sy taknak buat semua ni. tapi, kepastian bahawa adakah ini yang terbaik perlu sy lakukan, atau ini bukan yang terbaik untuk sy lakukan, itu yang sy mahu tahu...sy perlukan kepastian, dengan itu sy lakukan perkara ini. mungkin di akhir nanti, ada kepastian yang sy cari. samada ia yang terbaik, atau ia bukan yang terbaik, bersedialah merasa redha atau syukur dengannya. tapi untuk meneruskan, sy perlukan sokongan.
andai apa yang sy lakukan ini salah dan tersasar dari landasan yang sebenar, tegurlah. andai ia benar, harap bantulah sy agar hati ini terus teguh meneruskan langkah pada duri-duri yang sedang menanti dihadapan.
sy memerlukan kamu untuk menegur, dan memerlukan kamu untuk menasihat. sy memerlukan kamu untuk saling mengingatkan dan saling membetulkan. bukan yang membenarkan apa yang sy lakukan, walaupun ia sebenarnya salah. kamu, sahabat dan insan2 yang pernah hadir dalam hidup sy. sy memerlukan kamu semua, kerana Allah menciptakan kamu disisi sy untuk saling menegur dan menasihati. semoga diakhir nanti, kita mendapat jawapan yang pasti dari segala persoalan selama ini.
p/s: when you try seeking for Allah and His bless, there always a way. have faith in Allah, be confident in everything you do. Allah know the best for you, and HE always know.




