(hadith riwayat imam Ahmad)
Aku MARAH!!!marah bukan kerana dia terlalu pandai, atau marah bukan kerana dia terlalu busy study sampai takde masa nak tengok muka kitorang... tapi marah sebab dia melakukan perkara yang tidak patut walaupun telah ditegur berbanyak kali... mungkin silap, kerana aku marah. dan mungkin silap jugak kerana aku tak sabar... entahlah... aku sayang pada dia... sayaaaang sangat... sampai aku tak sanggup paksa dia hari2, cakap benda yang sama sepanjang masa... tapi yang paling aku tak sanggup, kalau kehilangan dia. kalau dia takda sehari kat rumah pun, aku mesti rindu... serius, aku sayang dia. tapi, apalah erti sayang ni, kalau hanya sekadar di dunia... apalah erti sayang ni kalau hanya untuk kehidupan yang fana nie... takkan kat akhirat, kita nak berpisah? sorang di syurga, sorang di neraka... [kalau tak layak ke syurga pun, na'uzubillah ke neraka]... itu yang selalu aku fikirkan... sampaikan 'setiap perbuatan kita didunia ni akan disoal balik di akhirat', tu pun tak tahu? atau konfius? kalau betul2 konfius, boleh lah diterima akal... pasti mahukan kepastian, atau sekurang2nya penerangan... tapi ini bukan sindrom konfius, ini sindrom betul2 yakin la yang kat dunia ni, ibadah jer yang akan dipersoal kat akhirat nanti... misconcept ker atau salah dengar masa cikgu mengajar? tapi bukan ini yang membuat aku marah sebentar tadi. bukan itu, atau itu, atau itu...
aku MARAH kerana dah takde cara lain untuk mengatakan kepada dia bahawa 'menuntut ilmu itu WAJIB bagi setiap mukmin, muslim, muslimah, dan sape2 jer yang ber agama ISLAM' [sebab, hukum takkan jatuh atau tergunapakai kepada orang yang bukan ISLAM. hanya yang bergelar ISLAM sahaja yang terikat dengan HUKUM SYARA']...kerana mahu membetulkan perkara yang tak betul tapi dia taknak terima, bila dibetulkan dengan cara yang betul. noktah!
aku sayang kamu, adikku... tapi sayang ini, ku mahu bawa ia hingga ke syurga... fahamilah tindakan ini... bukan aku mahu menyiksa, tapi musibah yang datang itu berpunca dari diri kamu sendiri. dari kedegilan yang entahlah tak mampu nak terucap disini... aku tahu, kau takkan memahami erti airmata ini. tak mampu memahami sehingga aku bertindak begitu... semoga Allah tidak memesongkan pemikiranmu sehingga menjadikan ia dendam... aku sayang kamu, dan ku mahu, biarlah sayang ini hingga ke syurga...
p/s: hatiku memang penuh dengan kasih sayang... peace (-.-)V






