assalamualaikum Pictures, Images and Photos





Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Lahir...








Bismillahirrahmanirrahim.
just a short post... nak ucapkan selamat hari lahir buat semua sahabat dan adikku sayang yang menyambut hari lahir pada bulan nie...
1. ina
2. fadh
3. suma
4. afif
5. azah
6. semua la (tak ingat dah...)


dan SELAMAT HARI IBU BUAT MAMAKU SAYANG! Sayang mak selalu...

(sedapnyer kek diatas...just grab anywhere from the web...but kek bufday diorang got something like strawberry...so delicious...)

Wednesday, May 5, 2010

Ibarat lilin

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, saat ni ku merasakan lega yang amat setelah begitu banyak kekangan yang dihadapi ketika menyiapkan projek tahun akhir. tak terkata leganya, dan hanya insan yang pernah mengalaminya sahaja yang mengetahui. Subhanallah...begitu banyak anugerah Allah kepada diri ini, terlalu banyak sehingga tak mampu lagi untuk diungkapkan. begitu pun kepayahan yang dialami, segalanya Allah permudahkan. tinggal diri sendiri sahaja yang perlu kuatkan usaha dan semangat. Pandanglah dari sudut manapun, bagiku, pertolongan Allah itu pasti, bagi hamba2Nya yang meletakkan pengharapan kepadaNYA, pengharapan yang tak berbelah bagi, permintaan yang penuh dengan harapan, meminta dengan begitu kasih kepadaNya. Tiada syarat untuk meminta, dan tiada syarat untuk Allah memberi. begitu lalai dan leka pun diri ini, Allah tetap memberi saat hamba memohon, dan tetap menolong saat hamba memerlukan. segalanya menginsafkan diri ini betapa kerdilnya aku dihadapan Dia yang Maha Agung, yang memiliki segala kekuatan dan kekuasaan. itulah Allah, sifatNya yang Maha Pengasih dan penyayang itu terpancar di setiap sudut pancaindera yang peka, terasa menusuk kalbu yang lembut bagai sutera. inilah erti sebenar pemberian tanpa syarat. subhanallah...

[sekitar perjalanan ujian lisan. untuk renungan bersama, dan dedikasi khas buat adik2 juniorku yang ku sayangi kerana Allah]

Debaran makin terasa. jam ditangan menunjukkan tepat 2.10 petang. Alhamdullah, aku tiba awal daripada waktu yang telah ditetapkan. bukan apa, risau pula aku mendapat informasi yang salah tentang waktu viva atau ujian lisan tesis ku [sebut vaiva]. buku tesis yang telah disusun, ku genggam kuat. mahu baca lagi atau tenangkan hati saja? ku memandang ke hadapan, mengintai bilik mesyuarat, bimbang aku akan membuatkan pensyarah-pensyarahku dan pemeriksa menunggu lama. Alhamdulillah, informasi yang ku perolehi, tepat! debaran ini belum berkesudahan. berpanjangan sejak malam tadi.

'aku bimbang bila aku tidak merasa bimbang bila menghadapi ujian!' Itu yang ku luahkan pada sahabatku. ya, bimbang bila hati ini tidak merasa bimbang menghadapi ujian. seolah-olah aku tidak bersedia langsung untuk diuji, atau aku masih tidak dapat mengagak soalan-soalan yang bakal ku terima, bererti aku tidak memahami apa yang telah aku lakukan selama ini! Perasaan ini sama seperti kita menghadapi saat-saat kehidupan didunia. kita sudah terbiasa, bimbang bila ada yang memandang, bukan manusia, bukan haiwan, tapi Yang Maha Mengetahui. Biasa merasa berhati-hati bila memutuskan untuk melakukan sesuatu. begitu juga bila menghadapi ujian dunia. merasa bimbang bagiku perkara yang perlu, kerana dengan merasa begitu, aku akan lebih tertumpu dan fokus pada apa yang aku pelajari.

Hampir jam 2.30 petang, aku masih tidak memasuki bilik mesyuarat, tempat ujian dijalankan. menunggu diluar, pastilah suatu penyeksaan. semakin berdebar hati ini. mulut terkumat kamit membaca surah al-insyirah untuk menenangkan hati.
'semua sudah kau fahami. semua sudah kau pelajari. insya Allah kau dapat menjawab dengan baik.' bisik hati kecilku menenangkan debaran ini.

"F.A! apa khabar? sihat?" sapa penyeliaku lembut. aku menjawab seadanya sambil berdiri ingin memberi ruang duduk kepadanya. tetapi dia menolak dengan baik, memberiku ruang yang ku punya sejak tadi. ditangannya tergenggam erat tesisku dan sebekas kuih.
sapaan yang lembut itulah yang akhirnya menenangkan hatiku. sapaan itu yang ku tunggu, yang meredakan kebimbanganku. Aku hanya tersenyum bila disapa begitu. Dengan tenang katanya, menenangkan hatiku. dia meminta maaf kerana terpaksa menangguh ujian ke hari isnin, lewat tiga hari dari hari yang dijadualkan atas sebab-sebab tertentu. Surah Al-fatihah yang di baca berulang kali sejak melangkah kaki dari rumah dengan penuh mengharapkan bantuan Allah, akhirnya memberikan aku kepada guruku. Allah memberikan dia untukku, waktu aku benar-benar buntu. Allah memberikan dia untuk menyuluh cahaya kepadaku meneruskan tugasanku. segala yang membuatkan aku buntu, dia fahamkanku. subhanallah...inilah yang selalu diungkap-ungkap. Guru itu ibarat lilin. Allah mengurniakan ilmu kepada mereka, ibarat cahaya yang terang, dan cahaya itulah yang menyuluh jalan insan lain menuju destinasi yang ingin dituju.

Dan disaat-saat akhir ini juga, dia masih mahu membantuku. memberikan aku beberapa tips untuk menjawab, dan mengiyakan kefahamanku pada kajian yang telah ku jalankan. Ya Allah, ingin menitis rasanya airmata ini mengimbau kembali pada apa yang telah aku lalui. dia banyak membantuku. marahnya bukan marah emosi, bukan marah yang dipenuhi nafsu amarah. marahnya dengan harapan, marahnya untuk memberiku kekuatan. marah untuk menyedarkan. marahnya selalu ditahan-tahan agar tidak keterlaluan.
"jangan lari dari kenyataan, jangan lari dari tanggungjawab, jangan lari dari saya. hadapi semuanya dengan kekuatan yang kamu pohon dari Allah." itu ungkapan azimat yang selalu diberikan kepadaku. Di luar bilik mesyuarat, banyak juga yang sempat ku bincang semula dengan penyeliaku. banyak maklumat yang dia berikan, disamping kek lapis dari menantu saudaranya yang dia bawa bersama ke bilik mesyuarat.

Dr. R memanggil penyeliaku masuk ke bilik mesyuarat. aku mengekor dibelakang penyeliaku seperti kebingungan pula bila Dr. R berkata kepadaku 'penyelia sahaja masuk dahulu'.
sampai terpaksa diulang dua kali, baru aku sedar kesilapanku. hehe...nampak sangat sindrom simpatetik:takikardia-tak fokus!

Beberapa minit kemudian, pengerusi majlis tadi mempersilakan aku masuk. aku duduk di tempat yang ditunjukkan oleh beliau, dan sesi pengenalan tesis dimulakan. kemudian diikuti dengan teguran satu persatu dan diselitkan dengan soaljawab untuk menguji kefahamanku. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan pemeriksa berpuas hati dengan penerangan-penerangan yang ku berikan. cuma banyak yang perlu ku perbetulkan dan ditambahbaik.
'Dr. S sengaja tak letak Dr. N sebagai pemeriksa. dia betul-betul nak bantu kamu sebab dia lihat banyak yang perlu dibetulkan dalam tesis kamu ni.' kata penyeliaku.
aku seperti tergamam pula. betapa baiknya guru-guruku. betapa tulusnya hati mereka ingin mendidikku. tak terbalas jasa mereka. hanya Allah dapat membalas jasa mereka. bagaimana aku tidak merasa begitu sayang kepada mereka yang telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepadaku. Allah memberikan mereka ilmu untuk dikongsi dengan insan lain, dan itulah yang mereka lakukan. bagaimana selama ini aku begitu tidak mengendahkan siapa guruku? mereka begitu baik terhadapku, begitu tulus mahu membantuku. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guruku yang telah banyak, begitu banyak memberikan sokongan dan membantu aku dalam memahami apa yang ku lalui. Allah pasti membalas jasa kalian. aku akan pastikan diri ini melakukan yang terbaik untuk mensyukuri pemberian Allah ini. insya Allah.


P/S: diri sedang beradaptasi dengan 'keadaan' yang akan hilang tidak lama lagi. Yang ku fikirkan bukan apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tapi seperti diri ini cuba menyedarkan diri sendiri yang aku akan keluar daripada kelompok 'pelajar'. memang pembelajaran itu takkan pernah berkesudahan selagi kita hidup, tetapi, sesi perkuliahan ini tetap akan berakhir tidak lama lagi. tak dapat dibayangkan, hidupku nanti. tiada lagi gelak tawa fasihah yang selalu ku sakat, malah sekarang sudah pandai pula menyakatku semula. tiada lagi noor yang selalu saja ada masa untukku, sahabatnya. tiada lagi zeha yang selalu saja terkena tempias sakat ku, fadh yang selalu menumpang laptopku, zila teman sepermainanku [eh2, silap...teman selujnahku, se'adikku sayang'ku], kam yang pendiam tapi kuat jugak menyakat, husna, ina, achik, faza, fatum, suma, fathin, zira, yani dan semua lah kawan-kawan se kos, se organisasi, dan adik2 yang ku sayang. begitu pilu hati ini ingin meninggalkan kalian. rumah kita ini bakal kosong, dan penghuninya akan bersilih ganti. aku pasti akan merindui kalian. Ya Allah, peliharalah mereka, sahabatku dalam redhaMu selalu. jauhi mereka dari bencana, dan dari kesusahan yang tiada pertolongan...amiiiin.

Monday, May 3, 2010

12 barisan dihari akhirat


(maksud hadith)
Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba’ : 18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan airmata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…" Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka."

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."


BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih." Wallahua’alam.

(artikel adalah di copypaste daripada email yang penulis dapat. tapi sumbernya sudah samar2 sebab artikel ni sebenarnya dah lama sangat2... sape2 yang tahu sumber hadith ni harap sgt2 dapat kongsikan kat sini...syukran, wallahua'lam)

P/S: nampaknya lepas habis belajar ni, saya jadi penulis... penulis manuskrip jurnal...Alhamdulillah...

Sunday, May 2, 2010

doa iringan al-Fatihah


BismillahirRahmanirRahim…

Dah lama nak post penulisan ni. nak kongsi dengan semua tips-tips yang diberikan oleh ustaz masa ceramah menyambut Ramadhan. tapi sibuk dengan kerja-kerja kuliah and so on, dah tak tau letak kat mana, terlupa nak postkan… semoga dapat sama-sama jadikan amalan agar kita terus menjadi hambaNya yang bernafas dalam jiwa seorang hamba kepadaNya yang Maha Kuasa…ameen…

kata ustaz, doa ni elok kita bisikkan dalam hati kita untuk diri kita supaya terus istiqamah dalam tarbiyyah diri kita, moga menjadi pejuang agamaNya yang bersifat dengan sifat mahmudah…

1) dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan penyayang

(Ya Allah, jadikan aku orang-orang yang ikhlas)

2) Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

(Jadikan aku orang yang tawaddhu’)

3) Yang Maha Pengasih dan Penyayang

(Ya Allah, jadikan aku orang yang sentiasa bersangka baik terhadapMu)

4) Pemilik hari pembalasan

(Ya Allah, jadikan aku orang yang membesarkan hari akhirat daripada dunia)

5) kepada Engkaulah kami sembah dan dan kepadaMu lah tempat kami meminta pertolongan

(Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bertawakkal dan mengabdikan diri kepadaMu)

6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

(Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus)

7) Jalan orang-orang yang Engkau redhai, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat

(Ya Allah, walau dimanapun kami berada, tempatkanlah aku bersama orang-orang yang soleh)

Makbulkanlah pinta kami Ya Allah…

Saturday, May 1, 2010

sekeping hati wanita


Renunglah pada seraut wajah ibumu, pada setiap titis peluh yang terbias dipipinya, pada garis-garis halus didahinya. disebalik tiap tanda yang hadir diwajah tuanya adalah bebanan dari kisah-kisah sepanjang hidupnya. dia seorang wanita, dan wanita tak pernah mampu lari dari bebanan perasaan yang menimpa, menjengah jalan-jalan sepanjang liku kehidupannya. renungilah jauh kedalam hatinya, bayangkan kau mencincang lumat sekeping hati miliknya. bayangkan kau menabur racun kata-kata pada hati yang berdarah, bayangkan kau mencurah cuka pada hati yang luka, ia sungguh menyakitkan. tak tertanggung dengan kata-kata dan airmata, takkan difahami oleh setiap insan yang melihatnya. sekeping hati wanita terlalu halus bak sutera, terguris ia, cacatlah lakarannya, namun ianya terlalu teguh bak karang dilaut, walau sering menerima penolakan dari insan-insan yang disayanginya namun tetap tegar meneruskan kehidupan, jua demi mereka.
sekeping hati wanita terlalu peka pada kasih sayang yang diberi, namun terlalu tinggi firasatnya untuk menilai kasih sayang yang murni. sekeping hati wanita terlalu rapuh untuk membuat keputusan, namun ia menjadi terlalu keras pada keputusan yang dipegang. sekeping hati wanita seperti dicipta dari titisan airmata yang luruh dari pipi, berada diantara dua sifat yang berbeza untuk melengkapi dua sikap yang berbeza. ia dicipta dengan airmata untuk menjadi penguat jiwa dan semangatnya untuk meneruskan kehidupan demi insan-insan yang dia sayangi.

“Tuhan, mengapa wanita
begitu mudah menangis?”
“Ketika Aku menciptakan seorang
wanita, ia diharuskan untuk menjadi
seorang yang istimewa. Aku membuat
bahunya cukup kuat untuk menopang
dunia; namun, harus cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan ”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali
datang dari anak-anaknya ”
“Aku memberinya kekerasan untuk
membuatnya tetap tegar ketika orang-
orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan
kelelahan tanpa mengeluh ”
“Aku memberinya kepekaan untuk
mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya ”
“Aku memberinya kekuatan untuk
mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk
suaminya untuk melindungi hatinya ”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui bahwa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti
isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya
untuk berada disisi suaminya tanpa
ragu”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata
untuk dititiskan dan ini adalah khusus
miliknya untuk digunakan bilapun ia
perlukan.”
“Kau tahu;kecantikan seorang wanita
bukanlah dari pakaian yang
dikenakannya, susuk yang ia tampilkan,
atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”
“Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah
pintu hatinya.. Tempat dimana cinta
itu ada.”