assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Tuesday, September 14, 2010

Redha

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Monday, September 13, 2010

Jangan terlalu memilih...

Saya mahu kerja jadi cikgu...boleh ker??? ok la, tak seswai...tak kena dengan corse...tak rigid dengan status...tak guna la degree sebelum nie...macam2 'tak' lagi la... dulu masa masuk u, dia nak ambik corse cikgu, sedangkan kat tangan dah ade tawaran medic... bila aku kata better teruskan dengan medic, dia kata salah ker jadi cikgu? kerja cikgu tu amalan mulia... sekarang bila aku nak jadi cikgu, dia gelak. ok, tak sesuai... ape2 la...kan kerja cikgu tu mulia? n inila yang aku maksudkan satu mase dulu... sebenarnya, kerja apa pun yang kita pilih lepas grad, lebih baik pilih corse yang memberikan kte input yang luas. even bila kerja jadi cikgu, kita boleh mencurahkan input yg banyak yang kte ada kt murid2, bukan semata2 ikut syllibus jer... kan? barula namanya mendidik, bukan mengajar jer... if even kita kerja jadi penjaga pam minyak, still kerja yang mulia, masih boleh menunjukkan ciri2 akhlak yang mulia...bukan tu ker tujuan sebenar kte belajar? untuk membentuk akhlak yang mulia dalam diri n menunjukkan contoh yang baik kt orang sekeliling kte? jika dipersoalkan tentang sikap kte, mengapa perlu orang lain yang dipersalahkan? salahkan ibu? ayah? abang? kakak? adik? yang tak menunjukkan contoh yang baik? bukankah kte yang belajar? kita menunjukkan contoh yang baik itu teladan dari guru, contoh yang buruk itu biasanya khilaf diri sendiri...
menjadi apapun, kuncinya jangan terlalu memilih...yang penting kan halal...
aku memang memilih kerjaya...
sebab kerjaya yang akan melibatkan pengetahuan2 yang aku ada ni, bukan semuanya 'menghalalkan' penglibatanku...
bekerja sebagai manager dapur hotel> aku bimbang mendapat 'saham' jika mereka menghidangkan arak kepada pelanggan. aku bimbang, di hotel, bukan semuanya datang dengan tujuan yang baik-baik.

bekerja menjadi duta produk> cth: dutch lady, nestle dan sebagainya ( Produk makanan yang mementingkan kesihatan). sedangkan aku memperjuangkan produk halal, yang tidak ragu dan tidak syubhah... masakan aku tenang bernaung dibawah syarikat2 yang pemilikannya sendiri bukan islam.

Habis pikir pun, akhirnya menjadi cikgu jugak pilihanku. biarlah gaji tak seberapa, tak mengapa saja... yang penting hati tenang... ok lah, tak menjadi guru di 'sana' pun, aku akan cuba apply jer kerja lain... buat masa ni, aku masih bekerja disini, dekat dengan HPA, itu lebih ku senangi. Insya Allah...

Thursday, September 9, 2010

Mimpi Jadi Nyata


Percaya itu mudah, tapi meyakini itu susah.
seperti suasananya fatamorgana ditengah padang pasir yang terik.
melihat ia disana sini
seperti air yang begitu nikmat sekali
walhal bila mendekat kepadanya
airnya tiada, malah bertambah penat dan lelahnya.

Siapa kata mahu menjadi senang itu senang? dan menjadi susah itu susah?
Ada orang berusaha sekali, sudah berjaya
ada yang berusaha berkali kali tapi masih gagal
berusaha dengan percaya tidak sama dengan usaha yang dipenuhi keyakinan
kerana bila ada percaya, kegagalan akan menghapuskan kepercayaan itu,
seperti seorang isteri yang ditipu suami yang dipercayainya
tetapi keyakinan itu akan melenyapkan segala kekecewaan yang datang dengan kegagalan
kerana keyakinan itu lebih utuh menyatakan kepadanya
bahawa setiap usaha pasti ada halangannya untuk mencapai kejayaan
dan kegagalan itu hanyalah halangan buat mencapai impian,
bukan destinasi...

Semoga mimpimu yang disulami usaha, doa dan tawakkal itu akan menjadi nyata...

Sunday, August 22, 2010

Pertama kali...



ingat tak bila pertama kali anda melakukan perkara-perkara baru dalam hidup anda? Hari ini, tercatat 15 julai 2010, adikku pulang dengan hati gembira. ada yang pertama kali dia lakukan, sepanjang 10 tahun kehidupannya. “afif pergi bayar duit minyak tadi. pertama kali afif buat. sebelum ni tak pernah lagi…” seronok kan bila kita dapat lakukan sendiri sesuatu perkara? terutama, bila kali pertama kita lakukannya sendiri, tanpa diteman oleh orang lain. Aku ingat waktu pertama kali aku belajar memasak. masak sayur, yak, masinnye! Mujurlah masa tu aku masak dengan kakakku, sedikit dan bukan untuk dihidangkan kepada keluarga. kami Cuma mengaplikasi ‘main masak-masak’ kami selama ini. mahu juga aku memasak betul-betul, berangan-angan untuk memasakkan lauk pauk yang istimewa untuk dihidangkan kepada keluarga. waktu itu aku berusia 9 tahun, ketika itulah banyak kerja-kerja dapur yang baru pertama kali aku lakukan. membasuh pinggan, membantu emak memasak. Aku masih ingat ketika kali pertama aku ‘ditugaskan’ membasuh pinggan ketika kakak-kakakku mengemas selepas makan tengahari. mula-mula tekunlah aku membasuh pinggan. walaupun terpaksa memanjat kerusi untuk membasuh pinggan, aku seronok. tapi, pastilah emak ada disisi membantu aku. pastilah dia takkan meletakkan 100% kepercayaan kepada anak hingusannya yang baru darjah 3 itu! hanya pinggan mangkuk plastik sahaja dibenarkan. selebihnya mak yang membasuhnya. bila aku membasuh cawan, kemudian aku akan turun bermain-main semula. tidak lama selepas itu, mak panggil aku semula, meminta tolong aku membasuh beberapa cawan yang tidak sempat dicuci. bila naik semula ke atas kerusi, spontan aku berkata; kan cawan ni dah basuh tadi… Tergelak mak dan kakak-kakakku. kata mereka, dalam rumah ni orang hidup, mestila perkakas dapur akan digunakan banyak kali dan terpaksa dicuci berkali-kali. mereka gelak, tapi ketika itu aku pastilah moyok, kerana terpaksa membuat kerja yang sama berulang kali. tapi semua itu memberi pengajaran. tak selamanya kita akan menjadi kecil. perkara yang pertama kali kita lakukan itulah yang biasanya akan membawa kita menjadi dewasa dengan melakukannya berulang-ulang kali lagi. kelakar pulak bila difikir-fikir balik… camana dengan korang? masih ingat perkara yang pertama kali korang alami dalam hidup?

Wednesday, August 18, 2010

Terus Menulis...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Lama betul tak menulis kan? hmmm... tak sempat pun nak ucapkan selamat berpuasa tepat pada 1 ramadhan...
Insya Allah, tentang penulisan, sy akan terus menulis. cuma kekangan masa dan beberapa perkara yang menghalang untuk saya meneruskan aktiviti menulis nie... dan pencarian pekerjaan... [ok, sekarang masa untuk mengaku yang saya tak buat resume lagi...tu la, dulu tanak buat same2 dengan kawan2... sekarang mula la terkial-kial... budget pandai la...haha...] Perancangan awal adalah untuk kerja dengan ayah jer... tak tahu la camane... nak apply guru sementara di Irsyad, tempat saya belajar dulu... rakan2 ramai yang dah jadi cikgu kat sana. kerja cikgu nie untuk sementara jer... untuk ganti cikgu yang cuti bersalin. Banyak sebenarnya perkara yang tak settle lagi... Alhamdulillah, konvo dah selesai. urusan ambil dan hantar jubah pun dah selesai. erm, gambar2 konvo... boleh tak nak mintak tolong sahabat2, rakan taulan dan adik2 yang ada foto saya masa majlis konvo tu, boleh tak tolong email kan ke [myoko_ichi@yahoo.com] ataupun [fatimahazzahidahhmy@yahoo.com] ataupun [fatimza.hmys@gmail.com]... harap2 sgt2 korang bleh kirimkan... coz, saya tak bawak camera hari tu, jadi takde satu pun gambar dengan korang yang dapat disimpan buat kenangan... thanks all... selamat berpuasa, puasa dari lapar dan dahaga dan hawa nafsu. Wallahua'lam.