assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Monday, June 21, 2010

Kisah Kerajaan Semut

Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…


Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.

Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).

Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).

Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.

Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).

Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).

Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.

Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.

Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara.
Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut.

Renungan untuk Sahabat-sahabat semua..

Sumber:- www.iluvislam.com

Ajarkan aku berlapang dada...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
apa khabar iman semua? Alhamdulillah, petang tadi selamat adikku pulang ke asrama. terasa kehilangan pula bila dia tiada. rasa kurang seorang adik buatku bergurau senda. kurang seorang adik yang suka bermanja denganku.
Pejam celik pejam celik, dah habis cuti sekolah...dan bermula jugak tugasan aku sebagai 'cikgu' kepada adikku yang paling kecil...tak mudah nak memberi tunjuk ajar kepadanya. tambah lagi, seorang lelaki, perbezaan fikiran dan tahap pemikiran merupakan salah satu cabaran yang perlu aku atasi. seusia darjah 4, dia masih seperti aku pada usia 8 tahun! terlalu banyak rasanya yang perlu aku pelajari, dan yang sedang aku pelajari sepanjang 'mengasuh' dia. Mahu menjadi guru yang cemerlang? hatinya perlu ku tawan dahulu...tapi bagaimana? kalau tiap tingkahnya selalu saja mengundang marahku. kataku A, dijawabnya B, C, D... geram dibuatnya. bila aku tak tahan, ku biarkan dia dengan buku-bukunya. buat-buat tidak tahu. bila aku jadi keliru, untuk memarahi atau berdiam saja dengan tingkahnya, pasti emaklah tempatku mengadu. bertanya pada angahku yang kebetulan punya 2 orang putera yang sedang nakal membesar. ah, rupanya memang begitu tingkah lelaki seusia afif.

Semakin lama aku mengajar dia, aku semakin mengerti bagaimana mahu 'mengawal' sikapnya yang terlebih agresif. kerana kadang-kadang kesabaranku yang teruji dengan perangainya yang macam-macam itu. Aku mula mengerti mengapa selalu saja dia mempertikai apa yang dia perlu lakukan. kerana hanya dia saja yang terpaksa bersusah payah belajar, dia saja yang terpaksa merangkak-rangkak mengaji, dalam suasana orang lain boleh sesuka hati menonton televisyen. Aku mula tahu, kalau itu yang mahu dia lakukan, aku juga perlu turut sama. bila belajar, aku perlu belajar sekali, duduk tekun menunggu dia menyiapkan kerja. aku perlu ada disisinya, menunggu dia menulis dan mengira satu persatu. Jika mahu menyuruh mengaji, aku juga perlu berwudhu', memegang naskhah Al-Qur'an dan mengaji dihadapannya. Ibarat aku terpaksa mengorbankan waktu-waktu lapangku untuk menjadi sikecil 8 tahun semula. Mungkin 2 tahun terbazir begitu saja banyak mengajar aku erti sabar. 2 tahun yang terbazir tanpa ada yang melihat dan memerhatikan dia di sekolah, bila dia diserahkan kepada guru kelas yang tidak ambil peduli langsung. macamana lah tak jadi macam tu. kadang-kadang sukar untuk aku suruh apa yang dia perlu lakukan, atau melarang perkara-perkara yang padaku tidak patut dia lakukan. menonton televisyen tanpa kawalan waktu, juga sudah ku hadkan, kecuali pada hari-hari 'pelepasan' jika aku lihat dia terlalu penat belajar. sudah jadi seperti 'madam' pula aku ni pada dia. aku lebih bertolak ansur pada banyak perkara berbanding adik beradikku yang lain. jadi, banyak yang dia mahu,dia akan bertanya kepadaku. kalau aku merasakan perkara itu tidak perlu, aku akan berikan alasan mengapa aku tidak perlu menyokong permintaannya. mahu ku layan seperti kanak-kanak darjah 2, aku juga kadang-kadang geleng kepala mengenang sikapnya. menjadi anak bongsu daripada 10 orang adik beradik, mungkin begitu membentuk sikapnya yang terlebih agresif. tambahan lagi jarak usianya terlalu jauh dengan adikku yang ke-9. Jadi, dia membesar sendiri, tiada adik beradik mahu dibuat bersaing samada dari segi pembelajaran mahupun keperluan harian. semuanya diatur oleh kakak-kakak dan abang-abang selain ibubapaku. 'mendidik' dia banyak mengajar aku untuk berlapang dada menerima banyak kekurangan dan kesalahan yang biasa saja dilakukan seorang kanak-kanak. mereka ini golongan yang padaku, sangat sukar untuk dididik. pada tahap-tahap tertentu, mereka selalu saja meminta sebab dan alasan untuk dimarahi, atau disuruh melakukan perkara-perkara yang mereka tidak mahu. kalau kanak-kanak lelaki pula, jarang benar yang mahu belajar tanpa disuruh atau dipaksa. lebih parah lagi, terpaksa meninggi suara, baru mahu bergerak sejengkal. baru menulis sebaris ayat, kepalanya sudah terlentok diatas meja. ah, susah benar kalau bab belajar. kalau bermain, tak pula sesusah itu. Hanya Allah sajalah yang tahu bagaimana rasanya mahu menjadi guru tutionnya. seolah-olah, kalau aku mahu mengajar dia, seluruh hidupnya perlu ku hafal dahulu, dan setiap tingkahnya perlu ku kuasai dahulu, perlu ku selam hatinya dan menjadikan hatiku juga seluas lautan mahu menerima 'akal' nya itu. moga saja aku tabah melalui semua ini. Melalui pembacaan juga banyak membantuku. terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi pengalaman mendidik anak dengan kami semua. ketahuilah, coretan seperti itu sangat berharga, bukan terlingkup pada ibubapa sahaja, tetapi juga membantu insan-insan sepertiku yang tidak punya pengalaman mendidik anak-anak kecil.

Ya Allah, ajarkan aku agar berlapang dada mendidik dia. Jadikan didikanku kepadanya seperti mendidik permata hatiku menjadi hambaMu yang taat dan patuh. Jadikan tiap kata-kataku sebagai perangsang untuk dia terus maju dalam mendidik hati dan imannya. Ya Allah, hanya Engkau sajalah Yang Berkuasa membolak balikkan hati manusia, tetapkanlah hatinya dalam ketaatan kepadaMu dan jadikan dia insan yang soleh yang Kau redhai hidupnya didunia dan akhirat. amiiin...

Thursday, June 17, 2010

Segalanya Milik Mu

Salam. saje singgah di blog...nak berkongsi satu nasyid, liriknya sangat menarik dan mempunyai maksud mendalam.

Mestica: Segalanya Milik Mu

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyebut namaMu
Terarah segala ronta rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan

once, aku pernah tak boleh dengar lagu nie...ada maksud yang sangat mendalam sampai mengena jantung hatiku...[hehe...tragik sungguh ayat]... tapi, dah lama2, aku rasa best sangat lagu nie, rasa nak dengar lagi...
'dan ku tahu, tiap yang terbaik untukku, tak semuanya yang ku mahu...' -dan aku tahu...
Mungkin Allah ambil dia dariku, untuk menggantikan nya dengan yang lebih baik. mungkin Allah menjauhkan dia dariku, untuk mendekatkan aku dengan yang lebih baik. atau mungkin untuk menyedarkan aku, ada rindu untuk insan yang telah tercipta untukku.

Friday, June 11, 2010

Indah sunnah: Rasulullah uswah hasanah...


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Masih segarkah iman?
Sengaja lalu disini tadi. dan terfikir untuk berkongsi sedikit ilmu sebagai renungan bersama.

semalam seperti biasa, tugasanku setiap malam khamis adalah untuk memberikan 'talk' dalam slot pemakanan. mengajak manusia kembali kepada sunnah bukan semudah berkata: mari kembali kepada sunnah Rasulullah!!
lebih daripada itu, kita perlu memberi jalan, menunjuk haluan dimana letak dan duduk perkara-perkara yang sepatutnya mengikut sunnah. memang benar bila kita berkata, setiap perkara yang kita lakukan perlulah kembali kepada sunnah. tetapi, kalau sunnah pun kita tak tahu, bagaimana mahu kembali? sepertimana sekumpulan pengembara yang sesat. jika peta pun tiada, bagaimana mahu kembali kepada laluan yang sebenar untuk sampai ke destinasi? atau mungkin, destinasi pun tiada. hanya mengikut langkah dan jalan.

kembali kepada fitrah kejadian manusia. fitrah dan janji ruh kepada Allah Taala. 'aku adalah hamba, dan Engkau adalah Tuhanku'. lupakah kita dengan ungkapan ini? lalu Allah ingatkan kembali dalam kalamNya yang mulia 'dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku'. dan Allah mengangkat darjat manusia lebih tinggi daripada semua makhluk dengan memberikan tugas sebagai khalifah, diwaktu tiada makhluk yang sanggup menggenggam tugas yang berat ini.

ku cuba menjadi insan dalam golongan itu, golongan yang mengajak kepada ma'ruf, dan melarang melakukan yang mungkar. dan semua itu harus bermula dari diriku sendiri. sebagai ahli dalam bidang pemakanan, ku cuba mencari, kaitannya ilmu yang telah aku pelajari dengan sunnah Rasulullah yang ku sayang dan perintah Allah yang menjadi kecintaan. kalau tidak ilmu ini telah 'dibersihkan' oleh yahudi dan konconya daripada kembali kepada Allah, tentulah tidak perlu bersusah payah menapis yang mana benar dan yang manakah yang paling benar. akhirnya, islam itu menjadi dagang semula. kembali kepada Al-Kitab dan sunnah rasul menjadi payah, dan mengamalkannya adalah 'sesat' kerana melawan arus. umat Islam pula menjadi berpecah belah dan bertelingkah sesama sendiri, mahu mengaku dia yang paling hebat. sedangkan musuh sebenar bersuka ria di atas perbalahan kita, mereka sudah mampu tersenyum dan ketawa kerana Islam sudah tidak padu seperti dulu. Kuatkah kita untuk berkata: aku mungkin benar, dan kamu mungkin benar. tetapi yang lebih penting adalah perpaduan kita terhadap ancaman 'mereka' yang suka kita berpecah! kita sibuk dengan ego yang tak berkesudahan, dan terlalu sibuk mencari salahnya ahli2 kitab Al-Qur'an, sedangkan masih ramai yang bukan ahli dikalangan umat islam, jauh sudah terpesong dari agama. Islam menjadi begitu mudah, sehingga tudung bukan lagi kewajipan bagi wanita, dan solat berjemaah di masjid bukan lagi keutamaan lelaki. Imam tidak lagi menjadi tanggungjawab semua lelaki, tetapi telah menjadi suatu pekerjaan pula. mengasuh anak bukan lagi menjadi tanggungjawab wanita, tetapi menjadi tugas seorang pekerja pusat asuhan. hasad dan dengki bermaharajalela dan syaitan dengan mudah masuk ke dalam diri menjadi ideologi dan jati diri. astaghfirullah... mahu tergamam aku dibuatnya. tak mampu berkata apa. Astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...bertaubatlah selagi ada masa, kembalilah kepada Islam selagi ada daya.

aku sudah pandai membebel! itu yang mula kusedari sewaktu slotku sedang berjalan. sempat tersenyum sendiri. tetapi hari ini, aku menjadi kecewa kerana tidak dapat mengaplikasikan apa yang aku sampaikan kepada mereka. kataku, makanan itu bukan semata-mata sesuatu benda yang boleh dimakan dan sedap. tetapi lebih dari itu, makanan yang Allah kurniakan adalah sebagai 'minyak' yang biasa diisi ke dalam kereta bila kereta tidak boleh bergerak. itulah makanan kepada tubuh. ia memberikan tenaga untuk kita beribadah kepada Allah. atau sekurang-kurangnya memberikan kesihatan kepada kita untuk menambahkan iman didada, menyempurnakan tugasan kita zahir dan batin. zahirnya, tugasan kita selesai, dan batinnya, ada ikhlas dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. memang ikhlas tidak dapat dinilai oleh manusia, tetapi kita boleh berusaha dengan berlapang dada pada setiap perkara yang kita lakukan.

rasanya cukuplah dulu sampai sini. mata pun sudah berat menahan mengantuk. wallahua'lam.

Friday, June 4, 2010

Thinking...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. dah lame rasanya tak menjenguk ke blog nie. kurang lebih adaa lah dalam seminggu. beberapa hari ni internet memang kne 'block' oleh abang sendiri. P1 di bawak lari ke rumah dia. jadi tak dapat la nak update blog ker, semua la...tapi tak kesah pun semua tu. dah hampir sebulan ida balik, duk kat rumah. biasanya rutin harian, lepas dah menyiapkan kerja2 harian, baru jenguk muka kat klinik. sampai akk kate ' ni camane nak kira gaji nie?' ida sengih jer. hehe... dah tu, bukan ade orang lain pun yang boleh tolong hal-hal kerja2 kte. lagipun takde patient kat klinik, kite buat la kerja2 luar. semua tu pun untuk klinik jugak, bukan untuk diri sendiri. abis2 semua kerja, ida pun gi berkebun. tolong jaga pokok2 bunga mak. banyaknye pokok hiasan jer. yang ada daun tu, takde bunga. pokok yang ada bunga hanya pokok bunga kertas. takyah jaga sangat pun takpe. pokok jenis lasak, tak kisah sangat. cuma mak kata tak boleh kena air hujan n letak kat panas matahari sangat. air hujan tu boleh rosakkan daun n bunga nye, dan panas sangat pulak boleh jadi layu laa...cam pokok2 biase. banyak jugak koleksi pokok2 mak nie. ada pokok bunga kemboja, pokok puding, ada kaktus (banyak jenis, tapi tak tahu nama), bunga raya, bunga melur, pokok ape ntah lagi...banyak laa...ada jugak pokok buah n sayur. dah macam kebun jer keliling rumah nie. sebab takde tanah kebun dan tanah keliling rumah nie pun subur jer, alhamdulillah la banyak jer pokok tumbuh. haaa, tak ketinggalan jugak rumput, semakin bertimbun laa...hehe...tapi sejak ida balik nie, terurus la sikit coz ade tenaga kerja lebih la katekannn...tapi kalau dan tym malas tu, malas jugak laa...bukan selamanya rajin pun.. in fact, cam siha cakap laa, malas jer banyak, kerjanya sikit jer...takpe, dah abes blaja nie, tengah practice merajinkan diri la nie...hehe...
sometimes, risau kat diri sendiri. kawan2 pun dah tahu dah 'perangaiku' yang satu nie...tapi nak buat macamana. diri sendiri rasa yang ida memang tak buat2 malas. memang betul2 tak larat. buat kerja banyak2 sikit dah tak larat. kadang2 tu, hanya bergantung pada semangat jer lebih. kalau kuat semangat tu, boleh la lajak kerja banyak2 sikit, tapi pastu siap laaa...qolu 'innalillah...' Nak dijadikan cerita... bial dah abes blaja nie, abah asyik dok rungut satu benda nie ' bab belaja dah sudah dah. abah dok risau satu hal lagi...' nie la yang maleh nak dengar nie...ape lagi kalau bukan risau anak pompuan dia ni jadi andartu...ala abah, tak sampai jodoh lagi...takkan la ida nak dok menggatai pulak. sabar jela ye abah, insya Allah ada lah tu. semuanya ida serahkan kat abah jer. tolong carikan[kuangkuang...aku ni memang anak yang sami' na wa ato' na]...mungkin sebenarnya secara fizikalnya ida sendiri yang belum bersedia. asyik sakit jer... sakit ape yek? hmm...gastrik? memang dah tahu lama... dari kecik makan asyik tak betul jer. angah kata, ida masa kecik memang taknak dengan orang. dok berkepit jer dengan mak. asal orang ambik jer, mula la menangis sampai hijau muka. jadinye, kalau mak sibuk, memang ida sampai tak makan la, semata-mata tanak makan dengan orang lain. tak kira la, kakak sendiri ker, abang sendiri ker...tu dah satu hal. bila dah besar ni, baiki dengan jaga makan je la. supplement? tak tinggal. baru2 angah tidur kat rumah. [angahku pompuan, anak dah 4 orang...mother to daniel]. she figure out one thing... [aku sakit jantung? oh, tidak!] ok la, tak...actually its something related to heart[jantung, bukan hati]. tapi bukan darah tinggi ker, lemah jantung ker. kemungkinan dari masalah gastrik. jadi, angah syorkan aku ambik medicine homeopathy untuk jantung. alhamdulillah, banyak membantu. bila ida makan ubat, rasa sihat sikit badan. dah boleh buat banyak kerja...tu yang siap berkebun lagi tu...cuba kekalkan untuk TAK tidur lepas subuh! tidur lepas subuh tu kan mewarisi kepapaan...kalau tak papa dari segi harta, tapi papa jiwa, papa kesihatan...skopnye luas... [artikel pasal tidur lepas subuh]... Jangan tidur lepas subuh, nanti berat jodoh...kuikui...hehe, takde la. itu bukan motif utama... motif utamanya lebih luas lagi, iaitu untuk mendapat keredhaan Allah...insya Allah.
ok2, dah citer pasal tu, sambung pulak dengan rutin harian. setiap minggu, ada satu hari, kami sekeluarga akan berkumpul untuk usrah. usrah family jer, hari khamis malam jumaat. baca al-ma'thurat dan yaasin beramai2. bukan wajib pun. tapi kan hari jumaat tu penghulu segala hari. jadi elok dihidupkan hari jumaat tu seawal selepas maghrib. disamping mengeratkan semula ukhwah sesama ahli keluarga, terutamanya yang dah kahwin dan bawak haluan masing2. Malam ni abah dah macam wajibkan kami adik beradik, balik jugak ke rumah mak untuk kumpul. ataupun, kalau bukan kat rumah mak, kami akan gilir2 ke rumah adik beradik yang dah kahwin pulak untuk tujuan menziarah. setiap malam khamis pulak tanggungjawab kepada kelab HPA kami pulak. kami adakan kelas@meeting mingguan dan ida sendiri kena membentangkan slot pemakanan di kelas tu. sesuai la dengan bidang ida kan. hari-hari lain tu, rutin di klinik je seperti biasa. dan menengok2 si kecik afif ni, bila mak sibuk dengan urusan HPA. mak abah ada perjuangan mereka. ida yang tak mampu nak ke mana2 ni tolong la ringankan beban mak sikit2 dengan tengok2kan adik yang sorang ni. susah jugak nak menjaga dia. kena tahu selok belok minat dan kehendak dia. kadang2 terpaksa ada give n take. sebab dah darjah 4, banyak benda2 yang kita cakap tu, dia nak persoalkan, nak tahu kenapa mesti itu, dan bukan ini. susah kan? huhu...takpe laa... asalkan hati bahagia dapat berbakti untuk mak abah... insya Allah semuanya ada hikmah yang menanti...