakan cintaku kepadaMu, yang membunuh segala kehormatan yang ku pelihara selama ini. aku telah bersalah kerana menapak pada duri-duri yang menyakitkan dan melukakan aku.
Aku telah bersalah kerana tidak setia dan membiarkan aku melakukan kesalahan berulang-ulang kali, sedang waktu itu imanku merayu padaku agar dihentikan, hingga aku mencari jalan untuk menghentikan semua ini.
akhirnya aku sedar sesuatu. Engkau masih sayang padaku. Engkau masih mahu aku menjadi permata walau ku tahu aku hanya layak menjadi kaca yang berkecai dan lumpur hina. Engkau memberikan aku anugerah terindah, yang takkan ku dapat tanpa semua yang telah ku lalui. Engkau telah membawa aku mengenal insan-insan yang telah menumbuhkan dan menyuburkan kecintaanku kepadaMu. Engkau telah menyedarkan aku tentang sesuatu, sesuatu yang begitu penting dalam hidupku dan seluruh penghidupanku masa sekarang dan masa akan datang, yang akhirnya membawa kehidupan ini pada satu destinasi iaitu akhirat yang abadi, yang kekal tak bertepi... Ya Allah, padaMu tempatku mengadu segala keperitan dan susah payah, padaMu tempat aku mensyukuri segala pemberian yang begitu indah, dan padaMu ku serahkan segala tadbir hidupku ini. andai ia tidak sama dengan takdirMu, aku redhakan hati ini menerima ketentuanMu. andai ianya adalah takdir hidupku, aku bersyukur atas pemberian nikmat itu. syukur padaMu Ya Allah, kerana mengenalkan aku dengan insan-insan yang telah mendekatkan aku kepadaMu, dan mencintai perkara-perkara yang mendekatkan aku kepada mencintaiMu. ia anugerah terindah buatku. dan ku terima ini sebagai jambatan yang perlu ku sambung untuk sampai ke destinasi ku.

p/s: berlapang dada lah menerima tiap apa yang telah terjadi. muhasabah diri dan bersihkan hati dari karat-karat yang semakin menebal dalam diri. hadapi dengan senyuman (",)